I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Thursday, May 28, 2015

Survey Tadika Akhir Tahun 2013, Untuk Sesi 2014

Actually nak cerita benda ni dah lama. Tentang survey tadika untuk Haziq. Saya rasa SANGAT PENTING untuk saya tulis di blog ini rujukan saya sendiri dan untuk panduan rakan-rakan yang survey tadika untuk anak masing-masing.

Tidak dinafikan, semua parents nak yang terbaik untuk anak-anak mereka. Tetapi, terbaik pada saya tidak semestinya terbaik pada anda, dan begitulah vice versa. Jadi perkataan terbaik itu sendiri sebenarnya subjektif dan bergantung kepada diri yang menilai. So jangan mudah terikut-ikut ya.

Ok, ini cerita tahun akhir 2013, semasa saya memulakan survey untuk tadika Haziq.

Ini adalah kriteria yang ditetapkan :

1) LOKASI & SAFETY

Dari segi lokasi, saya memilih tadika di kawasan Pasir Gudang, kerana kami suami isteri bekerja di Pasir Gudang, so rasa lebih dekat dengan kami kalau katakan kena pergi ke tadika Haziq atas apa-apa urusan. Safety tadika juga mesti diberi perhatian penuh.

2) PENGANGKUTAN

Kami bersepakat untuk tidak menggunakan perkhidmatan van sekolah. Jadi kami bergilir-gilir menghantar dan menjemput Haziq.

3) UNIFORM

Walaupun lelaki, saya nak uniform Haziq berseluar panjang. Saya sangat kurang gemar tengok uniform sekolah pakai seluar pendek. Dan juga untuk perempuan, mestilah berseluar panjang juga. No skirt.

4) ISLAMIC EDUCATION & ENGLISH MEDIUM

Untuk awal-awal ni which is umur 4 tahun, saya lebih menekankan Islamic Education & English Medium untuk Haziq. Saya nak dia belajar berkomunikasi dengan guru dan rakan sebaya dan belajar menyesuaikan diri dalam persekitaran di luar rumah.

5) JUMLAH GURU, KELULUSAN, BERDAFTAR JKM

Ops, dah terkena masa hantar Haziq kat nursery dulu, so kini lebih berjaga-jaga.


SURVEY TADIKA 1 : TADIKA INOVASI BESTARI

Pilihan tadi pertama saya adalah Tadika Inovasi Bestari (IB). Tapi tak disangka rupa-rupanya tadika hanya untuk umur 5 dan 6 tahun sahaja. So kalau nak masuk, Haziq kena tunggu umur 5 tahun.

Jadi saya survey tadika lain. Actually masa tu tak tau nak survey tadika mana, sebab memang target nak masuk IB je.


SURVEY TADIKA 2 : TADIKA NURI

Lepas tu, ada kawan suggest Tadika Nuri. Saya pula, dah tahu memang Nuri agak mahal untuk saya, tapi saya survey ajelah. No harm pun kan?

[ NOTA SURVEY TADIKA NURI SAYA MISSING. CARI-CARI TAK JUMPA. NANTI DAH JUMPA SAYA UPDATE RUANGAN INI YA].

Lepas tu bila saya request nak tengok uniform, tetttt!!! Budak lelaki pakai seluar pendek, budak perempuan pakai skirt. So kriteria dah tak dipenuhi. Maka, bye-bye Tadika Nuri.


SURVEY TADIKA 3 : TADIKA ADDIN

Kemudian saya ternampak banner di sebuah shoplot tingkat atas (kedai 2 tingkat). Kat bawahnya restoran dan kat atasnya Tadika Addin. So saya surveyla kat situ. Rupa-rupanya itu tadika yang sebelum ni beroperasi di rumah corner lot, sekarang berpindah ke shop lot. Dah 8 tahun usia tadika tu rupanya.

Untuk tadika ini, ada 2 sesi :

Sesi pagi : 7.45 am - 11.45 am
Sesi petang : 12.00 pm - 4.00 pm

Pengangkutan disediakan. Tapi saya decide nak hantar dan jemput Haziq.

Bayaran RM175/month. Makanan disediakan.

Silibus :

BM
English
Maths
Sains
Islamic Education (Tauhid, Sirah, Feqah, Fardhu Ain, Hadis Ringkas)
Jawi
Iqra'
Pendidikan Jasmani & Seni Kreatif (Art & Craft, Real Time, Birthday - setiap Rabu 1 aktiviti)
Asas Komputer

Breakdown yuran untuk Sem 1 :

Pendaftaran (RM45)
Yuran Jan 2014 (RM175)
Buku Sem 1 (RM180)
Alat Tulis (RM100)
Bacalah Anakku (RM36)
Uniform 2 pasang (RM64)
Baju senam 1 pasang (RM28)
Kopiah (RM24)
Makanan (RM100)
Insurans (RM20)

TOTAL = RM772

Jumlah guru ada 5 orang yang mengajar kelas N2 (4 tahun), K1 (5 tahun) dan K2 (6 tahun). 1 kelas maksimum 20 murid. Saya juga berjumpa dengan guru-gurunya, sangat mesra, peramah dan nampak berpengalaman.

TADIKA MANA YANG DIPILIH :

 Setelah ditimbang tara dan saya juga buat solat istikharah minta Allah tunjuk yang mana yang terbaik untuk Haziq di masa kini dan masa depan, akhirnya kami memilih TADIKA ADDIN untuk Haziq.

Nak tahu bagaimana hari pertama Haziq di tadika ini? Klik SINI.

Wednesday, May 27, 2015

Pendaftaran Tadika Untuk Semester 2/2015

Pagi semalam, saya pergi ke Tadika Inovasi Bestari untuk mendaftar masuk dan membuat pembayaran bagi semester 2 sesi 2015.

Sebelum ini, Haziq bersekolah di Tadika Addin sejak daripada tahun 2014 lagi iaitu dari kelas N2 (umur 4 tahun). Kesemuanya baik-baik sahaja, namun sebagai ibu bapa, saya dan suami sentiasa peka dengan perubahan dan keperluan semasa.

Setelah berbincang dan mengambil kira semua aspek, akhirnya kami sepakat memilih Tadika Inovasi Bestari. Kat bawah ni breakdown yuran untuk semester 2 bagi pelajar baru.

Pendaftaran (RM50)
Yuran Jun 2015 (RM170)
Yuran November 2015 (RM170) - terus kene bayar yuran full walaupun pertengahan bulan 11 nanti dah start cuti sekolah
Uniform 2 pasang (RM80)
Baju senam 1 pasang (RM40)
Multimedia (RM100)
Pelbagai (RM100)
SPS (RM30)
Buku Sem 2 (RM100)
Gambar (RM20)

TOTAL = RM860

Untuk pendaftaran baru, saya perlu :

1) Mengisi borang pendaftaran
2) Membuat pembayaran penuh (peralatan akan diambil di sekolah semasa Hari Terbuka nanti)
3) Membawa 4 keping gambar passport Haziq
4) Membawa salinan sijil kelahiran dan salinan mykid

**   Bayaran di atas tidak termasuk beg dan alat tulis. Yang ini kena beli sendiri.

** Bermula Januari 2016, yuran tadika akan dinaikkan kepada RM190/month. Ya Allah, limpahkanlah rezeki-Mu kepada kami sekeluarga. Amin amin ya rabbal alamin...

Bila dah selesai semua tu, saya rasa lega sangat-sangat. Haziq dapat masuk ke sesi pagi, saya rasa semua parents pun nak anak sekolah sesi pagi, ye kot? Sesi pagi dari jam 8.00 am - 11.30 am. Sesi petang dari jam 11.45 am - 3.15 pm.

Kalau di Tadika Addin, makanan disediakan pada waktu rehat. Makanan yang ringan aje contoh macam biskut dan roti.

Tapi di Tadika Inovasi Bestari, makanan tidak disediakan, jadi kena bawa bekal sendiri. Nampaknya, lepas ni kelentang kelentung lah saya kat dapur pagi-pagi sebab nak siapkan bekal untuk Haziq. Hehehe..

Nanti bila dah dapat barang-barang dan peralatan semasa Hari Terbuka, saya akan cerita kat blog ya.

Monday, May 25, 2015

Memiliki Microwave Setelah 6 Tahun Berkahwin

Sentiasa percaya dengan brand Panasonic


Actually ini cerita tahun lepas sebenarnya. Tahun lepas punya cerita, tahun ini baru nak cerita. Hihihihi...

Selama ni, setiap kali nak memanaskan lauk pauk, saya akan panaskan di atas dapur, sama ada panaskan direct dalam kuali ataupun dengan cara mengukus. 

6 tahun lamanya kami suami isteri guna kaedah ni, pulak tu, rasa ok je, takde pulak rasa nak beli microwave. Sebab bila difikir-fikir dan ditimbang tara, kami ini dua-dua bekerja, memasak di rumah tu masak yang simple-simple je. Bukan selalu sangat masak pun, so kalau nak beli microwave tu rasa macam tak berbaloi pula.

Tapi selepas 6 tahun usia perkahwinan, barulah saya berbunyi sikit pada suami, saya cakap kalau dapat beli sebuah microwave, alangkah bagusnya. Tapi bukan terus dapat, saya pun tak nak paksa-paksa suami bab beli benda-benda besar ni.

Tup-tup tahun lepas, suami ajak pergi Tesco dan survey microwave yang macamana yang saya nak. Saya pun dah terlupa sebenarnya pasal microwave tu. Akhirnya setelah sama-sama meneliti brand, harga dan fungsi, kami pun sepakat membeli microwave seperti gambar di atas. 

Saya ni terpengaruh dengan microwave di rumah Mama. Brand Panasonic juga, tapi ada lain sikit. Kiranya yang saya beli ni the latest model la. Hehehee..

So sejak dari tu, saya jadi agak rajin memasak. Mana lauk berkuah yang tak habis, saya simpan dalam peti sejuk dan esoknya panaskan guna microwave. Kerana microwave, saya jadi rajin memasak. Hahahaha...

And then baru-baru ini ada satu cerita yang buat saya syahdu plus kelakar pasal microwave ni. Saya ada masak sambal tumis ikan bilis untuk dinner, pastu makan tak abis, saya simpan masuk peti sejuk, esoknya saya nak panaskan.

Instead of panaskan dalam kuali, saya pergi masukkan dalam microwave. 5 minit.

Sekali bila dah siap, sambal ikan bilis saya sudah berubah rupa. Dah rentung hitam beletung!! Bau busuk hangit tak usah ceritalah, habis semerbak hangit baunya satu rumah. 

Saya terus call suami, dia cakap kenapa tak panaskan guna kuali. Saya pun cakap entahlah, tak terfikir pula (padahal dah ade microwave semua benda pun nak dipanaskan guna microwave. Hahahhahaa....)

Makanya, ke tong sampah jualah sambal ikan bilis tersebut. Disebabkan tak puas hati, saya buat lagi sambal tumis ikan bilis yang baru. Nasib baik cili blender dah standby dalam peti sejuk, terubat sikit hati. 

Kalau takde cili blender dan kene start rebus semua cili kering tu, memang nangislah ahkak kat dapur. Hahahahhaa... Ini namanya nak panaskan semua makanan guna microwave punya pasal! ^_^

Friday, May 22, 2015

Niat Puasa Bulan Ramadhan

Alhamdulillah, dari kecil sampailah sekarang, saya sentiasa ingat lafaz niat puasa di bulan Ramadhan. Mungkin sebab masa kecik-kecik dulu Abah saya selalu ulang-ulang lafaz niat ni, sampai saya jadi terbiasa sebab selalu sangat dengar.

Memandangkan bulan puasa bakal tiba tidak lama lagi, marilah kita mempersiapkan diri menantikan kedatangannya. Praktis semula lafaz niat puasa di bulan Ramadhan, kalau takut terlupa nak niat, boleh terus baca lafaz niat puasa untuk sebulan.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat, in shaa Allah ^_^


Thursday, May 21, 2015

Cara Hendak Khatam Al-Quran Dalam Bulan Ramadhan

Hari ini 21 Mei 2015 bersamaan 3 Syaaban. Bermakna, tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk kita menyambut bulan Ramadhan.

Setiap kali tiba bulan Ramadhan, antara perkara yang saya fikirkan adalah bagaimana saya boleh khatam satu Al-Quran dalam bulan suci tersebut? 

Kalau nak baca sendiri, nanti tiba masa datang period, dah tak boleh baca. Pastu kalau nak ganti semula bacaan yang tertangguh sewaktu period, terasa banyak dan tak mampu nak cover semua.

Saya pernah dengar ada orang ambil pil supaya tak datang period pada bulan Ramadhan, supaya dapat berterawih tiap-tiap malam dan dapat khatam Al-Quran pada bulan tersebut. Err... ok ke buat macam ni? Saya tak pasti.

Yang saya tahu, kalau kita bertadarus (baca beramai-ramai dalam satu kumpulan), in shaa Allah dapat habiskan baca Al-Quran dalam bulan Ramadhan. Ini yang jadi amalan saya sewaktu di sekolah menengah dahulu. Bertadarus sementara menunggu masuk waktu berbuka puasa.

Ok, ini saya nak share bagaimana caranya untuk khatam Al-Quran dalam bulan Ramadhan, diharap anda semua faham pengiraan ini ya. Basic algebra kan? :)

Semoga kita semua dapat khatam Al-Quran pada bulan Ramadhan nanti, in shaa Allah :)

Wednesday, May 20, 2015

Happy Mother's Day 2015

Saya nak sharing beberapa keping gambar yang telah diphoto gridkan oleh suami saya. Sejak saya tunjukkan kat dia camne nak guna apps Photo Grid, abis semua gambar keluarga kami di photogridkannya. Hehehehehe...

Tahun ini, saya diraikan di Restoran Sedap Corner AEON Permas Jaya sempena hari ibu. Alkisahnya, saya tak harap apa-apa pun dari suami, faham-fahamlah kan, duit ni takleh dibelanjakan sewenang-wenangnya kan. 

Tup-tup malam tu suami cakap dia nak belanja saya makan di Restoran SDS Pasir Gudang. 

Saya? Excited la of courseeee!! Tapi tetap kontrol ayu lah kan. Hehehehe... So pada 10 Mei 2015 yang lepas, berangkatlah kami sekeluarga ke Restoran SDS. Bila sampai je kat sana,

"Akak nak makan kat sini ya? Maaf kami tak open restoran hari ini. Kita buka cake house je sempena Mother's Day".

Pulak dah. Terus takde idea nak makan kat mana sebab memang plannya ke situ aje.

Fikir punya fikir, last-last kami pergi ke Restoran Sedap Corner. Yang buat saya saya betul-betul tak sangka adalah, diorang bagi sepotong kuih untuk setiap ibu yang datang makan kat situ. Alahai bestnya!!!!

Terima kasih suamiku sayang sebab belanja makan kat sini. Saya happy sangat-sangat!! ^_^

Hasil Photo Grid suamiku. Rajin benar dia :)

Monday, May 18, 2015

Perbualan Suami Isteri

Tengahari semalam selepas menghadiri jemputan perkahwinan di Pasir Gudang, saya sekeluarga bertolak pulang ke rumah mertua. Balik hari je pun, tak sempat nak tido semalaman sebab esoknya anak sekolah. 

Kami bertolak pulang semula ke rumah selepas solat Isyak, lebih kurang jam 9.30pm. Bila dah malam gelap macam tu, Haziq dan Aimi terus tertidur dalam kereta, maka tinggallah saya menemani suami yang sedang drive. Saya rasa segar pada masa itu.

Dalam perjalanan, banyak sungguh perkara yang kami bualkan. Bukan apa, bila kita punya anak kecil yang sangat petah berbicara, masa untuk kami suami isteri berbicara sesama kami menjadi sangat terhad. ^_^

Sebab tulah, bila anak-anak tidur, masa tulah kami takkan lepaskan peluang untuk bercakap banyak-banyak sepuas-puasnya!

Malam tadi, topik perbualan kami suami isteri adalah berkisar tentang "Get Connected to Allah s.w.t." dan "Sejauh Mana Kita Ini Yakin Kepada Allah Dalam Setiap Urusan Kita".

Actually, kami sekeluarga antara insan terpilih yang Allah sayang yang Allah sedang uji buat masa ini. Ada beberapa perkara yang telah berlaku dan sedang berlaku yang Allah berikan buat kami sekeluarga ketika ini. Maaf, saya takkan sekali-kali nyatakan apakah perkara tersebut di blog ini, ia terlalu peribadi.

Cukuplah sekadar saya nyatakan, ujian Allah kali ini benar-benar menguji IMAN kami.

Tapi saya percaya, Allah tidak akan menguji seseorang hamba-Nya itu melebihi daripada kemampuan dan kesanggupannya. Kalau kita rasa hidup kita ini susah sangat, payah sangat, kita sepatutnya sedar, ada ramai lagi orang kat luar sana yang hidupnya lagi susah daripada kita, yang mana kalau Allah beri peluang untuk kita exchange kehidupan kita dengan orang itu, kita pun taknak. Kita takkan mampu. Kita takkan sanggup.

Maka, sentiasalah berlapang dada dengan apa jua yang telah Allah aturkan dalam kehidupan kita ini.

Kita mungkin rasa tak suka, kenapalah jadi macam ni, kenapalah jadi macam tu, tapi kita tak tahu bahawa yang terjadi itu adalah yang terbaik untuk kita yang Allah beri kepada kita, kerana Allah sayang pada kita. Kita mungkin tidak suka, tapi itulah yang sebenarnya yang kita perlukan, yang Allah sebenarnya lebih tahu daripada kita.

Topik tentang Get Connected to Allah s.w.t. adalah salah satu topik yang saya pelajari bersama Dr. Azizan Osman di Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) baru-baru ini. Topik itu jualah yang saya kongsikan kepada suami.

Solat 5 waktu, apakah cukup sebagai tanda bahawa kita ini betul-betul connected kepada Allah s.w.t.? (Kalau tak cukup 5 waktu, tak tahulah macamana pula). Apakah cukup dengan solat semata-mata untuk menunjukkan kita ini benar-benar berhubung dengan Pencipta kita?

Sedekah dengan ikhlas Lillahi Ta'ala. Apakah ada beza nilai sedekah RM1 dengan nilai sedekah RM1000? Kenapa kita ni asyik nak sedekah dengan nilai RM1 / RM5 / RM10 / RM20 sahaja? Kenapa kita tidak sedekah dengan nilai RM50 / RM100 / RM500 / RM1000 / RM10,000? Ini yang sama-sama kami suami isteri bincangkan dalam perjalanan pulang ke rumah malam tadi.

Kemudian topik "Sejauh Mana Kita Ini Yakin Kepada Allah Dalam Setiap Urusan Kita". Yang ini saya perolehi daripada pelbagai jenis buku yang saya baca. Saya buat summary dan cerita balik dekat suami supaya mudah difahami.

Saya cakap pada suami, saya bukan hamba Allah yang sempurna, saya masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki, oleh sebab itu saya nak sentiasa upgrade diri. Saya nak kami suami isteri sama-sama memperbaiki kelemahan dan meningkatkan amal ibadat demi memperolehi syurga di akhirnya nanti.

Indahnya rasa di hati kerana kami suami isteri punya chemistry yang sama-sama ingin mencari keredhaan Ilahi. Kami mungkin tidak kaya buat masa ini, kami mungkin tidak mewah buat masa ini, tetapi kami percaya dengan janji dan izin Allah s.w.t. kami pasti kaya dan berjaya suatu hari nanti dengan kekayaan dan kejayaan itu lebih mendekatkan kami kepada Allah s.w.t.

Kami sampai di rumah jam 10.45 pm, terasa cepat sahaja masa berlalu namun kami puas dengan perkara yang kami bincang dan sepakat bersama.

Melihat wajah anak-anak yang sudah tertidur keletihan, kami rasa semakin yakin dengan aturan Allah s.w.t. untuk kami. Kami terima segalanya dengan berlapang dada dan bersangka baik kepada Pencipta kami. Semoga kami sekeluarga sentiasa dalam jagaan dan perlindungan Allah s.w.t. pada setiap masa. Amin Ya Rabbal Alamin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Kedai Vitamin Bandar Seri Alam :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *