I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Friday, November 28, 2014

Apabila Allah Sudah Memberikan Petunjuk-Nya


Selalu kita dengar orang berkata, kalau keliru antara 2 pilihan dan perlu memilih salah satu daripadanya, buatlah solat Istikharah. Mintalah petunjuk daripada Yang Maha Esa.


Juga kalau rasa seperti ragu-ragu dengan keputusan yang ingin kita ambil, buatlah solat Istikharah. Minta Allah tunjuk sama ada keputusan itu tepat ataupun sebaliknya.


Begitulah juga dengan saya. Sudah hampir 2 bulan (awal Oktober 2014) saya mengerjakan solat Istikharah dan solat Hajat. Mohon petunjuk daripada Pencipta saya, mohon Dia bantu saya untuk membuat keputusan, mohon Dia tetapkan iman dan hati saya walau dalam apa jua keadaan.


Hampir tiap-tiap hari saya lakukan kedua-dua solat ini. Saya sendiri seolah tak percaya dengan diri saya sendiri. Begitu yakinnya saya dengan solat yang saya lakukan. Begitu konsistennnya saya memohon bantuan Allah. Rasanya dulu saya tak seperti ini pun. Bila difikir semula, inilah hasilnya setelah saya sendiri membaca buku mini MMR Mudahnya Menjemput Rezeki.


Saya mula menyedari akan beberapa petunjuk yang Allah berikan kepada saya. Ia bukan melalui mimpi (saya ni jenis tidur lena tiap-tiap malam, tanpa sebarang masalah dan tanpa sempat nak bermimpi apa-apa).


Petunjuk itu datang dalam kehidupan seharian. Saya sedar Allah menggerakkan hati saya. Saya sedar akan setiap apa yang saya hadapi sehari-hari ini, seolah-olah telah disusun cantik oleh-Nya. Pastinya apa yang berlaku itu bukanlah satu kebetulan kan. Hidup ini bukan satu kebetulan. Hidup ini dan apa yang berlaku dalam hidup ini adalah aturan Allah. Itu adalah pegangan saya.


Namun, sebagai manusia biasa, sebagai hamba Allah yang penuh khilaf, timbul pula rasa ragu-ragu di hati saya (Oh syaitan, kenapa kau kacau aku?). Di sebalik segala petunjuk yang terang-terang Allah berikan kepada saya, saya masih layankan perasaan ragu-ragu saya.


Sehinggalah semalam.


Sehinggalah petang semalam.


Apa yang berlaku, terus menghilangkan 100% rasa ragu-ragu di hati saya. Allahuakbar! Petunjuk yang Allah tunjukkan kepada saya petang semalam, betul-betul buat saya terduduk dan menangis. Allah benar-benar sayangkan saya, Allah ingin bantu saya, tapi selama ini saya yang buat endah tak endah.


Akhirnya semalam, Allah tunjukkan pertolongan-Nya kepada saya, sehingga saya akur. Saya bulatkan hati. Tekadkan hati. Saya yakin akan pertolongan Allah kepada saya untuk membuat keputusan ini. Tiada lagi rasa ragu-ragu. Tiada lagi rasa takut. Saya percaya Allah sudah menjawab doa tangis saya sewaktu saya sujud kepada-Nya di kala solat Hajat dan Istikharah.


Ya Allah, pimpinlah aku, kerana Engkaulah Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku. 


from my Facebook


Wednesday, November 26, 2014

Saya Rindu Blog-Blog Saya!

Rindu serindu-rindunya!!!


Inilah agaknya perasaan orang yang ada blog ya. Kalau sebelum ni, kita rindu pada orang tersayang, sekarang ni kene tambah pulak - rindu kepada blog-blog tersayang! Mana taknya, makin lama tak update blog, makin banyak kisah kehidupan yang bersusun untuk dicatatkan setiap satunya dalam blog kesayangan nih.


Tak cukup dengan handphone saya, siap tumpang amik gambar guna handphone suami sebab gambar-gambar tu semua akan saya upload di blog ni. Yelah, kalau cerita panjang berjela tapi tak diselitkan gambar, umpama makan nasi tanpa sambal belacan (hentam sahajalah peribahasa ciptaan diriku ini ye).


Sibuk sangat ke Uni Aqilah ni?


Ye sahabat-sahabat serta followers ku sekalian. Saya agak sibuk sekarang ini dengan projek ebook saya. Sikit sahaja lagi yang perlu disiapkan dan selepas itu, merdekalah saya in shaa Allah.


Tapi, nak kata merdeka sangat tu tidaklah, sebab untuk bulan 12 nanti saya sudah mempunyai janji yang harus ditunaikan iaitu sesi personal coaching kelas blog bersama mereka yang sudah mendaftar. Alhamdulillah, ilmu yang saya ada ini, bukan untuk saya seorang, kerana saya percaya ilmu ini Allah yang punya dan menjadi tanggungjawab saya untuk membantu orang lain pula.


Namun sesibuk manapun saya, in shaa Allah tidak akan sekali-kali lupa kepada blog ini. Saya juga nak mohon ampun maaf kepada mereka yang sudah menghubungi saya menerusi emel tapi belum menerima balasan. In Shaa Allah, saya akan balas kesemuanya sedikit masa lagi. Harap bersabar ya.


Hidup ini indah, tiada ruang dan masa untuk merasa lelah. :)

Monday, November 17, 2014

Haziq dapat anugerah!

Hari Sabtu lepas (15 November 2014) adalah hari konvokesyen untuk tadika Haziq.

Sesuatu yg saya dan suami betul-betul tidak sangka adalah, Haziq akan naik pentas untuk menerima anugerah. Kami pergi ke majlis itu sebenarnya lebih kepada untuk meraikan Haziq tersayang. Tidak mengharapkan lebih dari itu.

Namun benarlah, rezeki memang tidak pernah salah alamat.

Dan rezeki anak kami untuk menerima anugerah tersebut,walaupun baru berusia 4 tahun.

(Entry ini akan dikemaskini beserta dengan gambar. Tunggu ya?)

Friday, November 14, 2014

Seminar Mudahnya Menjemput Rezeki

Nota ini saya perolehi daripada perkongsian di group Shaklee saya di Facebook.


Sebahagian daripada amalan ini sudahpun saya ketahui dan sedang mengamalkannya. Ada juga yang saya baru tahu. Saya kongsikan di sini untuk ingatan dan panduan bersama. Moga-moga kita istiqamah mengamalkannya, in Shaa Allah...


==================================

Saya pergi semalam ke SEMINAR MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI di Melaka anjuran SEK REN i-MUSLEH bagi mengutip dana pembinaan sekolah.

Penceramah seminar ini adalah Pn.Areena Ahmad Jurulatih Seminar Mudahnya Menjemput Rezeki yang dilatih oleh USTAZ FATHURI SALEHUDDIN.

Apa yang diceritakan semuanya berbalik semula pada AL-QURAN & AS-SUNNAH..Networking kita dengan ALLAH mesti luar biasa. Barulah rezeki kita luar biasa. Ini kerana beliau kata di luar sana kebanyakan biasa berbanding luar biasa.

Dia menceritakan kita penat untuk mencari rezek, tapi kita tak penat untuk menjemput rezeki.

Formula yang saya dapat:

1. Networking pertama adalah DHUHA. Jika kita selalu buat 2 Rakaat..sekarang ubah lebih rakaat..makin lama makin meningkat.

Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Surah ini tidak akan membuat kita miskin untuk selamanya.Waktu DHUHA rasa getaran kita untuk menjadi apa. Jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT

2. Tahajjud. Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahk bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya.

3. Membaca Al-Quran. Apa yang di cerita,bangun pagi kita jangan buka hp atau rancang nak buat apa dulu..mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat. Ini kerana apabila kita melakukan ini..Allah akan bagi kecukupan masa yang melampau pada kita untuk 1 hari. Jadi tiada istilah "TIADA MASA".

4. Berzikir..Beliau meminta semua berzikir Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Ini adalah latihan kita bersama dengan Allah. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari.

5. Solat Berjemaah. Terutama lelaki,,solat berjemaah di surau atau masjid. Pergi awal 10 minit awal sebelum azan. Orang lelaki diminta telefonlah ibu 1 hari 5 kali atau lebih.

6. Bersilaturrahim..Janganlah kita memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti anda dengan hati yang yang lapang dan tenang.

7. Bersedekah. Ini amalan yang sangat dititikberatkan oleh Pn. Areena kerana sedekah satu power yang luar biasa. Nak sakit sembuh,nak anak dengar cakap kita,nak kaya perlu kita sedekah. 1 kali memberi..Allah gandakan 10 & boleh digandakan lagi 700 kali.

Contoh yang dia beri semalam..Jika inginkan pendapatan bulan ini RM5000..10% daripada RM5000 yang kita inginkan..RM500 perlu kita sedekahkan pada bulan ini.

Bila bersedekah terang-terang kita minta dengan Allah.

Testimoni beliau tentang sedekah..seorang peniaga online setiap bulan sedekah RM120,000. Pendapatan setiap bulan RM600,000.

Testimoni beliau lagi..seorang kawan pergi outstation 7 hari. Sebelum outstation..kawan dia pergi bayar 'INSURANS'..bukan insurans prudential atau takaful tapi insurans SEDEKAH. Dia sedekah 3 tempat anak yatim. Dijadikan cerita..iron rumah dia tak tutup. Selama 7 hari tiada apa yang berlaku pada rumah dia..iron tu hanya panas sahaja. SUBHANALLAH

8. Solatlah di awal waktu. Panggilan ALLAH lagi penting dari segala-segalanya. Contoh : Jika anda hendak susun 40 batu..batu yang ke 39 azan berkemandang,agaknya kita sambung batu terakhir atau tidak??

Pesan beliau sambunglah batu terakhir selepas solat.

9. Serahkan sepenuh pergantungan kita kepada ALLAH. Jangan mengharapkan manusia di luar sana.

10. Tawakal dan Usaha. Selalu kita dengar, usaha dulu baru tawakal. Betul tak ?? Tapi Pn. Areena kata ..tawakal dulu baru usaha..minta bulat-bulat pada Allah..baru kita usaha.

4 amalan surah setiap hari.
● Surah Yaasin- Setiap solat fardhu
● Surah Al-Waqiah-Waktu Dhuha
● Surah Ar-Rahman- Waktu Asar
● Surah Al-Mulk - Sebelum tidur

Pesan beliau juga minumlah air masak 3 liter sehari.

Jika yang perempuan mulalah pakai stokin. Sebab penyakit bermula dari kaki. Ini kerana mak dia adalah pesakit KANSER..Tapi dia tak. Sebab dia tidak beremosi seperti mak,selalu minum air. Mak dia jarang minum air.

Yang ikut adalah adik dia pesakit KANSER. Ini kerana adik dia seperti mak yang selalu beremosi dan kurang minum air.

BILA ANDA CUKUP AMALAN...BARULAH SEMUA AKAN BERUBAH. SEKARANG SEMUA TERLETAK PADA DIRI KITA SAMA ADA INGIN BERUBAH ATAU TIDAK.
BERPEGANG TEGUH PADA AL-QURAN & AS-SUNNAH

=====================================================================

Mari kita amalkan dan terus ISTIQAMAH!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *