I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Saturday, September 6, 2014

Nak Tukar Langsir Baru

Saya mula berpindah dari rumah Mama saya ke rumah lain (masa tu rumah sewa) pada tahun 2011. Sudah berkahwin dan punya seorang anak, kebanyakan barang-barang dalam rumah saya guna semua hadiah kahwin yang saya dapat. Kalau nak tau, langsir ruang tamu ruang saya pun, Mama saya yang bagi.


Actually langsir tu dia dah taknak guna dah tapi langsir tu elok lagi. So, daripada dibuang macam tu je, baiklah sedekah kat anak dia yang baru nak mula hidup berkeluarga ni kan. Hehehe..


Ini langsir di ruang tamu rumah saya


3 tahun dok pakai langsir ni, sekalipun tak pernah ada rasa jemu. Macamana nak rasa jemu, fikir pasal langsir pun tidak. Banyak fikir pasal benda lain, langsung takde masuk kepala pasal hal langsir. Tapi bila awal tahun ni dah beli rumah sendiri, barulah mata saya seolah-olah terbuka untuk lihat apa yang nak dideko-deko dalam rumah ni. 


Rumah yang saya sewa, rumah inilah yang saya beli. Bukan senang tau nak pujuk tuan rumah untuk jual rumah dia ni kat saya, tapi mungkin sudah tertulis rezeki saya di rumah ini, maka urusan dengan tuan rumah berjalan dengan lancar. Syukur alhamdulillah.


Kalau tengok betul-betul gambar langsir tu, sebenarnya rel yang dipasang tu senget tau. Kenapa boleh senget? Sebabnya orang yang pasang rel tu, dia ikut kepada tingkap rumah. Tuan rumah dah maklumkan saya awal-awal yang tingkap rumah ni memang dibina senget sedikit, so itu sebablah jadi macam tu. Pulak dah.


So, keputusan saya untuk menukar langsir baru ni didorong oleh beberapa faktor :

1) Dah beli rumah ni, jadi rasa nak tukar langsir baru. Bajet pun ada.
2) Dah rasa nak tukar warna lain pulak. Mana taknya, 3 tahun tu dok mengadap warna langsir yang sama.
3) Nak pasang rel langsir yang baru supaya tiada lagi masalah rel senget dan langsir senget sehingga menyapu lantai.


Rasanya 3 faktor ni sangat kuat dah bagi saya untuk menukar langsir. Saya ni orangnya, kalau takde strong reason, memang takkan buat satu-satu perkara tu. Delay lah selagi mana boleh. So, projek untuk menukar langsir baru pun bermula. Nak tau apa steps yang saya rancang untuk Projek Langsir Baru ni? Baca kat next entry ye. :)

3 comments:

ros_reeza said...

sesekali tukar, tak ape kan :)

Mar Mansor said...

tula saya pon sama..dah ada umh sendri pon bajet suam2 kuku

Asha Lya said...

Seronok klau dah ada umah sendiri blh deko2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *