I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Tuesday, January 27, 2015

Bersiaran di Awal Pagi

Alhamdulillah. Hari ini Allah kejutkan saya bangun lebih awal daripada hari semalam, iaitu pukul 4.00 am. Bila dah terjaga tu, terus tengok anak-anak dulu, sebab hari ini adalah hari kedua Haziq tidur di bilik sendiri.


Actually saya, Abah Haziq dan Aimi pun tidur di bilik Haziq. Untuk permulaan ini, kami praktis untuk sama-sama tidur di bilik Haziq. Belum boleh rasanya nak tinggalkan dia tidur seorang-seorang.


Lepas buat susu untuk Aimi, saya segera ke bilik air dan seterusnya solat Isyak dan solat Tahajud. Malam tadi saya sekeluarga tidur awal lebih kurang jam 10.30 pm, sebab nak biasakan Haziq tidur awal. Tapi awal ke 10.30 pm tu? Rasanya macam lambat jugak kan untuk Haziq yang berumur 5 tahun, tapi tulah, kalau nak tidur awal lagi daripada tu, rasa macam tak sempat.


Tahu-tahu sajalah ibu bapanya ini bekerja. Balik rumah hendak masak untuk dinner lagi, nak selesaikan itu ini lagi, maka jam 10.30 pm dikira awal jugaklah tu kan. Takpelah, ini baru permulaan. Bila dah biasa nanti, saya akan cuba praktis untuk Haziq tidur jam 10.00 pm.


Selepas Subuh nanti, saya akan kejutkan suami dan anak untuk sama-sama bersiap pergi kerja dan sekolah. Satu perkara yang saya pegang dan percaya ialah, isteri/ibu ibarat nadi dalam sesebuah rumahtangga/keluarga. Bila isteri/ibu sihat dan ceria, maka satu keluarga akan sihat dan ceria, dan begitulah jua sebaliknya.


Contoh mudah yang lain, kalau kita nak suami dan anak-anak kita bangun awal untuk pergi kerja / sekolah, kita sendiri sebagai isteri/ibu kena bangun awal dahulu.


Apa-apapun, isteri/ibu harus beri keutamaan kepada diri sendiri dahulu barulah dia boleh bring out the best dalam diri suami dan anak-anaknya. Bayangkan sahajalah, kalau isteri/ibu terlewat bangun pagi, pastu nak siapkan itu ini, nak siapkan diri sendiri lagi, aduh, rasanya pagi-pagi tu sebelum keluar rumah pun dah kelam kabut dan haru biru.


Bukanlah nak cakap saya ini perfect sangat, kerana saya juga belajar daripada kesilapan. Saya juga pernah terbangun lewat. Saya juga pernah melalui betapa stressnya pagi-pagi nak siapkan macam-macam.


Tapi, rasanya bila dah masuk usia 3 series ini, rasanya saya lebih bijak baik dalam menguruskan masa. Apatah lagi bila dah punya 2 orang anak, terasa sangat bahawa MASA ITU EMAS. Tak boleh dah suka-suka nak bertangguh kerja macam dahulu lagi. Kena bijak merancang daripada mula. Bak kata pepatah Inggeris "Failing To Plan Is Planning For Fail".


Ops, cepatnya masa berlalu. Beberapa minit lagi akan masuk waktu Subuh. Saya berhenti di sini dulu ya. Tunggu next entry daripada saya!

5 comments:

Nurzakiah Hanum said...

good morning

Rai OurKizuna said...

betul tu.. ibu nadi keluarga.. sebab tu ibu kena ceria ceria dan sihat selalu kan.. hehehe

Fiqah Feeona said...

Alhamdulillah.. Tapi awal btul awak bangun..Saya paling awal pun pukul 5 pagi. Saya pun dah di-train untuk bangun awal oleh mama sebab nak siapkan bekal untuk adik-adik. Btul cakap awak. Ibu/Isteri adalah nadi keluarga. Kalau Ibu/Isteri tak happy, semua orang pun tak happy.

yoorin melacolea said...

bagus kak..tido awal, bangun pon boleh awal..sy asben kadang balik kerja pukul 1 pagi..anak pulak x tido2.. sy bangun pagi, anak x bgun lg..liat pulak tu nak kejut.. hishh..geram jugak kadg2...

Diana Rashid said...

betul.,,makain berganjak Usia makin bijak la kena pandai bahagikan masa..
Anak saya saya suruh tidur jam 10..kalau kerja sekolah banyak 10 setengah baru tidur..itu pun dia dah risau takut jam 6 tak boleh bangun..heheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Kedai Vitamin Bandar Seri Alam :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *