I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Thursday, February 19, 2015

Keluargaku, Inspirasiku, Cinta Hatiku

Macam biasa, dalam bulan Disember tahun lepas, saya sekeluarga pergi ke kedai gambar favourite kami iaitu Ewa Photo di Permas Jaya untuk mengambil gambar family. Sekarang macam dah jadi acara tahunan pulak. Setahun sekali mesti nak pergi ambil gambar family di kedai gambar. Selain ambil gambar family, terus juga ambil gambar passport untuk untuk setiap orang. Macam Haziq, sekolahnya minta 4 keping gambar passport untuk nak buat name tag dan rekod.


Banyak juga gambar yang diambil. Satu perkara yang buat hati saya terlekat kat kedai gambar ni ialah, orang kedai sangatlah mesra. Layan kami dengan baik. Suasana kedai pon best aje. Suka datang ke sini.


Dalam banyak-banyak gambar, saya pilih sekeping gambar untuk dijadikan desktop background laptop saya ini. Cantik tak gambar kami sekeluarga?


I am married, blessed with a loving husband and 2 kids :)


Saya ni sebenarnya seorang yang sentimental. Mudah touching bab-bab berkaitan keluarga dan orang tersayang. Pada saya, kebahagiaan yang sebenar adalah sentiasa bersama dengan orang yang disayangi di saat susah dan senang. Dapat makan sama-sama, dapat gelak ketawa sama-sama, dapat bermain bersama, itu semua sudah cukup membahagiakan saya. 


Saya sayang keluarga saya. Inilah dunia saya. Suami dan anak-anak. Semoga Allah s.w.t. panjangkan umur saya dalam iman dan diberi kesihatan yang baik sepanjang masa untuk saya beramal ibadat dan dapat bersama anak-anak dalam setiap detik kehidupan mereka. Kadang-kadang tersenyum sendiri bila fikirkan anak masuk sekolah rendah, masuk sekolah menengah, masuk universiti, bekerja/berbisnes dan punya keluarga sendiri. 


Saya pernah beritahu kepada suami, yang bila Aimi sudah berkahwin dan selepas bersalin nanti, saya sendiri yang akan menjaga dia semasa berpantang. Akan menjaga Aimi serapi-rapinya agar dia sentiasa selesa dan seronok berpantang serta menyusukan anak. A mom's dream for her daughter. :)


Keluargaku, Inspirasiku, Cinta Hatiku. Terima kasih ya Allah atas kurniaan ini. Aku bersyukur.

5 comments:

Mrs Yatie said...

morning sis :)
PG nak jemput join GA ni.
menang iphone 5s dengan mudah!

jemput ya :)

Diana Rashid said...

cantik gambar tu...:)

Miz Eija said...

salam perkenalan kak uni... semoga kebahagian sntiasa milik kak uni sekeluarga.. jemput singgah blog eija :)..

# follower 433.. lambat lagi nk smpai ke follower 444 T_T

Ummialyaanas said...

nice pic kak..
seronok de gambar family tiap tahun nih..

Wan Fatihanum Wan Rusli said...

cantik gambar tu..itulah naluri ibu..bila dah ada anak lagi bertambah-tambah banyak benda seorang ibu akan fikir untuk kesenangan anak-anak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Kedai Vitamin Bandar Seri Alam :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *