I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Monday, August 4, 2014

Percubaan Beri Haziq Minum Dumex Dugro Fruit & Vege

Setelah percubaan pertama beri Haziq minum susu Dumex Dugro Fruit & Vege masa dia berumur 2 tahun 5 bulan tidak berjaya, kini saya cuba lagi bagi Haziq minum untuk kali kedua.


Sebenarnya, awal tahun 2014 ni, saya dan suami dah bincang-bincang untuk tukar susu Haziq bila dia berusia genap 3 tahun nanti. Sebab kami fikir, Haziq dah takde masalah susu macam masa dia baby dulu dan sekarang selain daripada susu, Haziq juga makan nasi, mee dan lain-lain yang lebih kurang sama macam kita orang dewasa ni makan. Jadi susu bukanlah satu-satunya punca nutrien untuk Haziq.


Faktor kedua, sebab Haziq langsung taknak makan sayur dan buah. Suruhlah macamana sekalipun, dia tetap taknak makan sayur dan buah. Sanggup dia kuis-kuis sayur sekecik-kecik tidak tu dan letak di tepi pinggan. Jadi saya fikir mungkin perlu tukar kepada susu yang lain yang berikan khasiat sama seperti sayur dan buah (walaupun dalam bentuk susu).


Faktor ketiga, juga untuk meringankan sedikit perbelanjaan. Sekarang kan, harga susu Similac Gain Plus dah naik harga tau. Kalau dulu, harganya RM102.50 untuk 1 tin 1.8 kg. Haziq minum 2 tin sebulan so belanja susu RM205 sebulan (tahun 2012).


Sekarang pulak (tahun 2014), harganya dah jadi RM115 untuk 1 tin 1.8 kg. Satu bulan minum dalam 3.5 tin (termasuk Aimi sekali) jadi belanja susu lebih kurang RM402.50 sebulan. Perbelanjaan susu meningkat sebanyak 96% apabila sudah ada 2 orang anak.


Jadinya, petang semalam, suami belikan susu Dumex Dugro Fruit & Vege peket 600 gram untuk umur 3-6 tahun. Harganya dalam RM19.90 camtu. Yang tak syoknya, susu Dumex ni tak disediakan scoopnya sekali, dia suruh guna sudu besar aje.


Untuk lebih tepat, saya guna scoop Similac Gain Plus dan buat sedikit pengiraan untuk pastikan jumlah scoop susu yang digunakan adalah berpadanan dengan jumlah ml air, sama seperti arahan yang tertera di peket susu Dumex.


Saya bancuh susu untuk Haziq malam tadi, sebelum tidur. Saya tengok Haziq minum steady aje, cepat dia habiskan susu Dumex Dugro sama macam dia minum susu Similac Gain Plus.


"Haziq, sedap tak susu Haziq?"

"Sedap" dan Haziq angguk berkali-kali.


Ok, selesai satu program percubaan kali kedua ni. Saya perlu tunggu sehingga esok atau lusa untuk melihat sekiranya ada sebarang perubahan pada Haziq, seperti yang doktor pernah nyatakan apabila seseorang anak bertukar kepada jenis susu yang lain.


Semoga percubaan kali kedua ini membuahkan hasil yang positif! :)

4 comments:

Asha Lya said...

mahalnya susu budak skrg ya kak..makin meningkat harganya

Asha Lya said...

menabung utk akak sekali

aRz MoHa said...

susu untuk kanak-kanak memang mahal

Mar Mansor said...

harap haziq serasi lah..
saya bagi anak dutch lady 123 & mealshakes sekarang ni..picky eater..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Kedai Vitamin Bandar Seri Alam :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *