I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Sunday, August 31, 2014

Add in My Favourite Billers - SSPN Aimi

Kalau ikutkan, genap Aimi berusia sebulan lebih, Aimi dah ada kad SSPN. Tapi sehinggalah sekarang, sekalipun saya belum pernah masukkan duit kat SSPN Aimi sebab saya tak add in kat My Favourite Billers di CIMBClicks saya. Ya Allah, ampunkanlah hamba-Mu ini ya Allah, kesibukan harian membuatkan aku tak sempat untuk tunaikan tanggungjawabku pada anakku.


Dan hari ini, hari cuti, akhirnya Allah beri saya peluang masa untuk selesaikan tanggungjawab yang sudah tertunda sekian lama. Kerjanya mudah saja, online CIMBClicks dan add in akaun SSPN Aimi kat My Favourite Billers. Selesai sudah! Rasanya tak sampai 10 minit pun.


Leganya hati saya sekarang ni. Selepas ni, tiap-tiap bulan saya akan masukkan duit kat SSPN Aimi, sama seperti yang lakukan pada SSPN Haziq sekarang ini.


p/s : Menyimpan untuk masa depan pendidikan anak-anak.

Saturday, August 30, 2014

Beranaklah Lagi!

Baru kejap tadi ni saya berborak dengan mama saya tentang pil perancang. Sejak melahirkan Aimi awal tahun lepas, saya ambil pil perancang Noriday hinggalah sekarang. Saya sendiri sebenarnya tak pasti sampai bila saya kena amik pil perancang ni. Yang saya tau, kalau plan nak ada anak, stoplah makan pil perancang.


Persoalannya, kalau plan nak stop production dah, maka sampai bila saya kena amik pil perancang ni?


Saya ajukan persoalan ni kepada mama saya dan ini jawapannya :


"Nak stop production? Uni, BERANAKLAH LAGI!!!!!"

"Err... mama nak uni beranak lagi ker?"

"Of course lah. Takkan lepas 2 orang anak je dah nak stop dah. BERANAKLAH LAGI!!!"

"Err...."

"BERANAKLAH LAGI!! BERANAKLAH LAGI!! Tapi tunggu lepas Aimi 3 tahun. Jarakkan sikit. Lepas tu, BERANAKLAH LAGI!!"

"Err... ok ok baik baik saya faham cikgu"


Lepas tu saya terus gelak terbahak-bahak. Mama saya pun apalagi, dia pun sama gelak terbahak-bahak. Punyalah mama saya semangat suruh saya beranak lagi.


"Mama tak pernah cakap pun kat uni yang mama nak cucu ramai"

"Yelah, buat apa nak cakap? Walaupun tak cakap, tapi mama nak"


Dan saya teruslah sambung gelak terbahak-bahak. Kelakar sungguh mama saya ni. Dia mahu, tapi malu nak cakap.


"Uni teruskan makan pil perancang. Cukup Aimi umur 3 tahun, takyah makan pil dah. Plan for next baby"

"Yelah ma..."


Sambil menaip entry ni, saya senyum sahaja. Dulu saya pernah berangan-angan, nak 5 orang anak. Rasa macam meriahnya rumah ada 5 orang anak.


Apa-apa pun, Allah yang menentukan. Sekiranya Allah beri rezeki, saya tidak menolak!

Haziq & Aimi - permata hati Mama
Mama sayang anak-anak Mama, dunia & akhirat

Tuesday, August 26, 2014

Apabila Blogger.com Kena Block

Sesudah Facebook dan Youtube diblock di ofis, kini tiba pula giliran Blogger.com diblock. Nampaknya aktiviti blogwalking saya di waktu rehat akan dilakukan sepenuhnya melalui handphone Galaxy Mega saya.


Sebagai pekerja, saya tidak mempersoalkan kenapa semua ini diblock. Dah namanya polisi syarikat, saya ikut saja. Pepun, nasib baiklah sekarang ni dah ada smartphone, jadi tidaklah rasa ketinggalan sangat.


Kat FB, saya baru tau ade open group untuk Kelab Blogger Ben Ashaari. Best juga bila join group ni. Senang dpt senarai blog utk bw dan juga kalau kita nak buat pape segmen/contest/giveaway, kita juga boleh war-warkan di group tersebut.

Friday, August 22, 2014

Rombakan Bloglist!

Semalam saya buat rombakan bloglist di right side bar blog saya ni. Bukan apa, saya ni memang jenis tak boleh hadap benda yang sama je selalu. Cepat boring. Alangkan cadar dan sarung bantal pun saya basuh dan ganti baru tiap-tiap minggu, takkanlah senarai bloglist pun nak maintain sama je sampai 1 tahun? Ye tak? :)


Rombakan bloglist kali ni saya rasa best sikit (err... bukan best banyak ker??) sebab apa tau, sebabnya kali ni saya letak url blogger yang RAJIN KOMEN KAT BLOG SAYA. Wah, huruf besar gitu. Semangat sungguh!


Bloglist ni akan saya update mengikut senarai Top Commentator setiap bulan. Contohnya, untuk senarai Top Commentator bulan Julai (10 orang blogger), maka 10 url blog mereka akan saya masukkan ke dalam bloglist saya untuk edisi bulan Ogos.


Pastu untuk Top Commentator bulan Ogos (10 orang blogger), saya akan update pulak url blog mereka ke bloglist saya untuk edisi bulan September.


Kiranya setiap bulan bloglist saya ni akan berubah-ubah mengikut siapa yang rajin komen. Barulah happening sikit kan. Sapa yang rajin komen maka tiap-tiap bulanlah url blognya akan terpampang di blog saya. Best kan kan kan? (Sila cakap best ye).


Inilah sedikit sebanyak yang boleh saya lakukan untuk menghargai rakan-rakan blogger yang rajin berkunjung ke blog saya. Moga-moga ia memberi manfaat untuk kita semua ya! :)

Thursday, August 21, 2014

20-an dan 30-an : Beza Mengambil Supplemen Dengan Tidak Mengambil Supplemen

Masuk hari ini sudah 5 hari saya batuk. Makan ubat pun cuma sekali sehari waktu nak tidur sahaja. Tau-tau jelah minum ubat batuk buat kita rasa mengantuk. Walaupun batuk agak kuat, saya tetap pergi kerja macam biasa.


Dalam keadaan kesihatan yang agak kurang memberangsangkan ini, Haziq pula kena sakit mata. Hari ini sudah masuk hari ketiga dan sudah nampak surut merah kat matanya tu. Memula tu sakit mata kat mata kanan, itupun babysitter yang bagitau masa saya amik Haziq kat rumahnya petang Selasa lepas. Hari Rabu, sakit mata tu berjangkit ke mata kiri pulak dan hari ini dah nampak ok sikit.


First time Haziq sakit mata, malam pertama tu merengek-rengek je dia. Nak Mama lapkan mata, nak tidur dengan Mama, sampai berebut-rebut Mama dengan Aimi. Begitulah anak-anak ya, waktu sakit semuanya nak melekat dengan Mama, bukankah Mama ini penawar untuk anak-anak, kan?


Aimi pulak demam hari Ahad lepas. Demam 3 hari, lepas tu dah ok. Kesian suami saya menguruskan isteri dan anak-anaknya yang tak sihat buat masa ni. Nyaris dia nak kena selsema, tapi setakat ni masih ok lagi.


Cerita tentang batuk yang agak lama ni, membuatkan saya terfikir tentang ketahanan badan saya yang seolah-olah tidak sama lagi sewaktu saya berusia 20-29 tahun. Pada usia ini, saya sangat jarang diserang demam, batuk dan selsema. Kalau kena pun, makan ubat sekali je terus ok. Tak perlu sampai ambil cuti sakit.


Tapi semenjak masuk usia 30-31 tahun ini, kalau batuk, lama sangat nak baik. Saya hairan juga kenapa. Risau juga memikirkan ada sakit apa-apa yang teruk ke. Nauzubillah! Teruslah saya cakap pada suami dan kami bincang tentang perkara ini.


Bincang punya bincang, kesimpulan yang dapat dibuat ialah, pada masa saya berumur 20-29 tahun, saya merupakan seorang yang berpegang teguh kepada pengambilan supplemen. Setiap hari saya amik supplemen, ada juga hari-hari yang terlupa tapi boleh dikatakan saya memang amik supplemen.


Tapi bila dah masuk anak dua orang, saya tinggalkan pengambilan supplemen sebab nak beri laluan kepada komitmen lain yang lebih penting contohnya perbelanjaan yang melibatkan keluarga dan anak-anak dan pelbagai urusan lain. Senang cakap, duit tu buat beli benda lain untuk tujuan keluarga dan bukannya untuk tujuan beli supplemen.


Awal tahun ni, saya ada top up stok supplemen saya. Lepas dah habis, biar macam tu je, tak top up lagi. Bila berhari-hari dan berbulan-bulan tak amik supplemen, saya sendiri rasa perbezaanya. Bukanlah nak cakap WAJIB amik supplemen. Saya tak taulah orang lain macamana tapi untuk diri saya sendiri, bila saya tak amik supplemen, inilah yang jadi (batuk berpanjangan, lambat baik, dan lain-lain).


Di usia 31 tahun ini, bekerja sepenuh masa dan sebagai isteri dan ibu kepada 2 orang anak, setiap urusan menuntut perhatian yang bukan sedikit daripada saya. Jadinya saya rasa saya perlu ambil supplemen semula untuk manfaat diri saya sendiri dan demi kebaikan orang-orang yang saya sayang. Saya sentiasa percaya, dalam satu-satu keluarga tu, "when the mother is ok, then everything else will be ok". Ini kerana ibu adalah ibarat "nyawa" atau "nadi" dalam satu-satu keluarga.


Usia 20-an dan 30-an, memang ada banyak beza daripada pelbagai aspek dan fokus kehidupan. Bermula hari ini saya harus kembalikan semula rutin pengambilan supplemen seperti yang saya telah amalkan sewaktu saya berusia 20-an dahulu.


p/s : Take care of your health, then everything else will be taken care of. :)

Tuesday, August 19, 2014

Happy Birthday to Ahmad Haziq Hafiz (4yo) 15-Aug-2014

Alhamdulillah, Ahmad Haziq Hafiz anakanda kesayangan saya telahpun menyambut ulangtahunnya yang ke-4 pada 15 Ogos 2014 yang lalu. Rasa macam tak percaya je Haziq dah umur 4 tahun, malah dah sekolah dah pun. Cepat sungguh masa berlalu. Kadang-kadang berharap Haziq please don't grow up too fast sayang, sebab Mama sentiasa dan sampai bila-bila pun tetap melihat Haziq sebagai baby dalam pelukan Mama.


Untuk tahun ini, sambut harijadi yang pertama disambut di tadika Haziq. Kat tadika, setiap bulan ada sambutan harijadi tau, selalunya dibuat pada hari Rabu minggu keempat. Tup-tup bila dapat memo daripada cikgu, diorang buat majlis pada hari Rabu minggu kedua, cepat 2 minggu pulak tu.


Tak sempat saya nak masak dan prepare apa-apa untuk Haziq. Nak beli goodie bag untuk bagi kat kawan-kawannya pun tak sempat. Huhuhhu... Minggu kedua masa tu saya dah sibuk dengan urusan lain yang dah dirancang lebih awal, jadinya untuk sambutan birthday Haziq dan jamuan raya kat tadikanya, saya cuma sempat belikan kek harijadi dan bekalkan kuih raya.


Kek Nutty Choc (0.5 kg) from SDS Taman Air Biru, Pasir Gudang.
Kek feveret Haziq.
Kuih raya semperit choc cheese, original dan blueberry tart. Semua tu kuih tunjuk.
Background  alas meja makan saya yang baru sempena hari raya tahun 2014


Jumaat malam Sabtu lepas (15 Ogos 2014), saya dan kawan-kawan sekolah rendah ada buat gathering potluck raya. So kami sambut birthday Haziq sekali. Beli kek lagi. Suka sungguh Haziq dapat makan banyak kek di bulan kelahirannya ni. Tapi tak sempat pulak nak snap pic masa potong kek.


Pastu plan nak buat jamuan makan-makan di rumah babysitter Haziq. Babysitter Haziq nak sponsor makan untuk jamuan tu katanya. Tapi sekarang ni postpone sebab saya dan suami sibuk, belum ada tarikh yang sesuai untuk jamuan tu.


Untuk keluarga kami pula, plannya nak buat birthday party untuk Haziq masa cuti sekolah bulan 9 nanti. Ini birthday party yang pertama untuk Haziq. Kiranya nak sambut birthday saya sekali lah (Birthday Mama Haziq bulan 9, haruslah nak potong kek juga). Moga-moga apa yang kami rancangkan ini berjalan lancar dengan izin Allah.


Khas untuk Haziq yang Mama cintai dan sayangi, Mama nak ucapkan Selamat Hari Jadi untuk Haziq. Pada tarikh keramat ini juga, inilah permulaan dalam hidup Mama menjadi seorang ibu. First time ever in my life. Mama berjaya mengatasi rasa takut bersalin, demi untuk melahirkan Haziq ke dunia ini. I love you so much Haziq sayang!

Mama suka peluk Haziq, sebab Haziq gebu!
Masa ni kat Pantai Batu Buruk, Terengganu
Hari raya kedua tahun 2014



Terima kasih Haziq sayang kerana hadir dan melengkapi hidup kita sekeluarga. Setiap hari Mama sentiasa terhibur dengan keletah Haziq yang tak jemu-jemu membaca pelbagai jenis doa yang Haziq belajar kat sekolah. Setiap hari Mama rindu kat Haziq sebab Haziq sangat suka tolong Mama buat kerja rumah seperti angkat kain, sidai kain, vakum karpet, buang sampah, basuh baju dan macam-macam lagi.


Bila Mama tengok Abah, Mama teringat kat Haziq
Bila Mama tengok Haziq, Mama teringat kat Abah
Kenapa ye?
Sebab Haziq 100% copy paste Abah!


Mama doakan moga Haziq menjadi anak Mama yang soleh, taat kepada perintah Allah dan ibu bapa, jadi abang yang baik dan menjaga adik Aimi serta disenangi dan disukai oleh semua orang. Mama doakan Haziq jadi insan soleh yang berilmu tinggi dan berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat.


Ke mana pun Haziq pergi, setinggi mana pun pencapaian Haziq dalam hidup ini, jangan sesekali lupa pada Allah, Rasul, Mama, Abah, adik Aimi dan keluarga kita ye sayang.


Dua beradik masa tengah fitting baju raya
Abg Haziq yang sentiasa sayangkan Aimi
Sebelum pergi sekolah, Abg Haziq mesti cium pipi Aimi dan
Aimi mesti peluk Abg Haziq
Mama dan Abah pasti senyum lebar tengok gelagat anak tersayang


Happy birthday my dear baby. Love you so much Haziq sayang. Forever and ever.

From,
Mama

CPUV #24 Macau Tourism

Nuffnang ni kan, macam tau-tau je saya tengah fikir nak pergi bercuti, tu dia, terus dapat seketul cpuv baru iaitu Macau Tourism. Thank you Nuffnang & thank you Macam Tourism!


Sebut pasal Macau kan, selalu bila tengok cerita cina kat tv1 ke tv2 ke (dulu-dulu lah), pasti ada scene yang diorang pergi bercuti kat Macau. Kira macam Macau ni ialah antara tempat bercuti yang mesti dan wajib dikunjungi gitu. Kan kan kan.


Saya pulak belum pernah lah sampai ke Macau. Lalau dapat sponsor, syok jugak kan, tiket flight, hotel, expenses ditanggung. Fuh, berangan tak hengat tuh.. Hehehehe..


Kalau korang nak tau syok ke tak syok pergi bercuti kat Macau ni, apa kata korang klik iklan Macau Tourism tu. Kalau tak klik, konfem tak tahu.

Monday, August 18, 2014

Minum Air Suam Ketika Period

Bila setiap kali datang period, suami saya mesti pesan suruh minum banyak air suam. Apa kaitan minum air suam dengan period ni, tidaklah saya ketahui dan tidak pula saya google. Cuma saya dapat rasai manfaat daripada minum air suam ketika period.


Pernah tak masa korang period, periodnya keluar berketul-ketul dan sakit semacam? Saya pun pernah melalui keadaan seperti ini. Dulu-dululah. Masa tu saya fikir, banyak sangat ni darah kotor "berpusu-pusu" nak keluar, tu pasal lah jadi berketul-ketul.


Pastu saya cakap dengan suami tentang keadaan saya bila period, so sebagai penyelesai masalah, suami pun cadangkan saya minum banyak air suam apabila datang period. Kalau seminggu period tu, jangan minum air sejuk. Just minum air masak atau air suam sahaja. Suami cadangkan sahaja dan dia cakap terpulanglah kepada saya sama ada nak follow atau tidak.


Bila saya follow, alhamdulillah, masalah berketul-ketul tu dah takde lagi. Keluar pun lancar aje. Tapi nak tau tak, bukan senang sebenarnya nak berpantang dengan hanya minum air suam ketika period. Tapi saya cubalah mana yang termampu.


Kesimpulannya, seminggu period, seminggulah minum air suam. Pasti rasa selesa jer.


p/s: Nanti bila dah tiba masanya, saya pun akan beri pesanan yang saya untuk my princess Aimi. :)

Friday, August 15, 2014

Allah Maha Berkuasa

Status seorang rakan di FB.


"Jangan risau sangat bila tiada duit,

Kalau Allah nak tolong, anytime.

Jangan galak sangat kalau ada banyak duit,

Kalau Allah nak tarik, anytime".


Ringkas sahaja, tapi sangat mendalam maksudnya.


Renungan untuk diri saya dan kita semua pada hari Jumaat yang mulia ini.

Thursday, August 14, 2014

CPUV #21 Mayfair Bodyline, CPUV #22 B.liv Brand Visibility, CPUV #23 Air Asia Go - Korea Sale

Rezeki blogging, rezeki anak-anak, rezeki Allah nak bagi.


Terima kasih Nuffnang dan Mayfair Bodyline, B.liv Brand Visibility dan Air Asia Go - Korea Sale sebab sudi pilih blog saya untuk menyiarkan iklan-iklan mereka. Setakat ni saya dah lihat semua iklan disiarkan. Alhamdulillah.


p/ s : Jumlah terkumpul dalam akaun Nuffnang dah ready untuk cash out. Tapi nak kumpul lagi lah.

Wednesday, August 13, 2014

Update Blog Guna Samsung Galaxy Mega

Hai semua. Apa kabar? Dah lunch ke belum? Ari ni saya lunch makan nasi putih daging kunyit dan kuah sup beserta air sirap. Total semua sekali rm4. Alhamdulillah.


Suasana di tempat saya sekarang ini hujan renyai-renyai. Sejuk je rasa. Minggu ni antara minggu yang agak sibuk untuk saya sekeluarga. Dengan urusan kerja, jamuan raya, open house, nak buat jamuan birthday Haziq dan macam-macam lagi.


Di usia 31 tahun ni, terasa hidup sangat sibuk. Banyak keperluan duniawi yang harus dipenuhi hingga kadang-kadang terasa keperluan ukhrawi sedikit terpinggir. Allahurobbi. Moga Allah bantu saya untuk menguruskan kehidupan ini dengan sebaik-baiknya agar seimbang urusan dunia dan akhirat.


Sekarang saya update blog guna handphone baru iaitu Samsung Galaxy Mega pada waktu rehat tengahari. Bestnya dan sangat mudah kerja-kerja dan update blog. Cuma di entry kali ni tak sempat pulak nak try masukkan gambar. Lain kali, ya?


Bukan saja mudah untuk update blog, kerja nak blogwalking pun lebih mudah. Cuma tu lah, masa pulak yang tak berapa nak mengizinkan. Huhuhu...


Ok korang.. Saya nak bersiap-siap untuk solat Zohor ni. Catch up with you guys later! ;)

Kenapa Baju Raya Ni Longgar Pulak?

Dapat je baju raya daripada tailor, punyalah happy tapi saya tak try pun, sebab sibuk dok suruh anak-anak try baju raya masing-masing.


Bila tiba 1 Syawal 1435H masa nak pakai baju raya tu, ah sudah, kainnya longgar, bajunya besar, lengannya labuh pulak. Apa hal tailor ni? Tak pernah-pernah baju saya dia jahit macam ni.


Fikir punya fikir, rupanya berat badan saya dah turun sebab bulan puasa kan. Patutlah jeans semua dah longgar. Nak melondeh je kerjanya. Padahal kalau bukan bulan puasa, fit-fit je kat pinggang ni.


Jadinya, baju raya saya tahun ini longgar sebab saya dah kurus. Kurus sikit.


=)

Tuesday, August 12, 2014

Pertama Kali Jual Puding Karamel di bulan Ramadhan

Bulan puasa yang lepas, untuk pertama kalinya saya cuba jual puding karamel dalam cup-cup kecik tu. Sajalah cuba jual nak juga menimba pengalaman berniaga puding karamel sambil-sambil menambah duit poket. Masa memula nak jual tu, takut juga tau. Takut apa, takut tak laku lah, takut rosaklah, takut itulah takut inilah. Haih, macam-macam.


Tapi pengalaman yang saya dapat daripada perasaan takut-takut ini sungguh mahal harganya. Takut-takut ni menjadikan saya lebih berhati-hati dalam membuat puding karamel tu agar kualitinya tetap terpelihara. Dalam pada takut-takut ini, ditukar dengan rasa seronok apabila puding karamel tu terjual dengan jayanya. Siap repeat order. Heee.... syukur alhamdulillah.


Puding caramel in cups
Yummy!!


p/s : Haziq pun dah pandai mintak nak makan puding. Cuma mula-mula tu dia tersalah sebut puding dengan pu*ing. Hahahahaa... Yang Aimi pulak, memang laju je kalau bab makan puding karamel ni. Dap dap dap, kata dia. ;)

Monday, August 11, 2014

How Well Do You Know Your Shit?

Oh ok. Tajuk tak agak-agak kan?


Tapi inilah kebenaran. Ramai orang tak ambil peduli pasal shit diorang (Ok, perkataan tu agak meloyakan, jadi saya tukar kepada bb iaitu "bahan buangan").


Ok, ramai orang tak peduli pasal bb diorang. Ada yang tak membuang sampai seminggu pun rilek lagi. Ada yang membuang tapi sakit dan keras pun rilek lagi. Padahal, tiap-tiap hari makan, tapi membuang jarang sekali. Oh, ini sangat tidak normal ya.


Pesan saya, sila ambil berat tentang bb korang. Bagaimana bentuk dia, berapa kerap korang membuang dalam seminggu dan berapa lama korang spend masa untuk membuang kat bilik air.


Saya nak share satu jenis gambarajah yang saya jumpa yang menunjukkan sejauh mana kita kenal bb kita sendiri.


Texture of poop. Sila lihat dan bandingkan dengan diri sendiri


Saya pernah mengalami masalah sembelit. Seksanya Allah sajalah yang tahu. Bila nak membuang, rasa sakit. Pastu punyalah lama duduk kat dalam bilik air tu, membuangnya tidak juga. Bila dipaksa buang, sakit lagi. Pastu keluar dari bilik air tanpa rasa puas sebab tak membuang. Bila beberapa hari tak membuang, perut rasa kembung semacam. Rasa tak selesa. Rasa serba tak kena.


Tapi itu dulu. Sejak saya minum Melilea Greenfield Organic plus Apple Organic, tiada lagi masalah sembelit. Membuang dengan lancar, tanpa rasa sakit, tanpa duduk berjam-jam kat dalam bilik air. 


Nak atasi masalah sembelit? Contact saya ya di z.munirah@gmail.com

Friday, August 8, 2014

Aimi Yang Dah Pandai Request Nak Bersolek

Aimi ni baru je umur 1 tahun 6 bulan, tapi saya rasa perkembangannya adalah lebih pantas dan lebih matang berbanding kanak-kanak seusianya, mungkin atas sebab faktor dia dah didedahkan dengan macam-macam perkara oleh abang Haziq.


Bayangkan, hari tu masa pergi beraya rumah kawan suami saya, Aimi berkeras nak makan mihun goreng dengan sudu dan nak suap sendiri. Yang buat saya tak sangka ialah, memang habis mihun tu dia makan dengan cara dia properly suap mihun ke dalam mulut dia. Alhamdulillah, pandai anak Mama. Berdikari.


Satu lagi kepandaian Aimi sekarang ni ialah, dah pandai dah nak bersolek itu ini, mungkin sebab terpengaruh dengan Mamanya yang bersiap-siap setiap kali nak pergi kerja atau nak pergi jalan-jalan. Pantang betul dia kalau nampak beg bedak saya tu (beg bedak tu ibarat meja solek bergerak saya, sebab saya takde meja solek. Hehehehe...).


Aimi dah pandai sebut, nak beg, nak beg. Dah pandai dah buka zip beg bedak saya dan dikeluarkan segala macam khazanah dalam beg tu. Dulu kan, dia amik lipstik (tanpa buka penutupnya), dan pakaikan kat bibir dia. Ala-ala macam pakai lipstik tu. Tapi sekarang Aimi dah tahu yang kene buka penutup baru pakai lipstik (never underestimate kepandaian anak-anak ya, diorang memang cepat sangat belajar melalui apa yang dia lihat).


Aimi dah pandai buka penutup, tapi tak reti nak pusingkan lipstik tu supaya lipstik tu naik ke atas. Habis dia sumbat jari telunjuk dalam tu dan tenyeh habis lipstik saya (rosak sudah!). Lepas tu dia geram sebab lipstik tak naik ke atas macam yang Mama dia buat, so merengek-rengeklah dia. Selalunya, sambil menyiapkan diri sendiri, saya pun akan pakaikan lipbalm utk Aimi, tapi pagi tadi saya sibuk sikit, so suamilah yang menyiapkan anak dara saya seorang tu.


Aimi & Abah :)


Lepas dah pakai lipstik ni, Aimi punyalah happy sampai menyanyi-nyanyi. Menyanyi dalam baby language dia lah, hanya dia seorang yang faham. Saya dan suami tersenyum simpul tengok anak menyanyi riang sebab dah pakai lipstik.


Alhamdulillah, bersyukur Allah kurniakan anak perempuan untuk saya dan suami. Memang niat di hati untuk jadi BFF dengan anak perempuan saya, nak cerita tentang hal kewanitaan, pendek kata, saya nak sentiasa bersama Aimi dalam proses tumbesarannya malah hinggalah dia berumahtangga dan punya anak-anak kelak.


Nanti boleh pergi shopping sama-sama
Pergi facial sama-sama
Memasak kat dapur dan mengemas rumah sama-sama

Dan semua sekali bersama-sama


Aimilah penyeri keluarga kami kerana dialah yang paling manja!

Thursday, August 7, 2014

Kedai Barang Baby di Mount Austin

Masa bulan puasa saya pergi ke kedai barang baby yang baru dibuka di area Mount Austin, Johor.


Nama kedai ni ialah Twins Baby. Seronok masuk kedai ni, banyak barang, banyak pilihan serta kemas dan teratur. Saya pergi ke sini sebab nak cari botol susu Avent dan puting botol susu untuk Haziq dan Aimi. Memang jumpa barang yang dicari, siap ada diskaun 10% lagi. Sambil-sambil tu sempat jugak beli sehelai gaun biru turquoise gelap bunga putih kecik-kecik untuk my little princess Aimi.


Kalau ada masa, bolehlah korang shopping barang baby kat sini ya.

Wednesday, August 6, 2014

Petua Untuk Isteri Agar Sentiasa Cantik

Nak cantik ni, bukan hanya dengan mengutamakan yang luaran sahaja, tapi yang lebih penting ialah dalaman kita. Paling penting juga ialah doa dan amalan kita agar Allah mengizinkan kita untuk sentiasa kelihatan cantik. Niat harus diperbetulkan, nak cantik ni untuk siapa sebenarnya?


Saya nak share satu amalan yang saya dapat daripada kawan yang sharing di fb. Tak silap saya, amalan ini juga diberitahu oleh Ustazah Fatma Az-Zahra yang ada rancangan Ar-Rayyan kat Astro Oasis satu masa dulu.


Jom sama-sama kita beramal. Moga-moga suami akan lebih sayang kepada kita in shaa Allah. :)


Selepas solat Isyak, ambil air segelas.
Baca Al-Fatihah 1x
Baca Ayat Kursi 1x
Baca Surah Al-Waqiah ayat 35-38 7x
Selepas baca, tiupkan dan minum.

Tuesday, August 5, 2014

Top Commentator bulan Julai 2014

Saya percaya yang satu-satu blog itu takkan berseri tanpa kehadiran daripada rakan-rakan blogger yang lain. Oleh sebab itu, saya adakan Segmen Top Commentator of the Month.


Segmen ini adalah sebagai tanda saya menghargai komen-komen yang diberikan di blog saya. Tanpa komen-komen korang semua, serius saya rasa macam malap je dunia blogging saya tau.


Siapa yang bertuah kali ni? Mari kita tengok sama-samaaaaaaaaa...



Tahniah kepada Asha Lya

(sori ya. Setakat ni saya dapat bagi token penghargaan untuk seorang sahaja)

Kepada Lya, sila e-mailkan nama, alamat dan nombor telefon ke z.munirah@gmail.com


Terima kasih juga untuk Mar Mansor, Nurzakiah Hanum, Norliza Romizi, ros_reeza, Sheila Salim, syidasyakirin, Hafiza AizZawa, Farah Waheeda Wahid dan mawar berduri yang tak jemu-jemu singgah ke blog saya dan drop comments. Sayang korang semua!!!

Cheque Kedua Daripada Nuffnang

Siapa kata blogging itu sia-sia?
Belum cuba belum tahu
Sudah cuba sudah suka
Pasti jatuh cinta!


Alhamdulillah. Ini adalah cek kedua yang saya terima daripada Nuffnang bertarikh 3 Jun 2014. Bersyukur dan rasa makin seronok dengan apa yang saya lakukan sekarang ini iaitu blogging, walaupun sekadar part time sahaja.


Nak tahu wang saya terima ini saya gunakan untuk apa? Boleh lihat di sini

Monday, August 4, 2014

Percubaan Beri Haziq Minum Dumex Dugro Fruit & Vege

Setelah percubaan pertama beri Haziq minum susu Dumex Dugro Fruit & Vege masa dia berumur 2 tahun 5 bulan tidak berjaya, kini saya cuba lagi bagi Haziq minum untuk kali kedua.


Sebenarnya, awal tahun 2014 ni, saya dan suami dah bincang-bincang untuk tukar susu Haziq bila dia berusia genap 3 tahun nanti. Sebab kami fikir, Haziq dah takde masalah susu macam masa dia baby dulu dan sekarang selain daripada susu, Haziq juga makan nasi, mee dan lain-lain yang lebih kurang sama macam kita orang dewasa ni makan. Jadi susu bukanlah satu-satunya punca nutrien untuk Haziq.


Faktor kedua, sebab Haziq langsung taknak makan sayur dan buah. Suruhlah macamana sekalipun, dia tetap taknak makan sayur dan buah. Sanggup dia kuis-kuis sayur sekecik-kecik tidak tu dan letak di tepi pinggan. Jadi saya fikir mungkin perlu tukar kepada susu yang lain yang berikan khasiat sama seperti sayur dan buah (walaupun dalam bentuk susu).


Faktor ketiga, juga untuk meringankan sedikit perbelanjaan. Sekarang kan, harga susu Similac Gain Plus dah naik harga tau. Kalau dulu, harganya RM102.50 untuk 1 tin 1.8 kg. Haziq minum 2 tin sebulan so belanja susu RM205 sebulan (tahun 2012).


Sekarang pulak (tahun 2014), harganya dah jadi RM115 untuk 1 tin 1.8 kg. Satu bulan minum dalam 3.5 tin (termasuk Aimi sekali) jadi belanja susu lebih kurang RM402.50 sebulan. Perbelanjaan susu meningkat sebanyak 96% apabila sudah ada 2 orang anak.


Jadinya, petang semalam, suami belikan susu Dumex Dugro Fruit & Vege peket 600 gram untuk umur 3-6 tahun. Harganya dalam RM19.90 camtu. Yang tak syoknya, susu Dumex ni tak disediakan scoopnya sekali, dia suruh guna sudu besar aje.


Untuk lebih tepat, saya guna scoop Similac Gain Plus dan buat sedikit pengiraan untuk pastikan jumlah scoop susu yang digunakan adalah berpadanan dengan jumlah ml air, sama seperti arahan yang tertera di peket susu Dumex.


Saya bancuh susu untuk Haziq malam tadi, sebelum tidur. Saya tengok Haziq minum steady aje, cepat dia habiskan susu Dumex Dugro sama macam dia minum susu Similac Gain Plus.


"Haziq, sedap tak susu Haziq?"

"Sedap" dan Haziq angguk berkali-kali.


Ok, selesai satu program percubaan kali kedua ni. Saya perlu tunggu sehingga esok atau lusa untuk melihat sekiranya ada sebarang perubahan pada Haziq, seperti yang doktor pernah nyatakan apabila seseorang anak bertukar kepada jenis susu yang lain.


Semoga percubaan kali kedua ini membuahkan hasil yang positif! :)

Kenapa Saya Suka ESP, Tomato Clear Skin & Corrector Cream Oil?

Gambar terkini 31 July 2014 (4 Syawal 1435H)


Saya ada masalah parut jerawat dan sudah mencuba macam-macam jenis krim dah untuk mengatasi masalah ini. 2 bulan yang lepas, saya dah spend nak dekat rm200 sebab beli satu set produk kecantikan ni. 


Punyalah excited nak guna, tapi last-last ke tong sampah jua akhirnya sebab banyak yang tak sesuai dengan saya iaitu, cleansernya - cuci muka tapi macam tak bersih pun, muka masih lagi berminyak-minyak lepas dicuci. Krim siangnya pula, saya memang ban jenis yang macam tu sebab ia tak sesuai untuk kulit muka saya yang ada pori-pori besar bekas jerawat. Tonernya pulak, tak rasa apa-apa pun, macam air kosong aje. Krim malamnya ok tapi kewangiannya dia tu buat saya pening kepala, sebab saya ni jenis pantang sikit kalau skincare yang wangi-wangi sangat ni. So. memang terus tak guna.


Gambar kat atas ni ialah gambar terkini saya. Seronok sangat sebab saya dah nampak improvement pada kulit muka saya iaitu, parut jerawat sudah mula pudar dan pori-pori yang besar tu sudah mula mengecil. Rahsianya, saya konsisten minum Energizing Soy Protein (ESP) pada bulan Ramadhan yang lalu dan pada masa yang saya saya menggunakan Tomato Clear Skin (TCS) sebagai cleanser dan masker. Saya juga menggunakan Corrector Cream Oil (CCO) sebagai krim malam. Dan gambar di atas ini ialah hasilnya.


Lumrah wanita, memang nak sentiasa cantik, saya juga tidak terkecuali. Sebab itulah saya tidak jemu-jemu berusaha mencari produk kecantikan yang bersesuaian dengan kulit saya dan juga poket saya. Sebelum ini, saya guna skincare Dermalogica nak dekat 2-3 tahun, produk ni memang bagus sangat-sangat tapi saya terpaksa stop sebab poket saya tak cukup tebal. Tak mampu nak maintain tiap-tiap bulan. Huhuhu...


Tapi harga ESP, TCS dan CCO ni memang sangat-sangat berpatutan, lihatlah hasilnya. Saya memang sangat berpuas hati!


I love ESP + TCS + CCO!! :)

Friday, August 1, 2014

Kesan Minum ESP, Guna Tomato Clear Skin & Corrector Cream Oil di Bulan Ramadhan

Saya ni sebenarnya adalah masalah jerawat bermula dari sekolah menengah. Pastu bila dah kahwin ni, dah jarang dah keluar jerawat walaupun time period (nampak tak kat situ maksudnya hormon dah stabil apabila berumahtangga? hehehe..). Cuma yang masalahnya, parut jerawat ni lah yang berlekuk-lekuk di pipi gebusku ini dah sampai orang umpamakan macam kawah bulan. Oh no. Kalau kawan-kawan sekolah / kawan rapat / orang yang dah pernah jumpa saya, pasti tau camne rupa parut dan lubang jerawat kat muka saya ni. Huhuhu...


Orang cakap, pakailah foundation, boleh cover semua lubang jerawat or parut jerawat tu. Tapi saya ni memang tak retilah nak pakai-pakai benda tu semua. Yang saya reti, guna scrub, pencuci muka, krim siang, krim malam, compact powder, lip balm dan lipstik. Lain-lain yang tidak tersenarai tu, memang saya tak reti guna dan tak rasa pun nak guna. Huhuhu...


Untuk raya kali ini, saya agak gigih lah berusaha untuk menghilangkan parut jerawat kat muka ni. Dalam hati, bestnya tengok orang lain yang kulit flawless licin bak telur rebus lepas dikupas tu. Saya tahu yang kulit muka saya ni memang bermasalah, mimpi nak jadi licin bak telur rebus lepas dikupas tu terasa macam mustahil gitu, tapi teringinlah juga agar parut dan lubang bekas jerawat ni pudar sikit-sikit.


Jadi, saya bermula dengan minum ESP di bulan puasa baru ni. Selain daripada buat perut rasa kenyang lebih lama, saya minum esp sebab yakin dengan izin Allah yang ia akan memudarkan parut dan lubang bekas jerawat ni. Sebabnya masa berpantang lepas lahirkan Aimi dulu, saya minum esp dan kesan stretchmark masa mengandung tu memang pudar banyak sangat (hilang 100% tu tidak ya). Sebab tu, saya konsisten minum esp kali ni. Konsisten tu maksudnya dalam seminggu puasa tu, adalah 3-4 kali sahur dengan esp, hari-hari lain sahur dengan nasi.


Pada masa yang sama, saya guna Tomato Clear Skin sebagai pencuci muka. Saya suka sangat tomato ni sebab baunya wangi yang menenangkan. Lembut je bau dia. Dan yang penting, lepas cuci muka, kulit muka rasa sangat bersih dan takde rasa kulit muka tegang terik tu ya (kalau rasa tegang terik tu maknanya kulit muka kita tak sesuai dengan pencuci muka tu).


Tomato ni boleh dibuat sebagai scrub dan mask juga. Alahai, memang best dan syok. Tak sangka ada produk keluaran Bumiputera yang sebagus ini. Saya suka saya suka saya suka!


Pastu untuk krim malam, saya guna Corrector Cream Oil (CCO). Gigih menempek di muka tiap-tiap malam tau, sampai suami cakap, tu krim ape pulak tu? (Maknanya, berapa banyak krim dah saya cuba untuk hilangkan masalah zaman berzaman ni. Huhuhu...)


Yang cco ni pulak, campuran almond dan koko, saya sapu kat seluruh muka termasuklah kat bawah mata dan bibir. Takyah sapu banyak-banyak, sapu sikit je dah cukup tapi konsisten sapu tiap-tiap malam tau. Siap berdoa moga Allah izinkan usaha dan ikhtiar saya ni membuahkan hasil yang diharapkan.


Dan inilah hasilnya di hari raya :


Can you believe it? 
Parut jerawat dah pudar, rasa macam dah hilang
Kat pipi kiri tu ada 1 lubang bekas jerawat, pun dah pudar sikit


Ini gambar terkini saya di hari raya 2 Syawal. Suka sangat tengok diri sendiri sebab parut bekas jerawat tu dah tak nampak dah. Kalau tak sebelum ni, huhuhuhu....


Jadi selepas ni, saya tetap akan teruskan pengambilan :

1) ESP - untuk dalaman
2) Tomato Clear Skin & CCO - untuk luaran


Moga saya akan terus konsisten mengamalkannya.


Pada sesapa yang ada masalah jerawat / parut & lubang jerawat / bibir kering & merekah / kedut-kedut sekitar mata / eyebag dan nak cuba amik ESP, Tomato Clear Skin & CCO sebagai ikhtiar untuk mengatasi masalah ni, boleh contact saya ya. Saya sedia membantu, sebab saya pun pernah alami masalah yang sama dahulu. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *