I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Thursday, March 12, 2015

Istimewanya Aimi

Pandai juga Mama buat benda ni. Hehehe..


Entry kali ni saya nak cerita tentang Aimi my princess yang sekarang ni berumur 2 tahun 1 bulan.

Alhamdulillah, niat saya untuk menyusukan (bf) Aimi tercapai walaupun tidak eksklusif. Disebabkan saya tidak ada pengalaman bf sebelum ini, saya target untuk betul-betul bf Aimi sehingga usianya 6 bulan sahaja dan lepas tu baru fikir sama ada nak teruskan atau tidak.

Cukup 6 bulan, saya rasa saya achieved sesuatu dalam hidup saya iaitu menyusukan anak saya sendiri. Saya rasa saya dah beroleh semula keyakinan diri yang hilang dulu kerana dulu amatlah jahil bab bf2 ni.

Sebagai tanda penghargaan, suami hadiahkan saya sepasang wedges jenama apa entah (alamak, boleh pulak terlupa), warna putih krim. Saya pilih wedges tu dan suami belikan sebagai hadiah.

Nak tahu kenapa saya boleh terlupa jenama wedges tu? Sebabnya saya cuma pakai beberapa kali sahaja. Saya dah tak reti nak membalancekan diri memakai kasut yang bertumit-tumit. Wedges tu kira agak tinggi la jugak pada saya. Asal pakai wedges tu, mesti rasa nak jatuh, cepat-cepat berpaut kat suami supaya saya tidak jatuh dengan aksi yang oh em ji. Haha...

Cukup 6 bulan, saya rasa saya masih ok dan bersemangat untuk meneruskan penyusuan. Saya masih lagi pam susu di tempat kerja, namun atas sebab-sebab kekangan di tempat kerja, saya hanya dapat pam susu pada waktu rehat 12.30-1.30 pm sahaja. Selain daripada waktu itu, saya tak dapat pergi ke surau untuk pam susu. Nak pam di workstation memang tak boleh, sebab tak ada cubicle, open macam susunan meja tulis kat sekolah rendah.

Bila hanya dapat pam sekali sahaja dalam tempoh 9 jam, sakitnya dada ini tidak tertanggung lagi. Bukan hanya miss b yang sakit, kepala pun jadi pening semacam. Seksanya bila tak dapat pam susu. Huhuhu..

Lama kelamaan saya jadi penat dengan situasi demikian. Ditambah pula, susu yang saya pam ke dalam storage bottle tu, Aimi taknak minum. Langsung taknak minum. Dia hanya mahu direct feed dengan saya. Bermacam-macam usaha yang saya buat, tapi Aimi taknak minum susu saya tu. Pening kepala saya mencari penyelesaian. Pam hari-hari, malam buat power pumping lagi, tapi Aimi tetap taknak minum. Dia hanya mahu direct feed sahaja setiap hari setiap malam.

Cukup usia Aimi 9 bulan, saya pun simpan sudah pam susu saya tu. Saya fokus untuk pastikan diri saya sentiasa sihat bertenaga supaya Aimi kenyang bila direct feed dengan saya. Set Penyususan Shaklee dah jadi my bff. Sesudah menyusu je Aimi mesti sendawa besar. Suka sangat saya mendengar sendawa dia tu. Lepas sendawa terus tido tak kabar ingat. Hehehehe...

Menjejak usianya 2 tahun dan period saya pun dah kembali normal, susu pun mula berkurangan sehinggalah yang keluar tu hanya titisan-titisan susu sahaja. Tapi Aimi tetap taknak berpisah susu (wean-off), lagi kerap pula dia nak bersama saya.

Asal saya balik kerja je, mesti Aimi buat muka dan senyuman manja sambil cakap, "Mama, nak bebe". Bebe tu ialah nama panggilan Aimi untuk "miss b". Hahaahhaha... Kelakar betul, macamana dia boleh tau nak sebut bebe pun saya tak taulah.

Aimi seorang yang kuat cemburu. Dia sangat pantang kalau nampak sama ada saya memeluk dan mencium abahnya atau abangnya / saya dipeluk cium oleh abah atau abangnya. Dia punya marah tu boleh jadi ke tahap garangggnyeeeee bagi budak umur 2 tahun.

Kadang-kadang saya suka nak mengusik Aimi. Saya peluk cium Haziq banyak-banyak dan Aimi akan menjerit "Mama Aimi punya!!!!" Hahahaha... Mama is Aimi's property nampaknya. :)

Satu lagi istimewanya Aimi ialah, dia seakan-akan tahu yang saya ini ada gastrik. Bila gastrik menyerang, dia akan mengurut dan mengusap perut saya. Dengan jari jemarinya yang masih kecil, perlakuannya itu benar-benar buat hati saya tersentuh. Seakan hilang rasa pedih di perut bila Aimi melayan saya sebegitu. Aimi juga akan cakap "Ma akit. Aimi jaga" maksudnya Mama sakit ya, Aimi jaga Mama. Aduhai...

Walaupun begitu, Aimi mempunyai satu sikap yang tidak boleh nampak saya duduk di SOHO saya dan buka laptop. Bila nampak aje saya buka laptop, mulalah dia merengek-rengek nak panjat kerusi nak duduk di riba saya dan mula menekan keyboard sesuka hatinya. Ada masanya saya biarkan, ada masanya saya cepat-cepat tutup laptop dan layan Aimi bermain dulu.

Lagi satu, bila saya balik kerja, Aimi punya manja tu lain macam. Nak dukung, nak peluk, nak cium, kalau berak nak Mama cebokkan, kalau makan nak Mama suapkan, semua nak dengan Mama sampai kadang-kadang Mama tak sempat nak buat kerja apa pun kat rumah.

Suami selalu cakap, "dah satu hari suntuk Mamanya sibuk bekerja, bila balik rumah mestilah anaknya rindu..."

Mmm... betul juga kan? Sebab tu setiap kali saya jemput Aimi dan Haziq di rumah babysitter selepas habis kerja, inilah ayat pertama yang keluar dari mulut dia,

"Mama, ape ambat?" (Mama, napa lambat?)

Setiap kali Aimi cakap macam tu, saya akan terdiam sendiri, mungkin sebab Haziq tak pernah cakap macam tu pada saya sebelum ni atau mungkin sebab apa yang Aimi cakap tu memang ada betulnya.

Seharian Mama bekerja, sibuk dengan kerja, anak pula dijaga oleh orang lain, disuap makan oleh orang lain. Balik kerja pula lambat, anak tertunggu-tunggu Mamanya muncul di pintu pagar rumah babysitter setiap petang.

Kesiannya kat anak-anakku!

Perasaan belas kasihan saya pada Aimi sebenarnya bermula di awal kehamilan saya lagi. Masa tu usia kandungan baru sahaja 6 weeks, saya beritahu majikan yang saya hamil dan bila dijangka bersalin. Saya ingatkan kabar ini disambut gembira, tapi rupa-rupanya sebaliknya.

"Habislah, habislah, 2 bulan nanti cuti bersalin pulak. Haihhhh.."

Saya hanya mampu mengusap perut saya. Kesian anak aku, kenapa begini yang harus dia terima?

Itu cerita masa di dalam kandungan. Selepas dilahirkan, lebih kurang usianya 9 bulan, Aimi warded di HSI kerana viral fever. 4 hari saya berada di hospital menjaganya siang dan malam, 4 hari jugalah mendapat sms,

"Bila nak masuk kerja?"
"Bila nak masuk kerja?"
"Bila nak masuk kerja?"
"Bila nak masuk kerja?"

Perasaan saya pada masa itu hanya Allah sahajalah yang tahu. Macam-macam yang saya fikirkan dan di sinilah bermulanya satu impian.

Setiap kali Aimi memeluk, mencium dan mengungkapkan rasa sayang dan cintanya kepada saya, saya rasa begitu bahagia. Terlalu bahagia. Kehangatan kasih sayangnya kepada saya membuatkan saya lupa hal-hal yang kadang-kala menyentap emosi saya.

Saya selalu bayangkan bahawa saya dan Aimi akan menjadi bukan sekadar ibu dan anak, tetapi juga kawan baik yang boleh berkongsi segala-galanya. Saya ingin sentiasa sihat dan panjang umur untuk bersama Aimi, Haziq dan suami saya menjalani kehidupan berkeluarga yang harmoni dan penuh cinta.

Suatu masa nanti, saya pasti Aimi akan membaca coretan saya ini.

"Aimi, Mama bukan seorang ibu yang sempurna tapi pastinya Mama selalu berusaha untuk menjadi ibu yang terbaik. 

Sebagaimana Mama dan Abah menantikan kedatangan Aimi dalam hidup kami suatu masa dulu, begitu juga sekarang di Mama berharap Aimi sentiasa menyayangi Mama sepertimana kasih, sayang dan cintanya Mama pada Aimi. 

Mama sudah melalui pahit manis dan jatuh bangun dalam kehidupan, oleh sebab itu sebagai seorang ibu, Mama sentiasa inginkan yang terbaik untuk Aimi. Moga Aimi memahami naluri ini.

Satu pesan Mama, keredhaan Allah s.w.t. terletak kepada keredhaan ibu bapa dan syurga itu letaknya di bawah telapak kaki ibu. Semoga suatu hari nanti apabila Aimi sudah berjaya dalam kehidupan, tidak sesekali Aimi lupakan Mama dan keluarga kita ya.

Mama doakan semoga Aimi puteri Mama akan menjadi anak yang solehah, taat kepada kedua ibu bapanya dan suami (apabila berkahwin kelak) dan akan sentiasa mendoakan Mama biarpun Mama sudah tiada lagi.

Mama sayang dan cintakan Aimi dunia dan akhirat!"

Ah. Terasa jiwangnya Mama kan? ;)

5 comments:

Asha Lya said...

Sronok dpt tgk prkembgn ank2 dpn mata sndiri tpi krn mncari rezki lbh trpksa kita hntr di babysitter

Nurzakiah Hanum said...

SERONOKNYA BERFAMILY KAN
ALHAMDULLILAH

Hamelia Hamid said...

sama dengan situasi saya, anak tak mahu EBM, dia hanya mahu direct feed. BErtabah je lah saya buang stok susu tu. :(

Diana Rashid said...

Susahnya dapat majikan macam tu...dia cuma nak kita serahkan 100% hanya pada kerja...melampau..bukan syarikat bapak kita pun..hahhahah

Aku Penghibur said...

majikan seharusnya fahamkan.. aduhh,,. seronok bila akak bercerita soal anak2 nie

Jom Vote blog acik bagi msmw

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Kedai Vitamin Bandar Seri Alam :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *