I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Sunday, January 4, 2015

Charmant Shawl

Saya ni sebenarnya pencinta tudung awning tau. Zaman-zaman dulu kan pakai tudung bawal yang 4 segi tu, saya rasa leceh bebeno sebab perlu gosok tudung sebelum pakai, pastu kene pastikan tudungnya tak kedut / kelepet-kelepet kalau tak nanti hilang ke'cun'nan memakai tudungnya nanti.


Tak lama pulak, keluar tudung awning. Bermula dengan mencuba, terus suka dan jatuh cinta sebab tudung awning dah menyelesaikan baaaanyak masalah yang saya hadapi dengan tudung bawal.


Namun seiring dengan peredaran masa dan peningkatan usia, saya sekarang tengah cuba-cuba nak memakai shawl pulak. Pada saya, dengan pakai shawl ni, kita bebas nak menggayakan shawl tu macamana. Takdelah standard rupa macam pakai tudung awning kan.


Dalam pada suka nak mencuba shawl, saya dihubungi pula oleh Cik Puan Aienzunnur yang berbesar hati nak menaja 2 helai shawl untuk GA blog saya ni. Apa lagi, ibarat pucuk dicita ulam mendatang, saya terus bersetuju.


Untunglah 2 orang pemenang bertuah itu nanti, dapat hadiah Charmant Shawl yang merupakan high quality chiffon yang tidak jarang dan tidak panas, dengan saiz 1.7m x 0.8 m setiap satu. Warnanya pula memang ohsem!


Warna : Green Petronas


Warna : Yellow Mustard



Bagi yang tidak tahu cara menggayakan Charmant Shawl ni, korang harus menarik nafas lega sebab Charmant Shawl ada menyediakan tutorial cara pemakaian shawl ini. Senang kan, beli shawl, ikut tutorial cara nak memakai dan menggayakan dan akhirnya voila! Terus kelihatan cun melecun.


Selain daripada 2 warna di atas, ada baaanyak lagi warna-warna lain yang sesuai dipadankan dengan pemakaian kita sehari-hari. Nak buat pergi kerja pun boleh, nak buat pergi jalan-jalan pun boleh, pendek kata Charmat Shawl ni sesuai sangat untuk apa-apa event kita tau.


Nak tahu warna apa lagi yang ada? Jom jom kita terjah dan like fanpage Charmant Shawl!

7 comments:

izzeyda said...

Menarik, lama tak pakai shawl nih..

PeRdU cINta said...

Yang paling penting labuh dan tidak jarang..teruskan berfesyen selagi mana masih berada dilandasan syarak seperti mana yang di syariatkan..

Mar Mansor said...

Trend terkini pakai shawl ka ..padahal sejak saya belum kawin saya dah pakai shawl..cuma jenis kain dulu biasa2 je..

Diana Rashid said...

harap2 saya yang dapat shawl ni..hehehe

Asha Lya said...

Memgg cntik blh d pelbagaikn pgggunannya hhe

Mad Parihh said...

comel :)

zarul farhana said...

labuh jgk... nnt nk usha usha lah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Kedai Vitamin Bandar Seri Alam :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *