I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Friday, October 31, 2014

10 Panduan Praktikal Menulis Ebook - Kongsikan Kepakaran Anda dan Jana Wang Daripadanya!

Bismillahirrahmanirrahim.


Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Dengan izin Allah s,w,t, dan berkat hari Jumaat, penghulu segala hari, dengan ini saya melancarkan ebook pertama saya yang berjudul :


"10 Panduan Praktikal Menulis Ebook - Kongsikan Kepakaran Anda & Jana Wang Daripadanya!"


Ebook ini mengumpulkan 10 panduan praktikal yang akan menunjukcara bagaimana untuk menulis dan menghasilkan ebook pertama anda melalui topik-topik :


  • Mencari Idea BestSeller untuk Ebook
  • 7 Niche Paling Panas Buat Ebook Laku Keras
  • 8 Sebab Kenapa Anda Mesti Buat Bisnes Ebook
  • Strategi Letak Harga
  • Headline vs Subline
  • Pelan Tindakan Ebook Pertama

Dapatkan kesemua di atas dengan nilai pelaburan RM20 sahaja sehingga tarikh 16 November 2014.


Selepas tarikh tersebut, harga ebook akan kembali kepada asal iaitu RM40.


Buat tempahan PRE-ORDER sekarang dengan mengisi Borang Tempahan di sini : http://www.munirahmalek.com/p/blog-page_9.html

Sunday, October 19, 2014

Rupa Anak Sebelum dan Selepas Gunting Rambut

Minggu lepas, balik je dari kerja, saya dan suami bawa anak-anak ke kedai gunting rambut. Rambut Haziq dan Aimi dah panjang sangat dah. Cian anak-anak, Mama dan Abah sibuk sampai tak sempat bawa kesayangan kami pergi gunting rambut.


Saya suka kedai ni sebab setiap kali dia potong rambut anak-anak saya, pasti memenuhi citarasa saya. Selain kedai ni, suami bawa Haziq ke kedai gunting rambut India, yang itu pun kami puas hati jugak tapi selalunya kat situ ramai orang.


Tapi tak taulah kenapa, hari tu punya potongan rambut anak-anak kurang memuaskan hati saya. Rasa macam kelakar pun ye. Rasa macam pelik pun ye. Alahai...


SEBELUM GUNTING RAMBUT

Aimi dah boleh duduk sendiri kat kerusi, TANPA MENANGIS.
Kalau tak sebelum ni, saya pun kene duduk sama di kerusi dan
pangku Aimi, pastu sama dibungkus dengan kain besar tu. Hehe..
Sekarang Aimi dah big girl. Dah tak nangis dah.. :)



SELEPAS GUNTING RAMBUT

Rupa Aimi dah macam boyish sangat pulak. Haiyyaa!!
Rupa Haziq pulak sebab rambut slope (betul ke ejaan ni), sekali tengok 
macam pelik, sekali tengok macam comel. Jadi kene tengok 
banyak-banyak kali baru macam hensem!! (Boleh gitu?)


Ini rupa anak-anakku bila bangun pagi. Belum mandi. Bucuk masham mashin semua ada. Tapiiii.... Mama suka tau! Setiap kali nak mandikan anak, mesti Mama bau dulu bajunya dan anak-anak Mama yang bucuk masham mashin tu. Kikikiki...Mama saaaaayang anak-anak Mama...


Ade jugak saya cakap kat suami pasal rambut diorang lepas digunting ni. Ala-ala macam aduan lah gitu. Tapi suami saya senang je cakap,


"Ye Ma, lepas ni kita pergi kedai gunting rambut yang lain. Yang lagi best daripada kedai sekarang ni. Pastu Mama tengok dengan detail macamana diorang gunting rambut Haziq dan Aimi. Biar Mama puas hati. Kalau perlu, Abah anta Mama pergi kursus gunting rambut jadi Mama leh gunting rambut anak-anak ikut style yang Mama nak. Ok tak Ma?"


Kah kah kah kah kah kah kah kah.... berderai gelak ketawa saya dengar suami cakap macam tu. Ketawa sampai keluar air mata. Lawak betul. Suami saya memang faham benar betapa isterinya sangat mementingkan details sesuatu perkara.


"Mama cakap je. Tapi Haziq dan Aimi tetap hensem dan comel di mata Mama".


"Ye betul tu. Sebab Mama diorang memang cantik dari kecil"


Kah kah kah kah kah... berderai lagi gelak ketawa saya. Ayat last tu suami cakap, sebab refer kat iklan produk kecantikan kat tv yang cakap "Awak memang cantik dari kecil ke?". So itulah ayat untuk menghiburkan hati kami suami isteri.


Takpelah, tunggu rambut anak-anak panjang lagi nanti kita try style lain pulak ye. :)







Saturday, October 18, 2014

Kembara Menuntut Ilmu

Pagi ini saya berada dalam satu siri bengkel. Err.. bukan bengkel repair kereta tu ya. Ini bengkel lain.



Nanti saya cerita kat mana saya berada dan ilmu apa yang nak dipelajari hari ini.



Friday, October 17, 2014

Pertama Kali Menerima Bonus Daripada Shaklee

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.


Baru sahaja menyertai keluarga besar Shaklee bulan lepas iaitu September 2014, tepat hari ini 14 Oktober 2014, iaitu sebulan selepas itu, saya menerima bonus pertama saya. Alhamdulillah.


Besar ke jumlahnya? Banyak ke jumlahnya?


Hehehehe... mana boleh kasi tau. Itu kan rahsia. Yang penting, ini adalah satu permulaan yang baik bagi saya, berkadar terus dengan usaha yang saya curahkan untuk buat bisnes Shaklee ini dan atas izin Allah pastinya.


No more cheque, terus kredit ke akaun saya! I like!


Nak join saya dalam Shaklee?
Contact saya ye! :)




Meraikan Harijadi Versi Baru

Bila dah masuk usia 3 series ni kan, saya akui yang kadang-kadang cara saya melihat sesuatu perkara itu, sudah melalui perspektif yang berbeza. Kalau dulu kan, bila sambut birthday, pasti sambut dengan kawan-kawan, pergi makan kat luar dan berseronok aje.


Pastu bila dah berkahwin dan dah punya anak, saya semakin menyedari bahawa nilai menyambut harijadi itu, terpaling utama adalah menyambutnya dengan ibu yang bersusah payanh melahirkan kita, kerana tanpa ibu, adakah kita akan lahir di dunia ini?


Sampai bila-bila pun saya akan terus terkesan dan tidak akan lupa pengalaman melahirkan Haziq, kerana itulah detik permulaan yang mengubah pemikiran saya iaitu "meraikan harijadi semestinya bersama ibu. Itulah yang paling utama, nombor 1".


Bermula dari detik itulah, setiap kali harijadi saya, saya pasti akan berikan hadiah untuk Mama saya, sebagai tanda "Thank you so much Mama, without you, I am nothing". Kalau dulu kan, harap sangat Mama bagi birthday card ke, beli kek ke, bagi hadiah ke, tapi bila dah kena anjakan paradigma ni, dah tak harap dah semua tu. Yang paling saya harapkan adalah, Mama sentiasa panjang umur dan diberi kesihatan yang baik untuk terus bersama saya dan keluarga saya dalam apa jua keadaan. 


Tahun ini, saya belikan set Tupperware untuk Mama yang siap dengan kek red velvet dan kek mocha tu. Senyum lebar dia beli menerima hadiah yang tak disangka-sangka. :)


Selain daripada itu, untuk pertama kalinya tahun ini, saya buat majlis makan-makan di rumah sempena harijadi saya. Hanya jemput keluarga saya dan keluarga mertua, orang kata apa, very close and intimate gitu. 


Saya buat makan-makan ni hari Isnin malam Selasa (15 September 2014). Tapi faham-faham sajalah. Saya ni kerja hari Isnin tu, so tak sempatlah nak masak apa-apa, so semua menu saya order. :)


Menu makan malam tu ialah :


1) Nasi putih
2) Ayam masak kicap
3) Sambal udang
4) Sayur campur
5) Mihun soto
6) Karipap inti keledek
7) Buah duku & langsat
8) Keropok ikan
9) Air oren


Ayam kicap, sambal udang, sayur campur



[ GAMBAR MIHUN SOTO AKAN DIUPLOAD KEMUDIAN ] 


In Shaa Allah, panjang umur dan murah rezeki, saya akan adakan majlis untuk keluarga seperti ini setiap kali meraikan harijadi. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *