I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Thursday, January 1, 2015

Assalamualaikum 2015

Assalamualaikum semua!


Selamat pagi dan salam sejahtera. Hari ini saya cuti tahun baru (public holiday). Plannya nak bangun pukul 4.00 am, tapi kerana dek keletihan dengan kerja semalam, terus terlajak laris tido. Tau-tau je suami saya kejutkan saya sebab saya dah pesan sebelum tido, kalau-kalau dia bangun awal, tolong kejutkan saya sebab saya nak online.

Tapi saya tengok jam masa pada masa dia kejutkan tu, dah pukul 6.30 am. Dah tak fikir nak online lagi dah, terus fikir kalut lambat sangat dah ni nak solat Subuh!


Syukur Ya Allah, permulaan hari saya pada tahun baru ini, saya dapat meluangkan masa yang sedikit lebih lama daripada biasa untuk berbicara dengan Pencipta saya. Sungguh banyak yang saya minta, sebab saya teringat kata-kata Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid dalam satu kuliahnya di tv iaitu, apabila kita mohon dengan Allah s.w.t., kita mohonlah sebesar-besar perkara dan sebanyak-banyaknya, kerana Allah itu Maha Pemurah, Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani.


Dan kerana itulah, lama saya duduk bermohon di sejadah selepas selesai solat Subuh. Harapan saya, moga Allah mendengar dan memakbulkan doa-doa saya.


Sungguh, banyak sungguh yang telah saya rancang untuk tahun 2015, perancangan daripada pelbagai aspek. Semakin meningkat usia dan kedewasaan, saya dapat merasakan bahawa diri saya ini semakin mencari nilai dan makna hidup,


Saya lebih inginkan kebahagiaan dalam hidup berbanding kejayaan material semata-mata. Ya, ia mungkin berbeza dengan pandangan kasar masyarakat secara umumnya, tapi inilah diri saya. Saya buat sesuatu itu bukan untuk memuaskan hati siapa-siapa, kerana yang lebih penting pada saya adalah izin Allah, redha suami, kasih sayang anak-anak dan juga ibu bapa saya.


Apapun jua perancangan rakan-rakan semua untuk tahun 2015 ini, saya doakan agar ia adalah perkara yang baik-baik dan memberi manfaat untuk diri sendiri dan orang lain jua, kerana pada tahun 2014, saya telah menyaksikan malah telah mengalami sendiri pahitnya "penindasan" dalam golongan masyarakat yang punya nama, kuasa dan pangkat (sedangkan di Padang Mahsyar nanti yang dinilai bukannya nama, kuasa dan pangkat itu, kan?)


Oleh kerana "penindasan" itulah, membuatkan saya semakin mencari nilai dan makna hidup (boleh rujuk kepada carta Maslow Law di bawah). Boleh agak tak mencari nilai dan makna hidup tu kat level yang mana?


Maslow Hierarchy of Needs


Nak tau lebih lanjut tentang Maslow Hierarchy of Needs? Klik SINI.


Selamat Tahun Baru 2015 kawan-kawan! Ingat pesan saya, dalam apa jua yang kita lakukan, letakkan Allah s.w.t. di tempat terutama paling atas dengan BERTANYA ALLAH DULU, sama ada perkara ini baik untuk kita atau tidak.


Percayalah, Allah akan tunjuk / beri jalan untuk setiap pertanyaan dan persoalan kita! Saya berani cakap begini kerana saya sendiri telah mengamalkan teknik BAD (Bertanya Allah Dulu).


Semoga hidup kita semua di tahun 2015 akan lebih terpimpin dan teratur, dengan rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t.

7 comments:

Nur_cahayamataku said...

selamat tahun baru uni, semoga 2015 lebih membawa bahagia berbanding 2014.

Nur Inani said...

selamat tahun baru sis :)

Mar Mansor said...

selamat tahun baru 2015 uni

izzeyda said...

Amin mudah2an ya kita sentiasa hampir dengan Pencipta kita selalu..

Cik Nurul said...

Happy new year Uni!
CN doakan semoga apa yang Uni hajatkan akan dimakbulkan, In shaa Allah :)

Uni mention tntg BAD, & CN pernah cuba. Ia teknik yg sgt awesome :)

Asha Lya said...

Insyallah moga apa yg kita rncg utk thn 2015 ni akak trlaksana

zarul farhana said...

selamat tahun baru jugak akak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *