I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Saturday, March 21, 2015

Ruangan Iklan


Saya kini membuka Ruangan Iklan Untuk Disewa. Sekiranya anda merupakan peniaga online / offline yang ingin mengiklankan produk dan perkhidmatan anda, anda boleh mengiklankannya di blog ini dengan kadar sewa yang sangat berpatutan.

Klik di sini untuk melihat Kadar Pengiklanan.

Thursday, March 12, 2015

Istimewanya Aimi

Pandai juga Mama buat benda ni. Hehehe..


Entry kali ni saya nak cerita tentang Aimi my princess yang sekarang ni berumur 2 tahun 1 bulan.

Alhamdulillah, niat saya untuk menyusukan (bf) Aimi tercapai walaupun tidak eksklusif. Disebabkan saya tidak ada pengalaman bf sebelum ini, saya target untuk betul-betul bf Aimi sehingga usianya 6 bulan sahaja dan lepas tu baru fikir sama ada nak teruskan atau tidak.

Cukup 6 bulan, saya rasa saya achieved sesuatu dalam hidup saya iaitu menyusukan anak saya sendiri. Saya rasa saya dah beroleh semula keyakinan diri yang hilang dulu kerana dulu amatlah jahil bab bf2 ni.

Sebagai tanda penghargaan, suami hadiahkan saya sepasang wedges jenama apa entah (alamak, boleh pulak terlupa), warna putih krim. Saya pilih wedges tu dan suami belikan sebagai hadiah.

Nak tahu kenapa saya boleh terlupa jenama wedges tu? Sebabnya saya cuma pakai beberapa kali sahaja. Saya dah tak reti nak membalancekan diri memakai kasut yang bertumit-tumit. Wedges tu kira agak tinggi la jugak pada saya. Asal pakai wedges tu, mesti rasa nak jatuh, cepat-cepat berpaut kat suami supaya saya tidak jatuh dengan aksi yang oh em ji. Haha...

Cukup 6 bulan, saya rasa saya masih ok dan bersemangat untuk meneruskan penyusuan. Saya masih lagi pam susu di tempat kerja, namun atas sebab-sebab kekangan di tempat kerja, saya hanya dapat pam susu pada waktu rehat 12.30-1.30 pm sahaja. Selain daripada waktu itu, saya tak dapat pergi ke surau untuk pam susu. Nak pam di workstation memang tak boleh, sebab tak ada cubicle, open macam susunan meja tulis kat sekolah rendah.

Bila hanya dapat pam sekali sahaja dalam tempoh 9 jam, sakitnya dada ini tidak tertanggung lagi. Bukan hanya miss b yang sakit, kepala pun jadi pening semacam. Seksanya bila tak dapat pam susu. Huhuhu..

Lama kelamaan saya jadi penat dengan situasi demikian. Ditambah pula, susu yang saya pam ke dalam storage bottle tu, Aimi taknak minum. Langsung taknak minum. Dia hanya mahu direct feed dengan saya. Bermacam-macam usaha yang saya buat, tapi Aimi taknak minum susu saya tu. Pening kepala saya mencari penyelesaian. Pam hari-hari, malam buat power pumping lagi, tapi Aimi tetap taknak minum. Dia hanya mahu direct feed sahaja setiap hari setiap malam.

Cukup usia Aimi 9 bulan, saya pun simpan sudah pam susu saya tu. Saya fokus untuk pastikan diri saya sentiasa sihat bertenaga supaya Aimi kenyang bila direct feed dengan saya. Set Penyususan Shaklee dah jadi my bff. Sesudah menyusu je Aimi mesti sendawa besar. Suka sangat saya mendengar sendawa dia tu. Lepas sendawa terus tido tak kabar ingat. Hehehehe...

Menjejak usianya 2 tahun dan period saya pun dah kembali normal, susu pun mula berkurangan sehinggalah yang keluar tu hanya titisan-titisan susu sahaja. Tapi Aimi tetap taknak berpisah susu (wean-off), lagi kerap pula dia nak bersama saya.

Asal saya balik kerja je, mesti Aimi buat muka dan senyuman manja sambil cakap, "Mama, nak bebe". Bebe tu ialah nama panggilan Aimi untuk "miss b". Hahaahhaha... Kelakar betul, macamana dia boleh tau nak sebut bebe pun saya tak taulah.

Aimi seorang yang kuat cemburu. Dia sangat pantang kalau nampak sama ada saya memeluk dan mencium abahnya atau abangnya / saya dipeluk cium oleh abah atau abangnya. Dia punya marah tu boleh jadi ke tahap garangggnyeeeee bagi budak umur 2 tahun.

Kadang-kadang saya suka nak mengusik Aimi. Saya peluk cium Haziq banyak-banyak dan Aimi akan menjerit "Mama Aimi punya!!!!" Hahahaha... Mama is Aimi's property nampaknya. :)

Satu lagi istimewanya Aimi ialah, dia seakan-akan tahu yang saya ini ada gastrik. Bila gastrik menyerang, dia akan mengurut dan mengusap perut saya. Dengan jari jemarinya yang masih kecil, perlakuannya itu benar-benar buat hati saya tersentuh. Seakan hilang rasa pedih di perut bila Aimi melayan saya sebegitu. Aimi juga akan cakap "Ma akit. Aimi jaga" maksudnya Mama sakit ya, Aimi jaga Mama. Aduhai...

Walaupun begitu, Aimi mempunyai satu sikap yang tidak boleh nampak saya duduk di SOHO saya dan buka laptop. Bila nampak aje saya buka laptop, mulalah dia merengek-rengek nak panjat kerusi nak duduk di riba saya dan mula menekan keyboard sesuka hatinya. Ada masanya saya biarkan, ada masanya saya cepat-cepat tutup laptop dan layan Aimi bermain dulu.

Lagi satu, bila saya balik kerja, Aimi punya manja tu lain macam. Nak dukung, nak peluk, nak cium, kalau berak nak Mama cebokkan, kalau makan nak Mama suapkan, semua nak dengan Mama sampai kadang-kadang Mama tak sempat nak buat kerja apa pun kat rumah.

Suami selalu cakap, "dah satu hari suntuk Mamanya sibuk bekerja, bila balik rumah mestilah anaknya rindu..."

Mmm... betul juga kan? Sebab tu setiap kali saya jemput Aimi dan Haziq di rumah babysitter selepas habis kerja, inilah ayat pertama yang keluar dari mulut dia,

"Mama, ape ambat?" (Mama, napa lambat?)

Setiap kali Aimi cakap macam tu, saya akan terdiam sendiri, mungkin sebab Haziq tak pernah cakap macam tu pada saya sebelum ni atau mungkin sebab apa yang Aimi cakap tu memang ada betulnya.

Seharian Mama bekerja, sibuk dengan kerja, anak pula dijaga oleh orang lain, disuap makan oleh orang lain. Balik kerja pula lambat, anak tertunggu-tunggu Mamanya muncul di pintu pagar rumah babysitter setiap petang.

Kesiannya kat anak-anakku!

Perasaan belas kasihan saya pada Aimi sebenarnya bermula di awal kehamilan saya lagi. Masa tu usia kandungan baru sahaja 6 weeks, saya beritahu majikan yang saya hamil dan bila dijangka bersalin. Saya ingatkan kabar ini disambut gembira, tapi rupa-rupanya sebaliknya.

"Habislah, habislah, 2 bulan nanti cuti bersalin pulak. Haihhhh.."

Saya hanya mampu mengusap perut saya. Kesian anak aku, kenapa begini yang harus dia terima?

Itu cerita masa di dalam kandungan. Selepas dilahirkan, lebih kurang usianya 9 bulan, Aimi warded di HSI kerana viral fever. 4 hari saya berada di hospital menjaganya siang dan malam, 4 hari jugalah mendapat sms,

"Bila nak masuk kerja?"
"Bila nak masuk kerja?"
"Bila nak masuk kerja?"
"Bila nak masuk kerja?"

Perasaan saya pada masa itu hanya Allah sahajalah yang tahu. Macam-macam yang saya fikirkan dan di sinilah bermulanya satu impian.

Setiap kali Aimi memeluk, mencium dan mengungkapkan rasa sayang dan cintanya kepada saya, saya rasa begitu bahagia. Terlalu bahagia. Kehangatan kasih sayangnya kepada saya membuatkan saya lupa hal-hal yang kadang-kala menyentap emosi saya.

Saya selalu bayangkan bahawa saya dan Aimi akan menjadi bukan sekadar ibu dan anak, tetapi juga kawan baik yang boleh berkongsi segala-galanya. Saya ingin sentiasa sihat dan panjang umur untuk bersama Aimi, Haziq dan suami saya menjalani kehidupan berkeluarga yang harmoni dan penuh cinta.

Suatu masa nanti, saya pasti Aimi akan membaca coretan saya ini.

"Aimi, Mama bukan seorang ibu yang sempurna tapi pastinya Mama selalu berusaha untuk menjadi ibu yang terbaik. 

Sebagaimana Mama dan Abah menantikan kedatangan Aimi dalam hidup kami suatu masa dulu, begitu juga sekarang di Mama berharap Aimi sentiasa menyayangi Mama sepertimana kasih, sayang dan cintanya Mama pada Aimi. 

Mama sudah melalui pahit manis dan jatuh bangun dalam kehidupan, oleh sebab itu sebagai seorang ibu, Mama sentiasa inginkan yang terbaik untuk Aimi. Moga Aimi memahami naluri ini.

Satu pesan Mama, keredhaan Allah s.w.t. terletak kepada keredhaan ibu bapa dan syurga itu letaknya di bawah telapak kaki ibu. Semoga suatu hari nanti apabila Aimi sudah berjaya dalam kehidupan, tidak sesekali Aimi lupakan Mama dan keluarga kita ya.

Mama doakan semoga Aimi puteri Mama akan menjadi anak yang solehah, taat kepada kedua ibu bapanya dan suami (apabila berkahwin kelak) dan akan sentiasa mendoakan Mama biarpun Mama sudah tiada lagi.

Mama sayang dan cintakan Aimi dunia dan akhirat!"

Ah. Terasa jiwangnya Mama kan? ;)

Monday, March 9, 2015

Senarai CPUV Yang Telah Diterima Sepanjang Tahun 2014 Sehingga Februari 2015

Lamanya saya tak update pasal cpuv ni. Dah tertinggal keretapi dah rasanya. Takpe, takpe, sekarang ni masa untuk catch up semula. No more delay after this, korang ingat kan entry saya sebelum ni, iaitu dalam masa kurang sebulan dari sekarang, saya akan kembali aktif berblogging, in shaa Allah.

Nak update senarai cpuv yang telah saya terima sepanjang tahun 2014, bermula daripada bulan Mac 2014 (sebelum March saya sudah menerima sebanyak 26 cpuv. TQ Nuffnang!!!) :


March 2014
27) Herbal Essence
28) Digi - Project Red
29) Ford Fiesta Phase 2

April 2014
30) Uniten Awareness
31) Whisper Mesh & Cotton

May 2014
32) Vanish's Tip Exchange
33) Sanofi Lactacyd

June 2014
34) Petronas Primex 95
35) Huawei Ascend P7
36) U Mobile Prepaid Free Meal
37) Bulgogi Brothers Korean Burgers
38) Invest Smart Campaign

July 2014
39) Old Town True White Coffee
40) U Mobile Prepaid Free Meal

August 2014
41) B.liv Brand Visibility
42) Mayfair Bodyline
43) Air Asia Go - Korea Sale
44) Macau Tourism

September 2014
19) Xperia Z2
20) Sanofi Lactacyd Phase 2
21) RMK Autumn / Winter 2014
22) RWG - Ice Adventure
23) Proton PCC
24) Senheng Online Store
25) Sime Darby LPGA 2014

October 2014
45) RHB Now - Let's Transaction
46) Sunsilk Silhoutte
47) Proton PCC
48) Kasi App Campaign
49) SME Micro Finance
50) Sime Darby LPGA 2014 (PC)
51) Zurich Insurance Contest
52) Musee Platinum Tokyo
53) MGIA Parent Campaign
54) Win A 3 Days 2 Nights Trip
55) Transitions Optical
56) Jimat-Jimat McDonald's
57) Lan Berambeh 2014

November 2014
58) Mah Sing Avenue Street
59) Dutch Lady Friso Baby
60) Sony Xperia Z3 Launch
61) INTI 2015 Cycle 1 Degree
62) Clinique Sonic System
63) Mah Sing Avenue Street
64) Mi Sedaap Cup Noodles
65) Altel Digital Campaign
66) Old Town White Coffee

December 2014
67) Lactacyd : Malay Millenium
68) Marigold UH
69) Rakuten September
70) Marigold UHT Milk (PC)
71) Education NZ
72) Maybank #ILove
73) Musee Platinum Tokyo
74) Worldfoods Campaign
75) Maggi Royale

January 2015
76) RHB Travel Around The World
77) Hotlink OhhSome Fest
78) Nestle KitKat Launch
79) Digi Year End Sale
80) Lactacyd 150ml Promo
81) Maggi Kari

February 2015
82) Physiogel
83) Nike Running Tights
84) Samsung Galaxy A Launch
85) Mi Sedaap Krispi Digital
86) Ambank TRUE LAB
87) South Australia Tourism
88) PDB CNY Coffee Break


Alhamdulillah, setakat ini sudah menerima 88 cpuv, ada yang nilainya sen-sen sahaja, tapi ada juga yang nilainya ringgit-ringgit. Sudah melepasi jumlah minimum untuk cash out tapi belum rasa nak cash out lagi sebab nak tunggu dulu, nak kumpul dulu.

Seronoknnya berblogging, sambil menulis sambil mengumpul ringgit. Lagi rajin menulis, lagi banyak ringgit yang boleh dikumpul. Pucuk pangkalnya adalah hati sendiri, sama ada nak atau tak nak sahaja.

Terima kasih Nuffnang di atas kepercayaan, terima kasih kerana memilih blog saya. Lepas ni bagi banyak-banyak lagi cpuv dan sponsored post ye. Saya pasti terima dengan suka hati!!! :)

Berdiam Diri Bukan Bermakna Menyepi

Sejak akhir-akhir ini, atau paling tepat dikatakan ialah bermula bulan lepas, saya semakin kekurangan masa untuk menulis di blog. Kekurangan masa pula berkadar songsang dengan seribu satu macam kisah yang berlaku dalam hidup saya. Makin banyak benda nak diceritakan, makin kurang pula masa yang ada. Mmmm...

Inipun saya menulis pada jam 11.35 pm setelah tidurkan Aimi. Itupun tadi saya hampir-hampir shut down sahaja laptop ini bila melihat dia seakan tak dapat tidur lena. Entry ini saya schedulekan untuk korang semua baca di pagi Isnin ini. :)

In shaa Allah, dalam tempoh yang kurang daripada sebulan lagi, saya akan mencapai impian saya. Impian ini sebenarnya saya target untuk capai dalam tempoh beberapa tahun lagi, tapi inilah kuasa Allah s.w.t., sangat cantik aturan-Nya untuk hamba-Nya ini.

Nak tahu apa impian itu? Tunggu ya.

Setakat malam ini saya lihat sudah ada 440 orang followers. Terima kasih sangat-sangat ye kepada korang semua yang sudi follow blog saya. Kalau dah follow tu, jangan lupa tinggalkan url blognya, senang saya nak blogwalking nanti. Oh ya, terima kasih juga kepada silent readers saya. Saya baru tahu yang rupa-rupanya saya ini ada silent readers yang membaca setiap entry saya tanpa follow blog saya. Kenapa tak follow tu saya tak tahulah kenapa. Mungkin nak nampak ala-ala misteri nusantara kot.

Looking forward, in shaa Allah tidak lama lagi saya akan kembali aktif berblogging. Ini bukan janji tapi pasti (pinjam ayat David Teo Metrowealth Production, hehehe...). Korang mesti tertanya-tanya ape ek yang sebenarnya berlaku atau akan berlaku yang membuatkan saya akan kembali aktif menulis di blog?

Haaa, itu rahsialah. Sebagai seorang blogger yang menulis blog peribadi, saya masih lagi menyimpan kemas satu ruang dalam hati saya untuk perkara yang saya rasa hanya saya sahaja yang perlu tahu dan perkara ini tidak mungkin saya tulis di blog. Sebab tu, jangan mudah menilai seseorang berdasarkan tulisannya sahaja, kerana dalam banyak-banyak yang ditulisnya, masih ada banyak lagi yang dia tak tulis sebenarnya.

Berdiam diri selama ini bukan bermakna saya menyepi. Saya masih ada di sini, masih lagi terus membalas emel-emel dan whatsapp mereka yang prihatin tentang saya, mahupun yang memerlukan konsultasi produk Shaklee daripada saya dan juga buku Mini MMR (Mudahnya Menjemput Rezeki).

Sebelum mengakhiri entry kali ini, saya nak berkongsi sedikit petikan kata-kata daripada buku Cuit-Cuit Ustaz Kazim Elias yang baru sahaja saya beli tempohari di Harris Jusco Tebrau City.

Untuk renungan bersama...

"Apabila kita diuji, bersabarlah. Nabi yang tiada dosa pun diuji, apatah lagi kita. Terkadang ujian itu pengubat untuk diri, dengan ujian itu kita semakin dekat dengan Allah".
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *