I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Monday, December 29, 2014

Barang Preloved Untuk Diclearkan

Dua tiga minggu lepas, saya sibuk mengemas rumah, dan setiap kali saya mengemas rumah, mesti ada barang-barang yang sama ada saya buang / saya simpan semula walapun memang dah tak guna / saya asingkan untuk nak jual.


Kali ini, ada sedikit barangan yang saya sudah asingkan seperti pakaian kanak-kanak dan beberapa jenis barangan lain. Sayang pula kalau nak dibuang kan, sebab kebanyakannya masih elok lagi.


Jadi saya fikir nak jual murah-murah sahaja dengan harapan duit hasil jualan tu bolehlah saya kumpul dan guna untuk beli keperluan anak / dapur.


Antara barang-barang ni, ada yang saya boleh pos dan ada yang boleh cod (cash on delivery) sahaja. Contohnya, macam Nursing Pillow, saya fikir nak jual kepada sesiapa yang memerlukan tetapi boleh cod sahaja. Sebab kalau nak pos tu, kene bungkus bagai dan mungkin kos postage pun akan bertambah.


Err... ada ke sesiapa yang perlukan Nursing Pillow?


Juga ada baju budak-budak dan beberapa barangan lain. Tunggu ya, saya akan upload gambarnya satu persatu.

2 comments:

Sally Samsaiman said...

macam takde yang sally perlukan..hihihi :D

Diana Rashid said...

kalau boleh jual,jual je..mungkin ada orang yang memerlukan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Kedai Vitamin Bandar Seri Alam :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *