I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Thursday, December 4, 2014

Dinner di Der Cabin Bistro, Bandar Seri Alam


Welcome to Der Cabin Bistro Bandar Seri Alam, Masai, Johor


Malam tadi selepas survey area menarik di KFC Seri Alam, suami ajak dinner kat Der Cabin Bistro yang betul-betul terletak sebelah KFC tu. Saya on aje, mestilah suka kan. Hehehe..


Kami parking kereta di KFC, tapi jalan kaki je pergi ke Der Cabin tu. Sampai-sampai je kat sana, tengok punyalah ramai orang, mesti sedap makanan kat situ. Nampak pelayan nya pun macam tak cukup tangan. Kat sini, boleh pilih nak makan berbumbungkan kanopi atau berbumbungkan langit. Saya pulak awal-awal cakap nak duduk bawah kanopi sebab takut hujan, boleh gitu?


Selepas meja dibersihkan, kami pun orderlah. Waiter datang amik order kat meja kitorang. Since first time datang makan kat sini, saya pun tak tahu nak order ape. So saya tanye waiter tu apa yang paling sedap kat sini yang dia boleh rekemen untuk kami.


Waiter tu rekemen beef steak (lebih kurang gitulah nama dia). Punyalah panjang lebar dia explain, last-last saya order grilled chicken chop. Suami pun nak menu yang sama. Kahkahkah. Cian waiter tu, tapi saya respek sama dia sebab dia steady je walaupun kami order menu yang dia tak rekemen pon.


Kami order :


Grilled Chicken Chop (2 set)
Cream Mushroom Soup (1 set)
Kids Spagetti (1 set)
Kids Nugget and Chip (ini dia bagi free sehingga akhir bulan ni)
Vanilla Milkshake (1)
Homemade Ice Lemon Tea (1)
Plain water (2)


Sambil menunggu pesanan tiba, kami bergambar dan chit chat.


Oh Aimi cayang, nape tak tengok kamera?


Haziq pula memang jenis tak reti diam, berlari dia ke sana ke mari. Haziq tu mudah betul dapat kawan. Tapi Mama dan Abahnya memang alert sangat-sangat bab Haziq ni. Tak kasi dia main atau lari jauh-jauh daripada kami.


Order sampai agak cepat jugakla despite of ramai orang.


Yang first sampai :


Mushroom Soup


Tengok rupa, mmmm.. macam biasa je kan? Tapi sekali saya ngap, Ya Allah sedapnyaaaaaa!!!! Super yummy delicious marbelles you!! Sedap sangat-sangat. 


Tapi sambil nak makan sup ni sambil berebut dengan Aimi, dia pun sibuk nak makan dan nak conquer mangkuk ni untuk dia sorang. Mamanya dapat sipi-sipi je. Abahnya lagi kesian, sesudu dua je dapat rasa. Aimi oh Aimi, kalau makan yang sedap-sedap tu janganlah lupakan Mama ye nak! hukhuk...


Garlic breadnya pulak, keras kejung dan sejuk. Kenapa entah saya pun tak pasti. Jadi saya makan sikit je. 


Pastu air pun sampai, homemade ice lemon teanya memang terbaik!!! Cuma... gelas tu memanjang halus jadi rasa macam sikit je air ni? (Err.. mama ni memang tamak kan? Opsss!!)


Dan tibalah menu utama yang dinanti-nantikan :


Apsal macam rentung je ayam ni? 
Atau efek warna blackpepper sauce?


Saya suka sosnya, memang sedap, ayamnya pulak macam terlebih grill tapi still saya makan habis yang tinggal tulangnya aje. Hahahaa...Friesnya pulak, lembut sangat dan bila dicicah dengan sos, sedapnya sehingga mencilok fries di pinggan suami (tamak lagikah mama?). 


Coleslaw nya pula biasa-biasa sahaja, saya makan sikit aje, selebihnya suami yang tolong makankan. Bab makan-makan ni kami saling tolong menolong, pinggan mu pinggan ku jua.


Yang kids spageti tu tak sempat nak snap gambar, saya sibuk bersihkan mulut Aimi yang comot dengan mushroom sup tu. Bukan mulutnya aje yang comot, pipi dan baju pun habis comot sekali. Ini namanya pakej ya. 


Abahnya pula sibuk dok jaga Haziq yang berlari sana sini feeling Der Cabin ni macam kat rumah dia aje. Bila dah punya anak 2 macam ni, takde lagi istilah makan nak manja-manja atau bersuap-suap ala-ala candle light dinner. Sambil makan, sambil jaga anak, sambil suap anak makan, sambil kejar anak dan macam-macam lagilah.


Maka korang fahamlah ye kenapa saya perlu makan lebih banyak daripada biasa. ;)


Kids spageti tu rasa biasa-biasa je, biasa yang sehingga Haziq, malah kami pun tak mampu nak menghabiskannya. Last-last Haziq pun makan chicken chop Mama dan Abahnya. Yang kids nugget dan fries tu biase je, benda free kan, haruslah sedap. Hehehe...


Sambil makan tu, sambil layan lagu Scorpions, aduh, best banget nih! Banyak lagu-lagu Scorpions yang saya suka contohnya macam Wind of Change, Still Loving You, You And I dan macam-macam lagi. 


Sambil makan tu, sambil menikmati keindahan lagu-lagu ni. Jujur saya cakap, dah bertahun rasanya tak rasa macam ni, sejak dah punya anak. So sesekali dapat layan feeling ni, sangatlah best rasanya.


In overall, saya rekemen korang try makan kat sini atas faktor-faktor berikut :

  1. Tempat makan yang best, very cozy, ada lagu-lagu 80s dan 90s (mostly English).
  2. Waiter pun best, sempoi, layanan memang terbaik.
  3. Mushroom sup sangat sedap, kalau saya pergi lagi, saya nak order 2 mangkuk untuk saya sorang. Hahaha.. Homemade ice lemon tea pun dah jadi kesukaan saya.
  4. Harga berpatutan, untuk semua menu di atas, harganya dalam RM42.10.

Dinner yang best di Der Cabin Bistro. Pastinya akan datang lagi ke sini! :)

8 comments:

Normi Nieza said...

sdapnya..:)

Asha Lya said...

Uishh memg nmpk sdp sgtla Kak menyelerakn btl

Miqha Azmi said...


salam,,iqha singgah sini ;)
http://mylifemiqhaazmi.blogspot.com/2014/12/cara-nak-buat-duit.html

Fatimah abdul rahiman said...

dah dekat dah tu dengan kedai dobi saya..:)

Mar Mansor said...

saya tak pernah pergi lagi walaupon banyak kali kata nak pergi..memang ramai orang kan..

Johamee Jaffar said...

Terima kasih kerana dinner di Der'Cabin dan buat review di blog anda.

Papa-NtiQ said...

Salam. Saya pn dh beberapa kali dinner di der cabin ni tapi baru jer upload gambar2 dlm blog saya. Senang2 tu singgah la yer di www.blogmakanbest.blogspot.com sebab ade banyak lagi entries pasal tempat2 makan menarik di seluruh malaysia terutama sekali JOHOR.
Blog saya ni takde citer lain kecuali makan, makan dan makan hihihi...kalau sudi tu follow la yer TQ bebanyak

yuyu said...

Bangga dengan usaha org kita..maintain quality dan service..layan customer sebagai raja..overall..makanan sedap berbaloi dengan harga..dan tersangat murah jika kita makan benda yg sama dibandingkan di Australia atau Singapore..😄

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *