I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Saturday, December 27, 2014

Hujung Tahun 2014

Terasa sayu dan syahdu. Banjir yang agak teruk melanda Kelantan hingga kini. Melihat segala macam gambar yang viral di Facebook, membuatkan hati saya tersentuh. Saya cuba meletakkan diri saya di tempat mangsa banjir.


Yang punya anak kecil
Yang tahap kesihatannya tidak begitu baik
Yang kudratnya tidak sekuat orang-orang yang sihat.
Yang mungkin di awal kehamilan dengan 1001 ketidakselesaan
Yang mungkin pula di hujung kehamilan menanti hari untuk melahirkan


Rasanya saya tidak sekuat mereka yang sedang diuji.


Selain itu, ada juga yang menjadi korban. Lemas. Ditelan air yang deras. Sungguh tidak terjangka dek akal fikiran. Kasihan kepada anak-anak yang ditinggalkan.


Sungguh, saya tidak sekuat mereka yang sedang diuji.


Hanya doa yang mampu yang saya panjatkan kepada Yang Maha Esa, kerana hanya Dia yang punya kuncinya, kerana hanya Dia yang mengatur segala yang berlaku ini.

2 comments:

Maria Firdz said...

sama-sama kita doakn buat mereka di sana...

PeRdU cINta said...

Moga Allah melindungi mereka dan kita semua.,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *