I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Friday, October 17, 2014

Meraikan Harijadi Versi Baru

Bila dah masuk usia 3 series ni kan, saya akui yang kadang-kadang cara saya melihat sesuatu perkara itu, sudah melalui perspektif yang berbeza. Kalau dulu kan, bila sambut birthday, pasti sambut dengan kawan-kawan, pergi makan kat luar dan berseronok aje.


Pastu bila dah berkahwin dan dah punya anak, saya semakin menyedari bahawa nilai menyambut harijadi itu, terpaling utama adalah menyambutnya dengan ibu yang bersusah payanh melahirkan kita, kerana tanpa ibu, adakah kita akan lahir di dunia ini?


Sampai bila-bila pun saya akan terus terkesan dan tidak akan lupa pengalaman melahirkan Haziq, kerana itulah detik permulaan yang mengubah pemikiran saya iaitu "meraikan harijadi semestinya bersama ibu. Itulah yang paling utama, nombor 1".


Bermula dari detik itulah, setiap kali harijadi saya, saya pasti akan berikan hadiah untuk Mama saya, sebagai tanda "Thank you so much Mama, without you, I am nothing". Kalau dulu kan, harap sangat Mama bagi birthday card ke, beli kek ke, bagi hadiah ke, tapi bila dah kena anjakan paradigma ni, dah tak harap dah semua tu. Yang paling saya harapkan adalah, Mama sentiasa panjang umur dan diberi kesihatan yang baik untuk terus bersama saya dan keluarga saya dalam apa jua keadaan. 


Tahun ini, saya belikan set Tupperware untuk Mama yang siap dengan kek red velvet dan kek mocha tu. Senyum lebar dia beli menerima hadiah yang tak disangka-sangka. :)


Selain daripada itu, untuk pertama kalinya tahun ini, saya buat majlis makan-makan di rumah sempena harijadi saya. Hanya jemput keluarga saya dan keluarga mertua, orang kata apa, very close and intimate gitu. 


Saya buat makan-makan ni hari Isnin malam Selasa (15 September 2014). Tapi faham-faham sajalah. Saya ni kerja hari Isnin tu, so tak sempatlah nak masak apa-apa, so semua menu saya order. :)


Menu makan malam tu ialah :


1) Nasi putih
2) Ayam masak kicap
3) Sambal udang
4) Sayur campur
5) Mihun soto
6) Karipap inti keledek
7) Buah duku & langsat
8) Keropok ikan
9) Air oren


Ayam kicap, sambal udang, sayur campur



[ GAMBAR MIHUN SOTO AKAN DIUPLOAD KEMUDIAN ] 


In Shaa Allah, panjang umur dan murah rezeki, saya akan adakan majlis untuk keluarga seperti ini setiap kali meraikan harijadi. :)

1 comment:

Asha Lya said...

Terdetik d hati..sbnrnya lya x pernh smbut birthday walau sekali.cuma lya akan kol mama bgtaw hari trsebut lya d lahirkn..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *