I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Monday, May 25, 2015

Memiliki Microwave Setelah 6 Tahun Berkahwin

Sentiasa percaya dengan brand Panasonic


Actually ini cerita tahun lepas sebenarnya. Tahun lepas punya cerita, tahun ini baru nak cerita. Hihihihi...

Selama ni, setiap kali nak memanaskan lauk pauk, saya akan panaskan di atas dapur, sama ada panaskan direct dalam kuali ataupun dengan cara mengukus. 

6 tahun lamanya kami suami isteri guna kaedah ni, pulak tu, rasa ok je, takde pulak rasa nak beli microwave. Sebab bila difikir-fikir dan ditimbang tara, kami ini dua-dua bekerja, memasak di rumah tu masak yang simple-simple je. Bukan selalu sangat masak pun, so kalau nak beli microwave tu rasa macam tak berbaloi pula.

Tapi selepas 6 tahun usia perkahwinan, barulah saya berbunyi sikit pada suami, saya cakap kalau dapat beli sebuah microwave, alangkah bagusnya. Tapi bukan terus dapat, saya pun tak nak paksa-paksa suami bab beli benda-benda besar ni.

Tup-tup tahun lepas, suami ajak pergi Tesco dan survey microwave yang macamana yang saya nak. Saya pun dah terlupa sebenarnya pasal microwave tu. Akhirnya setelah sama-sama meneliti brand, harga dan fungsi, kami pun sepakat membeli microwave seperti gambar di atas. 

Saya ni terpengaruh dengan microwave di rumah Mama. Brand Panasonic juga, tapi ada lain sikit. Kiranya yang saya beli ni the latest model la. Hehehee..

So sejak dari tu, saya jadi agak rajin memasak. Mana lauk berkuah yang tak habis, saya simpan dalam peti sejuk dan esoknya panaskan guna microwave. Kerana microwave, saya jadi rajin memasak. Hahahaha...

And then baru-baru ini ada satu cerita yang buat saya syahdu plus kelakar pasal microwave ni. Saya ada masak sambal tumis ikan bilis untuk dinner, pastu makan tak abis, saya simpan masuk peti sejuk, esoknya saya nak panaskan.

Instead of panaskan dalam kuali, saya pergi masukkan dalam microwave. 5 minit.

Sekali bila dah siap, sambal ikan bilis saya sudah berubah rupa. Dah rentung hitam beletung!! Bau busuk hangit tak usah ceritalah, habis semerbak hangit baunya satu rumah. 

Saya terus call suami, dia cakap kenapa tak panaskan guna kuali. Saya pun cakap entahlah, tak terfikir pula (padahal dah ade microwave semua benda pun nak dipanaskan guna microwave. Hahahhahaa....)

Makanya, ke tong sampah jualah sambal ikan bilis tersebut. Disebabkan tak puas hati, saya buat lagi sambal tumis ikan bilis yang baru. Nasib baik cili blender dah standby dalam peti sejuk, terubat sikit hati. 

Kalau takde cili blender dan kene start rebus semua cili kering tu, memang nangislah ahkak kat dapur. Hahahahhaa... Ini namanya nak panaskan semua makanan guna microwave punya pasal! ^_^

4 comments:

Nurzakiah Hanum said...

alhamdullilah

Rai OurKizuna said...

tahniah.. nak puasa ni senang la nak panaskan lauk utk sahur.. sambil pejam mata pun boleh.. hihihi

Mila Hilas said...

hehehe lucu je.seme benda nak panaskan dlm MIcrowave ekeke

Fatimah abdul rahiman said...

salam

Munirah, boleh je panaskan sambal tumis dalam microwave. Tipsnya letak segelas air bersama-sama sambal tumis dalam microwave tu. lepas tu panaskan. tapi jangan sampai 5 minit.1 minit oun dah cukup.cuba rasa.kalau tak cukup panas tambah lagi 1 minit. sampailah betul2 panas. saya tak pernah panaskan apa2 sampai 5 minit dalam microwave. takut. ehe..semuanya dimulakan dengan 1 minit. atau 30 saat.:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *