I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Thursday, December 11, 2014

Papaglamz Yang Memang Glamz!

Rata-rata blogger kat Malaysia ni kan, terdiri daripada kaum Hawa. Memang ada jugalah kaum Adam, malah ada yang sangat glemer macam Ben Ashaari tu, tapi boleh dikatakan, kaum Hawa jugaklah yang mendominasi dunia blogging di Malaysia ni.


Dalam banyak-banyak blog tu kaum Adam, ada satu blog ni bernama Papaglamz. Papaglamz ohkay. Nama memang catchy sungguh! Sangat menangkap dan senang diingat. Pertama kali masuk ke blog Papaglamz, terus tersenyum.


Apa taknya, kalau orang pompuan sibuk dengan header blog bagai, design itu ini bagai, Papaglamz simple je. Yang penting, kita tau, blog Papaglamz ni adalah tentang PARENTING, FOOD, TRAVEL. Memang senang nak ingat. Bagus tul Papaglamz ni!


Tadi terbaca satu entry menarik. Papaglamz terima tempahan Tupperware daripada customer dan perlu bungkus cantik-cantik sebab customer tu nak bagi hadiah kat ibu dia. Siap ada p/s kat bawah entry tu, tanya ada tutorial bungkus Tupperware tak?


Haaaa... jujur sungguh pertanyaan tu, baguslah, kalau kita tak tahu, kenalah bertanya kan. Kalau tak tanya, nanti tak cantik pula bungkusan Tupperware tu, ye tak? Tapi memang terhibur baca entry-entry Papaglamz, tulisan seorang lelaki.


Yang buat saya tergelak sorang-sorang di pagi buta ini (baca blog Papaglamz kul 5.00 am ohkay) ialah, masa baca entry cekodok goreng luahan hatiku. Tajuk entry pun dah buat saya tergelak. Tajuk tetap catchy as usual okay. Secatchy nama Papaglamz gitu. Dia punya introduction entry ni memang best, terus saya teringat time-time cuti sekolah yang balik dari asrama dulu. Istilah qada's tidur tu memang sinonim sangatlah dengan saya. Rugi saya sebab masa tu belum kenal blog Papaglamz, kalau tak, mesti saya dah dapat sediakan cekodok goreng luahan hatiku untuk ibu bapa saya. :)


Oh ya, jangan tak tahu, sebagai suami, Papaglamz juga memang 100% support isterinya yang breastfeeding anakanda tersayang, malah siap jaga isteri semasa berpantang lagi tau. Sebab tu, bagi para suami di luar sana yang ingin bantu isteri untuk cepat sembuh daripada luka bersalin, ingin isteri melalui tempoh berpantang dengan penuh bertenaga tanpa stress, ingin bantu isteri supaya dapat menyusukan anak secara eksklusif, saya sarankan anda terus hubungi Papaglamz untuk konsultasi terbaik bagi produk-produk Shaklee. Man to man talk. Jangan malu jangan segan, terus hubungi Papaglamz ye.


Pendek kata, memang seronok sangat baca blog Papaglamz. Tulisannya sempoi, tergelak-gelak saya membacanya. Dah rasa macam tengok Maharaja Lawak Mega versi blog pulak. Walaupun sempoi, tetap ada mesejnya yang tersendiri. Sebab tu saya terus follow blog Papaglamz, supaya tak terlepas setiap cerita best daripada Papaglamz.


Ingat Papaglamz, ingat Parenting, Food, Travel.
Ingat Papaglamz, ingat hadiah yang telah ditaja untuk GA saya.
Papaglamz taja RM20 tunai untuk seorang pemenang. Wowww!!!


Apalagi, moh kite follow blog dia!!!


Klik banner untuk terus sampai ke blog Papaglamz!

7 comments:

Nurzakiah Hanum said...

SELAMAT PAGI

Diana Rashid said...

Blog lelaki memang simple je ..ringan pulak tu..

Asha Lya said...

Wah ni btl2 glamz ni

zafairMAS_shakleeSITE said...

hehehee.. wahh glemer papaglamz ni rupenye.. hihiiii

Rina Pretty Healthy said...

hai dear...fikiran lelaki lain. perempuan lain. sama macam rumah. ynag perempuan mesti nak hias bagai. kalau boleh muat satu lori, satu lori pon nak letak,,hihihi

Papaglamz said...

Waaaahhhh....!!!!!!!! Bilakah entri ini?? Papaglamz baru perasan.. Hahahaha..

Kalau GA dah dpt pemenang kabo yer.. Hehehe.

Thankz untuk entri puji-memujian tahap langit tinggi nih.. Haha.

Papaglamz said...

Sampai jugak die kat sini yerk....!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Kedai Vitamin Bandar Seri Alam :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *