I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Wednesday, February 25, 2015

Facts About FRIENDS

Saya dapat ini di Facebook.


"50% of them know and like you because of the FAVOURS you do or did for them"

"30% of them have seen at your BEST"

"15% of them shared your PAIN"

"But only 5% knows the REAL STORY of your ENTIRE LIFE"

"And only 2% who remains TRUE".


Pada saya, ia benar dan sememangnya itu yang berlaku. :)

Apa pendapat korang?

Thursday, February 19, 2015

Keluargaku, Inspirasiku, Cinta Hatiku

Macam biasa, dalam bulan Disember tahun lepas, saya sekeluarga pergi ke kedai gambar favourite kami iaitu Ewa Photo di Permas Jaya untuk mengambil gambar family. Sekarang macam dah jadi acara tahunan pulak. Setahun sekali mesti nak pergi ambil gambar family di kedai gambar. Selain ambil gambar family, terus juga ambil gambar passport untuk untuk setiap orang. Macam Haziq, sekolahnya minta 4 keping gambar passport untuk nak buat name tag dan rekod.


Banyak juga gambar yang diambil. Satu perkara yang buat hati saya terlekat kat kedai gambar ni ialah, orang kedai sangatlah mesra. Layan kami dengan baik. Suasana kedai pon best aje. Suka datang ke sini.


Dalam banyak-banyak gambar, saya pilih sekeping gambar untuk dijadikan desktop background laptop saya ini. Cantik tak gambar kami sekeluarga?


I am married, blessed with a loving husband and 2 kids :)


Saya ni sebenarnya seorang yang sentimental. Mudah touching bab-bab berkaitan keluarga dan orang tersayang. Pada saya, kebahagiaan yang sebenar adalah sentiasa bersama dengan orang yang disayangi di saat susah dan senang. Dapat makan sama-sama, dapat gelak ketawa sama-sama, dapat bermain bersama, itu semua sudah cukup membahagiakan saya. 


Saya sayang keluarga saya. Inilah dunia saya. Suami dan anak-anak. Semoga Allah s.w.t. panjangkan umur saya dalam iman dan diberi kesihatan yang baik sepanjang masa untuk saya beramal ibadat dan dapat bersama anak-anak dalam setiap detik kehidupan mereka. Kadang-kadang tersenyum sendiri bila fikirkan anak masuk sekolah rendah, masuk sekolah menengah, masuk universiti, bekerja/berbisnes dan punya keluarga sendiri. 


Saya pernah beritahu kepada suami, yang bila Aimi sudah berkahwin dan selepas bersalin nanti, saya sendiri yang akan menjaga dia semasa berpantang. Akan menjaga Aimi serapi-rapinya agar dia sentiasa selesa dan seronok berpantang serta menyusukan anak. A mom's dream for her daughter. :)


Keluargaku, Inspirasiku, Cinta Hatiku. Terima kasih ya Allah atas kurniaan ini. Aku bersyukur.

Wednesday, February 18, 2015

Planner 2015

Dah masuk mid February 2015, baru sempat nak upload gambar planner baru.


Kaler biru ke purple ni? :)


Macam biasa, beli kat Harris AEON Tebrau City. Nasib baiklah masih ada stok, cuma pilihan warna dan design untuk tahun ni macam tak berapa cun seperti tahun-tahun lepas. Suami suruh beli diary aje, tapi saya nak beli planner macam ni juga. Ia lebih praktikal.


Oh ya, harga planner dah naik sikit ye. Sebelum ni harganya RM10.90, tahun ini harganya dah naik ke RM11.50. Banyak juga tu kan.


Tapi kalau dah namanya keperluan, mesti juga dibeli. 

Tuesday, February 17, 2015

Surat Pelepasan Pembiayaan Pendidikan PTPTN

7 Januari 2015


Akhirnya yang dinanti-nanti pun tiba di muka pintu rumah.


Surat Pelepasan Pembiayaan Pendidikan PTPTN a.k.a. surat bebas hutang!!!


Baca punya baca, tiba-tiba rasa tak berapa bebas pulak. Ish ish ish...


Cuba baca ayat perenggan ketiga tu.


"3. Sehubungan itu, sekiranya tiada apa-apa tuntutan daripada PTPTN dalam tempoh 6 bulan, surat pelepasan pembiayaan ini dianggap muktamad".


Okay fine. Means saya kena tunggu sehingga selewat-lewatnya 30 Jun 2015 kot-kot PTPTN ada nak tuntut apa-apa lagi. Mmmm... itu yang membuatkan tak berapa nak bebas tu. Tapi harap-harapnya takde apalah lagi yang PTPTN nak daripada saya kan. :)

Monday, February 16, 2015

Full Settlement PTPTN

14 Disember 2015


Hari ini saya sekeluarga pergi ke pejabat PTPTN Johor Bahru. Tujuannya untuk membuat pembayaran penuh bagi baki pinjaman PTPTN saya.


Untuk tujuan ini, saya bawa surat pengesahan baki pinjaman yang telah diberikan oleh staff PTPTN kepada saya melalui e-mail. Paling penting untuk dibawa ialah duit untuk full settlement tu.


Slip ini perlu diisi di kaunter PTPTN sebelum mengambil nombor giliran


Bila tiba giliran saya dipanggil, saya bagi surat pengesahan beserta duitnya. Tak sampai 5 minit, selesai sudah semuanya. Sebelum balik, staff PTPTN tu bagi saya resit menandakan saya sudah membuat pembayaran. Tapi, resit ini belum cukup lagi menyatakan kita sudah bebas hutang tau. PTPTN akan keluarkan satu lagi surat yang menyatakan kita bebas hutang.


Alhamdulillah, selesai urusan untuk hari ini. Lepas ni saya tunggu surat PTPTN sampai ke rumah.

Sunday, February 15, 2015

Kasut Sukan Baru

Semalam company tempat saya bekerja mengadakan acara Walkathon di Bukit Layang-Layang Pasir Gudang. Sebagai seorang insan yang tidak berapa rajin tidak ada masa nak bersukan, saya memang takde barang-barang atau pakaian yang berkaitan dengan sukan. Saya takde seluar track suit, juga takde kasut sukan. Percaya tak? Haaa... janganlah percaya bulat-bulat.


Sebenarnya saya ada sehelai track suit, tapi dah koyak besar hingga saya rasa malas nak menjahitnya. Pulak lagi, saya beli seluar tu saiz M which is memang saiz saya pon, tapi tak tau kenapa, bila saya pakai seluar tu, ia membuatkan saya kelihatan debab berdebab di bahagian lower body. Rasa macam lebar selebar-lebarnya. Ish ish ish. Tu yang memang tak sentuh langsung seluar tu sampai sudah.


Kasut sukan pulak, rasanya ada kot dalam kabinet kasut tu tapi tak tau ok lagi ke tidak. Rasanya mesti dah berhabuk bagai. Yang itu beli kat stesen bas Larkin, lebih sesuai untuk buat pergi jalan-jalan tapi saya hentam je guna sebagai kasut sukan supaya jimat 2 in 1. Boleh gitu?


Tapi kali ni punya walkathon, suami saya berbaik hati menaja keperluan isterinya yang memang tak reti bersukan ni. Hahahaha... Disebabkan itu, saya request nak beli seluar yang murah-murah je, sebab saya ni bukan taraf atlit pun. Kasut sukan pun saya nak yang murah-murah aje asalkan ia tak menyakitkan kaki saya.


Maka 2 hari sebelum walkathon, berangkatlah kami sekeluarga ke Tesco Seri Alam. Cari punya cari, jumpalah seluar track suit saiz M yang menepati kehendak saya, iaitu tidak menampakkan saya debab berdebab di bahagian lower body (sebab saya ni memang jenis peha besar, so kenalah pandai-pandai cari seluar yang menampakkan pehaku slim, boleh gitu? Hahahhaha...)


Seluarnya murah betul cuma RM14.90, terus beli sehelai. Pastu pergi kedai Bata yang kat luar tu, jumpa banyak kasut yang saya berkenan jenama Power. Harga pula dalam range RM60-RM90.


Saya rasa mahal, saya cakap kat suami nak beli kasut yang RM20 je. Suami gelakkan aje. Dia cakap, mana ada kasut sukan harga RM20. Dia cakap lepas beli kasut ni kene rajin exercise. Jangan biar kasut tu berhabuk dalam kabinet kasut.


Akhirnya, pilih punya pilih, inilah dia pilihan saya :

Pilih kaler hijau ocean pulak, asyik-asyik pink aje kan. :)


Harga kasut ni RM70. Korang rasa mahal ke atau standardlah harga kasut sukan macam ni? Sila berikan pendapat yang bernas.


Bila dah pakai kasut ni masa walkathon semalam, terus rasa suka sangat kasut ni. Terima kasih Abg belikan kite kasut sukan ni dan sentiasa support kite untuk exercise. Majulah sukan untuk Abg, dan kite juga! :)


Lepas ni kene rajin exercise la yek. Maybe boleh mulakan dengan aerobik kat Bukit Layang-Layang tu. Dengar-dengarnya setiap pagi Sabtu dan Ahad ada buat aerobik kat situ, FOC lagi tau. Kalau free, mestilah nak join! :)

Saturday, February 14, 2015

Blogku Sayang! Aku Rindu Kamu!

Serius! Saya rindu nak menulis di blog saya. Rindu sangat-sangat. Rasa macam bila tak menulis ni, lagi banyak pulak idea yang muncul di fikiran ni. Tapi saya sibuk sangat sekarang ni, dengan kerja hakiki dan kehidupan peribadi. Ini pun saya curi-curi masa untuk update blog kat rumah. Kejap lagi nak keluar pula.


Saya lihat, followers blog dah bertambah. Alhamdulillah. Terima kasih kepada yang sudi follow blog saya yang kejap ade entry baru, kejap takde entry baru ni. Lagi bagus kalau korang tinggalkan jejak di ruangan komen, senang saya nak blogwalking kan. :)


Ok, cukuplah 2 perenggan dulu. Oh My Blog! I Miss You!!!!

Sunday, February 8, 2015

Mula Mencari Katil, Tilam dan Almari Baju Untuk Haziq

9 January 2015


Tahun ini Haziq berumur 5 tahun. Kalau ikut birthday, baru sahaja berumur 4 tahun 4 bulan. Namun, dalam usia ini, saya dah buat keputusan untuk latihkan Haziq tidur di bilik sendiri.


Pada saya, apabila anak sudah pandai berbicara, pandai memberikan pendapat tentang apa yang berlaku dan yang dilihat di persekitarannya, maka itulah masa yang sesuai untuk mengasingkan bilik tidur.


Actually di rumah kami tiada bilik yang khusus untuk Haziq. Maka laundry room akan ditransform menjadi bilik Haziq. So segala yang berkaitan dengan kain baju dan laundry akan dipindahkan ke SOHO saya.


Secara peribadi, saya sangat suka sebenarnya melihat ibu bapa lain yang menghias bilik anak-anak mereka cantik-cantik dan penuh dengan pelbagai barangan. Namun, saya pula bukan begitu. Saya lebih pentingkan praktikaliti, pengudaraan dan pencahayaan untuk bilik Haziq. Asalkan 3 perkara penting ini dipenuhi, yang lain-lain tu kira extra sahaja.


Nanti saya update gambar bilik Haziq ye. ^_^.


p/s : Menyiapkan 1 bilik khas untuk Haziq, merupakan antara matlamat yang ingin saya capai dalam tahun ini!

Saturday, February 7, 2015

Nuffnang & Blogging Online Coaching

Alhamdulillah. Dalam masa kurang sejam, selesai sesi bersama customer yang mendaftar servis pengiklanan Nuffnang dengan saya. 


Bonus untuk beliau, saya bagi PERCUMA blog review. ^_^


Sejam pula, bukan bermakna terus habis. Online coaching sentiasa berterusan selagi beliau memerlukan apa-apa support daripada saya. Kami berurusan melalui pm di Facebook. Mudah kan?


Pada saya, kalau sekadar blogging tanpa menjana apa-apa pendapatan, terasa sedikit rugi. Apa taknya kita menggunakan masa, tenaga, elektrik dan  internet untuk blogging. Alangkah bagusnya jika kita dapat menjana sedikit pendapatan di peringkat permulaan blogging, dan itu semua boleh kita mulakan dengan pengiklanan Nuffnang.


Ada yang berminat untuk mendapatkan servis pengiklanan Nuffnang daripada saya? Pastinya affordable, klik SINI untuk maklumat lanjut. 

Kereta : Cermin Depan Baru dan Tinted

28 January 2015


Dalam 2 hari jugakla kereta kesayangan saya berehat di bengkel. Untuk orang yang dah biasa ke hulu ke hilir drive kereta sendiri, bila lama tak drive, memang terasa rindu. Rindu kat kereta, sambil-sambil tu tertanya-tanya juga macamana rupa baru kereta saya nanti.


Petang selepas balik dari kerja, saya dan suami terus ke bengkel. Kereta dah siap dah. Cermin depan yang pecah tu dah diganti baru. Alang-alang ganti cermin depan yang pecah, teruslah tinted sekali keretanya. Sebab memang plan nak tinted pun.


Yang tinted pulak, untuk kerusi belakang dan bahagian bonet, dah tinted dalam 50% gelap.


Untuk bahagian pemandu, sebelah pemandu dan bahagian depan cermin kereta, tinted dalam 30% gelap.


Suami yang pilih filmnya, saya tukang ambik gambar aje. :)


Tokey kedai tu cakap, tak boleh tinted semua 50% sebab nanti tak lepas pemeriksaan dengan JPJ, silap-silap kena tahan pula nanti, sebab JPJ nak muka pemandu jelas kelihatan sekiranya diorang buat pemeriksaan.


Saya pun ok saja. Asalkan kereta siap, cermin dah ganti baru dan tinted.


Total semua sekali :


Ganti cermin depan yang pecah = RM550
Tinted satu kereta = RM480

TOTAL = RM1030


Mmm.. banyak juga duit yang dikeluarkan, tapi berlapang dada lah saya kerana saya sentiasa percaya duit yang saya ada bukan 100% milik saya. Di dalamnya ada hak / kepunyaan orang lain juga (dalam hal ini, mungkin duit itu hak / kepunyaan bengkel kereta tersebut).


First time drive dengan kereta bertinted, rasa seronok sangat!!! Saya suka!!!

Friday, February 6, 2015

Mungkin Kalah Dengan Cara Masakan Sayur Pucuk Manis

15 January 2015


Dalam pukul 3 pm, saya terus pergi ke klinik. Drive sendiri tapi rasa betul-betul tak boleh fokus. Perut pedih, kepala pening, tekak rasa nak muntah lagi. Betul-betul rasa terseksa.


Sampai je kat klinik, saya terus berlari. Muntah lagi kat dalam toilet sebelum sempat jumpa doktor. Nasib baikla pada masa tu takde patient lain, so saya terus jumpa doktor.


Doktor cek perut saya. Muka dia berkerut-kerut. Saya dah risau. Apa hal agaknya ni? Teruk sangat ke? Saya tertanya-tanya dalam hati.


Doktor cakap angin dalam perut saya terlalu banyak. Condition sangat teruk dan katanya muka saya sangat pucat. Macam-macam lagilah dia cakap tapi kepala saya dah tak boleh nak hadam apa yang dia cakap. Saya terus mintak injection. So doktor terus inject dan pada masa tu saya berpeluh dingin.


Disebabkan condition saya sangat teruk, doktor terus bagi ubat suruh saya makan kat situ jugak. Saya pulak dah tak boleh duduk dengan betul. Nama aja duduk kat kerusi, tapi kaki semua pun naik atas kerusi jugak (terasa huduh bebeno cara tu.. huhuhuhu...).


Lepas dah makan ubat, doktor suruh saya beli air 100 Plus 2 botol.


Kesimpulannya, sayur pucuk manis tu ok, tapi mungkin cara masakannya yang mungkin tak serasi dengan saya. Masak lemak plus blackpepper. Mungkin orang lain makan ok aje.


p/s : Harus lebih berhati-hati dengan apa yang dimakan selepas ini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *