Persoalannya, kalau plan nak stop production dah, maka sampai bila saya kena amik pil perancang ni?
Saya ajukan persoalan ni kepada mama saya dan ini jawapannya :
"Nak stop production? Uni, BERANAKLAH LAGI!!!!!"
"Err... mama nak uni beranak lagi ker?"
"Of course lah. Takkan lepas 2 orang anak je dah nak stop dah. BERANAKLAH LAGI!!!"
"Err...."
"BERANAKLAH LAGI!! BERANAKLAH LAGI!! Tapi tunggu lepas Aimi 3 tahun. Jarakkan sikit. Lepas tu, BERANAKLAH LAGI!!"
"Err... ok ok baik baik saya faham cikgu"
Lepas tu saya terus gelak terbahak-bahak. Mama saya pun apalagi, dia pun sama gelak terbahak-bahak. Punyalah mama saya semangat suruh saya beranak lagi.
"Mama tak pernah cakap pun kat uni yang mama nak cucu ramai"
"Yelah, buat apa nak cakap? Walaupun tak cakap, tapi mama nak"
Dan saya teruslah sambung gelak terbahak-bahak. Kelakar sungguh mama saya ni. Dia mahu, tapi malu nak cakap.
"Uni teruskan makan pil perancang. Cukup Aimi umur 3 tahun, takyah makan pil dah. Plan for next baby"
"Yelah ma..."
Sambil menaip entry ni, saya senyum sahaja. Dulu saya pernah berangan-angan, nak 5 orang anak. Rasa macam meriahnya rumah ada 5 orang anak.
Apa-apa pun, Allah yang menentukan. Sekiranya Allah beri rezeki, saya tidak menolak!
Haziq & Aimi - permata hati Mama
Mama sayang anak-anak Mama, dunia & akhirat
7 comments:
Comel Haziq n Aimi. Moga jadi anak yang soleh dan solehah ye :)
saya tak pernah ambil pil perancang..rancang sendiri..tp belum ada rezeki untuk no.2..
takpela..beranak la lagi uni..
mkn pil perancang nie ada effect tak?
honestly.. aku tak plan nak anak ramai pun.. husband aku pun tak sampai hati nak bagi aku pregnant banyak kali.. tapi sbb Allah dah bagi rezeki.. kami redha dan sangat sangat syukur.. meriah gila rasanya.. dan bonusnya.. aku pregnant masa umur sekarang ni.. penat tu mmg amat penat.. 3-4 orang kecik2 lagi kan.. tapi bila dah besar sikit nanti lega lah kata orang..
beranaklah lagi uni.. hehehe..
lya tringin sgt nak ada anak..doakan lya cpt2 dpt baby ya kak :)
hahaha...klaka mama uni..
hahahaha... akak anak 5 org gak..
Post a Comment