I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Sunday, September 21, 2014

Macamana Nak Follow Kalau .....

Saya lihat, 2-3 hari ni, bilangan follower saya sudah bertambah. Alhamdulillah. Terima kasih daun keladi kepada yang sudi. Sebagai tanda menghargai, saya pastinya akan follow semula blogger yang sudah follow blog saya.


Masalahnya, saya menghadapi masalah untuk follow beberapa orang blogger.


Kerana :


1) Tiada widget FOLLOWER di blog - Puas saya telek scroll ke atas scroll ke bawah, tak jumpa jugak widget follower yang dicari-cari. Saya nak muka saya terpampang (err.. bunyi macam gila kuasa ke?) di senarai follower blog tersebut tapi jenuh cari widget tu tak jumpa-jumpa jugak. So terpaksa klik X dan leave blog itu. Maaf, saya tak boleh nak follow. Huhu...


2) Blogger profile tak appear - Yang ini pun masalah jugak. Kat dashboard, saya klik link untuk pergi ke blog blogger tu tapi yang keluar, error 404. Aduh, kena jadi technician ke nak trouble shoot apa benda error 404 tu? Rasanya saya memang tak pandai. Puas cuba berkali-kali, pun jadi error 404 juga.


3) Permission is denied - Haaa, kalau kena yang macam ni, saya tak boleh nak kata apa lah. Yang ini saya no komen, saya appreciate decision blogger yang nak privatekan blog dia (pastinya ada sebab-sebab yang tersendiri lah kan). Jadinya, kalau nak masuk blog pun tak boleh, pastinya tak boleh nak follow juga.


4) Harus log in lagi dan lagi - Yang ini memanglah saya tak faham. Bila saya nak follow blog tu, kuar window suruh saya log in. Bila saya log in, tak sampai jugak kat tempat nak follow tu. Aduh, rumit sungguh. Cuba lagi. Pun tak boleh. Jadi tak dapat la nak follow.


Ini penyelesaian saya untuk permasalahan di atas :


1) Tiada widget FOLLOWER di blog - Sila add widget follower di blog anda dan letak kat atas sekali. Biar senang orang nak follow, tak perlu scroll scroll scroll kejap ke atas kejap ke bawah semata-mata nak cari "kat mana yek widget follower dia ni?"


2) Blogger profile tak appear - Haa, yang ini saya tak pasti kenapa. Mungkin anda private kan jugak ke? Sila lah godek-godek blogger profile anda supaya tak keluar error 404 ye.


3) Permission is denied - I am okay with this. :)


4) Harus log in lagi dan lagi - Err... ada sesape leh tolong apa camne nak setelkan prob ni?


Penyelesaian yang lain :

1) Contohnya saya nak follow blog Cik Aida. Tapi ada antara 4 masalah di atas. So, saya masukkan dalam bloglist sahaja (melalui widget bloglist). Jadi saya masih dikira follow blog Cik Aida cumanya muka saya yang comel ni tak terpampang lah di senarai followers. :)

4 comments:

Amanda Suria said...

SA juga menghadapi masalah yg sama...kadang2 blogger2 baru ni buat setting tertentu kan..lg satuyg SA x suka bila ada words verification tu. .seksa nak masukkan tiap kali nak komen...betul x?

Cik Nurul said...

CN pun alami benda yg sama. Kalau yg takda button follow this blog, CN leave comment jelah. Kalau yg access denied tu, hmmm...itu hak blogger tersebut kan. Hehe.. not much comment on that :)

Asha Lya said...

Lya pun kerap juga alami trutama bila join segmen

Mar Mansor said...

saya kerap alami no.1 dan 2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *