I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Thursday, January 8, 2015

Hari Terakhir Giveaway!

Hari ini 8 Januari 2015 @ jam 11.59 pm adalah hari terakhir untuk menyertai GA di blog ini. Penyertaan yang diterima selepas tarikh dan masa tersebut tidak akan dilayan, tak kiralah korang buat rayuan menggunakan surat rasmi, nyanyian kat youtube atau rayuan menggunakan air mata. Memang takkan dilayan. Harap maklum okay.


Pertama kali menganjurkan GA dengan melibatkan 11 orang penaja, sambutan terhadap GA ini, pada saya, SANGAT LUAR BIASA. Selain daripada menambah bilangan follower, dapat juga saya menyediakan ruang untuk para penaja menaja hadiah di samping mempromosikan bisnes / perkhidmatan mereka secara PERCUMA.


Dapat juga rakan-rakan blogger berkenalan antara satu sama lain. Malah saya sendiri sebagai penganjur dapat berjejak kasih dengan kawan sekolah rendah saya tau melalui GA ni. Haaa nampak tak? Ada kebaikan lain yang hadir di sebalik kebaikan dan manfaat yang sudah dijangka. :)


Walaupun sudah tamat GA ini nanti, saya harap hubungan silaturahim sesama kita rakan blogger akan terus berpanjangan. In Shaa Allah dalam masa beberapa hari selepas ini saya akan up entry Senarai Peserta GA.


Sambil-sambil menunggu keputusan GA diumumkan pada 14 Januari 2014 nanti, korang bolehlah sama-sama blogwalking ke blog para peserta GA tau. Saling berkenalan. Kalau takde GA, takde maknanyalah nak blogwalking dengan begitu mudah kan? So, ambil kesempatan dengan adanya GA seperti ini. Rajin-rajinlah blogwalking.


Kepada sesiapa yang ada buat apa-apa segmen / GA / contest selepas ini, war-warkanlah supaya lebih ramai yang menyertai.


Selepas ini, beri masa seminggu kepada saya sebagai penganjur untuk memilih pemenang ye. Pilihan adalah secara random sahaja. Saya menggunakan random.org untuk mencari pemenang.


Tapi awal-awal saya bagitahu ye, korang janganlah berharap saya akan print screen satu persatu random.org untuk tiga puluh lima pemenang bertuah tu tau. Jenuh jari jemariku yang runcing halus mulus gebus ni nak print screen satu-satu sehingga tiga puluh lima kali.


Maksudnya, saya akan guna random.org untuk pilih pemenang dan terus listkan siapa pemenangnya. Diharap penjelasan saya ini tidak menimbulkan sebarang keraguan atau ketidakpuasan hati ye. Apapun, keputusan saya selaku penganjur adalah muktamad.


Ops, panjang pulak celoteh kali ni. Padahal isi pentingnya cuma nak bagitau - hari ini adalah hari terakhir GA. Hahahahaa... Tahniah jugak untuk korang yang sabar membacanya sehingga ke hujung entry!


UPDATED !!!


Senarai Peserta GA

14 comments:

sha dhira said...

tahniah kak... sambutan yang memberangsangkan.. tak sabar nak tunggu senarai pemenangnye.. hehehe :D

Mar Mansor said...

tahniah..GA dah tamat..

izzeyda said...

tak sabar nak tunggu pengumuman keputusan GA nih..

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak, wahh bestnya. sheila tak sempat join kot. tengah sibuk draft entri2 review. pening pale T____T"

Diana Rashid said...

Yang penting saya kena ada dalam senarai pemannag..hahahah...cam ugut je..:p

Asha Lya said...

Hampir brjaya ga yg akak anjurkn..tahniah kak

Fadhilah Yunus said...

Ala...dh x sempat nk joinn..tahniah ye,butan mengujakan!!

nayfatimah rasyid said...

tahniah penganjur ;)
harap-harap ader rezeki hihihii

Mrs Yatie said...

horey. tak sabar nak tahu siapa pemenangnya :)

Yana Yani said...

saya tak sabar juga nak tahu senarai pemenang =)
saya pun ada planning nak buat GA
tak tahu bila

Mad Parihh said...

dah join :)

Leyha Adie said...

fuyooo sambutan best giler.. dupdapdupdap hati ni
good luck semua yg join

Muhammad Shahril said...

thniah !

zarul farhana said...

gud luck pada semua peserta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *