Saya suka kedai ni sebab setiap kali dia potong rambut anak-anak saya, pasti memenuhi citarasa saya. Selain kedai ni, suami bawa Haziq ke kedai gunting rambut India, yang itu pun kami puas hati jugak tapi selalunya kat situ ramai orang.
Tapi tak taulah kenapa, hari tu punya potongan rambut anak-anak kurang memuaskan hati saya. Rasa macam kelakar pun ye. Rasa macam pelik pun ye. Alahai...
SEBELUM GUNTING RAMBUT
Aimi dah boleh duduk sendiri kat kerusi, TANPA MENANGIS.
Kalau tak sebelum ni, saya pun kene duduk sama di kerusi dan
pangku Aimi, pastu sama dibungkus dengan kain besar tu. Hehe..
Sekarang Aimi dah big girl. Dah tak nangis dah.. :)
SELEPAS GUNTING RAMBUT
Rupa Aimi dah macam boyish sangat pulak. Haiyyaa!!
Rupa Haziq pulak sebab rambut slope (betul ke ejaan ni), sekali tengok
macam pelik, sekali tengok macam comel. Jadi kene tengok
banyak-banyak kali baru macam hensem!! (Boleh gitu?)
Ini rupa anak-anakku bila bangun pagi. Belum mandi. Bucuk masham mashin semua ada. Tapiiii.... Mama suka tau! Setiap kali nak mandikan anak, mesti Mama bau dulu bajunya dan anak-anak Mama yang bucuk masham mashin tu. Kikikiki...Mama saaaaayang anak-anak Mama...
Ade jugak saya cakap kat suami pasal rambut diorang lepas digunting ni. Ala-ala macam aduan lah gitu. Tapi suami saya senang je cakap,
"Ye Ma, lepas ni kita pergi kedai gunting rambut yang lain. Yang lagi best daripada kedai sekarang ni. Pastu Mama tengok dengan detail macamana diorang gunting rambut Haziq dan Aimi. Biar Mama puas hati. Kalau perlu, Abah anta Mama pergi kursus gunting rambut jadi Mama leh gunting rambut anak-anak ikut style yang Mama nak. Ok tak Ma?"
Kah kah kah kah kah kah kah kah.... berderai gelak ketawa saya dengar suami cakap macam tu. Ketawa sampai keluar air mata. Lawak betul. Suami saya memang faham benar betapa isterinya sangat mementingkan details sesuatu perkara.
"Mama cakap je. Tapi Haziq dan Aimi tetap hensem dan comel di mata Mama".
"Ye betul tu. Sebab Mama diorang memang cantik dari kecil"
Kah kah kah kah kah... berderai lagi gelak ketawa saya. Ayat last tu suami cakap, sebab refer kat iklan produk kecantikan kat tv yang cakap "Awak memang cantik dari kecil ke?". So itulah ayat untuk menghiburkan hati kami suami isteri.
Takpelah, tunggu rambut anak-anak panjang lagi nanti kita try style lain pulak ye. :)
4 comments:
Elok juga tu Kak bljr cara gunting rmbut nnt blh la praktis kat ank2 hihi
Comel aimi dengan rambut baru.. Kecik kecik ni takpe rambut pendek.. Senang manage.. Dah besar nanti leh rambut panjang.. Hihi..
good girl...
aida tgh pikir camne nak gunting rambut ijat yg keretot tu hu hu hu hu
anak liza baru pegang gunting dah x dok diam...hehehe
Post a Comment