I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Thursday, August 21, 2014

20-an dan 30-an : Beza Mengambil Supplemen Dengan Tidak Mengambil Supplemen

Masuk hari ini sudah 5 hari saya batuk. Makan ubat pun cuma sekali sehari waktu nak tidur sahaja. Tau-tau jelah minum ubat batuk buat kita rasa mengantuk. Walaupun batuk agak kuat, saya tetap pergi kerja macam biasa.


Dalam keadaan kesihatan yang agak kurang memberangsangkan ini, Haziq pula kena sakit mata. Hari ini sudah masuk hari ketiga dan sudah nampak surut merah kat matanya tu. Memula tu sakit mata kat mata kanan, itupun babysitter yang bagitau masa saya amik Haziq kat rumahnya petang Selasa lepas. Hari Rabu, sakit mata tu berjangkit ke mata kiri pulak dan hari ini dah nampak ok sikit.


First time Haziq sakit mata, malam pertama tu merengek-rengek je dia. Nak Mama lapkan mata, nak tidur dengan Mama, sampai berebut-rebut Mama dengan Aimi. Begitulah anak-anak ya, waktu sakit semuanya nak melekat dengan Mama, bukankah Mama ini penawar untuk anak-anak, kan?


Aimi pulak demam hari Ahad lepas. Demam 3 hari, lepas tu dah ok. Kesian suami saya menguruskan isteri dan anak-anaknya yang tak sihat buat masa ni. Nyaris dia nak kena selsema, tapi setakat ni masih ok lagi.


Cerita tentang batuk yang agak lama ni, membuatkan saya terfikir tentang ketahanan badan saya yang seolah-olah tidak sama lagi sewaktu saya berusia 20-29 tahun. Pada usia ini, saya sangat jarang diserang demam, batuk dan selsema. Kalau kena pun, makan ubat sekali je terus ok. Tak perlu sampai ambil cuti sakit.


Tapi semenjak masuk usia 30-31 tahun ini, kalau batuk, lama sangat nak baik. Saya hairan juga kenapa. Risau juga memikirkan ada sakit apa-apa yang teruk ke. Nauzubillah! Teruslah saya cakap pada suami dan kami bincang tentang perkara ini.


Bincang punya bincang, kesimpulan yang dapat dibuat ialah, pada masa saya berumur 20-29 tahun, saya merupakan seorang yang berpegang teguh kepada pengambilan supplemen. Setiap hari saya amik supplemen, ada juga hari-hari yang terlupa tapi boleh dikatakan saya memang amik supplemen.


Tapi bila dah masuk anak dua orang, saya tinggalkan pengambilan supplemen sebab nak beri laluan kepada komitmen lain yang lebih penting contohnya perbelanjaan yang melibatkan keluarga dan anak-anak dan pelbagai urusan lain. Senang cakap, duit tu buat beli benda lain untuk tujuan keluarga dan bukannya untuk tujuan beli supplemen.


Awal tahun ni, saya ada top up stok supplemen saya. Lepas dah habis, biar macam tu je, tak top up lagi. Bila berhari-hari dan berbulan-bulan tak amik supplemen, saya sendiri rasa perbezaanya. Bukanlah nak cakap WAJIB amik supplemen. Saya tak taulah orang lain macamana tapi untuk diri saya sendiri, bila saya tak amik supplemen, inilah yang jadi (batuk berpanjangan, lambat baik, dan lain-lain).


Di usia 31 tahun ini, bekerja sepenuh masa dan sebagai isteri dan ibu kepada 2 orang anak, setiap urusan menuntut perhatian yang bukan sedikit daripada saya. Jadinya saya rasa saya perlu ambil supplemen semula untuk manfaat diri saya sendiri dan demi kebaikan orang-orang yang saya sayang. Saya sentiasa percaya, dalam satu-satu keluarga tu, "when the mother is ok, then everything else will be ok". Ini kerana ibu adalah ibarat "nyawa" atau "nadi" dalam satu-satu keluarga.


Usia 20-an dan 30-an, memang ada banyak beza daripada pelbagai aspek dan fokus kehidupan. Bermula hari ini saya harus kembalikan semula rutin pengambilan supplemen seperti yang saya telah amalkan sewaktu saya berusia 20-an dahulu.


p/s : Take care of your health, then everything else will be taken care of. :)

8 comments:

Nurzakiah Hanum said...

baru saya tau

NinaAz said...

semoga cpt baik kak..
nina pun skg ambik juga suplemen. persediaan utk masa hadapn. huuu

Asha Lya said...

Lya kna komitmen pgmbilan suplemen utk bdn lya.nak pakai lma

Kakzakie said...

Metabolism usia muda memanglah tak sama bila usia bertambah. Tak salah memperuntukkan sedikit perbelanjaan utk kesihatan - sebab kalau sakit mungkin lebih dari itu yg kena keluar...

Nur_cahayamataku said...

thanks for sharing, ok mulai hari ni saya akan kekalkan pengambilan supplemen. maklum la, umur pun da masuk 30an.. heheheh

Akif Imtiyaz said...

Semoga cepat sembbuh ya ...

Mar Mansor said...

saya belum amalkan apa2 supplemen buat masa ni..dah la suka minum kopi..(ada masanye lah)..

nini said...

Betul....sebab banyak yang dah kurang dalam tubuh...sebab tu perlukan supplement....makan pon kita tak ikut piramid makanan kan...datz y la sangattttt perlukan supplement tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *