I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Monday, August 18, 2014

Minum Air Suam Ketika Period

Bila setiap kali datang period, suami saya mesti pesan suruh minum banyak air suam. Apa kaitan minum air suam dengan period ni, tidaklah saya ketahui dan tidak pula saya google. Cuma saya dapat rasai manfaat daripada minum air suam ketika period.


Pernah tak masa korang period, periodnya keluar berketul-ketul dan sakit semacam? Saya pun pernah melalui keadaan seperti ini. Dulu-dululah. Masa tu saya fikir, banyak sangat ni darah kotor "berpusu-pusu" nak keluar, tu pasal lah jadi berketul-ketul.


Pastu saya cakap dengan suami tentang keadaan saya bila period, so sebagai penyelesai masalah, suami pun cadangkan saya minum banyak air suam apabila datang period. Kalau seminggu period tu, jangan minum air sejuk. Just minum air masak atau air suam sahaja. Suami cadangkan sahaja dan dia cakap terpulanglah kepada saya sama ada nak follow atau tidak.


Bila saya follow, alhamdulillah, masalah berketul-ketul tu dah takde lagi. Keluar pun lancar aje. Tapi nak tau tak, bukan senang sebenarnya nak berpantang dengan hanya minum air suam ketika period. Tapi saya cubalah mana yang termampu.


Kesimpulannya, seminggu period, seminggulah minum air suam. Pasti rasa selesa jer.


p/s: Nanti bila dah tiba masanya, saya pun akan beri pesanan yang saya untuk my princess Aimi. :)

7 comments:

Asha Lya said...

Lya pun prnah alami mslh mcm tu.t lya Cuba amalkan.cuma tabiat suka minum air sejuk tu Kak kena hindari

Nurzakiah Hanum said...

great sharing

Farah Waheda Wahid said...

lagipun minum air sejuk ketika period boleh meningkatkan risiko kanser serviks... memang betul pun... hu hu hu...

MiuMiu said...

Salam puan.. Saya ada email puan.. Tertunggu puan reply ��

Rai Ourkizuna said...

dah lama tak merasa period pain sejak mengandung ni.. tapi sakit pinggang macam nak luruh tu mmg banyak kali dah.. tak sabar dah nak start cuti.. hehehe

Akif Imtiyaz said...

NiceSharing

Mar Mansor said...

betul tu..orang perempuan ni memang banyak pantangnye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *