I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Thursday, April 9, 2015

Cara Menempah Hotel di Agoda.Com dan Membuat Pembayaran Menggunakan Debit Card

Baru-baru ini saya telah menempah hotel di Agoda.com. Ini adalah pertama kali saya menempah hotel dan terus membuat pembayaran secara online di Agoda.com.

Disebabkan baru pertama kali, saya ada juga rasa tak selamat, maklumlah beli kat Agoda.com dan bukannya beli direct dengan hotel tersebut. Tapi, saya tolak tepi dulu rasa takut dan yakinkan diri.

Ok kat bawah ni saya share tutorial langkah demi langkah untuk menempah hotel di Agoda dan membuat pembayaran secara online menggunakan debit card. Mudah dan selamat!


1) Log in ke Agoda.

Masukkan destinasi yang kita nak pergi
Masukkan tarikh check-in dan check-out
Pilih jenis guests
Contohnya macam saya, saya nak pergi ke 
Bayou Lagoon Resort di Melaka pada 6-8 April 2015.


2) Lepas tekan Search, akan masuk ke halaman untuk kita pilih jenis bilik.

Ini dia Bayou Lagoon Park Resort
Perhatikan 2 arrow pink yang saya buat tu
First arrow - Agoda notify bahawa recently ada orang lain sudah book bilik di resort ini
Second arrow - Bilangan user yang sedang survey / cuci mata di resort ini. 
Mungkin nak booking juga.


3) Perhatikan room types yang ada dan yang mana mengikut kesesuaian anda (keluarga / kawan-kawan)

Perhatikan room types dan room rates


4) Klik Room Info dan Booking Conditions untuk mengetahui maklumat lanjut tentang satu-satu room 

Room Info


Booking Conditions


5) Lihat kemudahan yang disediakan sama ada memenuhi keperluan percutian anda. Ini semua masih di page yang sama.









6) Pilih Room Type yang anda inginkan dan klik Book.



7) Isikan Booking Details dan kemudian klik Continue.




8) Isikan Payment Details. Anda boleh membuat pilihan sama ada Pay Now atau Pay Later. Macam saya, saya terus Pay Now menggunakan Debit Card. Segerakan apa yang boleh disegerakan dan jangan bertangguh. :)



9) Booking Completed apabila anda sampai ke page ini. Anda tidak perlu print apa-apa kerana Hotel Voucher (booking confirmation) akan diemelkan kepada anda dalam masa 10 minit.



10) Semak e-mail anda.



11) Print Hotel Voucher untuk ditunjukkan di kaunter hotel nanti.




12) Important Notes. Disebabkan saya memilih Bayou Lagoon Park Resort yang terletak di Melaka, maka saya perlu membayar City Tax (Cukai Bandaraya) sebanyak RM2 untuk 1 malam. Saya sendiri tidak pasti cukai ini untuk apa sebenarnya sebab sebelum pernah juga bercuti di Melaka tapi tak pernah dikenakan City Tax. Cukai ini perlu dibayar semasa check-in nanti.





Okey sekian sudah tutorial pada hari ini. Diharap dapat membantu anda semua yang pertama kali ingin menempah hotel di Agoda.com. Selamat Bercuti!

8 comments:

Sha Salleh said...

ohh baru tahu tinggal hotel di bandaraya kena city tax.. sebelum ni kalau ke melaka stay rumah sedara je.hihi

Lieya Von Jay said...

hai kak umi.lma nya tak bertandang ke sini :)

Rai OurKizuna said...

bagus.. mudahkan sesiapa yang nak pergi bercuti..

aTieYusof Family said...

Salam sis..lama tak kesini.. pekabar? sllu juga tempah guna Agoda.com ni.. TQ for info sis..:)

aTieYusof Family said...

salam singgah melawat Uni..:)

lia ummiirfan said...

agoda memang mudah

liyana halim said...

x tau plak boleh guna debit card...
selama ni was was jer nak guna debit card...
huhuhuhu
will try for next trip

Siti Nazariah said...

salam sis. sy cuba buat paymnt guna debit card. tapi tak berjaya pon. tak keluar yang pay now/pay later. nape ye sis?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Kedai Vitamin Bandar Seri Alam :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *