I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Wednesday, April 29, 2015

Salam Sayang Dari Kuala Lumpur!

Hai followers dan pembaca blog ku sekalian,

Sekarang saya bersiaran di Kuala Lumpur dan akan berada di sini sehingga minggu hadapan bagi menghadiri Intensif Magnet Kejayaan dan Kejayaan bersama Dr. Azizan Osman (DAO).

Setiap kali datang ke KL, saya merasai suasana yang berbeza, satu perkataan untuk describe ialah "hectic". Bila macam ni, rindu pula dengan suasana JB / Pasir Gudang yang boleh dikatakan lebih relaks dan santai.

Apa-apa pun, saya berada di sini untuk beberapa hari sahaja dan bukannya nak terus tinggal kat sini. Hehehe... ^_^

Selepas ini, tidur malam saya akan ditemani oleh baju busuk Haziq dan Aimi. Saya bawa sehingga ke Kuala Lumpur, sebagai pengganti rindu saya terhadap anak-anak.

Baju yang Haziq dan Aimi pakai malam tadi, Mama terus bawak pergi KL!

Tuesday, April 14, 2015

Personal Coaching Belajar Membina Blog (12 April 2015)


Alhamdulillah, pada hari Ahad yang lepas iaitu 12 April 2015, satu lagi sesi personal coaching belajar membina blog telah diadakan bersama Puan Hailda dari Taman Scientex, Pasir Gudang. Beliau menghubungi saya melalui whatsapp setelah menemui flyers yang saya edarkan di area Pasir Gudang.

Untuk mencari tarikh dan masa yang bersesuaian untuk personal coaching, agak mengambil masa juga kerana maklum sahajalah, kami sama-sama terikat dengan komitmen masing-masing.

Namun di atas kesungguhan Puan Hailda untuk belajar membina blog walaupun telah mempunyai blog sendiri sebelum ini, dibalas dengan kemudahan masa oleh Allah s.w.t.

Maka, berlangsunglah sesi personal coaching yang mengambil masa selama 4 jam. Coaching ini dijalankan secara santai-santai sahaja, sambil belajar sambil makan sambil minum. Bila kita santai dan gembira, lagi mudah nak faham kan.

Puan Hailda pun banyak berkongsi cerita tentang bisnes kereta sewa dan hala tuju bisnesnya, oleh sebab itu, lebih mudah untuk saya directkan jenis blog yang sesuai untuk Puan Hailda.

Oleh kerana Puan Hailda sudah mempunyai pengalaman membina blog sendiri sebelum ini, maka coaching hari ini berjalan dengan lebih lancar.

Nota disediakan, namun saya galakkan peserta menulis nota sendiri
untuk memudahkan pemahaman dan mengambil tindakan.


Untuk makluman, Puan Hailda dan suami mengusahakan bisnes kereta sewa sejak daripada tahun 2012 lagi dan kini ingin meluaskan bisnes tersebut agar lebih dikenali di medium online melalui platform blog. 

Tahniah di atas keputusan tepat yang dilakukan oleh Puan Hailda untuk belajar membina blog. Semoga perkongsian kita hujung minggu yang lepas akan meningkatkan lagi bisnes online Puan Hailda pada masa akan datang, 

Sebelum ini, tempahan kereta sewa datang secara offline, didoakan dengan adanya blog bisnes kereta sewa ini, Puan Hailda akan menerima lebih banyak tempahan kereta sewa secara online, In Shaa Allah.

Terima kasih Puan Hailda yang manis bertudung hijau ^_^


Anda berminat untuk menyertai personal coaching belajar membina blog bersama saya? Sila rujuk DI SINI.

Thursday, April 9, 2015

Cara Menempah Hotel di Agoda.Com dan Membuat Pembayaran Menggunakan Debit Card

Baru-baru ini saya telah menempah hotel di Agoda.com. Ini adalah pertama kali saya menempah hotel dan terus membuat pembayaran secara online di Agoda.com.

Disebabkan baru pertama kali, saya ada juga rasa tak selamat, maklumlah beli kat Agoda.com dan bukannya beli direct dengan hotel tersebut. Tapi, saya tolak tepi dulu rasa takut dan yakinkan diri.

Ok kat bawah ni saya share tutorial langkah demi langkah untuk menempah hotel di Agoda dan membuat pembayaran secara online menggunakan debit card. Mudah dan selamat!


1) Log in ke Agoda.

Masukkan destinasi yang kita nak pergi
Masukkan tarikh check-in dan check-out
Pilih jenis guests
Contohnya macam saya, saya nak pergi ke 
Bayou Lagoon Resort di Melaka pada 6-8 April 2015.


2) Lepas tekan Search, akan masuk ke halaman untuk kita pilih jenis bilik.

Ini dia Bayou Lagoon Park Resort
Perhatikan 2 arrow pink yang saya buat tu
First arrow - Agoda notify bahawa recently ada orang lain sudah book bilik di resort ini
Second arrow - Bilangan user yang sedang survey / cuci mata di resort ini. 
Mungkin nak booking juga.


3) Perhatikan room types yang ada dan yang mana mengikut kesesuaian anda (keluarga / kawan-kawan)

Perhatikan room types dan room rates


4) Klik Room Info dan Booking Conditions untuk mengetahui maklumat lanjut tentang satu-satu room 

Room Info


Booking Conditions


5) Lihat kemudahan yang disediakan sama ada memenuhi keperluan percutian anda. Ini semua masih di page yang sama.









6) Pilih Room Type yang anda inginkan dan klik Book.



7) Isikan Booking Details dan kemudian klik Continue.




8) Isikan Payment Details. Anda boleh membuat pilihan sama ada Pay Now atau Pay Later. Macam saya, saya terus Pay Now menggunakan Debit Card. Segerakan apa yang boleh disegerakan dan jangan bertangguh. :)



9) Booking Completed apabila anda sampai ke page ini. Anda tidak perlu print apa-apa kerana Hotel Voucher (booking confirmation) akan diemelkan kepada anda dalam masa 10 minit.



10) Semak e-mail anda.



11) Print Hotel Voucher untuk ditunjukkan di kaunter hotel nanti.




12) Important Notes. Disebabkan saya memilih Bayou Lagoon Park Resort yang terletak di Melaka, maka saya perlu membayar City Tax (Cukai Bandaraya) sebanyak RM2 untuk 1 malam. Saya sendiri tidak pasti cukai ini untuk apa sebenarnya sebab sebelum pernah juga bercuti di Melaka tapi tak pernah dikenakan City Tax. Cukai ini perlu dibayar semasa check-in nanti.





Okey sekian sudah tutorial pada hari ini. Diharap dapat membantu anda semua yang pertama kali ingin menempah hotel di Agoda.com. Selamat Bercuti!

Monday, April 6, 2015

Yang Mana Satu Cara Anda Bekerja?

Salam semua.

Saya mendapat email dari bestfriend saya dan saya ingin kongsikan dengan anda semua. 


Yang Mana Satu Cara Anda Bekerja?


Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan "biasa" dan ada datang dengan perasaan serba tak kena .

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja, hasilnya "biasa" saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.

Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan In Shaa Allah.


Jadi renungkan lah....

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa, hasilnya macam kita ' TAK DATANG' kerja

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT' .

3. Adakala kita rasa kita PRIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPEN MINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJARAN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada
KRITIK yang mencipta KRISIS .

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih
MENGADA-NGADA .

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?'

8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA,BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam, selagi hati kita berdengki, jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita) dan tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja),kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari anggapan kita itu sendiri.

Friday, April 3, 2015

Himpunan Doa As-Syifa' Penawar Penyakit (Al-Hidayah Publications)

Baru-baru ini saya baru sahaja membeli sebuah buku di HARRIS AEON Tebrau City.

Tajuknya : Himpunan Doa Asy-Syifa' Penawar Penyakit. Harga RM15 (kalau ada kad member dapat 10% diskaun).

Saya berpendapat buku ini sangat bermanfaat kerana ia mengandungi doa penawar untuk pelbagai jenis masalah / penyakit.

Sebagai hamba-Nya, kita harus berdoa, berikhtiar dan bertawakal, kerana yang memberi kesembuhan itu hanyalah Allah Taala. Moga-moga Allah menerima doa kita.

Di sini saya kongsikan gambar buku dan isi kandungannya. Rakan-rakan yang berminat, bolehlah mendapatkan buku ini di kedai-kedai buku. 

Semoga perkongsian ini memberi manfaat, In Shaa Allah. :)






Thursday, April 2, 2015

I'm Back!

2.07 pm

Hujan lebat di sini. Sejuk. 

Alhamdulillah Allah panjangkan umur saya untuk kembali menulis di blog kesayangan saya ini. Bila tengok-tengok balik, entry terakhir saya adalah pada 12 Mac 2015 yang lalu dan itulah juga entry ketiga dan yang terakhir di bulan Mac 2015.

Seperti yang pernah saya nyatakan di entry ini, "tidak lama lagi saya akan kembali aktif berblogging". Percaya atau tidak, bulan April ini menandakan kembalinya saya semula ke dalam dunia penulisan blogging. Sebelum ini, saya agak sibuk dan terikat dengan pelbagai urusan, namun sekarang saya lebih bebas untuk menulis.

Looking back, banyaknya kenangan pahit manis kehidupan yang tidak sempat saya catatkan di blog ini. Kadang-kadang timbul rasa terkilan. Nak ubatkan hati sendiri, saya catat isi kandungannya di buku catatan supaya saya tidak terlupa. In Shaa Allah, bermula hari ini dan hari-hari seterusnya, saya akan kembali konsisten menulis di blog ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *