I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Thursday, December 18, 2014

Sabun Dobi PERCUMA untuk Dimenangi!

Bulan 12 ni sinonim dengan musim kenduri kahwin. Kenduri sana, kenduri sini, apa taknya, musim cuti sekolah kan. Selain daripada kenduri kahwin, bulan 12 juga sinonim dengan musim hujan. Boleh dikatakan hujan setiap hari hingga ada masanya berlaku banjir di negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang.


Dulu kan, saya pernah balik ke kampung saya di Terengganu semasa bulan 12. Aduhai, pagi petang siang malam, hujan aje memanjang. Tak dapat nak pergi ke mana-mana. Terperap sajalah dalam rumah. Memang takleh buat apa-apa. Bila dah hujan macam tu, baju yang dibasuh, tak kering-kering. Penuh ampaian di luar, sambung pulak buat ampaian kat dalam rumah. Berusaha gigih demi nak mengeringkan baju!


Bukan kata kat Terengganu aje, kat JB ni pun sama juga. Siap bergantung kain baju kat tingkap dan kat bawah kipas, kipas pasang full swing pulak tu demi nak kain baju semua cepat kering. Kalaulah tiba-tiba mak mertua datang buat spot check time-time macam ni, habislah tak tau nak sorok muka kat mana. Ruang tamu dah serupa macam pusat pengeringan baju!


Tapi sekarang, dah takde masalah lagi. Penyelesaiannya - Jom kita ke kedai dobi!


Kedai Dobi F2
No. 43 Jalan Suria 7,
Bandar Seri Alam,
81750 Masai, Johor


Kedai Dobi F2 ni kepunyaan En. Fathil dan Pn. Fatimah. F2 tu adalah gabungan nama mereka suami isteri. Ingat F2, ingatlah En. Fathil dan Puan Fatimah.So sweet kan. 


Kat Kedai Dobi F2 ni ada macam-macam jenis perkhidmatan tau, contohnya seperti :

  1. Basuhan normal / Normal wash
  2. Basuhan toto, comforter, langsir dan lain-lain
  3. Basuhan kering (dry cleaning)
  4. Basuhan karpet
  5. Basuhan kasut dan beg
  6. Basuhan toys dan lain-lain
  7. Basuhan tangan / hand wash

Pendek kata, apa-apa material yang perlukan basuhan, in shaa Allah pihak Kedai Dobi F2 boleh bantu kita. Tapi kalau ada material yang pelik-pelik daripada kebiasan, kenalah bincang dulu dengan mereka ya.


Selama ni kan, saya memang tahu yang kedai dobi boleh basuh kain baju, toto, langsir, karpet dan dry cleaning sahaja. Tapi yang saya baru tahu dan yang specialnya kat Kedai Dobi F2 ni adalah, mereka pun boleh basuh beg sekolah, beg tangan, bagasi dan kasut!!! Harganya pula sangat-sangat berpatutan.


Jadi, bagi ibu bapa yang nak cuci beg sekolah anak-anak mereka, boleh terus datang ke Kedai Dobi F2. Bila beg sekolah dah bersih dan berwajah baru, barulah anak-anak semangat nak pergi ke sekolah, ye tak? Malah dapat jimatkan duit juga tanpa perlu membeli beg sekolah baru. 


Sempena cuti sekolah dan akhir tahun 2014, Kedai Dobi F2 ada buat promosi tau. Selain daripada harga cucian yang sangat berpatutan untuk beg sekolah, beg tangan dan kasut, sesiapa yang menghantar baju dengan berat 8kg untuk dicuci, akan dapat PERCUMA cucian 1 kg baju untuk cucian biasa. 


Maksudnya, hantar baju dengan berat 9 kg, tapi bayar dengan harga yang 8 kg sahaja. Lagi 1 kg tu PERCUMAAAAAAA!!!! Mana nak dapat kat tempat lain?? Haruslah korang semua pergi ke Kedai Dobi F2 cepat-cepat sebab tawaran ini sah sehingga 31 Disember 2014 sahaja.


Promosi cucian cuti sekolah dan akhir tahun sehingga 31 Disember 2014


Harga dah lah berpatutan, siap ada promosi cucian lagi, ini ada tambah satu lagi. Apa ya agaknya?


Kedai Dobi F2 telah berbesar hati MENAJA SABUN DOBI untuk 1 orang pemenang bagi Giveaway Blog www.MyStoryMory.com!


Dari kiri : Lotion Pewangi, Sabun Serbuk, Sabun Cecair, Pelembut / Softener



Kat atas ni adalah barangan yang digunakan sendiri di Kedai Dobi F2. Jumlah tajaan adalah bernilai RM26 di mana 1 orang pemenang yang bertuah nanti akan mendapat kesemua barangan di atas. 


Memang menarik kan? Dapat hadiah sabun dobi PERCUMA! 



Giveaway ni masih berlangsung sehingga 8 Januari 2015, jadi jangan berlengah lagi, peluang untuk menyertai giveaway masih terbuka.


Selepas dah join giveaway, jom ramai-ramai kita pergi ke Kedai Dobi F2 untuk menikmati promosi cuti sekolah dan akhir tahun! :)


Kedai Dobi F2
Waktu operasi :
Isnin - Jumaat : 8am - 9pm
Sabtu - Ahad : 8am - 5pm



Jika perlukan bantuan untuk barangan yang perlu dicuci, boleh hubungi :

En. Fathil (012-791 7236)
Pn. Fatimah (019-745 2571)
Kohinur (pekerja) (018-794 0690)



5 comments:

Mar Mansor said...

oo di sini ye..
bestnye dapat penaja kan..

Normi Nieza said...

good sharing

izzeyda said...

menarik tuh.. sekurang2nya orang lebih mengenali kedai dobi diaorang..

Ai Kajiwara said...

terbaik la kedai dobi mcm ni. mana jmpa kat tg malim. hehe

zarulfarhana said...

menarik tapi saya tak pernab pegi dobi lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Kedai Vitamin Bandar Seri Alam :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *