I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Tuesday, July 22, 2014

Shopping Raya Suami Isteri

Sejak dah punya anak dua, shopping raya saya dan suami pun jatuh ke nombor kedua. Yang nombor pertama, haruslah shopping baju raya anak-anak dulu.


Sebelum bulan puasa lagi dah start shopping untuk anak-anak, sedangkan untuk mama dan abahnya ni lagi seminggu nak raya barulah sibuk nak mencari apa yang takde.

Antara yang difikirkan oleh kami :

Baju raya
Duit raya
Kuih raya
Kos perjalanan di hari raya (tol dan minyak)
Makan minum


Jadinya, kami shopping raya pun ala kadar jelah. Langsir pun tak tukar baru, masih teruskan dengan apa yang ada. Dalam hati, nak raya sakan sangat pun, tak terasa sangat. Apatah lagi dengan nahas MH17 baru-baru ini dan kekejaman yang berlaku di Gaza Palestin masih berterusan. Jadinya, raya seadanya sahaja.

5 comments:

Asha Lya said...

Sederhana tu lgi molek kan hhee

Norliza Romizi said...

betul tu. raya tahun ni terngiang2 lagi pasal mh 17 sbb lepas je tahu tgh malam tu tak boleh tdo sampai ke pukul 4 pagi. bayangkan memikirkan mangsa2 dalam flight tu. hanya allah je yang tahu. liza tahun ni mmg seadanya. memang tak ke mana , kuih semua tak buat. pasal baju raya tu liza pakai je la hihihi. carca marba je la kalau tak sempat nak beli...

Nurzakiah Hanum said...

best kan shopping bersama2

adianiez AIDA said...

sedih kan ramadhan tahun ni.
byk perkara tak diingini berlaku...
mh17... gaza... dgn mh370 yg ntah di mana...
hmmmm :-(

ros_reeza said...

macam Ros suami isteri persiapan raya lebih kepada kos perjalanan(minyak+tol) dan hal kereta,.. maklumlah nka jalan jauh.. Johor bahru ke sungai petani...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Kedai Vitamin Bandar Seri Alam :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *