Tengahari tadi saya lunch di kantin. Lauk yang saya ambil hari ini ialah nasi putih, ikan kembung masak kicap, pucuk manis masak lemak, tempe goreng bersama sirap ais. Tak pasti sama ada masa tu saya betul-betul lapar atau kerana makanannya sedap, saya makan sehingga 2x tambah sayur pucuk manis tu!
Bila balik ke ofis, dalam 10 minit selepas tu, perut saya rasa pedih semacam. Mulut rasa macam pijar-pijar gitu. Dah baru terasa yang sayur pucuk manis tu ade diletak black pepper juga! Saya dah risau, sebabnya saya ni ada gastrik, so bab-bab makanan yang pedas ni memang saya alert sangat cuma yang bab sayur pucuk manis tadi boleh tak terperasan pulak.
Saya cuba rilekkan diri. Saya minum air masak banyak-banyak dengan harapan pedih perut akan hilang. Punyelah berdoa dalam hati moga-moga ini bukan gastrik (walaupun naluri sudah dapat merasakan pedihnya).
Saya sambung buat kerja macam biasa, tapi cukup sejam selepas itu, saya dah tak boleh bertahan lagi. Perut makin pedih, saya terus makan ubat angin 2 biji yang dah memang sentiasa standby dalam beg saya. Ubat gastrik boleh terlupa pulak nak standby. Huhuhu...
Dalam 5 minit selepas tu, saya dah mula rasa berpeluh dan rasa dingin semacam. Saya naikkan temperature aircond, tapi hakikatnya peluh dingin masih terasa. Perut makin pedih, saya jadi tak keruan sehingga sampai duduk bercangkung bawah meja ni sebab menahan sakit.
Tiba-tiba tekak pula terasa loya. Ah sudah, ini tanda saya kene memuntahkan semua isi perut yang bergelodak ni. Apa lagi, saya terus capai safety helmet dan safety shoes dan terus berkejar berlari ke toilet (kat ofis ni takde toilet. Toilet disediakan kat bangunan lain).
Sampai ke toilet, saya terus hamburkan kesemuanya. Nampak jelas, sayur pucuk manis yang paling banyak. Berair jugak air mata masa tu, sebab saya paling tak suka muntah-muntah ni, rasa sungguh terseksa.
Tapi lepas dah muntah tu, tekak rasa lega dan dah tak rasa peluh dingin macam tadi tu. Tapi perut masih rasa pedih dan menyucuk di ulu hati. Aduhai...
Yang buat saya konfius - adakah saya ni jenis orang yang "kalah" dengan sayur pucuk manis? Ini kali pertama saya makan.
Thursday, January 15, 2015
Kalah Dengan Sayur Pucuk Manis Masak Lemak?
LIKE? |
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
singgah ptg
singgah sini ye . jom join segmen shahril yang terbaru .
http://muhammadshahril97.blogspot.com/2015/01/segmen-jom-masuk-ke-bloglist-shahril.html
alahai cianya..huhu
alamak kak.. dalam banyak2 sayur dalam dunia ni, sy cuma makan sayur pucuk manis je..xkira laa masak air ke , masak lemak ke.. tu je laa feberet.. susah betul manusia x makan sayur ni tau.. heeee,.. btw get well soon kak.. takut plak keracunan makanan..
perut akak tak tahan tu.. bila dah muntah mmg lega la..
tak boleh makan pedas2 ke?/susah jugak macam tu ye..
Nak tengok perut serasi ke tak dengan makanan tu sampai kena try n error kan hehe...
Post a Comment