I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Saturday, September 6, 2014

Projek Tukar Langsir Baru : Senaraikan Tugas

Ini dia senarai tugas untuk Projek Tukar Langsir Baru di rumah saya.


1) Kenalpasti ruang mana yang nak ditukar langsirnya. Ruang tamu sahaja ke, dengan dapur sekali ke, dengan bilik tidur sekali ke. Ruang tertentu sahaja ke atau satu rumah.

2) Pengenalpastian ruang harus berkadar terus dengan pembajetan. Lagi banyak ruang yang nak ditukar langsirnya, maka lagi banyak juga ringgit malaysia yang harus distandbykan.

3) Search di internet jenis-jenis langsir yang ada. Nak guna scallop ke, nak guna palmet ke. Pilih design mana yang kita nak untuk dijadikan langsir di rumah kita.

4) Tanya kawan-kawan kat mana diorang tempah langsir. Kat tukang jahit ke atau kat kedai-kedai kain langsir. Minta diorang rekemen mana yang bagus ikut kepada pengalaman masing-masing.

5) Search di internet tentang tukang jahit langsir perseorangan yang ada di sekitar Johor Bahru dan Pasir Gudang. Kriteria yang saya cari ialah, tukang jahit tu boleh datang ke rumah saya untuk buat ukuran & boleh buat rel baru untuk saya. Harga juga harus berpatutan dan boleh buat design yang saya sudah search di internet. Boleh datang pasang langsir siap-siap kat rumah.

6) Saya buat anggaran berapa lama projek ni boleh siap bermula daripada kenalpasti ruang hinggalah kepada siap pasang langsir. Disebabkan pada masa ini saya belum jumpa tukang jahit yang sesuai / kedai yang sesuai, saya anggarkan projek ni mengambil masa selama 2-3 bulan.


Haaa, itu dia 6 langkah untuk Projek Tukar Langsir Baru. Daripada sini, saya dah nampak gambaran hala tuju projek ni (ceh, projek tu, nama harus gah, walaupun hanya tukar langsir. hehehhehe....)

6 comments:

gnor gnur said...

wah.. bagus projek ni..
salam blogworking..
jemput ke blog yati..

www.yatiadam.com

Engku Muzahadin said...

Singgah dan Follow blog ini, datang dari #KelabBloggerBenAshaari Salam kenal... http://engkumuzahadin.blogspot.com/

ros_reeza said...

BAGUS.. KENA ADA PERANCANGAN :)

Mar Mansor said...

banyak betul langkah2nye..kalo saya..rel suami uruskan sbb bidang dia..pastu saya lak search pattern yg saya nak & bajet utk langsir tu..& saya jahit sndri (of course cari y mudah)..huhu

Asha Lya said...

Ada prcgn elok sgt ni kak tratur

NurSabrina Sazali said...

Salam. Akak cari kt mana tukang jahit langsir area pasir gdg ni? Sy pun tngh cari.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *