I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Friday, November 28, 2014

Apabila Allah Sudah Memberikan Petunjuk-Nya


Selalu kita dengar orang berkata, kalau keliru antara 2 pilihan dan perlu memilih salah satu daripadanya, buatlah solat Istikharah. Mintalah petunjuk daripada Yang Maha Esa.


Juga kalau rasa seperti ragu-ragu dengan keputusan yang ingin kita ambil, buatlah solat Istikharah. Minta Allah tunjuk sama ada keputusan itu tepat ataupun sebaliknya.


Begitulah juga dengan saya. Sudah hampir 2 bulan (awal Oktober 2014) saya mengerjakan solat Istikharah dan solat Hajat. Mohon petunjuk daripada Pencipta saya, mohon Dia bantu saya untuk membuat keputusan, mohon Dia tetapkan iman dan hati saya walau dalam apa jua keadaan.


Hampir tiap-tiap hari saya lakukan kedua-dua solat ini. Saya sendiri seolah tak percaya dengan diri saya sendiri. Begitu yakinnya saya dengan solat yang saya lakukan. Begitu konsistennnya saya memohon bantuan Allah. Rasanya dulu saya tak seperti ini pun. Bila difikir semula, inilah hasilnya setelah saya sendiri membaca buku mini MMR Mudahnya Menjemput Rezeki.


Saya mula menyedari akan beberapa petunjuk yang Allah berikan kepada saya. Ia bukan melalui mimpi (saya ni jenis tidur lena tiap-tiap malam, tanpa sebarang masalah dan tanpa sempat nak bermimpi apa-apa).


Petunjuk itu datang dalam kehidupan seharian. Saya sedar Allah menggerakkan hati saya. Saya sedar akan setiap apa yang saya hadapi sehari-hari ini, seolah-olah telah disusun cantik oleh-Nya. Pastinya apa yang berlaku itu bukanlah satu kebetulan kan. Hidup ini bukan satu kebetulan. Hidup ini dan apa yang berlaku dalam hidup ini adalah aturan Allah. Itu adalah pegangan saya.


Namun, sebagai manusia biasa, sebagai hamba Allah yang penuh khilaf, timbul pula rasa ragu-ragu di hati saya (Oh syaitan, kenapa kau kacau aku?). Di sebalik segala petunjuk yang terang-terang Allah berikan kepada saya, saya masih layankan perasaan ragu-ragu saya.


Sehinggalah semalam.


Sehinggalah petang semalam.


Apa yang berlaku, terus menghilangkan 100% rasa ragu-ragu di hati saya. Allahuakbar! Petunjuk yang Allah tunjukkan kepada saya petang semalam, betul-betul buat saya terduduk dan menangis. Allah benar-benar sayangkan saya, Allah ingin bantu saya, tapi selama ini saya yang buat endah tak endah.


Akhirnya semalam, Allah tunjukkan pertolongan-Nya kepada saya, sehingga saya akur. Saya bulatkan hati. Tekadkan hati. Saya yakin akan pertolongan Allah kepada saya untuk membuat keputusan ini. Tiada lagi rasa ragu-ragu. Tiada lagi rasa takut. Saya percaya Allah sudah menjawab doa tangis saya sewaktu saya sujud kepada-Nya di kala solat Hajat dan Istikharah.


Ya Allah, pimpinlah aku, kerana Engkaulah Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku. 


from my Facebook


5 comments:

Farah Waheda Wahid said...

saya juga yakin dengan petunjuk dan panduan Allah SWT Uni...Baru-baru ni dalam membuat keputusan berkenaan dengan 2 pilihan ...saya juga melakukan Solat Hajat dan Solat Istikharah... Alhamdulillah, saya telahpun membuat keputusan..dan saya lebih tenang sekarang...Salam Jumaat...

Rai OurKizuna said...

alhamdulillah..berbalik pada Nya, dia akan bantu kita..

yoorin melacolea said...

setuju dengan akk.. kadang2 kita ni endah tak endah je.. =(

Mar Mansor said...

Allah sentiasa di sisi kita..apa pun yang uni lakukan..saya doakan semoga berjaya ye

wan rokiah said...

As salam, apa keputusan nya?
mengenai apa? jom cite..hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *