I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Tuesday, December 9, 2014

Pengesahan Baki Jumlah Pembiayaan Pinjaman Pendidikan PTPTN

Sedar tak sedar, sudah hampir 10 tahun saya bekerja, bermakna hampir 10 tahun jugalah saya tanpa jemu membayar hutang PTPTN. Lama kan? Memang terasa sangat lama, kalau ikutkan surat perjanjian, sekiranya saya bayar secara konsisten mengikut jumlah yang ditetapkan setiap bulan, hutang ini akan langsai sepenuhnya dalam masa 15 tahun selepas saya tamat belajar, iaitu pada umur saya 37 tahun nanti. Fuh!!! T___T


Pejam celik, pejam celik, daripada jumlah 5 angka, sudahpun berkurang kepada 4 angka. Tak sangka, konsisten jugak saya membayarnya, walaupun ada bulan-bulan yang saya bayar kurang daripada jumlah yang ditetapkan.


Ari tu dalam Bajet 2015 ada dinyatakan potongan diskaun 20% untuk peminjam PTPTN yang membuat penyelesaian penuh (full settlement). Saya pun apa lagi, mesti nak grab peluang ni.


Tak silap saya, tahun 2012 / 2013 ada juga diberi kemudahan 20% ni, tapi pada masa tu, kewangan saya sangat tak mengizinkan. Banyak perkara lain yang harus diutamakan. Tahun ni pula alhamdulillah, rezeki untuk PTPTN lah nampaknya.


Semalam saya ada pergi ke pejabat PTPTN di Uda Business Centre Johor Bahru, untuk bertanyakan kaedah bayaran balik full settlement.


Prosedurnya mudah sahaja, kita bagi nama penuh dan nombor IC untuk dia cek berapa baki hutang. Kemudian dia akan emelkan berapa jumlah yang kita perlu bayar apabila ditolak dengan 20%.


Malam tadi saya cek emel, dah terima pun pengesahan baki tersebut, RMxxxx yang perlu saya bayar.


Semoga selesai semua urusan ini sebelum masuk tahun baru 2015


Untuk makluman, bila kita terima pengesahan baki ni, kita mesti segera membuat pembayaran sebelum tamat tempoh tau. Contoh macam saya, pengesahan baki saya ini, mesti saya selesaikan (bayar) sebelum 31 Januari 2015.


Selepas tarikh tersebut, pengesahan baki tu tidak sah lagi.


Ada dua cara untuk membuat pembayaran. Pertama, bayar di kaunter PTPTN atau yang kedua, bayar di bank. Tapi kalau bayar kat bank, perlukan masa minimum 7 hari sebelum duit tersebut dikreditkan ke akaun PTPTN. Saya pula, rasa nak cepat setel bab-bab ni. So in shaa Allah akan terus bayar di kaunter PTPTN sahaja nanti.


Selepas duit dah dikreditkan ke akaun PTPTN, PTPTN akan keluarkan Surat Pelepasan Hutang kepada kita. Kira macam pengisytiharan besar-besaran lah bahawa si polan bin si polan ini sudah tiada hutang lagi dengan PTPTN. Selagi saya tak dapat surat tu, belum cukup aman jiwa ni. :)


Mungkin orang-orang lain dah lama selesai bab hutang dengan PTPTN, mungkin saya je yang terlambat sedikit. Tapi tak mengapalah kan, setiap orang kan komitmen duitnya berbeza-beza. Alhamdulillah, giliran saya tiba kali ini.


Nanti saya update lagi bila saya dah buat pembayaran di kaunter PTPTN ya.


p/s : Nak masuk tahun baru 2015 dengan perasaan - bebas hutang PTPTN!

5 comments:

Nurzakiah Hanum said...

best kan bebas hutang

ieza ashaari said...

Wah...bilalah nak bebas hutg ni..

Mar Mansor said...

3 bulan kan sah..saya nak guna kwsp tapi tak cukup lagi..sedih..

adianiez AIDA said...

akak da settle dah dik :)

Asha Lya said...

Akhirnya akak bebas dari ptptn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Kedai Vitamin Bandar Seri Alam :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *