I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Tuesday, September 23, 2014

Apabila Meeting Tidak Tepat Pada Masanya

Assalamualaikum. Alahai... rindunya kat blog yang satu ni.. Kalau nak tau saya treat blog saya ni macam baby tau. Sayang kat blog. Rindu kat blog. Pernah tak korang rasa macam ni?


Sebenarnya sekarang saya sedang menunggu meeting dimulakan. Dah tunggu sampai 10 minit ni. So sambil tunggu tu, sempatlah jugak update blog.


P/s : Kalau saya nak buat giveaway di mana hadiahnya adalah set TUPPERWARE, ada sapa-sapa nak join tak? :)


Sunday, September 21, 2014

Macamana Nak Follow Kalau .....

Saya lihat, 2-3 hari ni, bilangan follower saya sudah bertambah. Alhamdulillah. Terima kasih daun keladi kepada yang sudi. Sebagai tanda menghargai, saya pastinya akan follow semula blogger yang sudah follow blog saya.


Masalahnya, saya menghadapi masalah untuk follow beberapa orang blogger.


Kerana :


1) Tiada widget FOLLOWER di blog - Puas saya telek scroll ke atas scroll ke bawah, tak jumpa jugak widget follower yang dicari-cari. Saya nak muka saya terpampang (err.. bunyi macam gila kuasa ke?) di senarai follower blog tersebut tapi jenuh cari widget tu tak jumpa-jumpa jugak. So terpaksa klik X dan leave blog itu. Maaf, saya tak boleh nak follow. Huhu...


2) Blogger profile tak appear - Yang ini pun masalah jugak. Kat dashboard, saya klik link untuk pergi ke blog blogger tu tapi yang keluar, error 404. Aduh, kena jadi technician ke nak trouble shoot apa benda error 404 tu? Rasanya saya memang tak pandai. Puas cuba berkali-kali, pun jadi error 404 juga.


3) Permission is denied - Haaa, kalau kena yang macam ni, saya tak boleh nak kata apa lah. Yang ini saya no komen, saya appreciate decision blogger yang nak privatekan blog dia (pastinya ada sebab-sebab yang tersendiri lah kan). Jadinya, kalau nak masuk blog pun tak boleh, pastinya tak boleh nak follow juga.


4) Harus log in lagi dan lagi - Yang ini memanglah saya tak faham. Bila saya nak follow blog tu, kuar window suruh saya log in. Bila saya log in, tak sampai jugak kat tempat nak follow tu. Aduh, rumit sungguh. Cuba lagi. Pun tak boleh. Jadi tak dapat la nak follow.


Ini penyelesaian saya untuk permasalahan di atas :


1) Tiada widget FOLLOWER di blog - Sila add widget follower di blog anda dan letak kat atas sekali. Biar senang orang nak follow, tak perlu scroll scroll scroll kejap ke atas kejap ke bawah semata-mata nak cari "kat mana yek widget follower dia ni?"


2) Blogger profile tak appear - Haa, yang ini saya tak pasti kenapa. Mungkin anda private kan jugak ke? Sila lah godek-godek blogger profile anda supaya tak keluar error 404 ye.


3) Permission is denied - I am okay with this. :)


4) Harus log in lagi dan lagi - Err... ada sesape leh tolong apa camne nak setelkan prob ni?


Penyelesaian yang lain :

1) Contohnya saya nak follow blog Cik Aida. Tapi ada antara 4 masalah di atas. So, saya masukkan dalam bloglist sahaja (melalui widget bloglist). Jadi saya masih dikira follow blog Cik Aida cumanya muka saya yang comel ni tak terpampang lah di senarai followers. :)

Wednesday, September 10, 2014

DECLARATION

Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang Lagi Maha Mengasihani.


Bermula dengan mencubanya pada Janurari 2013 untuk Set Berpantang, diikuti dengan Set Penyusuan Ibu dan Set Kecantikan Kulit, saya memperolehi hasil yang diidam-idamkan :
  • Luka bersalin cepat sembuh
  • Kurang masalah buang air besar semasa dalam pantang 
  • Masalah rambut gugur dapat diatasi
  • Aimi masih menikmati khasiat susu ibu bermula dari kelahirannya hingga kini (1y7m and counting in shaa Allah)
  • Parut jerawat semakin pudar
  • Kesan stretchmark di sana sini hilang up to 80% (ini suami saya yang beritahu sebab dia kagum tengok perbezaan isterinya sebelum dan selepas bersalin)
  • Rasa lebih bertenaga despite of kesibukan dan tanggungjawab terhadap keluarga dan kerjaya

Bermula dengan mencuba, kemudian suka dan terus jatun cinta sehingga menjadi pengguna tegar Shaklee, kini saya adalah pengedar rasmi Shaklee.


Jadi dengan sukacitanya di sini, saya ingin membuat DECLARATION iaitu :


Saya adalah pengedar rasmi SHAKLEE (ID 1168925).

Melalui saya, anda boleh mendapatkan pelbagai supplemen bagi tujuan KEHAMILAN, BERPANTANG, PENYUSUAN BAYI, PELANGSINGAN, KESUBURAN, KECANTIKAN KULIT dan pelbagai lagi.


Untuk sebarang pertanyaan & pembelian, boleh hubungi saya melalui :


1) PM Facebook : Siti Munirah

2) Blog : http://www.sitimunirah.com
3) E-mail : z.munirah@gmail.com
4) Call / sms / whatsapp : 019-7531258

Kos penghantaran :


Semenanjung Malaysia : RM10

Sabah & Sarawak : RM20

Proses penghantaran menggunakan perkhidmatan GDEX, Citylink atau Poslaju. :)



Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa dah guna setahun lebih baruuuuuuu nak jadi ahli?


Oh well, itulah dia. Saya tidak mahu terburu-buru.


Saya bermula sebagai pengguna terlebih dahulu. Saya guna produk-produk Shaklee, dah puashati dan teruskan lagi, barulah saya jadi ahli dan kemudiannya barulah yakin nak teruskan dengan membantu orang lain meningkatkan status kesihatan bersama Shaklee.


Yelah kan, dengan kita mencuba dan menggunakan sendiri produk Shaklee, barulah kita lebih yakin untuk berkongsi manfaatnya dengan orang lain. Betul tak? :)


Untuk konsultasi terbaik berkenaan produk Shaklee, boleh hubungi saya melalui cara di atas! :)


"Anda Sihat, Keluarga Bahagia"

My happy baby Aimi (1y7m)
Still enjoying her Mama's milk until today, and counting, in shaa Allah
Thank you Allah, Thank you Shaklee
Thank you for helping me in my breastfeeding journey :)

Top Commentator bulan August 2014



Tahniah sekali lagi buat Asha Lya kerana dapat award untuk Top Commentator bulan August 2014 di blog saya ini. Rasanya alamat penuh dan nombor telefon Lya ada dalam simpanan saya, jadi in Shaa Allah saya akan poskan hadiah bersama-sama dengan Top Commentator bulan September 2014. Maksudnya Lya kena tunggu lebih kurang sebulan lagi ye untuk terima hadiahnya. Sabar ya, hadiah pasti tiba.


Terima kasih juga untuk rakan-rakan yang rajin drop by dan drop comments. Jom kita blogwalking ke blog mereka pula ya :

2) http://jnjikita.blogspot.com/

3) http://ourkizuna.blogspot.com/

4) http://akifimtiyaz3.blogspot.com/

5) http://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/

6) http://anumkhairil.blogspot.com

7) http://lizaufa-pink.blogspot.com

8) www.bubblynotes.com

9) www.arzmoha.com

10) Farida Badaruddin - url blog tak dapat dikesan. Sila hubungi saya supaya saya dapat masukkan url blog anda di bloglist saya. :)


p/s : New bloglist updated!  

Saturday, September 6, 2014

Projek Tukar Langsir Baru : Senaraikan Tugas

Ini dia senarai tugas untuk Projek Tukar Langsir Baru di rumah saya.


1) Kenalpasti ruang mana yang nak ditukar langsirnya. Ruang tamu sahaja ke, dengan dapur sekali ke, dengan bilik tidur sekali ke. Ruang tertentu sahaja ke atau satu rumah.

2) Pengenalpastian ruang harus berkadar terus dengan pembajetan. Lagi banyak ruang yang nak ditukar langsirnya, maka lagi banyak juga ringgit malaysia yang harus distandbykan.

3) Search di internet jenis-jenis langsir yang ada. Nak guna scallop ke, nak guna palmet ke. Pilih design mana yang kita nak untuk dijadikan langsir di rumah kita.

4) Tanya kawan-kawan kat mana diorang tempah langsir. Kat tukang jahit ke atau kat kedai-kedai kain langsir. Minta diorang rekemen mana yang bagus ikut kepada pengalaman masing-masing.

5) Search di internet tentang tukang jahit langsir perseorangan yang ada di sekitar Johor Bahru dan Pasir Gudang. Kriteria yang saya cari ialah, tukang jahit tu boleh datang ke rumah saya untuk buat ukuran & boleh buat rel baru untuk saya. Harga juga harus berpatutan dan boleh buat design yang saya sudah search di internet. Boleh datang pasang langsir siap-siap kat rumah.

6) Saya buat anggaran berapa lama projek ni boleh siap bermula daripada kenalpasti ruang hinggalah kepada siap pasang langsir. Disebabkan pada masa ini saya belum jumpa tukang jahit yang sesuai / kedai yang sesuai, saya anggarkan projek ni mengambil masa selama 2-3 bulan.


Haaa, itu dia 6 langkah untuk Projek Tukar Langsir Baru. Daripada sini, saya dah nampak gambaran hala tuju projek ni (ceh, projek tu, nama harus gah, walaupun hanya tukar langsir. hehehhehe....)

Nak Tukar Langsir Baru

Saya mula berpindah dari rumah Mama saya ke rumah lain (masa tu rumah sewa) pada tahun 2011. Sudah berkahwin dan punya seorang anak, kebanyakan barang-barang dalam rumah saya guna semua hadiah kahwin yang saya dapat. Kalau nak tau, langsir ruang tamu ruang saya pun, Mama saya yang bagi.


Actually langsir tu dia dah taknak guna dah tapi langsir tu elok lagi. So, daripada dibuang macam tu je, baiklah sedekah kat anak dia yang baru nak mula hidup berkeluarga ni kan. Hehehe..


Ini langsir di ruang tamu rumah saya


3 tahun dok pakai langsir ni, sekalipun tak pernah ada rasa jemu. Macamana nak rasa jemu, fikir pasal langsir pun tidak. Banyak fikir pasal benda lain, langsung takde masuk kepala pasal hal langsir. Tapi bila awal tahun ni dah beli rumah sendiri, barulah mata saya seolah-olah terbuka untuk lihat apa yang nak dideko-deko dalam rumah ni. 


Rumah yang saya sewa, rumah inilah yang saya beli. Bukan senang tau nak pujuk tuan rumah untuk jual rumah dia ni kat saya, tapi mungkin sudah tertulis rezeki saya di rumah ini, maka urusan dengan tuan rumah berjalan dengan lancar. Syukur alhamdulillah.


Kalau tengok betul-betul gambar langsir tu, sebenarnya rel yang dipasang tu senget tau. Kenapa boleh senget? Sebabnya orang yang pasang rel tu, dia ikut kepada tingkap rumah. Tuan rumah dah maklumkan saya awal-awal yang tingkap rumah ni memang dibina senget sedikit, so itu sebablah jadi macam tu. Pulak dah.


So, keputusan saya untuk menukar langsir baru ni didorong oleh beberapa faktor :

1) Dah beli rumah ni, jadi rasa nak tukar langsir baru. Bajet pun ada.
2) Dah rasa nak tukar warna lain pulak. Mana taknya, 3 tahun tu dok mengadap warna langsir yang sama.
3) Nak pasang rel langsir yang baru supaya tiada lagi masalah rel senget dan langsir senget sehingga menyapu lantai.


Rasanya 3 faktor ni sangat kuat dah bagi saya untuk menukar langsir. Saya ni orangnya, kalau takde strong reason, memang takkan buat satu-satu perkara tu. Delay lah selagi mana boleh. So, projek untuk menukar langsir baru pun bermula. Nak tau apa steps yang saya rancang untuk Projek Langsir Baru ni? Baca kat next entry ye. :)

CPUV #26 Xperia Z2

Setelah semua cpuv dikreditkan, dapat lagi cpuv baru iaitu Xperia Z2. Mekaseh Nuffnang, mekaseh Sony Ericsson, sentiasa ingat kat kite walaupun update blog kejap laju kejap perlahan. :)


Empunya Blog Corat Coret Pink Ummi

Hai Mimi Azirah,


Saya dah buka blog awak, pastu keluar "Malware Detected". Saya pun tak pasti apa, ada virus agaknya. So terus close window. Harap awak buat sesuatu ye utk remove malware detected tu. Sebab saya takleh nak blogwalking dan komen kat blog awak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *