I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Tuesday, December 30, 2014

4pcs Senduk Untuk 4 Orang Pemenang

Hadiah untuk GA kali ini ditaja pula oleh Azatie Sayang. Menariknya hadiah ni, ada 4 pcs senduk pelbagai jenis untuk 4 orang pemenang bertuah.


Jangan salah faham ya. 1 orang pemenang dapat 1 senduk sama ada senduk A, B, C atau D, DAN BUKANNYA 1 orang pemenang dapat 4 pcs senduk A, B, C, D.


Untuk 4 orang pemenang. 1 orang dapat 1 sahaja


Bagi yang biasa lihat senduk ni, pasti familiar yang ini adalah keluaran Menang Glassware bagi produk Are Ikan nya. 


Selain daripada senduk dalam gambar di atas, Are Ikan pun ada macam-macam produk yang lain seperti Pemanggang Ajaib, Periuk Ajaib, Periuk Goreng Ajaib, Pan Ajaib dan Waffle Ajaib. 


Kalau nak tahu kenapa namanya Ajaib, kena tanya sendiri kat Pn. Azatie ni. Manalah tahu, sambil-sambil bertanya tu bolehlah dapatkan diskaun untuk setiap produk yang dijual. Sambil membeli, sambil berjimat, tak gitu?


Ok, cerita banyak tiada maknanya, jom kite ke blog Azatie Sayang!

Monday, December 29, 2014

Banyak Lagi Entry dan StoryMory Yang Belum Dipdate!

Huwaaa!! Tinggal beberapa hari je lagi nak masuk tahun baru 2015, tapi HUTANG saya kat blog ni sangatlah banyak. Bukan hutang duit tau, tapi hutang entry. Banyak sangat-sangat benda nak distorymorykan.


Nampak gayanya memang tak sempat nak update semua ni, so saya akan update satu persatu lah ye cerita di tahun 2014 ni walaupun dah masuk tahun 2015 nanti.

Barang Preloved Untuk Diclearkan

Dua tiga minggu lepas, saya sibuk mengemas rumah, dan setiap kali saya mengemas rumah, mesti ada barang-barang yang sama ada saya buang / saya simpan semula walapun memang dah tak guna / saya asingkan untuk nak jual.


Kali ini, ada sedikit barangan yang saya sudah asingkan seperti pakaian kanak-kanak dan beberapa jenis barangan lain. Sayang pula kalau nak dibuang kan, sebab kebanyakannya masih elok lagi.


Jadi saya fikir nak jual murah-murah sahaja dengan harapan duit hasil jualan tu bolehlah saya kumpul dan guna untuk beli keperluan anak / dapur.


Antara barang-barang ni, ada yang saya boleh pos dan ada yang boleh cod (cash on delivery) sahaja. Contohnya, macam Nursing Pillow, saya fikir nak jual kepada sesiapa yang memerlukan tetapi boleh cod sahaja. Sebab kalau nak pos tu, kene bungkus bagai dan mungkin kos postage pun akan bertambah.


Err... ada ke sesiapa yang perlukan Nursing Pillow?


Juga ada baju budak-budak dan beberapa barangan lain. Tunggu ya, saya akan upload gambarnya satu persatu.

Penaja Yang Menaja Baaaaanyak Hadiah!!!

Alhamdulillah, rezeki GA kali saya ini, mendapat tajaan daripada Pn. Azzah Yusof yang sudi untuk menaja pelbagai jenis hadiah, iaitu :


Tambah nilai kredit RM10 x 2 orang

Wang tunai RM10 x 2 orang


1 pek Reevo Chocolate Malt (15 sachet) x 2 pemenang



1 pek Nasi Arab al-Bayt (Maqluba) x 1 pemenang



1 pek Nasi Arab al-Bayt (Mandy) x 1 pemenang



Kesimpulannya, ada 8 orang pemenang bertuah yang bakal memenangi hadiah-hadiah yang ditaja di atas. Adakah anda salah seorang daripadanya?


GA masih berlangsung sehingga 8 Januari 2015. Sertailah sekarang!

Sunday, December 28, 2014

Balinese Body Scrub, Body Lotion & Starter Bubbly Foot Soak

Wow!! Ini juga adalah antara hadiah yang super duper menarik yang ditaja oleh Cik Puan Diyan Wijayanti untuk GA di blog ini.


Mana taknya, beliau berbesar hati untuk menaja 2 set Balinese Body Scrub, Body Lotion & Starter Bubbly Foot Soak untuk 2 orang pemenang bertuah. Sesiapa yang bertuah tu nanti boleh lah belai diri puas-puas ye dengan produk keluaran Bali Ratih ini!


Tersedia dalam beberapa jenis aroma, boleh lihat gambar-gambar di bawah :


Apple


Chamomile

Lavender


Orange


Strawberry


White Rose


Namun suka untuk saya ingatkan di sini ya, bahawa aroma untuk 2 orang pemenang bertuah itu nanti akan ditentukan oleh penaja ye. Jadi korang tak bolehlah pilih-pilih nak aroma itu lah, nak aroma ini lah. Ingat ye. Yang penting dapat hadiah pun dah cukup best kan?


Selain daripada itu, Bali Ratih Malaysia Official Distributor ini juga membuka peluang kepada sesiapa yang ingin menjadi ejen / dropship / reseller bagi produk-produk Bali Ratih. Jika nak tahu maklumat lanjut boleh pm  di fanpage mereka seperti di link di atas.

Saturday, December 27, 2014

Hujung Tahun 2014

Terasa sayu dan syahdu. Banjir yang agak teruk melanda Kelantan hingga kini. Melihat segala macam gambar yang viral di Facebook, membuatkan hati saya tersentuh. Saya cuba meletakkan diri saya di tempat mangsa banjir.


Yang punya anak kecil
Yang tahap kesihatannya tidak begitu baik
Yang kudratnya tidak sekuat orang-orang yang sihat.
Yang mungkin di awal kehamilan dengan 1001 ketidakselesaan
Yang mungkin pula di hujung kehamilan menanti hari untuk melahirkan


Rasanya saya tidak sekuat mereka yang sedang diuji.


Selain itu, ada juga yang menjadi korban. Lemas. Ditelan air yang deras. Sungguh tidak terjangka dek akal fikiran. Kasihan kepada anak-anak yang ditinggalkan.


Sungguh, saya tidak sekuat mereka yang sedang diuji.


Hanya doa yang mampu yang saya panjatkan kepada Yang Maha Esa, kerana hanya Dia yang punya kuncinya, kerana hanya Dia yang mengatur segala yang berlaku ini.

Tupperware!!!

Saya ni memang suka dan boleh dikatakan "gila" dengan produk Tupperware. Selain dikenali dengan kualiti tinggi dan bebas BPA, produk Tupperware kini dilihat lebih funky dengan pelbagai jenis barangan dan warna yang sangat menarik sesuai untuk pelbagai golongan dan situasi.


Khusus untuk sesiapa yang juga suka dengan produk Tupperware, kini anda berpeluang untuk memenangi Elegant Tumbler Fuschia Kiss Tupperware 250 ml yang ditaja oleh Wan Rokiah.



Caranya mudah sahaja, hanya dengan menyertai GA di blog ini dan 2 orang pemenang bertuah layak memenangi hadiah menarik ini. :)

Friday, December 26, 2014

Scar Solution Body Bar



Jom berkenalan dengan salah seorang penaja untuk GA blog ini iaitu Wann Mistine. Beliau telah berBESAR HATI untuk menaja 10 set Scar Solution Body Bar (SSBB) untuk 10 orang pemenang bertuah tau!! Setiap satu set berharga RM40 (termasuk pos) bermakna jumlah tajaan keseluruhan daripada Wann Mistine bernilai RM400!!!


SSBB ni merupakan produk ketiga keluaran WR Empire iaitu kepunyaan Kak Wann sendiri. Produk sebelum ini adalah Tomato Clear Skin (TCS) dan Corrector Cream Oil (CCO) yang mana saya sendiri adalah pengguna tegar kedua-dua produk tersebut.


Dalam setiap set SSBB ni ada dua jenis sabun tau, iaitu Coffee Soap (sabun hitam) dan percuma Lotion Soap (sabun putih).


Coffee Soap (sabun hitam) :


  • diperbuat daripada ekstrak kopi
  • kaya dengan anti-oksidan (anti-ageing)
  • mencerahkan kulit
  • menghilangkan stretchmarks
  • memudarkan parut
  • menghilangkan selulit
  • menanggalkan daki dan kulit kering
  • dapat sekatakan warna kulit akibat sinaran uv/sunburn
  • mengecutkan jerawat badan 
  • biji-biji kopi dalam sabun bertindak sebagai scrub badan
  • boleh mencerahkan kulit
  • menghilangkan gatal-gatal kulit

Cara menggunakan Coffee Soap :

  1. Guna setiap malam
  2. Sabun seperti biasa
  3. Biarkan buih di badan untuk kesan lebih optimum
  4. Gosok dalam bentuk bulatan untuk menanggalkan sel kulit mati
  5. Kulit akan tegang, bersinar dan halus serta merta


Lotion Soap (sabun putih)

  • organik soap / vege oil
  • bertindak seperti losyen
  • memutihkan kulit secara semulajadi
  • kulit cerah bersinar
  • menghaluskan tekstur kulit
  • mengekalkan kelembapan kulit sepanjang hari
  • kulit menjadi lembut dan anjal kekal remaja
  • kulit sihat berseri
  • hapus kulit kusam
  • wangi

Cara menggunakan Lotion Soap :

  1. Guna setiap hari (pada waktu siang)
  2. Gosok seperti biasa
  3. Kulit lebih lembut dan lembap dengan penggunaan yang konsisten


SSBB adalah peroduk keluaran Homeolab, halal dan suci tanpa mengandungi bahan kimia.


Jika ingin tahu lebih lanjut tentang SSBB serta produk-produk Wann Mistine yang lain, boleh layari fanpage https://www.facebook.com/pages/Mistine-Mizs-Wann-Shopz/421535737899371

Wednesday, December 24, 2014

SuperRich Puteri Vanila & Slymrich Blueberry Diet Fiber

Hadiah seterusnya ditaja oleh Zie D'Beaute House yang mana pemiliknya bernama Pn. Zieha Zie. Hadiah tersebut adalah SuperRich Pueri Vanilla yang mempunyai pelbagai jenis kebaikan, antaranya:


Bernilai RM69 (SM) / RM74 (SS)
25 gram x 15 sachets

  • Mengetatkan rahim & faraj
  • Membesar, menganjal dan menegangkan payudara
  • Menjadikan punggung lebih bulat dan pejal
  • Mengatasi masalah keputihan
  • Mengatasi masalah senggugut
  • Memberi kecergasan berganda
  • Menjadikan kulit seluruh badan lebih anjal, cerah, gebu dan awet muda
  • Mencegah kanser payudara dan kanser serviks
  • Menyeimbangkan tahap hormon dalam badan
  • Mengelakkan endometriosis
  • Membuang darah kotor
  • Menghasilkan cairan semulajadi pada vagina
  • Mengatasi masalah haid tidak teratur

Kandungan :
Pueraria Mirifica, Manjakani, Collagen (Fish), Maquiberry Extract, Tomato Extract, Apricot Extract, Delima Extract, Manggis Extract, Durian Belanda Extract, Vitamin B17, Honey, Soy Protein, Habbatussauda, Oligo Fruktosa, Kurma & Biji Anggur.



Pn. Zieha Zie juga berbesar hati untuk menaja satu lagi hadiah iaitu Slymrich Blueberry Diet Fiber :

Bernilai RM70 (SM) / RM75 (SS)
15 gram x 15 sachets

Kebaikan SlymRich Blueberry Diet Fiber :
  • Mendapatkan berat badan yang ideal
  • Membantu melancarkan usus sekaligus mengelakkan masalah sembelit
  • Membantu pembuangan toksin dan angin di dalam badan
  • Membantu dalam merawat masalah susar tidur dan mengelakkan kemurungan
  • Membantu mengurangkan masalah gastrik
  • Mengurangkan kolesterol dan penyerapan lemak
  • Membantu melicinkan dan mencantikkan struktur sel kulit
  • Sesuai untuk penghidap diabetes dan darah tinggi
  • Memberi vitamin A, C, D dan E dalam badan
  • Tinggi dan kaya antioksidan



Kandungan :
Fiber, Oat , Fiber  Gandum , Fiber Apple ‎Hijau , ‎Psyllium Husk , Daun Senna , L-‎Carnitine, Astaxanthin ,  Argan, Ekstra kBlueberry, Ekstrak ‎Strawberry, Ekstrak Acai  Berry , Ekstrak Maquiberry , Ekstrak ‎Teh Hijau, Ekstrak Delima , ‎Kurma , Kismis , Madu , Goji , Ginko Biloba , Vitamin  C dan Kolagen .


Kalau nak tau lebih lanjut tentang kedua-dua produk ini dan pelbagai jenis lagi produk kecantikan dan kesihatan, jom sama-sama kita terjah fanpage Zie D'Beaute House.

Saturday, December 20, 2014

Follow Syarat Untuk Menyertai GA

Hai semua! Setakat ini sudah banyak penyertaan yang saya terima untuk menyertai GA. Alhamdulillah, saya suka dengan sokongan rakan-rakan blogger semua.


Cuma satu je saya nak minta tolong, please please please follow SEMUA syarat yang telah dinyatakan untuk menyertai GA. Baru kejap tadi ni saya terima penyertaan daripada seorang blogger tapi bila cek kat dashboard, dia takde follow blog saya sebagai penganjur, takde follow juga blog-blog penaja.


So, macamana pula boleh sertai GA kalau tak follow syarat-syarat yang telah dinyatakan?


Saya harap, sebagai blogger dan peserta, kita bersikap lebih telus. Kalau rasa tak boleh nak follow blog penganjur dan penaja, dan tak boleh like fanpage penaja, diharap dapat beri ruang dan peluang kepada blogger lain untuk menyertai GA ini.


Janganla submit url entry penyertaan kalau syarat-syarat GA pun tak dipenuhi. Saya mungkin tak boleh nak check semua, tapi bukankah Allah di atas sana Yang Maha Melihat dan Maha Mengetahui?


Jujurlah dengan diri sendiri ya rakan-rakan blogger. :)


p/s : Saya sudah approve semua comment penyertaaan yang awaiting moderation (setakat jam 3.00 am @ 20/12/14).

p/s : Sesiapa yang sudah up entry di blog masing-masing tapi belum follow blog penganjur dan penaja serta like fanpage penaja, harap dapat berbuat yang sepatutnya dan inform saya untuk saya publish comment anda. :)


UPDATED !!!


Senarai Peserta GA

Friday, December 19, 2014

Kraf Seni Jahitan & Sulaman

Malam ni jom kita berkenal-kenalan dengan salah seorang penaja untuk giveaway di blog ini iaitu Cik Azue.


Cik Azue merupakan seorang working at home mom (WAHM) yang menjalankan perniagaan kraftangan berasaskan seni jahitan dan sulaman. 100% sepenuhnya beroperasi di rumah, Cik Azue bermula dalam bidang kraftangan ini sebagai satu hobi sahaja, namun kini telah bergiat aktif sepenuhnya dan sentiasa menerima tempahan.


Pelbagai jenis produk yang Cik Azue telah hasilkan. Antaranya adalah seperti bantal berkarakter, bantal hiasan, bantal hiasan kereta, selimut tampal cantum / tampal hias, menerima tempahan sulam nametag dan sulam di tuala, imej sulaman dan juga sulaman patches.


Sempena giveway di blog saya ini, Cik Azue telah berbesar hati untuk menaja bantal karektor owl istimewa untuk seorang pemenang bertuah yang akan diumumkan nanti. ^_^


Cantik kan?
Saiznya 10 inci berdiri, bernilai RM40


Bagi yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan Cik Azue dan membuat tempahan sama ada untuk diri sendiri atau sebagai cenderahati, boleh berhubung cara di bawah.


Cik Azue
E-mail : kuazue@gmail.com
Whatsapp : 013-2700020
Fanpage : Keraih Lengan Kuazue

Thursday, December 18, 2014

Sabun Dobi PERCUMA untuk Dimenangi!

Bulan 12 ni sinonim dengan musim kenduri kahwin. Kenduri sana, kenduri sini, apa taknya, musim cuti sekolah kan. Selain daripada kenduri kahwin, bulan 12 juga sinonim dengan musim hujan. Boleh dikatakan hujan setiap hari hingga ada masanya berlaku banjir di negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang.


Dulu kan, saya pernah balik ke kampung saya di Terengganu semasa bulan 12. Aduhai, pagi petang siang malam, hujan aje memanjang. Tak dapat nak pergi ke mana-mana. Terperap sajalah dalam rumah. Memang takleh buat apa-apa. Bila dah hujan macam tu, baju yang dibasuh, tak kering-kering. Penuh ampaian di luar, sambung pulak buat ampaian kat dalam rumah. Berusaha gigih demi nak mengeringkan baju!


Bukan kata kat Terengganu aje, kat JB ni pun sama juga. Siap bergantung kain baju kat tingkap dan kat bawah kipas, kipas pasang full swing pulak tu demi nak kain baju semua cepat kering. Kalaulah tiba-tiba mak mertua datang buat spot check time-time macam ni, habislah tak tau nak sorok muka kat mana. Ruang tamu dah serupa macam pusat pengeringan baju!


Tapi sekarang, dah takde masalah lagi. Penyelesaiannya - Jom kita ke kedai dobi!


Kedai Dobi F2
No. 43 Jalan Suria 7,
Bandar Seri Alam,
81750 Masai, Johor


Kedai Dobi F2 ni kepunyaan En. Fathil dan Pn. Fatimah. F2 tu adalah gabungan nama mereka suami isteri. Ingat F2, ingatlah En. Fathil dan Puan Fatimah.So sweet kan. 


Kat Kedai Dobi F2 ni ada macam-macam jenis perkhidmatan tau, contohnya seperti :

  1. Basuhan normal / Normal wash
  2. Basuhan toto, comforter, langsir dan lain-lain
  3. Basuhan kering (dry cleaning)
  4. Basuhan karpet
  5. Basuhan kasut dan beg
  6. Basuhan toys dan lain-lain
  7. Basuhan tangan / hand wash

Pendek kata, apa-apa material yang perlukan basuhan, in shaa Allah pihak Kedai Dobi F2 boleh bantu kita. Tapi kalau ada material yang pelik-pelik daripada kebiasan, kenalah bincang dulu dengan mereka ya.


Selama ni kan, saya memang tahu yang kedai dobi boleh basuh kain baju, toto, langsir, karpet dan dry cleaning sahaja. Tapi yang saya baru tahu dan yang specialnya kat Kedai Dobi F2 ni adalah, mereka pun boleh basuh beg sekolah, beg tangan, bagasi dan kasut!!! Harganya pula sangat-sangat berpatutan.


Jadi, bagi ibu bapa yang nak cuci beg sekolah anak-anak mereka, boleh terus datang ke Kedai Dobi F2. Bila beg sekolah dah bersih dan berwajah baru, barulah anak-anak semangat nak pergi ke sekolah, ye tak? Malah dapat jimatkan duit juga tanpa perlu membeli beg sekolah baru. 


Sempena cuti sekolah dan akhir tahun 2014, Kedai Dobi F2 ada buat promosi tau. Selain daripada harga cucian yang sangat berpatutan untuk beg sekolah, beg tangan dan kasut, sesiapa yang menghantar baju dengan berat 8kg untuk dicuci, akan dapat PERCUMA cucian 1 kg baju untuk cucian biasa. 


Maksudnya, hantar baju dengan berat 9 kg, tapi bayar dengan harga yang 8 kg sahaja. Lagi 1 kg tu PERCUMAAAAAAA!!!! Mana nak dapat kat tempat lain?? Haruslah korang semua pergi ke Kedai Dobi F2 cepat-cepat sebab tawaran ini sah sehingga 31 Disember 2014 sahaja.


Promosi cucian cuti sekolah dan akhir tahun sehingga 31 Disember 2014


Harga dah lah berpatutan, siap ada promosi cucian lagi, ini ada tambah satu lagi. Apa ya agaknya?


Kedai Dobi F2 telah berbesar hati MENAJA SABUN DOBI untuk 1 orang pemenang bagi Giveaway Blog www.MyStoryMory.com!


Dari kiri : Lotion Pewangi, Sabun Serbuk, Sabun Cecair, Pelembut / Softener



Kat atas ni adalah barangan yang digunakan sendiri di Kedai Dobi F2. Jumlah tajaan adalah bernilai RM26 di mana 1 orang pemenang yang bertuah nanti akan mendapat kesemua barangan di atas. 


Memang menarik kan? Dapat hadiah sabun dobi PERCUMA! 



Giveaway ni masih berlangsung sehingga 8 Januari 2015, jadi jangan berlengah lagi, peluang untuk menyertai giveaway masih terbuka.


Selepas dah join giveaway, jom ramai-ramai kita pergi ke Kedai Dobi F2 untuk menikmati promosi cuti sekolah dan akhir tahun! :)


Kedai Dobi F2
Waktu operasi :
Isnin - Jumaat : 8am - 9pm
Sabtu - Ahad : 8am - 5pm



Jika perlukan bantuan untuk barangan yang perlu dicuci, boleh hubungi :

En. Fathil (012-791 7236)
Pn. Fatimah (019-745 2571)
Kohinur (pekerja) (018-794 0690)



Wednesday, December 17, 2014

Scheduled Entry Untuk Penaja

Malam ini adalah malam marathon untuk update entry review penaja. Seronok juga bila ada kerjasama macam ini, terima kasih berbanyak-banyak untuk semua penaja yang sudi menaja hadiah untuk Giveaway saya.


Pastinya juga terima kasih beribu-ribu lemon untuk semua peserta yang telah menyertai dan akan menyertai giveaway saya ini (tarikh tamat 8 Januari 2015). Sangat seronok membaca entry para peserta tentang GA saya tu. Syarat saya, letak banner dan link semula ke entry GA.


Tapi ada peserta yang come out dengan inisiatif masing-masing. Be different. Itu yang saya suka. Ada yang buat entry cerita masing-masing yang dikaitkan dengan GA saya, ada yang copy paste senarai hadiah, ada yang beritahu dia dah follow semua blog dan like semua fanpage. Semua saya suka, entry pendek ke, panjang ke, atau walau sekadar banner sahaja, pun saya suka.


Pendek kata, asalkan korang join GA saya, memang saya sukaaaaaa!!! Hahahaha...sori terover la pulak.


Nantikan pagi esok ye untuk entry best punya, rasanya belum pernah orang taja hadiah seperti ini. Nak tau hadiah apa?


Esok 18 Disember 2014 jam 8.00 am, terus buka blog saya ya! :)

Saturday, December 13, 2014

Allahurobbi!

Tengah scroll newsfeed FB sebentar tadi, saya dikejutkan dengan status seorang sahabat saya. Begitu ringkas tulisan, tapi sangat terasa hingga ke lubuk hati yang paling dalam.


Tanpa disedari, airmata ini terus mengalir. 


Sahabat saya baru sahaja kematian suaminya.


Saya rasa ingin terus terbang kepada sahabat saya, berada di sisinya, dan ingin memeluknya erat-erat. 


Ya Allah, Kau cucurilah rahmat-Mu kepada arwah suami sahabatku.
Ya Allah, Kau berikanlah ketabahan dan kekuatan luar biasa untuk sahabatku.
Ya Allah, Kau kuatkanlah semangatnya untuk meneruskan kehidupan bersama anak-anak yang masih kecil.


T_T

Thursday, December 11, 2014

Papaglamz Yang Memang Glamz!

Rata-rata blogger kat Malaysia ni kan, terdiri daripada kaum Hawa. Memang ada jugalah kaum Adam, malah ada yang sangat glemer macam Ben Ashaari tu, tapi boleh dikatakan, kaum Hawa jugaklah yang mendominasi dunia blogging di Malaysia ni.


Dalam banyak-banyak blog tu kaum Adam, ada satu blog ni bernama Papaglamz. Papaglamz ohkay. Nama memang catchy sungguh! Sangat menangkap dan senang diingat. Pertama kali masuk ke blog Papaglamz, terus tersenyum.


Apa taknya, kalau orang pompuan sibuk dengan header blog bagai, design itu ini bagai, Papaglamz simple je. Yang penting, kita tau, blog Papaglamz ni adalah tentang PARENTING, FOOD, TRAVEL. Memang senang nak ingat. Bagus tul Papaglamz ni!


Tadi terbaca satu entry menarik. Papaglamz terima tempahan Tupperware daripada customer dan perlu bungkus cantik-cantik sebab customer tu nak bagi hadiah kat ibu dia. Siap ada p/s kat bawah entry tu, tanya ada tutorial bungkus Tupperware tak?


Haaaa... jujur sungguh pertanyaan tu, baguslah, kalau kita tak tahu, kenalah bertanya kan. Kalau tak tanya, nanti tak cantik pula bungkusan Tupperware tu, ye tak? Tapi memang terhibur baca entry-entry Papaglamz, tulisan seorang lelaki.


Yang buat saya tergelak sorang-sorang di pagi buta ini (baca blog Papaglamz kul 5.00 am ohkay) ialah, masa baca entry cekodok goreng luahan hatiku. Tajuk entry pun dah buat saya tergelak. Tajuk tetap catchy as usual okay. Secatchy nama Papaglamz gitu. Dia punya introduction entry ni memang best, terus saya teringat time-time cuti sekolah yang balik dari asrama dulu. Istilah qada's tidur tu memang sinonim sangatlah dengan saya. Rugi saya sebab masa tu belum kenal blog Papaglamz, kalau tak, mesti saya dah dapat sediakan cekodok goreng luahan hatiku untuk ibu bapa saya. :)


Oh ya, jangan tak tahu, sebagai suami, Papaglamz juga memang 100% support isterinya yang breastfeeding anakanda tersayang, malah siap jaga isteri semasa berpantang lagi tau. Sebab tu, bagi para suami di luar sana yang ingin bantu isteri untuk cepat sembuh daripada luka bersalin, ingin isteri melalui tempoh berpantang dengan penuh bertenaga tanpa stress, ingin bantu isteri supaya dapat menyusukan anak secara eksklusif, saya sarankan anda terus hubungi Papaglamz untuk konsultasi terbaik bagi produk-produk Shaklee. Man to man talk. Jangan malu jangan segan, terus hubungi Papaglamz ye.


Pendek kata, memang seronok sangat baca blog Papaglamz. Tulisannya sempoi, tergelak-gelak saya membacanya. Dah rasa macam tengok Maharaja Lawak Mega versi blog pulak. Walaupun sempoi, tetap ada mesejnya yang tersendiri. Sebab tu saya terus follow blog Papaglamz, supaya tak terlepas setiap cerita best daripada Papaglamz.


Ingat Papaglamz, ingat Parenting, Food, Travel.
Ingat Papaglamz, ingat hadiah yang telah ditaja untuk GA saya.
Papaglamz taja RM20 tunai untuk seorang pemenang. Wowww!!!


Apalagi, moh kite follow blog dia!!!


Klik banner untuk terus sampai ke blog Papaglamz!

Tuesday, December 9, 2014

Pengesahan Baki Jumlah Pembiayaan Pinjaman Pendidikan PTPTN

Sedar tak sedar, sudah hampir 10 tahun saya bekerja, bermakna hampir 10 tahun jugalah saya tanpa jemu membayar hutang PTPTN. Lama kan? Memang terasa sangat lama, kalau ikutkan surat perjanjian, sekiranya saya bayar secara konsisten mengikut jumlah yang ditetapkan setiap bulan, hutang ini akan langsai sepenuhnya dalam masa 15 tahun selepas saya tamat belajar, iaitu pada umur saya 37 tahun nanti. Fuh!!! T___T


Pejam celik, pejam celik, daripada jumlah 5 angka, sudahpun berkurang kepada 4 angka. Tak sangka, konsisten jugak saya membayarnya, walaupun ada bulan-bulan yang saya bayar kurang daripada jumlah yang ditetapkan.


Ari tu dalam Bajet 2015 ada dinyatakan potongan diskaun 20% untuk peminjam PTPTN yang membuat penyelesaian penuh (full settlement). Saya pun apa lagi, mesti nak grab peluang ni.


Tak silap saya, tahun 2012 / 2013 ada juga diberi kemudahan 20% ni, tapi pada masa tu, kewangan saya sangat tak mengizinkan. Banyak perkara lain yang harus diutamakan. Tahun ni pula alhamdulillah, rezeki untuk PTPTN lah nampaknya.


Semalam saya ada pergi ke pejabat PTPTN di Uda Business Centre Johor Bahru, untuk bertanyakan kaedah bayaran balik full settlement.


Prosedurnya mudah sahaja, kita bagi nama penuh dan nombor IC untuk dia cek berapa baki hutang. Kemudian dia akan emelkan berapa jumlah yang kita perlu bayar apabila ditolak dengan 20%.


Malam tadi saya cek emel, dah terima pun pengesahan baki tersebut, RMxxxx yang perlu saya bayar.


Semoga selesai semua urusan ini sebelum masuk tahun baru 2015


Untuk makluman, bila kita terima pengesahan baki ni, kita mesti segera membuat pembayaran sebelum tamat tempoh tau. Contoh macam saya, pengesahan baki saya ini, mesti saya selesaikan (bayar) sebelum 31 Januari 2015.


Selepas tarikh tersebut, pengesahan baki tu tidak sah lagi.


Ada dua cara untuk membuat pembayaran. Pertama, bayar di kaunter PTPTN atau yang kedua, bayar di bank. Tapi kalau bayar kat bank, perlukan masa minimum 7 hari sebelum duit tersebut dikreditkan ke akaun PTPTN. Saya pula, rasa nak cepat setel bab-bab ni. So in shaa Allah akan terus bayar di kaunter PTPTN sahaja nanti.


Selepas duit dah dikreditkan ke akaun PTPTN, PTPTN akan keluarkan Surat Pelepasan Hutang kepada kita. Kira macam pengisytiharan besar-besaran lah bahawa si polan bin si polan ini sudah tiada hutang lagi dengan PTPTN. Selagi saya tak dapat surat tu, belum cukup aman jiwa ni. :)


Mungkin orang-orang lain dah lama selesai bab hutang dengan PTPTN, mungkin saya je yang terlambat sedikit. Tapi tak mengapalah kan, setiap orang kan komitmen duitnya berbeza-beza. Alhamdulillah, giliran saya tiba kali ini.


Nanti saya update lagi bila saya dah buat pembayaran di kaunter PTPTN ya.


p/s : Nak masuk tahun baru 2015 dengan perasaan - bebas hutang PTPTN!

Monday, December 8, 2014

Giveaway 2014 Bersama MyStoryMory.com

~INI ADALAH PINNED ENTRY SEHINGGA 8 JANUARI 2015~


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.




Giveaway 2014 blog www.mystorymory.com kini bermula!!!


Ada banyak hadiah-hadiah menarik untuk anda menangi :


Wang tunai RM50 x 1 pemenang
Wang tunai RM20 x 1 pemenang
SuperRich Puteri Vanilla x 1 pemenang
SlymRich BlueBerry Diet Fiber x 1 pemenang
Owl x 1 pemenang
Elegant Tumbler Fuschia Kiss Tupperware 250 ml x 2 pemenang
Scar Solution Body Bar (1 set) x 10 pemenang
Lulur Mandi Sumber Ayu Whitening Bunga x 1 pemenang
1 set of Balinese Body Scrub, Body Lotion & Starter Bubbly Foot Soak  x 2 pemenang
Tambah nilai kredit RM10 x 2 pemenang
Wang tunai RM10 x 2 pemenang
1 pek Reevo Chocolate Malt (15 sachet) x 2 pemenang
1 pek Nasi Arab al-Bayt (Maqluba) x 1 pemenang
1 pek Nasi Arab al-Bayt (Mandy) x 1 pemenang
Charmantshawl (green petronas) x 1 pemenang
Charmantshawl (yellow mustard) x 1 pemenang
1 set Sabun Dobi x 1 pemenang
4 pcs senduk (A, B, C, D) x 4 pemenang


Syarat-syarat untuk menyertai giveaway ini :


1) Buat satu entry bertajuk "Giveaway 2014 Bersama MyStoryMory.com" dan copy banner di atas.


2) Follow Blog penganjur : 


3) Follow Blog penaja :
http://azatiesayang.blogspot.com/
http://eyzamiel.blogspot.com/   (memandangkan ada peserta yang tidak mempunyai akaun instagram, maka link follow instagram @eyzamiel TELAH DITUKAR kepada follow blog http://eyzamiel.blogspot.com. Harap maklum)


4) Follow Fanpage penaja :


5) Letakkan link entry anda DI SINI.


6) Jangan lupa letakkan link blog www.mystorymory.com di dalam bloglist anda supaya tidak terlepas apa-apa update terkini.


7) Tarikh-tarikh penting :

8 Januari 2015 jam 11.59 malam - tarikh tutup GA
14 Januari 2015 - Keputusan akan diumumkan

Pemenang akan dipilih secara rawak oleh penganjur.


"JOIN THE GIVEAWAY AND HAVE FUN!"


UPDATED !!!


Senarai Peserta GA

Sunday, December 7, 2014

Senarai Hadiah dan Penaja Giveaway 2014 - www.mystorymory.com

Assalamualaikum.


Alhamdulillah. Dalam tempoh lebih kurang seminggu, seramai 12 orang penaja telah menyatakan persetujuan untuk menaja pelbagai jenis hadiah bagi Giveaway (GA) 2014 di blog saya ini. Kesemua penaja memberikan respon yang sangat pantas dan saya sangat menghargai kerjasama di antara kita semua.


Kumpul punya kumpul, 12 orang penaja ini telah menaja hadiah untuk keseluruhan 35 orang pemenang. Bermakna ada 35 hadiah untuk dimenangi oleh 35 orang. Adakah anda yang bertuah di kalangan 35 orang tersebut?


Mari kita lihat senarai hadiah dan penajanya :


Hadiah : Wang tunai RM50 x 1 pemenang
Penaja : Adik Penganjur
(sebagai tanda support untuk GA kakaknya)


Hadiah : Wang tunai RM20 x 1 pemenang
Penaja : Papaglamz


Hadiah : SuperRich Puteri Vanilla x 1 pemenang
Hadiah : SlymRich BlueBerry Diet Fiber x 1 pemenang
Penaja : Zieha Zie



Hadiah : Owl x 1 pemenang
Penaja : Keraih Lengan Kuazue



Hadiah : Elegant Tumbler Fuschia Kiss Tupperware 250 ml x 2 pemenang
Penaja : Wan Rokiah


Hadiah : Scar Solution Body Bar (1 set) x 10 pemenang
Penaja : Wann Mistine


Hadiah : Lulur Mandi Sumber Ayu Whitening Bunga x 1 pemenang
Penaja : Eyza


Hadiah : 1 set of Balinese Body Scrub, Body Lotion & Starter Bubbly Foot Soak  x 2 pemenang
Penaja : Diyan Wijayanti
(di bawah adalah contoh, aroma akan dipilih oleh penaja tau)








Hadiah : Tambah nilai kredit RM10 x 2 pemenang
Hadiah : Wang tunai RM10 x 2 pemenang
Hadiah : 1 pek Reevo Chocolate Malt (15 sachet) x 2 pemenang
Hadiah : 1 pek Nasi Arab al-Bayt (Maqluba) x 1 pemenang
Hadiah : 1 pek Nasi Arab al-Bayt (Mandy) x 1 pemenang
Penaja : Azzah Yusof





Hadiah : Charmantshawl (green petronas) x 1 pemenang
Hadiah : Charmantshawl (yellow mustard) x 1 pemenang
Penaja : Aienzunnur




Hadiah : 1 set Sabun Dobi x 1 pemenang
Penaja : Fatimah Abdul Rahiman


Hadiah : 4 pcs senduk (A, B, C, D) x 4 pemenang
Penaja : Azatie Sayang
(1 pemenang dapat 1 senduk)




Haaa... itu dia senarai hadiah bersama penajanya. Amacam? Best kan? Nantikan entry GA ini pada hari esok Isnin 8 Disember 2014 jam 8.00 pagi. Syarat-syarat untuk menyertai GA ini amatlah mudah. 


Syarat pertama ialah - anda mesti mempunyai blog. :)


Semoga GA ini memberi manfaat dan keseronokan untuk semua in Shaa Allah.


UPDATED !!!



BERMINAT NAK MENJADI PENAJA (SPONSOR) GIVEAWAY BLOG SAYA?

~INI ADALAH PINNED ENTRY. SILA SCROLL KE BAWAH UNTUK ENTRY TERKINI~


Tarikh : 28 November 2014


Hai semua!


Saya nak buat Giveaway Akhir Tahun dalam masa seminggu daripada sekarang.


Sekiranya ada yang berminat ingin menjadi penaja (sponsor) Giveaway saya, boleh e-mail kepada saya.


Sebelum tu, ini syarat-syarat untuk menjadi penaja :


UNTUK PENAJA :


  1. Pilih 1 sahaja antara mana-mana laman sosial yang anda ingin peserta giveaway FOLLOW atau LIKE (blog / fanpage / instagram / twitter).
  2. Hadiah yang ingin ditaja mestilah berupa sama ada barangan / wang tunai / tambah nilai kredit.
  3. Penaja tidak boleh menukar hadiah sebaik sahaja giveaway bermula sehingga tamat giveaway.
  4. Penaja boleh turut serta menyertai giveaway ini.

Giveaway ini akan berlangsung selama sebulan. Tarikh giveaway akan diumumkan kemudian.


Jika berminat untuk menjadi penaja, sila ikuti langkah-langkah berikut :

  1. E-mail saya di z.munirah@gmail.com
  2. Tajuk e-mail : PENAJA GIVEAWAY
  3. Nyatakan hadiah yang ingin ditaja dan media sosial yang anda ingin peserta giveaway follow / like.

BONUS UNTUK PENAJA TERPILIH :



Saya akan membuat review berkenaan blog / fanpage / instagram / twitter penaja dengan menyiarkan entry berkaitan penaja dan hadiah yang ditaja. Review ini akan tersiar di blog saya sampai bila-bila in Shaa Allah.


Berminat nak menjadi penaja? Terus e-mail kepada saya ya.


Tarikh tutup : 5 Disember 2014 (Jumaat) jam 3.00 petang.

Thursday, December 4, 2014

Dinner di Der Cabin Bistro, Bandar Seri Alam


Welcome to Der Cabin Bistro Bandar Seri Alam, Masai, Johor


Malam tadi selepas survey area menarik di KFC Seri Alam, suami ajak dinner kat Der Cabin Bistro yang betul-betul terletak sebelah KFC tu. Saya on aje, mestilah suka kan. Hehehe..


Kami parking kereta di KFC, tapi jalan kaki je pergi ke Der Cabin tu. Sampai-sampai je kat sana, tengok punyalah ramai orang, mesti sedap makanan kat situ. Nampak pelayan nya pun macam tak cukup tangan. Kat sini, boleh pilih nak makan berbumbungkan kanopi atau berbumbungkan langit. Saya pulak awal-awal cakap nak duduk bawah kanopi sebab takut hujan, boleh gitu?


Selepas meja dibersihkan, kami pun orderlah. Waiter datang amik order kat meja kitorang. Since first time datang makan kat sini, saya pun tak tahu nak order ape. So saya tanye waiter tu apa yang paling sedap kat sini yang dia boleh rekemen untuk kami.


Waiter tu rekemen beef steak (lebih kurang gitulah nama dia). Punyalah panjang lebar dia explain, last-last saya order grilled chicken chop. Suami pun nak menu yang sama. Kahkahkah. Cian waiter tu, tapi saya respek sama dia sebab dia steady je walaupun kami order menu yang dia tak rekemen pon.


Kami order :


Grilled Chicken Chop (2 set)
Cream Mushroom Soup (1 set)
Kids Spagetti (1 set)
Kids Nugget and Chip (ini dia bagi free sehingga akhir bulan ni)
Vanilla Milkshake (1)
Homemade Ice Lemon Tea (1)
Plain water (2)


Sambil menunggu pesanan tiba, kami bergambar dan chit chat.


Oh Aimi cayang, nape tak tengok kamera?


Haziq pula memang jenis tak reti diam, berlari dia ke sana ke mari. Haziq tu mudah betul dapat kawan. Tapi Mama dan Abahnya memang alert sangat-sangat bab Haziq ni. Tak kasi dia main atau lari jauh-jauh daripada kami.


Order sampai agak cepat jugakla despite of ramai orang.


Yang first sampai :


Mushroom Soup


Tengok rupa, mmmm.. macam biasa je kan? Tapi sekali saya ngap, Ya Allah sedapnyaaaaaa!!!! Super yummy delicious marbelles you!! Sedap sangat-sangat. 


Tapi sambil nak makan sup ni sambil berebut dengan Aimi, dia pun sibuk nak makan dan nak conquer mangkuk ni untuk dia sorang. Mamanya dapat sipi-sipi je. Abahnya lagi kesian, sesudu dua je dapat rasa. Aimi oh Aimi, kalau makan yang sedap-sedap tu janganlah lupakan Mama ye nak! hukhuk...


Garlic breadnya pulak, keras kejung dan sejuk. Kenapa entah saya pun tak pasti. Jadi saya makan sikit je. 


Pastu air pun sampai, homemade ice lemon teanya memang terbaik!!! Cuma... gelas tu memanjang halus jadi rasa macam sikit je air ni? (Err.. mama ni memang tamak kan? Opsss!!)


Dan tibalah menu utama yang dinanti-nantikan :


Apsal macam rentung je ayam ni? 
Atau efek warna blackpepper sauce?


Saya suka sosnya, memang sedap, ayamnya pulak macam terlebih grill tapi still saya makan habis yang tinggal tulangnya aje. Hahahaa...Friesnya pulak, lembut sangat dan bila dicicah dengan sos, sedapnya sehingga mencilok fries di pinggan suami (tamak lagikah mama?). 


Coleslaw nya pula biasa-biasa sahaja, saya makan sikit aje, selebihnya suami yang tolong makankan. Bab makan-makan ni kami saling tolong menolong, pinggan mu pinggan ku jua.


Yang kids spageti tu tak sempat nak snap gambar, saya sibuk bersihkan mulut Aimi yang comot dengan mushroom sup tu. Bukan mulutnya aje yang comot, pipi dan baju pun habis comot sekali. Ini namanya pakej ya. 


Abahnya pula sibuk dok jaga Haziq yang berlari sana sini feeling Der Cabin ni macam kat rumah dia aje. Bila dah punya anak 2 macam ni, takde lagi istilah makan nak manja-manja atau bersuap-suap ala-ala candle light dinner. Sambil makan, sambil jaga anak, sambil suap anak makan, sambil kejar anak dan macam-macam lagilah.


Maka korang fahamlah ye kenapa saya perlu makan lebih banyak daripada biasa. ;)


Kids spageti tu rasa biasa-biasa je, biasa yang sehingga Haziq, malah kami pun tak mampu nak menghabiskannya. Last-last Haziq pun makan chicken chop Mama dan Abahnya. Yang kids nugget dan fries tu biase je, benda free kan, haruslah sedap. Hehehe...


Sambil makan tu, sambil layan lagu Scorpions, aduh, best banget nih! Banyak lagu-lagu Scorpions yang saya suka contohnya macam Wind of Change, Still Loving You, You And I dan macam-macam lagi. 


Sambil makan tu, sambil menikmati keindahan lagu-lagu ni. Jujur saya cakap, dah bertahun rasanya tak rasa macam ni, sejak dah punya anak. So sesekali dapat layan feeling ni, sangatlah best rasanya.


In overall, saya rekemen korang try makan kat sini atas faktor-faktor berikut :

  1. Tempat makan yang best, very cozy, ada lagu-lagu 80s dan 90s (mostly English).
  2. Waiter pun best, sempoi, layanan memang terbaik.
  3. Mushroom sup sangat sedap, kalau saya pergi lagi, saya nak order 2 mangkuk untuk saya sorang. Hahaha.. Homemade ice lemon tea pun dah jadi kesukaan saya.
  4. Harga berpatutan, untuk semua menu di atas, harganya dalam RM42.10.

Dinner yang best di Der Cabin Bistro. Pastinya akan datang lagi ke sini! :)

Wednesday, December 3, 2014

Testing 123

Testing update blog :

Lokasi : Bandar Seri Alam, Masai, Johor.

NOOR AFIZAH, Di Manakah Kamu?

Ops, dah macam program Jejak Kasih pulak pagi-pagi buta ni. Saya sekarang tengah nak approve semua komen + blogwalking, tapi ada seseorang ni namanya NOOR AFIZAH, ada tinggalkan komen tapi takde link blognya, so macamana saya nak reply kepada pertanyaannya?


Apapun, kalau-kalaulah NOOR AFIZAH membaca entry ini, silalah hubungi saya semula ye. Saya tak dapat jawab soalan yang ditanya kerana tiada link blog anda.


Terima kasseyyy...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Kedai Vitamin Bandar Seri Alam :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *