I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Thursday, December 31, 2015

Imbas Semula Perjalanan Hidup Tahun 2015


Hari terakhir tahun 2015, saya dedikasikan satu entry untuk mengimbas semula perjalanan hidup saya pada tahun ini. Wooohooo.. belum tulis dah terasa aura nya. Aura apa? :)

January
  • Bermula dengan impian dan harapan yang sangat besar untuk tahun ini, sangat berharap, berlindung dan bergantung kepada Allah.s.w.t.
  • Selesai 1st Giveaway di blog ini. Seronok sangat!
  • Baru aje masuk awal tahun, saya dilanda gastrik yang sangat teruk. Doktor cakap mungkin saya kalah dengan sayur pucuk manis masak lemak.
  • Baru aje masuk awal tahun, cermin kereta saya pecah dek kerana terkena batu dari lori besar. Belum apa-apa lagi dah keluar duit. Aduhaiii...
  • Persediaan menyiapkan katil dan bilik untuk Haziq. Tahun ini Haziq umur 5 tahun. Saya beli katil super single. Tak beli katil kartun-kartun tu rasa macam tak berbaloi aje. Katil super single ni rasanya lebih praktikal untuk Haziq sampailah dia besar.
  • Terima surat pelepasan pembiayaan PTPTN a.k.a. surat bebas hutang yang tak berapa bebas. Hehehe...


February
  • Kesibukan seperti biasa.


March
  • Kesibukan seperti biasa hingga mampu menulis 3 entry sahaja di blog ini. 


April
  • Family holiday di Bayou Lagoon Resort, Melaka.
  • Menghadiri Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK April 2015) di KL. Di sinilah titik tolak perubahan 360 darjah kehidupan saya. Totally.

May


June
  • Bulan puasa. Saya lebih fokus berbanding bulan puasa tahun-tahun sudah. 
  • Mula rajin memasak untuk sahur dan buka puasa. Sangat kurang belanja di bazar Ramadhan.


July
  • Pengalaman raya tahun ini yang tak dapat dilupakan kami suami isteri.


August
  • Bermula catuan air di taman perumahan kami. Plan nak buat birthday party Haziq terpaksa ditangguhkan.


September
  • Busy


October
  • Masa IMKK bulan 4 ari tu, saya nak beli buku 21 Formula Hidup Luar Biasa tapi tak cukup duit. Saya bawa duit belanja cukup-cukup sahaja. Tup-tup bulan ni, seorang hamba Allah pinjamkan saya buku ini dan izinkan saya untuk menulis di buku tersebut. Rezeki! Alhamdulillah. 
  • Haziq tamat baca Bukulah Anakku, masuk ke buku Read Easy
  • Haziq dapat no. 1 dalam exam semester 2. Dapat naik pentas terima anugerah. Alhamdulillah.


November
  • Boleh dikatakan saya lebih rajin memasak berbanding dulu. Suka sangat bila tengok suami dan anak-anak makan habis, ada masanya siap bertambah. Saya ni bukanlah pandai masak sangat, masih terkial-kial juga, tapi nak masak untuk suami dan anak-anak makan tu bolehlah In Shaa Allah.
  • Menghadiri majlis konvokesyen tadika Haziq. Bahagianya bila lihat Haziq naik pentas terima anugerah. Terima kasih Ya Allah. Aku bersyukur sangat-sangat Ya Allah.
  • Sangat terkejut dengan berita kembalinya Allahyarham Pak Yus Jambu ke rahmatullah.

December
  • Menunaikan impian Haziq sebab dapat no. 1 iaitu beli permainan Ultraman, belanja makan kat KFC dan naik bas! :)

Haaa itulah dia kisah saya di tahun 2015 ini. Kesimpulan yang boleh saya katakan, tahun ini adalah tahun yang lebih gembira berbanding tahun-tahun sudah. Alhamdulillah.

Dan juga saya sangat-sangat bersyukur dapat hadir ke IMKK. Satu perkara yang tak pernah saya bayangkan dalam hidup ini (attend seminar / kursus Dr. Azizan Osman).

Inilah yang pertama kali dan yang pertama kali lah yang betul-betul mengubah perspektif kehidupan saya. Terima kasih Ya Allah.

Terima kasih tahun 2015. Sungguh banyak pengalaman yang berharga dan indah untukku :) :) :) 

Wednesday, December 30, 2015

Imbas Semula Perjalanan Hidup Tahun 2014


Ok entry ini takde rupanya sebelum ini.

So saya terus create entry "Imbas Semula Perjalanan Hidup Tahun 2014".


January

  • Haziq (4 tahun) mula bersekolah di Tadika Addin. Saya dan suami benar-benar teruja, Haziq apatah lagi. Apabila Haziq bersekolah, ada perubahan dari segi jadual masa kami kerana kami bergilir-gilir hantar dan jemput Haziq, juga waktu malam perlu diluangkan untuk menyiapkan homework tadika. Sebelum ni, waktu malam memang untuk makan, rehat dan tidur sahaja.
  • Masih sibuk dengan urusan pembelian rumah.
  • Kesihatan anak-anak tidak berapa baik.
  • Jalan-jalan ke Zoo Johor.
  • Rancang family holiday.


February

  • Family holiday ke Langkawi! Pertama kali naik flight, teruja sangat! Happy sangat, seronok sangat, bahagia sangat.
  • Pergi ke Festival Layang-layang, Pasir Gudang.


March

  • Selesai urusan pembelian rumah. Yeay!! Finally ada rumah sendiri! Alhamdulillah!
  • Insiden MH370. Saya dan suami sangat-sangat terperanjat. Sebabnya kami baru sahaja naik flight MAS Airlines pada bulan sebelumnya. Suami terus rasa fobia nak naik kapalterbang.
  • Saya naik pangkat. Alhamdulillah.


April

  • Jadi agen produk makanan untuk tambah pendapatan sampingan. Seronok! Belajar macam-macam ilmu bisnes walaupun just jadi agen.
  • Tahap kesihatan saya tak berapa memuaskan. Stress terlebih.
  • Kesibukan 300%.


May

  • Mula terfikir dengan serius untuk menjadi working-at-home-mom (wahm). Sebelum ini dah terdetik di hati pada Oktober 2013, tapi masa tu tak fikirkan sangat. Tapi bulan ini saya mula serius dan mula berbincang dengan suami dan mama saya.


June

  • Mula projek passive income - rumah sewa


July

  • Mula jualan projek hari raya. Cari duit lebih :)


August

  • Kesan positif selepas minum ESP Shaklee - parut jerawat saya dah berkurangan dan muka makin berseri. Bukan saya cakap, ini saudara mara kat kampung yang cakap. Hehehhe :)


September

  • Daftar sebagai ahli Shaklee. Selain untuk family dan sendiri consume, saya buat sebagai part time sebab saya sendiri consume Shaklee sejak dari dalam pantang lagi (lepas lahirkan Aimi). Alhamdulillah seronok bila dapat bantu ibu-ibu yang memerlukan supplement untuk kekal cergas, bertenaga dan dapat menyusukan anak secara eksklusif.
  • Tempah langsir baru untuk rumah. Pertama kali tuu. Seronok sangat!


October

  • Pertama kali merasa bonus dari Shaklee. Yeay!!!
  • Attend Bengkel Bisnes Ebook di KL
  • Publish ebook saya sendiri bertajuk "10 Panduan Praktikal Menulis Ebook - Kongsikan Kepakaran Anda Dan Jana Wang Daripadanya!". Ada yang berminat nak dapatkan ebook ini? Email saya ye z.munirah@gmail.com
  • Mula konsisten buat solat Tahajud dan solat malam. Saya sendiri pun tak percaya yang saya boleh bangun solat Tahajud dan solat malam, solat yang sangat-sangat jarang saya buat sebelum ini.


November

  • Konvokesyen tadika Haziq. Haziq dapat Anugerah Tunas Harapan (4 tahun). Alhamdullah. Seronok sangat!
  • 6th sense - Allah mula beri petunjuk untuk setiap persoalan saya.


December

  • Sibuk dengan 1st Giveaway di blog ini.

Itulah dia kisah hidup saya di tahun 2014 ini.
Di sebalik segala kegembiraan, ada juga kedukaannya.
Tahun ini adalah tahun super stress sehingga ada beberapa perkara yang terabai.
Saya tak pasti apakah saya seorang sahaja yang begini, atau adakah ini yang dilalui oleh kebanyakan wanita yang berkerjaya yang sangat sibuk dengan 1001 tuntutan dan tekanan di tempat kerja.

Dalam masa yang sama, saya mula menyertai kumpulan sokongan wanita bekerja di rumah dan lebih mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. untuk mencari penyelesaian kepada segala masalah. Bukan apa, terfikir juga masa depan keluarga kan, sampai bila nak beri alasan sibuk sahaja kan sedangkan anak-anak makin membesar. Makin membesar bermakna makin menuntut perhatian kita sebagai ibu.

Dek kerana ini lah, saya tidak set sebarang azam khusus untuk tahun 2015. Lebih kepada harapan dan impian yang sangat besar.



Tuesday, December 29, 2015

Review Azam Tahun 2014 - Tercapai Atau Tidak?


Ya, tahun 2014, bukan 2015. Anda tak silap baca.

Saya cek semula entry-entry lama saya, sungguh kuciwa rupa-rupanya saya tak tulis review azam tahun 2014. Terasa macam ada yang kurang pulak kalau takde entry ni.

So berpandukan kepada entry Azam Tahun Baru 2014 ini, saya buat reviewnya (as at December 2014). Nak tahu apa azam saya pada tahun 2014? Sila klik link di atas ye :)

Azam #1
Alhamdulillah, ada improvement berbanding tahun 2013. Saya usahakan untuk solat dalam masa 1 jam sebaik sahaja masuknya waktu solat. Tapi ada masanya terlewat juga. Huhuhu... Namun, alhamdulillah, saya merasakan lebih baik berbanding tahun 2013, kadang-kadang solat Zohor di akhir waktu, rehat kejap kemudian terus solat Asar. Huhuhu... Saya juga dah mula buat solat sunat rawatib, tapi bukan untuk setiap 5 waktu. Solat sunat Dhuha saya dapat buat sekali aje dalam sebulan, kadang-kadang tak buat pun. Huhuhu..Solat tahajud dan solat malam, saya mula istiqamah melakukannya bermula Oktober 2014.

Azam #2 
Tak dapat khatam Al-Quran tahun ini. Bawa ke tahun 2015.

Azam #3 
Tahun 2014 kesihatan saya tidak begitu baik. Sangat-sangat stress di tempat kerja.

Azam #4
Belum sempat nak daftar haji untuk Haziq dan Aimi.

Azam #5
Tiada "Buku Pengurusan Belanjawan Keluarga" direkodkan. Saya sangat sibuk dengan kerja. Perbelanjaan juga agak kelam kabut.

Azam #6 
Alhamdulillah masih bf Aimi, akan diteruskan sehingga Januari 2015.

Azam #7
Berjaya membeli rumah sendiri pada Mac 2014. Alhamdulillah.

Azam #8 
Saya terima tempahan membina blog, saya jadi agen produk makanan dan buku ilmiah, saya mendaftar sebagai ahli Shaklee untuk menikmati harga ahli. Terfikir juga untuk serius berbisnes Shaklee.

Azam #9 
Berjaya bercuti bersama keluarga tersayang ke Langkawi pada February 2014 dan ke Sarawak pada November 2014. Alhamdulillah.


Blog My Story, My Life

Azam #10 
Hanya 7 bulan sahaja saya berjaya tulis lebih daripada 16 entry. Kiranya tercapai 50% sahaja.

Azam #11 
Bertambah follower kepada 200++

Azam#12 
Widget Top Commentator saya ada masalah. Saya dah cuba godek sana godek sini tapi tak dapat setel.

Azam#13
Tak sempat nak balas semua komen tapi saya balas dengan berkunjung semula ke blog. Itupun tak konsisten. Huhuhu...


Hehhehe... dah setahun berlalu baru nak review azam 2014, apa nak buat kan, kadang-kadang kesibukan seharian membuatkan kita terlepas pandang beberapa perkara dalam kehidupan.

Takpelah, yang penting dah tulis entrynya :)

Monday, December 28, 2015

Kembara Menunaikan Impian Haziq Nak Naik Bas


Kembara kami sekeluarga menaiki bas demi menunaikan impian Haziq ingin menaiki bas sebagai antara hadiah dapat no.l dalam exam baru-baru ini :)

Dari Seri Alam, kami naik kereta dan park di Pusat Bandar Pasir Gudang. Lama juga nak tunggu bas sampai. Berpeluh sakan. Tapi yang pastinya semua orang sangat excited nak naik bas. Haahhaa... Saya dah lama sangat tak naik bas tambang, siap cakap kat suami, "Jomlah kita pergi beli tiket kat kaunter". Suami cakap, "kita bukan nak naik bas ekspres. Kita naik bas tambang aje". Hahahaha... gelak lagi.

Bas Maju sampai. Kami cakap nak pegi AEON Permas Jaya sebab ada satu bus stop belakang aeon tu ingatkan bas konfirm berhenti kat situ. Bayar tambang rm6 untuk 4 org.

So bermulalah perjalanan naik bas. Haziq senyum lebar sampai ke telinga. Kami berdua sengih je tengok gelagat dia. Aimi pulak diam aje,first time naik bas. Tak biasa.

Kami ingatkan bas berhenti kat bus stop belakang aeon. Rupanya tidak. Dia berhenti kat bus stop nak hala ke jb tu. Oh tidak, jauh tu nak jalan kaki dari bus stop ke Aeon!

Pastu, naik pulak jejantas. Nampak tak gambar Haziq dan Aimi yang kat belakang tu ade Aeon punya trademark maroon tu? Kami naik jejantas ohkay. Sume orang excited tapi saya sorang pulak yang gayat naik jejantas. Aduhai, suami cakap "Macam-macam kerenah pagi ni, baru naik bas je. Belum masuk hutan ke ape lagi". Hahahaha... gelak lagi.

20 December 2015
Satu keluarga naik bas dan teksi! :)


Turun dari jejantas, masa tu panas tak usah cakap. Berpeluh lagi. Tapi sempat bergambar kat bus stop ohkay. Hahahaha...

Kami taktau bas sampai pukul berapa. Tak tahu waktu laluan bas. Last-last suami decide nak naik teksi aje. Tahan 2-3 teksi semua tak pergi ke Aeon Permas yang sebenarnya depan mata aje. Last-last ade teksi yang pergi. Dari bus stop ke Aeon Permas cajnya Rm5.50.

Masuk Aeon semua macam baru keluar kandang. Bestnya sejuk aircond!! Hahahaha... kami jalan2 je dalam tu. Lepas tu nak balik ke Pasir Gudang tapi tak tau nak tunggu bas kat mana. Then kami pegi tunggu bas tepi jalan besar. Bas tak kunjung tiba. Hahahahahaa....

Akhirnya suami decide naik teksi aje sebab anak-anak dah lapar nak makan. Kami nak makan kat pusat bandar. Naik teksi dari Aeon Permas ke Pusat Bandar Pasir Gudang cajnya Rm17. Ok fine nangis kejap. Hahahaha... tapi takpe demi nak tunaikan impian Haziq.

Sampai pusat bandar terus lunch. Lapar dan penat usah dikata tapi bila tengok muka Haziq yang senyum ceria tak habis2 lagi daripada mula naik bas sampai sekarang, kami rasa happy sangat-sangat.

Dah sudah makan, terus balik rumah naik kereta sendiri. Anak-anak dah kekenyangan terus tidur.

Walaupun pada kita yang dewasa ni, "alah naik bas je. Takde ape pun" tapi sangat besar maknanya nilai kegembiraan naik bas tersebut bagi seorang anak yang berumur 5 tahun. Malah Haziq setiap hari sampai sekarang masih lagi ucap terima kasih kepada kami sebab bawa dia dan adiknya naik bas dan teksi. Dia cakap seronok sangat-sangat.

Menunaikan impian anak, adalah kejayaan peribadi untuk setiap ibu bapa termasuklah kami. Semoga pengalaman ini menjadi permulaan untuk Haziq lebih menghargai kehidupan dan terus berimpian besar. In shaa Allah. :) :) :)

Saturday, December 26, 2015

Tempahan Membina Blog : Emycakeslovette - Chemistry in Cake


Alhamdulillah cukup seminggu, siaplah blog yang ditempah oleh Kak Emy. Atas sebab-sebab peribadi, beliau ingin blog disiapkan seberapa segera yang boleh.

Asalnya, beliau sudah menghubungi saya awal tahun ini untuk menempah blog namun atas hal-hal yang tidak dapat dielakkan, urusan tersebut tergendala seketika.

Memahami kesegeraan yang beliau inginkan, saya berusaha untuk menyiapkan blog tersebut secepat yang boleh. Sememangnya tiada masalah langsung sepanjang kami berurusan kerana Kak Emy juga sangat pantas memberikan maklumat yang saya perlukan untuk menyiapkan blog.

Kak Emy mempunyai bakat dan minat luar biasa dalam pembuatan dan dekorasi kek. Anda boleh lihat hasil kreativiti beliau di blognya iaitu http://emycakeslovette.blogspot.com



Selain menulis tentang kek, beliau juga menulis tentang catatan pengalaman dan kehidupan. Semestinya begitulah rencah yang mesti ada untuk satu-satu blog.Tidak boleh cerita tentang bisnes sahaja, seolah-olah menampakkan penulis blog tersebut tiada fikir lain, hanya fikir bisnes sahaja. Sesekali berceritalah tentang kehidupan, kerana itu yang membuatkan pembaca blog terasa lebih dekat dengan kita.

Terima kasih Kak Emy kerana sudi menempah blog dengan saya. Teruskan menulis dan berkongsi pengetahuan dan pengalaman kerana ramai insan di luar sana yang sedang tercari-cari hala tuju. Moga-moga tulisan ikhlas Kak Emy menjadi inspirasi kepada mereka yang memerlukan.

Terima kasih Kak Emy! ;)

Wednesday, December 23, 2015

Projek Jualan Makanan?


Baru-baru ini suami mencadangkan saya untuk membuat spageti carbonara. Saya cakap, abang belilah barangnya nanti saya buatkan. Suami tersenyum sahaja, saya cakap eh, kenapa pula senyum? Ada apa-apa ke? Ok, saya tak faham.

Dia cakap, kawan-kawannya di tempat kerja masih lagi memperkatakan tentang spageti carbonara saya. Alkisahnya, tahun lepas ke bila entah, kami ada buat jamuan di rumah dan ajak kawan-kawan datang makan.

Pada masa itulah saya masak spageti carbonara. Percubaan pertama kali je pun. Yang nak makan pun kawan-kawan yang rapat, so saya tak seganlah kalau diorang cakap tak sedap. Hahahaha...

Tup-tup, ramai pula berkata spageti yang saya masak itu sedap. Dalam hati saya cakap, lepas ni kalau saya masak lagi entah-entah lain pulak rasanya. Hahahaha... Sejak dari itulah, kawan-kawan suami asyik menyebut tentang spageti carbonara saya. Kata mereka, siap nak belikan barang-barang semua dan saya tolong masakkan aje. Erkkk!! Bukan tak sudi, tapi saya ni sebenarnya bukan pandai masak sangat. Hahahaha...

Suami pula cadangkan untuk saya masak spageti carbonara tu dan buat jualan kecil-kecilan pada hari minggu. Saya tergelak sampai sakit perut. Siti Munirah nak masak dan jual? Hahahhaha.... Masak untuk family pun kadang-kadang macam bersilat berperang bagai kat dapur, inikan pulak nak masak banyak-banyak untuk jualan. Memang langsung tak terlintas di fikiranku. Hahahahha...

Suami pulak pandai meyakinkan saya. Macam-macamlah saya cakap tapi saya tetap dengan keputusan saya. Masak untuk family sendiri makan bolehlah tapi kalau untuk jualan, saya minta maaf, saya memang tak reti. Bukan taknak mencuba tapi entahlah, macam tak terfikir ke situ.

Last-last suami cakap, dia akan tolong saya masak dan dia sendiri akan jual. Saya gelak lagi, gelak campur hairan sebenarnya. Sedap sangat ke spageti carbonara tu? Suami cakap setiap orang ada cara memasak masing-masing, dan cara saya masak tu memang sedap katanya. Bukan dia aje cakap, kawan-kawannya pun cakap yang sama.

Ok ok, saya mengalah. Saya cakap saya tolong masak aje tapi suami kena tolong jugak. Tolong-menolong kat dapur. Hahahaha...Suami saya ni ade background berniaga makanan, sebab dulu parentsnya berniaga makanan, so bab-bab jualan makanan ni dia pandai. Saya pula pandai makan aje, masak pun kadang-kadang ke laut hahahahaha sekarang ni je dah improve sebab anak-anak suka makan. :)

Projek masakan dan jualan makanan, tak pernah saya fikirkan. Apapun, saya ikut sahaja apa perancangan suami nanti :)

Monday, December 21, 2015

Cara Lipat dan Susun Beg Plastik Mengikut Saiz Supaya Mudah Nak Cari Apabila Diperlukan


Ada satu habit saya yang membuatkan suami saya pelik sewaktu awal perkahwinan dahulu.

Habit ini ialah ---> melipat beg plastik! Hahahahhaa...

Suami cakap pelik, sebab dia tak pernah nampak orang lipat beg plastik. Kalau nak simpan, just gumpal-gumpalkan dan letak dalam bekas atau beg plastik yang lebih besar atau letak dalam laci. Bila nak cari, just kumbahkan semua tu.

Oh no no no no... Itu bukan cara saya :)

Rasa macam serabut aje bila buat macam di atas tu. Time kita perlukan beg plastik, kita nak cepat, nak amik dan terus sesuai dengan barang yang kita nak letak dalam beg plastik tersebut. Pastinya taknak bersepah-sepah selepas mencari beg plastik.

So cara saya iaitu cara mak saya juga ialah ----> lipat beg plastik, tapi saya upgrade kepada cara saya iaitu ---> lipat beg plastik dan simpan ikut saiz plastik. Kih kih kih. Macam leceh kan, tapi percayalah, cara ni sangat memudahkan kehidupan mak-mak yang busy always macam I ni. Hahaha...

Ok, ini dia caranya :

Lipat plastik dan susun mengikut saiz.
Sambil lipat sambil nonton televisyen baru seronok.
Hahahaha...


Ikat setiap grup plastik tu dengan menggunakan getah.
Kemudian susun dalam laci biar senang nak cari.


Saya sangat suka cara ini sebab ia memudahkan saya untuk mengambil plastik yang betul apabila diperlukan dan menjimatkan masa saya.

Contohnya, nak letak beg plastik di bakul sampah, saya terus ambil kat plastik yang saiz besar tu dan terus letak di bakul sampah. Tak perlu nak kumbah-kumbah bersepah-sepah, dok try and error cari plastik yang sesuai lepas tu sumbat balik semua plastik dalam laci.

It is all about organizing :)

Dan suami saya pun dah faham sangat dah cara isterinya, pastinya cara ini sangat memudahkan kehidupan kami sekeluarga. Alhamdulillah :) :) :) 

Saturday, December 19, 2015

Jurnal Kesyukuran dan Kegembiraan Saya


February 2015

Inilah bulannya di mana saya mula menulis di Jurnal Kesyukuran dan Kegembiraan Saya. Ianya bertitik tolak selepas saya beroleh petunjuk bahawa betapa singkatnya kehidupan ini untuk disia-siakan, kerana apabila kembalinya kita ke sana nanti, bermakna berakhirlah sebuah kehidupan di dunia dan bermula pula kehidupan baru di alam barzakh.

Saya percaya setiap antara kita pun, sentiasa akan nampak perkara yang negatif dalam sesuatu perkara. Contohnya hari ini di pejabat, seorang kawan sekerja tiba-tiba memakai shawl pula sedangkan selama ini dia memakai tudung berawning. Dan kita pun mulalah memberi komen itu dan ini, yang adakalanya tanpa kita sedar, hati kawan sekerja itu terguris dalam diam.

Oleh sebab itu, saya mula menulis di jurnal ini sebagai peringatan kepada diri saya sendiri bahawa, amat penting untuk saya bersyukur, sentiasa menghargai dan bergembira dalam apa jua situasi yang melibatkan diri saya ataupun orang lain.

Contohnya, jika kita sibuk memberi komen kepada kawan tadi "muka awak nampak chubbylah pakai shawl, tak cantiklah awak pakai shawl, etc. etc.", kita tak tahu mungkin dia terasa hati dan mungkin esoknya dia tidak muncul lagi di tempat kerjanya.

Kerana sudah meninggal dunia pada malam harinya.

Barulah kita tahu, tujuan dia memakai shawl adalah untuk menggembirakan hatinya sendiri di saat-saat terakhir hayatnya. Wallahualam.

Dan apakah pula reaksi kita selepas itu? Menyesal? Terkilan? Nak minta maaf? Semuanya sudah terlambat. Akhirnya, kita sendiri yang menyesal tak sudah.

Oleh sebab itu, jurnal ini mengingatkan saya untuk sentiasa menghargai mereka yang ada di sekeliling saya, yang saya sayangi dan menyayangi saya. Mengingatkan saya untuk sentiasa bersyukur dan sentiasa bersangka baik kepada Yang Maha Esa dalam apa jua keadaan.

Apa yang saya tulis dalam jurnal ini, apabila saya membacanya semula, ia mampu membuatkan saya tersenyum dan juga tergelak sendiri, ia mampu membuatkan saya rasa happy dan saya percaya inilah aura yang ingin saya kekalkan dalam diri dan sekeliling saya :)

Semoga saya terus konsisten menulis di jurnal ini, In Shaa Allah :)

Friday, December 18, 2015

Tempahan Membina Blog - Azzaouq Hanna Kek




Blog ini telah ditempah oleh Kak Noorul Hana Aini yang menjalankan bisnes kek, biskut, muffin dan sebagainya.

Semoga Kak Noorul berpuas hati dengan hasil kerja saya :)

Jemputlah follow blog Puan Noorul di sini ya : http://azzaouqhanna.blogspot.my/

Tulisan Yang Ikhlas


Macamana nak tahu ikhlasnya satu-satu tulisan itu?

Adalah apabila kita dapat melihat usahanya menulis dan meluahkan rasa sayang.

Tulisan Haziq 
(Age 5y 3m)

Terima kasih Haziq, anakku sayang. Mama sayang Haziq sangat-sangat..!!

Thursday, December 17, 2015

Cara Goreng Ayam Yang Sedap Sikit Daripada Biasa


Baca tajuk ni rasa nak gelak sendiri - "sedap sikit daripada biasa". Haaa, so faham-fahamlah ye, sedap sikit aje daripada kebiasaan. Kalau nak sedap banyak tu, tunggu saya update resepi sedap banyak lain kali ye. Hahaha...

Ok, selalu kalau goreng ayam, yang paling simple ialah gaulkan ayam tu dengan serbuk kunyit dan garam sebelum goreng kan? Kalau ini memang simple sangat dan jimat masa of course.

Tapi kalau nak lagi sedap, apa kata tumbukkan bawang putih dan halia pastu gaulkan pada ayam sekali dengan garam, kunyit dan serbuk cili? Kemudian boleh terus goreng ataupun perapkan sekejap. Biar rencah tu semua meresap masuk dalam ayam gitu.

Tapi pada masa saya buat ni, saya just potong kecik-kecik aje dan tak tumbuk. Pun sedap juga, suami dan anak-anak siap ratah ayam goreng begitu sahaja.

Ini rupa sebelum goreng.
Selepas goreng, masing-masing berebut nak makan so
maknya tak sempat nak snap photo pun :) :) :)

Wednesday, December 16, 2015

Resepi Ikan Daun Baru Masak Halia


Hujung minggu baru-baru ini suami saya pergi memancing. Hasil tangkapan kali ini, dapat ikan daun baru, ikan gelama dan beberapa jenis ikan lain yang saya pun tak tahu apa namanya. Hahahaha..

Sampai aje ke rumah, suami terus siang semua ikan. Beginilah rutinnya setiap kali balik daripada memancing, memang terus siang sendiri semua ikan dan asingkan siap-siap mana yang hendak terus dimasak dan yang mana satu hendak disimpan dalam peti sejuk.

Yang terus dimasak ialah ikan daun baru. Pertama kali saya dengar nama ikan ini dan pertama kali juga lihat ikan ini. Badannya ada bintik-bintik tapi tidaklah begitu menggelikan. :)

Disebabkan perut masing-masing pun dah lapar, terus decide nak masak ikan daun baru masak halia. Simple yang amat.



RESEPI IKAN DAUN BARU MASAK HALIA

1) Goreng ikan seperti biasa. Macam biasa letak garam dan kunyit sebelum goreng. Oh ya, kali ini suami saya share satu cara bagaimana nak gaul rata kunyit dan garam kepada ikan / ayam tanpa menguningkan jari jemari kita. Awww... Caranya ialah, masukkan ikan dalam bekas aiskrim, tabur garam dan kunyit, tutup bekas tu rapat-rapat dan goncang sambil berjoget-joget. Hahahaha... Tips ni daripada kawan suami saya. Orang lelaki kan memang ada banyak idea. Hasilnya, kunyit dan garam bergaul sebati dengan ikan, memang cantik sangat, dan yang penting tangan tak kuning. Korang pun cubalah buat kat rumah kay :) :) :)

2) Tumis bawang besar banyak, bawang putih sikit, cili merah dan halia banyak. Namapun ikan masak halia kan, haruslah banyak halianya baru ada umphh. Kemudian masukkan garam dan air. Air tu masuk ikut banyak mana nak dibuat kuah. Rasakan ikut sesedap rasa.

3) Masukkan ikan yang dah siap digoreng tadi tu terus dalam kuali yang tumis tu. Masa ni kuahnya akan berwarna kekuningan kesan dari kunyit dari ikan yang dah digoreng. Rasakan sekali lagi ikut sesedap rasa, lepas tu SIAPPPPP!!


Bila makan, rasa ikan daun baru ni lebih kurang macam ikan siakap tapi yang paling best, terasa manisnya sebab ikan fresh kan. Sedapppnyaa!!

Nak tahu macamana rupa ikan daun baru yang baru dipancing?

Ini dia :

Nampak kan bintik-bintik tu?
Itulah ikan daun baru namanya :)

Tuesday, December 15, 2015

10 Soalan Daripada Adik Karimah Zulkafali


Dah lama rasanya tak kena tag, kali ini saya kena tag dengan adik manis Karimah Zulkafali namanya. Mencabar betul soalan-soalan dia, rasa macam nak interview kerja pula. Hehehehe..

Ok cekidaut..!!

Ini dia soalan cepumas itu dan di bawahnya adalah jawapan saya.

1) Pendapat anda tentang blog saya http://theonlygirl98.blogspot.my

Simple dan menarik. Terserlah ciri-ciri kecomelan itu sesuai dengan usianya si manis 17. Yang lagi best sebab blog akak tersenarai di bloglist Karimah. Itu yang best tu!!


2) Jenis bacaan yang anda minat untuk baca

Motivasi, inspirasi, kekeluargaan, keagamaan / spiritual, bisnes


3) Kenapa persahabatan lebih penting daripada percintaan?

Sebab persahabatan tidak memerlukan komitmen berbanding percintaan.


4) Masyarakat sekarang kurang sifat malu dalam diri. Pendapat anda?

Bersikap terbuka kadang kala disalah tafsirkan sebagai kurang sifat malu dalam diri.


5) Makanan menggembirakan. Tapi taknak gemuk. Macam mana ek? Haha XD

Seimbangkan dengan senaman :)


6) Tips untuk jadi blogger berjaya ape ek?

- Konsisten menulis dari hati dan sentiasa update blog
- Bina networking dengan rakan-rakan blogger yang lain
- Asah skill menulis


7) Apa azam 2016?

Nak memperbanyakkan sedekah jariah, nak memperbanyakkan berkongsi ilmu bermanfaat yang memberi faedah kepada orang lain dan terus mendidik anak-anak menjadi anak soleh solehah yang sentiasa mendoakan saya biarpun apabila saya sudah tiada nanti.


8) Cita'cita? Dan apa usaha anda untuk capai cita'cita anda ?

Cita-cita. Kat sekolah dulu asyik ulang nak jadi doktor, pensyarah, cikgu. Tapi tak tercapai pun. Hahahha... So sekarang saya target nak jadi successful wahm (working at home mother).


9) Yang mana lebih suka? Hubungan jarak dekat or hubungan jarak jauh. Sebab?

Jarak dekat. Sebab taknak berjauhan. Hehehhee..


10) Blog paling awesome?

Paling awesome? Susah nak cakap sebab setiap blog ade keistimewaan dan ke'awesome'an masing-masing. Senang cakap, setiap blog pun awesome! :)


Yeayyy selesai!! Fuh fuh.. :)


===========

Ok ini dia saya tag rakan-rakan blogger untuk menjawab10 soalan daripada saya. Senang aje soalannya.

1) Apa maksud nama anda?

2) Warna kegemaran. Kenapa anda suka warna tersebut?

3) 3 lagu paling feveret

4) Destinasi percutian idaman dan kenapa nak bercuti di situ?

5) Apa respon anda bila seseorang berkata, "Cantiknya awak hari ini"

6) Penang, KL, JB - yang mana pilihan anda?

7) Macamana cara anda memujuk anak / anak kecil / anak saudara yang  sedang menangis?

8) Satu perkara yang anda konfem buat sebelum tidur

9) Apakah pencapaian terbaik dalam hidup anda?

10) Apakah yang paling anda harapkan untuk tahun 2016?


Dengan ini saya ingin tag rakan-rakan blogger yang rajin ke blog saya dan sentiasa rajin komen di blog saya :) :)

Perdu Cinta

Nur_cahayamataku

Mila@Rimbun

Diana Rashid

Amanda Suria

Nurzakiah Hanum

Fiqah Feeona

Adianiez AIDA

Mila Hilas

Nini


Haaa... jawab tau jangan tak jawab.

Siapa yang namanya takde kat atas tapi nak jawab jugak, sangat dialu-alukan.

Lepas dah siap postnya, jangan lupa drop link kat entry ni ya :)

Kenapa Tak Daftarkan Anak ke Tadika Sri Kamariah?


Semasa 6 bulan pertama tahun 2015 ini ketika saya ingin menukarkan Haziq daripada Tadika Addin ke Tadika Inovasi Bestari, saya giat survey beberapa tadika di kawasan Pasir Gudang yang sesuai dengan anak saya, termasuklah Tadika Sri Kamariah (TSK) di Taman Bukit Dahlia.

Saya buat temujanji untuk berjumpa dengan guru di TSK. Saya pergi semasa waktu rehat tengahari bersama suami dan Haziq. Pertama sekali masuk ke tadika ini, rasa kagum dan wow sangat. Sangat bersih dan teratur. Itu first impression saya.

Kemudian, setelah berbincang lanjut dengan guru, saya dan suami merasakan kami tak boleh afford nak hantar Haziq belajar di sini. Tadika ini sangat ok, tapi yuran bulanannya sahaja dah melebihi limit kami.

Yuran bulanan = RM320
Yuran mengaji = RM50
Yuran hantar Haziq ke pengasuh = RM200

Bermakna, untuk Haziq seorang kami perlu spend RM570 sebulan. Oh sangat terlebih bajet kami. Yuran tahunan pula dalam RM800++.

Setelah berfikir dan berbincang mendalam dengan suami, akhirnya kami membuat keputusan untuk tidak menghantar Haziq ke tadika ini atas faktor di atas. Selain faktor ini, kami merasakan tadika ini adalah terbaik (berdasarkan lawatan pertama). Apatah lagi tadika ini menyediakan 2 sesi pembelajaran di mana kita boleh pilih mengikut kesesuaian ibu bapa yang bekerja.

Sesi 1 : Ahad-Khamis
Sesi 2 : Isnin-Jumaat

Jadi tiada lagi masalah anak cuti tak sama dengan ibu bapa cuti :)

Jika rakan-rakan berminat untuk survey tadika ini untuk anak masing-masing, bolehlah pergi ke tadika ini di :

Tadika Sri Kamariah
Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang

Saya tiada alamat penuh. Tapi lokasinya adalah berdekatan dengan Tadika Inovasi Bestari, di belakang sales office Johor Land. Sales office ni berdepan dengan Hospital KPJ Pasir Gudang.

Monday, December 14, 2015

Blogger Memperkenalkan Gadget Baru - Featured Post Namanya


Log in je Blogger.com, terus dapat mesej tentang gadget baru iaitu "Featured Post".

Bila saya baca detailsnya, ala-ala macam pinned post yang kita buat di fanpage (fb). Bermakna kita boleh select mana-mana post di blog kita ni untuk dijadikan sebagai Featured Post.

Caranya mudah sahaja.

1) Selepas log in, klik Layout.

2) Klik Add Gadget.

3) Add Featured Post

4) Select label dan entry mana yang ingin anda jadikan sebagai Featured Post.

5) Preview akan terus tertera sebaik sahaja anda memilih post tertentu.

6) Sekiranya berpuas hati, terus klik Save.

7) Drag gadget ini ke mana-mana saja bahagian di blog anda untuk dipaparkan.

8) Siappp!!

Saya pun terus cuba lah tadi. Saya pilih entry bertajuk :

"Langkawi Day 1 : Sarapan Pagi di KFC Airport Senai"

Bila publish di blog, keluar 2 baris ayat sahaja, jadi kalau nak baca post penuh, perlu klik pada tajuk post. Nampak tak atas ni featured post kat atas ni? :)

Dan juga, featured post ni takde tempoh had masa. Boleh tukar-tukar entry mana untuk dijadikan sebagai feature post mengikut suka hati sendiri. Hihihihi...

Bagus juga gadget ni kan, saya suka sangat!!

Anda macamana? Dah cuba ke belum gadget Featured Post? Suka ke tak? :)

Bukan Penggemar Nescafe Tapi Beli Nescafe, Dah Kenapa?


Setiap kali keluar iklan Nescafe di tv, tak pernah sekalipun saya rasa teruja nak pergi beli Nescafe kat kedai. Kan Nescafe ada peket-peket yang warna merah, kuning dan hijau tu kan, seriously saya tak pernah rasa pun. Tak pernah juga beli minuman tin Nescafe, senang cakap saya bukan penggemar Nescafe.

Di rumah, suami memang beli Nescafe peket kecil tu untuk dia seorang minum. Selalu suami minum Nescafe O sahaja. Ada satu hari tu, dia testing 1 2 3 buatkan Nescafe + susu pekat manis dan suruh saya minum. Of courselah saya menolak sebab saya bukan penggemar Nescafe.

Tapi memandangkan suami dah tolong buatkan, saya hiruplah jua. Eh, sedaplah pulak. Hehehehe...

Sejak dari hari tu, saya pun cubalah buat Nescafe sendiri tapi selalunya rasa Nescafe yang saya buat tu memang ke laut. Kejap terlebih Nes nye, kejap terlebih susunya, memang susah nak reach taste yang saya betul-betul suka. Last-last tak minum Nescafe sampai sudah, melainkan kalau suami yang buatkan. Hehehehe...

Then baru-baru ini, saya lihat kat tv ada promo Nescafe baru. Nescafe Latte Caramel nama dia. Pun tak terasa nak mencuba tapi warna packing dia tu sangat menarik hati sampai tertawan. Orang kata apa, eye catching, haaa gitulah lebih kurang, terus menangkap mata saya sampai tak berkelip mata saya menonton iklan tu sampai habis.

Kemudian, beberapa hari lepas tu saya dan suami pergi belanja barang dapur. Memang saya tak teringat dah tentang iklan Nescafe Latte Caramel tu, tup-tup bila suami nak top up stok Nescafe yang dah biasa beli tu, terus saya ternampak packing biru yang sangat menawan hati tu. Warna baby blue kan?

Tengok-tengok, ada small pack (5 peket aje dalamnya), so belilah sebab nak cuba.

Bila dah cuba, hati terus sukaaaa!!!

Bukan penggemar Nescafe tapi dek kerana
Nescafe Latte Caramel ni, terus suka minum Nescafe :)


Kenapa saya suka Nescafe Latte Caramel?
  • Sebab dia tak pahit
  • Rasa karamel yang sedap
  • Sekali buat mesti ikut sukatan ditetapkan iaitu 180ml baru rasa dia betul-betul sedap

Daripada beli pack kecil yang ada 5 pcs, terus upgrade beli pack besar yang ada 20 pcs. Maknanya Nescafe Latte Caramel ni memang sedap sangat-sangatlah! ;)

Friday, December 11, 2015

Cara Penyediaan Cili Blender Yang Tahan Lama Sesuai Untuk Suri Yang Nak Jimat Masa


Errr... panjangnya tajuk?! ;)

Oh well, memang tajuknya panjang macam tu sebab tujuan saya buat cili blender ni adalah sebab nak menjimatkan masa. :)

Tahu sajalah, kalau nak masak merah ke, masak sambal ke yang memerlukan cili blender, takkanlah setiap kali tu baru nak rebus cili kering, nak tos dan segala macam lagi. Pada saya, semua proses tu agak leceh.

So untuk atasi masalah ni, saya prepare cili blender siap-siap dengan cara blend cili kering + bawang merah sikit + bawang putih sikit dan simpan dalam peti sejuk sebagai stok. Bila nak masak, just cedok beberapa sudu mengikut keperluan.

Masalahnya, bila saya buat macam tu, stok tu tak tahan lama. Kadang-kadang 4 hari je dah start macam nak berkulat. Kadang-kadang tahan seminggu, kadang-kadang 2 hari pun dah keluar putih-putih kulat tu! Ayoyoyo takleh jadi ni.

Akhirnya, saya tukar kaedah lain selepas dapat tips daripada mak mertua. Saya dah buat 2-3 kali kat rumah dan alhamdulillah memang menjadi! Yeayyy!!

Ok, ini dia cara penyediaan cili blender (saya gelar ia sebagai cili blender padahal tak pakai blender pun) yang sangat sesuai untuk suri berkerjaya, suri bekerja di rumah ataupun suri rumah yang sentiasa sibuk dan ingin menjimatkan masa sebanyak yang boleh.


Potong cili kering kecil-kecil sampai keluar semua biji cili
(Saya ni jenis tak suka makan makanan yang ada banyak biji cili)


Rebus cili sehingga masak


Selepas rebus, tos / tapiskan cili tu.
Masa ni saya buat berkali-kali sebab nak keluarkan seberapa banyak
biji cili yang boleh.


Lepas dah keluarkan biji cili sebanyak yang boleh dan 
tos kering-kering, terus masukkan dalam bekas plastik.


Saya guna bekas plastik bertutup merah 
saiz kecil ini. Harganya 70 sen sahaja.
Terus simpan dalam peti sejuk.


Inilah rupa cili yang telah disimpan selama 2 minggu
dalam peti sejuk. Masih lagi segar dan tiada bau busuk / kulat.


Dengan cara macam ni, tahap kerajinan saya memasak boleh dikatakan bertambah sikiiiittt daripada biasa. Hehehehehe... Sebab kerja dah jadi mudah dan cepat. Kalau nak masak sambal, just keluarkan cili ni terus masuk dalam blender sekali dengan bawang, halia dan lain-lain pastu terus tumis. Kan mudah tu kan, jimat masa pun ye jugak.

Sekian tutorial hari ini. In shaa Allah lepas ni saya share cara saya buat nasi lemak pulak. :) :) :)

Thursday, December 10, 2015

Tempoh Percubaan Menjadi WAHM


Sejak tahun 2013, telah terdetik di hati saya untuk menjadi WAHM (working-at-home-mom). Pada masa itu, saya sendiri tak nampak bila agaknya saya boleh jadi WAHM, atau boleh ke saya jadi WAHM? Walaupun di hati terdetik nak jadi WAHM namun fikiran saya merasakan mustahil. Nampak tak ada konflik di situ?

Tahun 2014, saya berbincang hati ke hati dengan suami dan ibu saya. Yang tak disangka, mereka berdua memberikan restu dan menyokong saya sepenuhnya, dengan syarat saya membuat persediaan yang rapi daripada semua segi. Pendek kata, betul-betul prepare lah kalau nak jadi WAHM ni.

Pada masa tu, saya ok jer sebab fikir, lambat lagi kot nak jadi WAHM ni, saya target sekurang-kurangnya tahun 2017 atau 2018 nanti, bukan sekarang.

Tapi itulah, perancangan kita is perancangan kita. Tapi perancangan Allah, kita tak tahu kan?

Dan sekarang saya sedang "menjalani tempoh percubaan menjadi WAHM".

Bila betul-betul nak jadi WAHM tu? Err.. saya sendiri pun tak pasti, saya serahkan semuanya pada Allah s.w.t. moga Allah tunjukkan laluan yang terbaik untuk saya.

Kawan-kawan, doakan saya ya. :)

Tuesday, December 8, 2015

Pemergian Allahyarham Pak Yus Jambu - Ada Kesannya Di Hatiku


30 November 2015 (Isnin)

Awal pagi saya dikejutkan dengan berita kembalinya pelawak tanahair iaitu Yus (kumpulan Jambu) ke rahmatullah. Berita ini diberitahu oleh suami saya selepas dia menerima banyak mesej yang sama daripada group whatsappnya.

Selepas menyiapkan apa yang patut, saya terus melayari internet. Tak boleh nak buat kerja lain dah. Dalam hati tertanya-tanya, "Betul ke ni? Betul ke ni?" 

Buka facebook, memang cepat dapat semua berita. Buka link ke blog-blog pun mengkhabarkan berita yang sama. Terkejutnya saya Ya Allah. Pak Yus Jambu sudah meninggal dunia!

Daripada pembacaan saya, arwah mengadakan persembahan terakhir di final Raja Band di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Tak pasti sebelum / semasa / selepas mengadakan persembahan, ada 2 orang peminatnya yang bergambar dengan arwah dan yang paling tak disangka, seolah-olah muncul kalimah Allah (Alif Lam Lam Ha) di dahi arwah, dalam keadaan wajahnya yang pucat dan keletihan.

Selesai persembahan, arwah dikatakan berehat di dalam kereta. Dalam perjalanan pulang ke rumah bersama beberapa orang rakannya, arwah meminta penghawa dingin kereta dimatikan.

Sejurus selepas itu, arwah dikatakan tiba-tiba mengalami sesak nafas dan terus dikejarkan ke Hospital Selayang. Tidak lama selepas itu, pihak hospital mengesahkan arwah telah meninggal dunia lebih kurang jam 12 am ++ Ahad malam Isnin akibat sesak nafas.

Allahurobbi!!! Rasa macam tak percaya tapi itulah kebenarannya. Orang yang menghiburkan saya sekeluarga di pentas Maharaja Lawak Mega kini telah pergi untuk selama-lamanya.

Walaupun terkejut, tapi saya masih mampu bertenang sehinggalah saya terlihat gambar arwah yang telah siap dikafankan (kain di bahagian muka dibuka untuk tatapan terakhir).

Pada masa itulah saya betul-betul sedar bahawa, inilah Allahyarham Pak Yus Jambu, perginya dia takkan mungkin kembali lagi. Wajahnya tenang seakan-akan tersenyum. Wallahualam.

Pada masa inilah juga, air mata saya jatuh berjuraian penuh perasaan. Tak tahu kenapa, saya ini bukanlah saudara dengan arwah, tak pernah jumpa pun, tapi rasa kehilangan. Tak tahu kenapa, dan tidak lama kemudian akhirnya tersebarlah segala cerita-cerita kesusahan hidup arwah dan segala sedekah serta kebaikan yang dilakukannya semasa arwah masih hidup.

Siapalah menyangka, walaupun terlibat dalam industri seni, arwah seorang yang menjaga solatnya (ini daripada pembacaan saya di FB dan blog). Pun juga seorang yang kuat bersedekah, selalu bantu orang lain yang dalam kesusahan, seorang yang sangat penyayang dan sentiasa ikhlas.

Siapalah sangka begitu sebenarnya peribadi arwah sepanjang hidupnya, tidak pernah dicanang-canang segala sedekah dan kebaikan, semuanya tersimpan rapi ibarat rahsia agung. Hanyalah apabila arwah meninggal dunia, barulah Allah buka semuanya itu, mungkin untuk menjadi sebagai iktibar kepada kita ini yang masih hidup. Wallahualam.

Juga melalui foto-foto di internet, saya melihat begitu ramai insan yang menghantar jenazahnya ke tanah perkuburan. Teringat saya sewaktu Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz meninggal dunia dahulu. Ibarat selautan manusia yang menghantar jenazahnya ke tanah perkuburan. Situasi yang ibarat sama sewaktu pengkebumian Allahyarham Pak Yus Jambu kini.

Saya ada baca di mana tapi terlupa, kata orang itu, "jika benar di dahinya tertera kalimah Allah hanya beberapa minit / jam sebelum dia meninggal dunia, percayalah dia bukan biasa-biasa orangnya". Wallahualam. Pasti ini berkait rapat dengan amalannya di dunia yang kita pun tidak tahu, hanya Allah s.w.t. Yang Maha Mengetahui.

Malam pertama Allahyarham Pak Yus Jambu di alam kubur, saya teringat akan pesan seseorang kepada saya beberapa tahun dulu. Katanya "jika ada seseorang yang meninggal dunia, pada malam pertamanya di alam kubur, kita yang hidup ini lakukanlah Solat Sunat Hadiah untuknya, kerana Allah akan turunkan 70,000 malaikat untuk menerangi kuburnya sehinggalah ke hari kiamat kelak. Wallahualam".

Namun begitu, saya tidak berkesempatan untuk melakukannya kerana sibuk.

Malam kedua itulah baru dapat saya melakukannya. Tak pastilah Allah terima atau tak atau bagaimana, tapi Allah lebih tahu apa yang ada di dalam hati saya.

Sesudah solat, dengan tiba-tibanya saya rasa sayu dan sedih yang teramat sangat. Rasa kehilangan. Saya pun tak faham kenapa saya rasa seperti ini, tapi mungkinlah kerana arwah itu orangnya baik-baik, maka sebab itulah saya rasa kehilangan.

Sewaktu berdoa, saya diselubungi perasaan sedih yang teramat sangat. Sangat-sangat sehingga tak mampu nak menahan airmata lagi. Banyak yang saya doakan untuk Allahyarham Pak Yus Jambu, moga-moga Allah kasihan kepada saya dan makbulkan doa saya.


4 Disember 2015 (Jumaat)

Rancangan Juara Parodi.

Saya tak follow sangat rancangan ini. Cuma malam ini katanya diadakan rancangan khas / tribute untuk Allahyarham Pak Yus Jambu. Oleh kerana saya meminati lawak dan persembahan Allahyarham yang menghiburkan, saya luangkan masa menonton rancangan ini.

Dapat saya simpulkan bahawa, Allahyarham Pak Yus Jambu ini adalah seorang yang sangat baik (komen daripada sahabat-sahabat beliau). Hidup susah, sebatang kara namun tetap ingat kepada orang yang lebih susah.

Biarpun kemudiannya Allah beri kesenangan kepadanya, arwah tetap ingat kepada orang miskin dan yang lebih susah daripadanya. Caranya adalah dengan bersedekah dan bersedekah.


*****

Sungguh, pemergian Allahyarham Pak Yus Jambu ini ibarat ada kesannya yang sangat mendalam di hati saya. Kesan ini membuatkan saya kembali melihat semula diri sendiri, menilai segala amalan, memperbetulkan niat dan ingin mempersiapkan diri dengan sebaik-baik dan sebanyak-banyak bekalan untuk dibawa ke sana nanti, in shaa Allah.

Semoga Allah mencucuri rahmat-Nya ke atas roh Allahyarham Pak Yus Jambu (1976-2015).

Al-Fatihah...

Tuesday, December 1, 2015

Disember


Hari ini hari pertama bulan Disember 2015 dan juga bulan terakhir untuk tahun ini. Sekejap sahaja lagi, kita akan melangkah ke tahun 2016. Saya seperti biasa, meneruskan rutin harian di samping "mengejar" ada satu lagi target yang mesti saya capai paling lewat pun pada 31 Disember 2015 ini.

Rasa macam lambat lagi kan nak sekolah tahun depan, tapi bila saya semak semula surat pemberitahuan, rupa-rupanya Haziq akan mula masuk tadika 6 tahun pada tarikh 29 Disember 2015.

Persiapan sekolah biasa sahaja, tiada beli apa-apa yang baru sangat pun. Cuma minggu depan akan pergi ke tadikanya untuk pembelian buku dan pembayaran yuran.

Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita semua, in shaa Allah.

Tuesday, November 24, 2015

Letak Iklan Di Blog


Letak iklan di blog.

Bukan letak hari ini, hari ini juga dapat customer.

Bukan letak hari ini, minggu depan baru dapat customer.

Tetapi letak hari ini, mungkin lepas setahun baru dapat customer.

Rezeki itu Allah yang bagi - at the right time and at the right place.

Yang penting, teruskan menulis, berkongsi dan beriklan di blog.

Konsisten. Konsisten. Konsisten.

Monday, November 23, 2015

Kerana Kita Tidak Akan Pernah Tahu


Kerana kita takkan pernah tahu apa yang insan lain korbankan demi untuk mencapai cita-citanya.

Berapa banyak air matanya yang tumpah.

Betapa dia berperang menyesuaikan diri apabila melangkah keluar dari comfort zonenya.

Betapa dia bergelut melawan kesusahan untuk bangkit semula setiap hari.

Kita takkan pernah tahu.

Mungkin juga takkan pernah faham.

Jadi, jangan dimusnahkan apa yang telah insan lain bina dengan jerih perih, gembira dan air mata.

Juga tak perlu sibuk mempersoalkan itu dan ini, cakap itu dan ini, kerana kita tak tahu their life story.

Doa Pergi Bekerja / Keluar Rumah

Setiap kali kita keluar rumah, kita selalu berdoa dan mengharapkan yang baik-baik kepada kita, mengharapkan semua urusan kita berjaya dan dipermudahkan, mengharapkan semua perancangan berjalan lancar tanpa masalah.

Tapi pernah tak kita terfikir dan sedar bahawa,

Kadang-kadang kita sendiri yang menyesatkan orang lain,
Kita sendiri yang mencari salah orang lain,
Kita sendiri yang menzalimi orang lain,
Kita sendiri yang mengganggu dan menyusahkan orang lain.
Kita sendiri yang menjadi punca rosaknya hari indah bagi orang lain.

Oleh sebab itu, kita berdoalah dari 2 segi, supaya org berbuat baik dengan kita dan kita juga berbuat baik dgn orang lain. Apa yg kita nak orang treat kita, begitulah juga kita treat orang lain.


Semoga hari-hari yang dilalui lebih indah, bahagia dan sentiasa dalam perlindungan dan kasih sayang Allah s.w.t. 

Sunday, November 22, 2015

Cuci Ayam Betul-Betul Bersih-Bersih


Saya dapat info ini daripada FB Group Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Saya kongsikan di sini untuk peringatan diri sendiri dan rakan-rakan ibu juga.


*******

Kali ni kita kongsi gambar yg x sedap dilihat..


Adek2 n kawan jgn abaikan pesanan ini..

Bahagian dalam foto ini ialah part ayam yg kadangkala kita abaikan semasa mncuci..semua darah yg menempel didalam tulang-tulang belakang ayam ni perlu dibuang dan bersihkan betul2.. ini point terbaik bakteria membiak..tempat mula ayam akan membusuk serta punca keracunan dan masakan ayam akan jadi cepat basi : jika tak dibersih betul2.. saya dah laamaa nak share ni tapi takda masa nak menaip panjang lebar...lastly slepas ayam bersih selawat lah 3 kali dgn cucuran air paip pada ayam2 tu ye..

Suhu menyimpan ayam yg belum dibersihkan mesti sejuk atau beku utk mengelak keracunan dan ayam rosak. 

PLS SHARE N TAG SESUKA HATI YE. MOGA MENJADI ILMU DAPUR YG BERGUNA UTK SETIAP KELUARGA..AAMIIN

Fakta lain..
INFO DARI KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN:

๐Ÿ”ถSayuran yg dimakan mentah cth taugeh..daun kesum..daun serai wangi dll yg dibuat ulam...yakni tdk dimasak..perlu direndam dgn air garam terlebih dahulu utk mgelakkan drpd jgkitan virus e.coli.

๐Ÿ”ถ Petua beli ayam segar
bli ayam pd waktu pagi krn bakteria pd ayam masih sedikit...kalo bli pd waktu t.hari..pastikan balik ke rumah terus cuci n masukkn ke dlm peti sejuk beku...sblm dimasak..ini utk matikn bakteria...masak ayam dgn sempurna...kalo x cukup masak..bakteria x mati n akn aktif semula bila mknn itu sejuk

๐Ÿ”ถ Panaskn mknn setelah sejuk..jgn mkn maknan yg telah sejuk selama lebih 4 jam...perlu dipanaskn smpai mendidih

๐Ÿ”ถ Elakkan letak senduk nasi dlm periuk kerana pemegang senduk mgkin ade bakteria dr peluh ditangan kita...

๐Ÿ”ถ Elakkan telur separuh masak sbb mngandungi bnyk bakteria yg boleh mnyebabkn demam panas dn kekejangan otak. Pastikn telur dibasuh sblm digunakan

๐Ÿ”ถ Mknn sejuk beku spt nuget...ayam..daging burger perlu di goreng terus slps dkluarkn dr peti sejuk beku...jgn biar mknn berada pd suhu bilik..krn mngundang bakteria...pastikn goreng dlm mnyk yg betul2 panas

๐Ÿ”ถ Pastikan tukang masak bersih sms memasak sb 95% pnyakit brjgkit dlm rumah berpunca dr tukang masak....tu sb org berniaga kna amik suntikan vaksin...utk elak djgkiti pnyakit dan mnyebarkn kpd org lain

๐Ÿ”ถ Pastikn mknn n minumn dlm tin di basuh dahulu sblm digunakan utk elakkan kncing tikus

๐Ÿ”ถ Jika mkn dikedai..pastikan basuh or lap sudu yg nk dgunakan terlebih dahulu...jgn gunakan sabun tongkol yg disediakan kedai mkn...sebaiknya gunakan pencuci cecair or x salah kalo bw ke mana2 pencuci tgn bersama kita..skrg bnyk pnyskit brjgkit brpunca dr mknn...

๐Ÿ”ถ Khasnya ayam golek..pastikn ayam tu panas...jgn bli kalo ayam dh sejuk or yg dh siap potong...

๐Ÿ”ถ Pastikan papan pncincang ayam drpd plastik...kalo kayu jgn mkn sbb serbuk kayu mgkin melekat pd ayam n daging yg dicincang

๐Ÿ”ถ Pastikn mknn yg dibungkus dgn polisterin perlu dilapikkan dgn plastik utk elakkan pengaktifan sel2 kanser yg terdpt pd polisterin

********

Ada short form dalam tulisan di atas kerana saya copy paste direct dari group MAHN tanpa sebarang pengubahsuaian. Kredit kepada group MAHN.

Saturday, November 21, 2015

Barakah Anak Sulung Perempuan


Perkongsian di FB.

Saya kongsikan semula di blog ini kerana, saya adalah anak sulung perempuan :)


********
" Keberkatan yang paling banyak bila anak itu ialah seorang perempuan, anak perempuan itu mendapat banyak Keberkatan daripada Allah ุณุจุญุงู†ู‡ ูˆุชุนุงู„ู‰ Khususnya kalau anak pertamanya ialah perempuan. Rasulullah ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… Bersabda, Diberkati oleh Allah ุณุจุญุงู†ู‡ ูˆุชุนุงู„ู‰ yang anak pertamanya ,anak sulungnya itu ialah perempuan. Dapat Doa Khusus dari Rasulullah ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู…

Kerana itu Para Salafus Solehin ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡ู… ูˆุฃุฑุถุงู‡ู…, kalau mereka sudah Kahwin, mereka memohon kepada Allah ุณุจุญุงู†ู‡ ูˆุชุนุงู„ู‰, Yaa Allah berikanlah anak aku yang pertama perempuan. Kenapa Para Salafus Solehin doa macam tu? kerana nak Doa Khusus dari Rasulullah ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… .

Sebab orang jahil dulu jika anak sulungnya perempuan mereka sedih bahkan ada yang lari dari kampungnya kerana takut dihina. Tapi Allah ุณุจุญุงู†ู‡ ูˆุชุนุงู„ู‰ nak Memuliakan apa yang mereka hina.

Bayi ini takkan keluar dari perut ibunya melainkan dengan Izin Allah. Bila lahir sahaja anak lelaki , Allah ุณุจุญุงู†ู‡ ูˆุชุนุงู„ู‰ Berfirman kepadanya, Keluarlah dan Mudah mudahan kamu tolong ayah mu.

Tapi bila lahir sahaja anak perempuan, Allah ุณุจุญุงู†ู‡ ูˆุชุนุงู„ู‰ Berfirman kepadanya, Keluarlah dan Aku Yang Menolong ayah mu. ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ . Inilah Barakah anak sulung perempuan "

- Murobbi Ad Da'ie IlaAllah Al Fadhil Al Ustaz Sheikh Abdullah Bin Muhammad Bin Salim Al Jahaf ุญูุธู‡ ุงู„ู„ู‡ ุชุนุงู„ู‰ -
**********

Friday, November 20, 2015

Buku Read Easy 1-8


Alhamdulillah, baru sahaja menerima koleksi buku Ready Easy Phonics 1-8 daripada cikgu Haziq. Bila tanya Haziq, katanya dah habis baca buku 1. Aikk, dah habis, rasanya baru je Mama bayar untuk buku ini Ahad lepas (15 November 2015), 18 November 2015 (Selasa) last day sekolah, tup-tup semalam Haziq cakap cikgu dah habis ajar baca buku 1. Cepat betul, kan?

Bila fikir semula, oh patutlah, sebab itu ada murid di tadika Haziq, kelas yang sama dengan Haziq, boleh tamat 7 set buku bacaan dalam tempoh 1 tahun (tahun 2015). Sedangkan Haziq, disebabkan baru sahaja masuk ke tadika ini pada semester 2 tahun 2015, dapat habiskan 1 set buku bacaan sahaja iaitu Bacalah Anakku.

Cerita pasal buku bacaan ini, sebenarnya ada berlaku salah faham sedikit sebenarnya. Mengikut rekod, Haziq tamat baca buku Bacalah Anakku pada 2 November 2015 dan cikgu terus bagi surat pemberitahuan yang Haziq akan sambung ke set buku seterusnya iaitu Read Easy. Siap tertera harga buku iaitu RM45 1 set.

Saya pula, bila  baca surat tu, kefahaman saya ialah, Haziq akan baca buku Ready Easy ini bila masuk sesi tadika tahun depan (2016). Kiranya tahun ni dah habislah sesi bacaan buku. Bayar RM45 pada masa bayar yuran bulan Disember 2015 nanti.

Tak lama selepas itu, cikgu bagi lagi surat pemberitahuan kedua. Saya hairan, kenapa cikgu bagi lagi ya? Saya pun ingat takpela, ini untuk sesi tahun hadapan.

Silapnya saya, saya tidak bertanya terus kepada cikgu.

Kemudian pada hari Ahad (15 November 2015), barulah saya bertanya kepada cikgu "Kenapa cikgu bagi surat pemberitahuan 2 kali? Ada apa-apa yang pending daripada saya ke?"

Cikgu cakap, "Maksudnya Puan perlu beli buku tersebut supaya Haziq boleh teruskan sesi membaca".

"Oh, saya ingat dah habis untuk tahun ini, terus stop. Sambung semula tahun hadapan".

"Oh tidak Puan. Bila murid habis baca 1 set buku, terus sambung untuk set buku seterusnya. Berterusan. Kalau katakan tahun ini dia berhenti baca pada buku 2, tahun depan naik sekolah terus sambung buku 2 di mana mukasurat terakhir dia berhenti baca".

"Oh begitu. Maaf ya cikgu, saya dah salah faham. Okay, nanti saya bagi duitnya kat cikgu ya".

So tengahari itu lepas ambil Haziq, barulah saya bayar duit untuk buku Read Easy, selepas explain panjang lebar kat suami.

Inilah buku Read Easy, tahun depan Haziq akan terus sambung baca buku 2 :)

Buku Read Easy Phonics 1-8

Realiti Hidup


Saya begitu terkesan dengan tulisan Raja Shamri di FB beliau.

Saya kongsikan di sini untuk renungan kita bersama.


**************
Teks Asal : FB Raja Shamri

Anda nak sangat dapat straight A UPSR ... anda yakin boleh dapat ... anda pelajar kegemaran cikgu kat sekolah ... semua macam yakin anda boleh dapat ... diri anda sendiripun macam yakin ... kat sekolah anda selalu jadi leader dan kebanggan guru dan kawan2 tapi bila result keluar ada satu subjek anda tak dapat A ... anda rasa sangat kecewa dan malu ...
Anda nak sangat masuk SBP tingkatan 1 ... anda tak berapa yakin boleh masuk sbb result anda tak sebagus kawan-kawan .. anda dengar best friend anda dapat MCKK, Tun Fatimah, SDAR Seremban, ... anda jadi makin tertekan ... mak anda guna cable fibre optik sedara mara mintak tolong adjust ... akhirnya anda dapat SM Sains Fariz Petra ... anda tak berapa nak ke sana sbb SBP tu dekat dgn rumh ... anda nak yg jauh dari rumah baru ada classs ... anda kecewa dan tertekan ...
Anda daftar masuk SBP ... anda betul2 bersemengat .. anda ada ramai kawan di sana ... tetapi tingkatan 3 PMR result anda tak bagus anda kena tendang keluar ... anda kecewa dan tertekan ...
Anda masuk sekolah harian biasa dgn rasa malu ... anda mula ada kawan baru anda jadi glamer sebab budak sekolah sains ... anda antara terpandai kat sekolah baru ... anda di lantik jadi pengawas ... anda tenggelam dalam glamer ... result SPM tak bagus ... anda rasa kecewa dan tertekan ...
Anda apply program diploma, matrik, asasi dsbg ... anda yakin result anda dah cukup untuk masuk IPT ... tapi bila result IPT keluar anda hanya dapat offer program diploma yang anda tak suka di IPT yang anda tak suka ... anda rasa kecewa dan tertekan ...
Anda tak mahu masuk form 6 kononnya tak glamer ... anda apply IPTS kursus yg anda suka ... anda pergi jugak program diploma tak bagus di IPTS yg tak berapa bagus ... mak bapak bayar yuran mahal semester 1 ... anda apply MARA scholarship semester 2... anda joli sakan dgn duit MARA dan duit mak bapak ... anda habis diploma dgn result taklah bagus sangat seperti yg anda harapkan ... anda kecewa dan tertekan ...
Anda apply sambung overseas ... anda tak sedar yg IPT overseas ni mereka berniaga buat duit ... anda bangga dapat beberapa offer dari IPT luar negara anda tak sabar nak sambung study kat luar negara ... belajar di tempat ada snow ... dikelilingi mat salleh ... tapi result IELTS anda sangat rendah dan anda kecewa dan tertekan ...
Anda akhirnya boleh pegi sambung study ke Australia ... anda rasa sangat seronok tapi adik anda mati kemalangan anda tak boleh balik sbb masa tu tgh exam ... ayah anda masuk wad dan mati tahun seterusnya juga anda tak boleh balik ... anda jadi amat kecewa dan tertekan ...
Anda balik ke malaysia dgn ijazah luar negara ... anda rasa bangga dapat gembirakan keluarga dan saudara mara ... anda yakin anda boleh dapat kerja dengan cepat dgn ijazah luar negara yg anda ada .. tapi anda lupa ... medic pun menganggur sekarang ni ... pilot bersepah yg menganggur ... bidang perguruan dari UPSI pun beribu yg masih menganggur ... anda pun end up life 3 tahun dah tak dapat kerja bagus ... anda kecewa dan tertekan ...
Anda dapatlaa kerja biasa-biasa dengan gaji yg tak seberapa ... anda selalu berusaha untuk dapat Pegawai Tadbir Diplomatik atau kerja dgn GLC yg besar2 ... anda curi2 pergi interview ... anda selalu ponteng kerja dan tipu bos ... tapi dah 3 tahun ... takde satu yg panggil anda interview pun ... anda rasa kecewa dan sangat tertekan ...
Anda guna cable fibre optic untuk adjust anda dapat masuk PTD ... sedara anda tu tolong adjust yg akhirnya anda dapat kerja sbgai pegawai kerajaan di putrajaya ... tapi satu ofis tak suka kat anda sbb sikap ada yg sombong dan bongkak ... anda takde kawan di pejabat ... tambah2 anda pulak di beri kementerian yg selalu kena buat kerja luar ... anda terlalu penat dan amat kecewa dan tertekan ...
Anda mula berkenalan dgn kawan blok sebelah ... dia nampak sangat hensem ... anda jatuh cinta tahap gaban .. anda plan nak kawin ... anda nak ianya jadi sangat meriah ... anda pinjam personal loan bank rakyat RM50,000 ... anda kawin penuh meriah .. tapi anda sangat kecewa dan tertekan dengan hutang bank yang jejaskan income bulanan anda ...
Anda mula pergnant selalu muntah2 ... suami pula kena tukar ke sabah ... jumpa jarang2 sekali touch and go laaa nampaknya ... anda lalui hidup pregnant sorang2 kat putrajaya ... tahu2 ... suami anda terkantoi dgn anda ada affair dgn budak iban yg canntikkkkkk perghhhh model type cikgu sekolah kat sabah ... anda kecewa dan sangat tertekan ...
Anda lahirkan first baby tanpa suami disisi ... anda dalam proses perceraian ... anda lahirkan baby yg bermasalah pulak injap jantung tersumbat ... anda rasa sangat kecewa dan tertekan ...
Anda akhirnya bercerai dgn suami .... setiap bulan anda terpaksa ke IJN bawak anak pergi berubat ... anak anda bakal jalani pembedahan jantung bulan depan ... anda harunginya sorang2 dan anda rasa sangat kecewa dan tertekan ...
Anda kena fitnah mengurat suami orang kat pejabat ... jiran sebelah kat presint 8 putrajaya dimana rumah anda duduk tu pun tak suka kat anda ... bila jadi janda mcm2 fitnah keluar ... anda rasa sangat kecewa dan tertekan ...
Anda stresss dan tertekan ... anda duduk atas sejadah dan mula berfikir ... mula menangis ... anda take duit ... ayah dah takde ... adik pun dah takde ... mak dah makin tua ... anakpun sakit ... suamipun dah bercerai ...
Bukan soal UPSR straight A
bukan soal masuk SBP yg top
Bukan soal PMR straight A
Bukan soal form 4 kelas sains
Bukan soal SPM cemerlang
Bukan soal masuk IPTA yang top
Bukan soal diploma yang bagus
Bukan soal pergi overseas
Bukan soal ada snow ke tak
Bukan soal kawan mat saleh ramai ke tak
Bukan soal kerja kerajaan ke swasta
Bukan soal gaji berapa besar ke kecik
Bukan soal kawin meriah ke tak
Bukan soal kerja putrajaya ke kerja kat kampung
Bukan soal jadi pegawai PTD ke or kerja kilang
Bukan soal kerja company besar ke kecik
Bukan soal anak sihat ke sakit
Bukan soal pregnan ke tak pregnan
Bukan soal suami kena tukar ke tak
Bukan soal itu atau ini ...
Soalnya kita :-
1. sentiasa tak bersyukur dengan apa yang kita ada
2. Sentiasa lupa bahawa keberkatan adalah segala-galanya bukan pencapaian ...
3. Sentiasa mintak sesuatu melampau2 sampai kita terlupa dalam perkara yg kita mintak tu ada bersamanya pelbagai benda yg kita tak suka
4. sentiasa sombong dan angkuh dengan Allah dan dengan sesama makhluk
5. sentiasa kejar dunia melampau2
6. sentiasa kejar glamer dan puji makhluk bukan puji Allah
7. sentiasa lupa pada Allah ...
Dan Allah berikan kita segala kekecewaan agar kita berfikir bahawa gembirakanlah Allah nescaya Allh akan gembirakan kita ... kita sibuk dengan dunia sehingga kita lupa untuk bangun tahjud, lupa utk bersedekah, lupa untuk dhuha, puasa sunat isnin khamis, lupa untuk merendah diri, lupa bahawasanya tiada satupun hak kita di dunia ni ... semuanya Allah yg punya ...
Pesanan abangraja :-
Jangan terlalu mengejar dan meminta dan excited terhadap sesuatu ... sesunggunya seringkali ada banyak bala yg kita tak jangka ada bersama sesuatu yg kita kejar itu ...
Wallahu'alam ...
Raja Shamri bin Raja Husin
Hotel UiTM Dungun
Terengganu.
Sharing is caring ...

Thursday, November 19, 2015

Lembaran Kerja Cuti Sekolah


Antara perkara yang saya suka dengan tadika Haziq sekarang ini ialah, mereka ada menyediakan Lembaran Kerja Cuti Sekolah untuk setiap murid. Kenapa saya suka? Sebabnya lembaran ini membantu saya untuk mengendalikan aktiviti cuti sekolah anak dengan lebih baik, in shaa Allah.

Lembaran Kerja Cuti Sekolah
Semester 2 Tahun 2015


Lembaran ini berharga RM5 senaskhah di mana ibu bapa perlu membuat pembayaran terlebih dahulu kepada guru dan kemudiannya lembaran ini akan diberikan pada hari terakhir persekolahan sebelum mula bercuti.

Di dalam lembaran ini tersedia 10 Worksheet, dan di dalam setiap worksheet ada subjek-subjek berikut :

1) Bahasa Malaysia
2) English
3) Matematik
4) Sains
5) Bahasa Arab

Disebabkan baru sahaja menerima lembaran ini, saya sendiri belum berkesempatan untuk membuat jadual perlaksanaan lembaran ini. Kalau boleh, saya taknak Haziq rasa terbeban dengan lembaran (homework) yang begitu banyak sewaktu cuti sekolah ini, jadi saya fikir saya perlu susun jadualnya agar aktiviti ini boleh dilakukan secara tenang dan gembira.

Pastinya lembaran ini akan disiapkan sebelum bermulanya sesi persekolahan 2016.

Plan Aktiviti Cuti Sekolah

Hari ini dah masuk hari kedua cuti sekolah. Seperti ibu bapa yang lain, saya juga merancang beberapa aktiviti untuk cuti sekolah kali ini. Rancangnya dah lama, tapi nak survey dan buat keputusan tu je yang tak sempat-sempat. Huhu.

Dalam kesibukan seharian, ini senarai aktiviti yang telah saya rancangkan :

1) Tingkatkan penguasaan Haziq di dalam subjek Bahasa Inggeris dan Matematik.

Tindakan : Saya dah beli 5 buah buku aktiviti di MPH City Square JB. Kemuanya dalam bahasa Inggeris. Pun dah mula buat dah. Daripada sana saya dapati Haziq masih kurang penguasaan dalam Bahasa Inggeris jadi saya akan usaha lebih lagi untuk ajar Haziq.


2) Pendedahan untuk Aimi kepada buku dan alat tulis.

Tindakan : Saya dah beli pensel warna, alat tulis berkaitan dan juga buku mewarna untuk Aimi. Setakat ini, dia lebih kepada menconteng buku daripada mewarna.

Rajinnnya anak-anak Mama


3) Bawa anak-anak swimming dan jogging

Tindakan : Tahu kan kat Johor ni hari Ahad ialah hari sekolah? Suami pula cuti hari Ahad, jadi family time kami agak limited pada hari Ahad. So sempena cuti sekolah ini, in shaa Allah dapatlah kami sekeluarga memanfaatkan cuti hari Ahad bersama-sama. Minggu lepas, tadika Haziq cuti peristiwa pada hari Ahad, jadi kami ambil kesempatan pergi berjogging dan walking walking di Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang. Lepas ni nak plan bawa anak-anak swimming pula.


4) Bercuti

Tindakan : Selalunya kami bercuti 2 kali setahun tapi untuk kali kedua ni, belum nampak bayang lagi. Belum plan pun nak ke mana-mana. So KIV dulu lah bab bercuti ni.


5) Kelas Mengaji & Kelas Seni

Tindakan : Saya dah memang hantar Haziq kepada orang perseorangan untuk mengaji tapi fikir-fikir semula mungkin nak tukar ke tempat lain. Sudah survey beberapa tempat tapi belum decide nak pilih kelas yang mana. Selain daripada itu, plan juga nak hantar Haziq ke kelas seni memandangkan Haziq selalu dapat gred B dan C untuk subjek Seninya. Hari tu ada survey kelas Mandarin tapi dibuka untuk kanak-kanak bermula 7 tahun ke atas.


6) Kerja rumah

Tindakan : On-going. Saya memang dedahkan anak-anak dengan pelbagai kerja rumah. Memang tiap-tiap hari pun tak kiralah semasa cuti sekolah ataupun tidak.


Ini sahajalah aktiviti yang sempat saya fikirkan. Oh ya, Haziq dah beberapa kali cakap, "Mama, Haziq nak naik bas" sebab dia belum pernah naik bas lagi. Hehehhehe... Ok, itu senang aja, bisa diatur.

Apa aktiviti cuti sekolah anda semua?

Wednesday, November 18, 2015

Draft = Kerja Bertangguh


Dengan sepantas kilat, saya berjaya mengclearkan draft-draft entry yang sekian lama duduk di ruangan draft, tanpa dipublish. Bila saya check semula, ya Allah, draft entry tahun 2013 pun ada!!

Haih.. beginilah seorang blogger. Time ada masa, ada idea, satu hari boleh jejak sampai 4-5 entry. Time takde masa, takde idea, maka berhabuk dan bersawanglah blog dibuatnya.

Macam saya, idea sentiasa ada mencurah-curah, tapi mencurahnya pergi kat draft aje, publishnya tidak juga. Hahahahaa... Lepas ni taknak buat macam ni lagi dah. Maksimum mesti ada 5 draft sahaja pada satu-satu masa (nak latih diri blogging everyday without fail).

Korang macamana? Banyak ke entry kat folder draft? ;)

Apabila Anak Tamat Sesi Tadika 5 Tahun


"Apabila anak tamat sesi tadika umur 5 tahun bermakna parents bersiap sedia jugalah mengumpul sebanyak-banyak maklumat, membuat persediaan dan final decision bagi sesi persekolahan umur 7 tahun (darjah 1)".

Hari ini bermulanya hari pertama cuti sekolah bagi Haziq. Untuk sesi tadika tahun depan (6 tahun), saya dan suami telahpun membuat keputusan untuk meneruskan pembelajaran Haziq di tadika yang sama.

Oleh sebab itu, sekarang saya fokus untuk memilih sekolah rendah bagi Haziq untuk sesi pembelajaran tahun 2017 nanti. Awal minggu ini, saya telah pun membuat online survey tentang beberapa sekolah dan pusat pengajian Al-Quran dan juga telah menghubungi mereka yang berkenaan.

Fuh, tiba-tiba terasa bila Haziq dah mula masuk sekolah rendah nanti, inilah permulaannya perjalanan pendidikan seorang anak dan juga ibunya. Bukan kata masa belajar di tadika itu tidak penting, di tadika pun penting juga tapi bila masuk sekolah darjah 1 rasanya perlu lebih serius dan komited berbanding sewaktu di tadika, betul tak?

Di entry yang akan datang, saya akan kongsikan beberapa sekolah yang saya telah buat survey secara online. Pastinya untuk rujukan saya sendiri di masa hadapan dan pastinya juga untuk rakan-rakan parents yang juga akan melalui pengalaman seperti saya :)

Tuesday, November 17, 2015

Doa Mohon Perlindungan Daripada Kerunsingan

Doa ini sebaik-baiknya dibaca setiap kali selepas solat, atau pada bila-bila masa sekiranya mampu.



Monday, November 16, 2015

Kek Chocolate Moist Untuk Jamuan Akhir Tahun Tadika

Hari ini ialah hari jamuan akhir tahun tadika Haziq di mana ibu bapa digalakkan untuk menyumbangkan sedikit sebanyak makanan untuk jamuan tersebut. Ala-ala potluck gitu, cuma yang bezanya, parents hanya sumbangkan makanan tapi yang makan tu cikgu dan murid-murid. Hehehehe..

Plan asalnya ialah saya nak bawakkan mee goreng / mihun goreng untuk jamuan tu. Tapi tahu-tahu sajalah kalau nak bangun awal pagi hari Isnin untuk masak dalam kuantiti yang banyak, saya tak pasti nak bangun pukul berapa dan boleh siap pukul berapa. Isnin kan. :)

So, pilihannya ialah, saya ingat nak order sahaja kat mana-mana rakan FB saya yang boleh deliver sehingga ke rumah / meet up di mana-mana tempat yang berdekatan dengan rumah saya.

Saya contact dalam 4 orang dan ini reply dari mereka :

1 - Tak terima order buat masa ini kerana baru sahaja disahkan pregnant. Jadi masih lagi di fasa morning sickness.

2 - Boleh supply tapi kawan tu kat area KL. Saya pula order dah last minit takut ada problem dari segi delivery. So cancel.

3 - Saya tinggalkan komen di photo beliau tapi no reply at all.

4 - Boleh terima order last minit saya dan boleh deliver ke rumah saya. Yeayyy!! Alhamdulillah!!

Jadi saya pun order kek chocolate moist. Yang bestnya kek ni dah dipotong siap-siap (slice) so total ada 64 slices. Senang kalau budak-budak nak makan kan, cikgu pun takyah comot-comot nak potong kek kecik-kecik.

Alang-alang dah order tu, saya pun orderlah sekali congo bar pek mini. 1 pek ni ada 12 pcs. Tak silap saya tahun lepas saya pernah cuba congo bars juga (orang lain punya). Tapi kurang menepati selera sebab ia agak kering dan bila digigit, serdak-serdak tu jatuh bertaburan. Makan 1 pc kecik je masa tu. So kali ni saya nak cuba congo bars orang lain buat pula.

Malam tadi, tibalah kek yang dinanti!

Haziq dan Aimi, bila saya buka je kotak kek coklat tu, diorang punya menjerit punyalah riuh rendah satu rumah rasa macam nak raya! Excited lah of course. Saya cakap ini untuk cikgu dan kawan-kawan abang Haziq makan. Haziq ok je, tapi Aimi, being the manja girl in the family, teruslah merengek-rengek plus menangis yang takleh dipujuk lagi dah. Nak makan kek kat situ jugak time tu jugak.

Saya dah serba salah, takkanlah nak amik kek yang nak dibawa ke tadika kan.

Tapi suami cakap, takpe ambil je sikit. Saya nak ambil 2 pcs je supaya setiap seorang dapat 1 pc, tapi suami cakap ambil je satu row (8 pcs). Lagi lah saya serba salah.

Then suami cakap, takpelah. Untuk anak-anak makan juga. Saya ikutkan aje dan bila letak 8 pcs kek tu kat piring, anak-anak punyalah happy sampai menjerit keriangan. 

Happy faces of my babies, dapat makan kek malam-malam! :)


Kemudian saya cubalah congo bars pula. Ya Allah, sedapnya tak terkata! Memang terasa coklatnya dan yang sangat menepati selera saya ialah - ia kurang manis. Sekali hadap terus habis 5 pcs. Hehehehhe...Terus berangan lepas ni nak beli yang 1 box besarlah pulak. ;)

Kalau ada yang nak order, boleh contact sahabat saya Noorul Hana Aini (017-716 5747). Recommended! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *