I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Thursday, July 31, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014 / 1435H

Assalamualaikum.


Cinta hati saya : Suami dan anak-anak iaitu Haziq dan Aimi


Alhamdulillah. Hari Raya Aidilfitri tahun 2014 ini disambut di kampung belah saya, inilah tradisi yang kami amalkan bermula awal perkahwinan lagi iaitu bergilir-gilir menyambut hari raya Aidilfitri. Alhamdulillah, sistem giliran seperti ini memberikan keadilan dan kegembiraan untuk kami berdua suami isteri, apatah lagi kami berdua masih punya ibu bapa kandung. Apalah maknanya hari raya jika hanya mengutamakan sebelah pihak sahaja, kan?


Warna tema hari raya tetap ada, tahun ini temanya warna coklat gelap untuk suami dan Haziq. Memandangkan saya dan Aimi tidak berapa nak cerah, jadi warna coklat gelap amatlah tidak sesuai untuk kulit kami berdua. Jadi saya beli baju raya warna merah yang ada warna coklat gelap / maroon sedikit, untuk dipadankan dengan baju melayu suami dan Haziq.


Gambar di atas ini diambil selepas suami pulang daripada solat hari raya. Kalau nak tahu, bukan senang tau nak mengumpul dua orang anak yang sedang ligat ini untuk duduk diam dan tengok kamera dan senyum. Tengoklah aksi Haziq tu, boleh pulak dia duduk macam tu, hahahaha, tapi takpelah nak, Mama no problem. Yang Aimi pulak, entah apa yang difikirkan tu, memang susah nak suruh dia tengok kamera, sudahnya, itulah gaya terbaik Aimi yang dapat dirakamkan. Hahahaha, pun bolehlah nak, Mama no problem.


Khusus untuk follower blog saya dan sesiapa sahaja yang membaca blog saya, saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada tulisan ataupun tindakan saya yang menyinggung perasaan mana-mana pihak. Percayalah, bukan mudah sebenarnya untuk 100%  menjaga hati dan perasaan orang lain melalui apa yang kita tulis. Kadang-kadang kita rasa apa yang kita tulis tu biasa sahaja, tapi tanpa kita sedar, ada orang yang terasa. Namun ada orang yang tak rasa apa-apa pun.


Saya cuba untuk melihat segala yang positif dalam apa jua situasi. Saya menghargai komen-komen daripada rakan blogger mahupun follower ataupun pembaca blog yang sentiasa mengikuti perjalanan hidup saya. Saya cuma insan biasa, seorang wanita, isteri dan ibu dan yang paling utama hanyalah hamba Allah yang banyak melakukan dosa. Jadi usahlah diagung-agungkan atau dinilai sangat apa yang saya lakukan kerana yang layak menilai dan mengadili itu hanyalah Allah s.w.t.


Apa yang saya tulis di blog ini dan apa yang kalian semua baca, hanyalah itu. Hanyalah apa yang kalian nampak. Masih banyak yang saya tapis untuk siaran di blog ini kerana tidak semua sesuai disiarkan untuk tatapan umum. Saya juga masih terus menyimpan satu ruang peribadi dalam hidup saya yang hanya saya dan Allah s.w.t. sahaja yang tahu. Oleh yang demikian, usahlah dinilai saya ini hanya melalui apa yang kalian baca dan apa yang kalian lihat kerana hakikat yang sebenar ialah, hanya Allah yang tahu.


Kepada follower dan pembaca yang sentiasa menyokong saya, terima kasih banyak-banyak saya ucapkan. Harapan saya, moga-moga apa yang saya tulis di sini, dapat membantu memudahkan kehidupan dan memberi manfaat kepada yang membacanya, dan akhirnya akan membantu saya juga di "sana" nanti. Saya mahu terus menulis yang baik-baik, berkongsi yang baik-baik dan semua yang baik-baik di blog saya ini.


Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir dan Batin daripada Uni & Family. :)

4 comments:

ros_reeza said...

selamat hari raya dari Ros sekeluarga juga :)

Asha Lya said...

salam aidilfitri buat akak sekeluarga
..comel2 semua

Mar Mansor said...

selamat hari raya..maaf zahir batin..
semoga apa yg berlaku..berlalu bak air lalu..sabar ye..

Cik Nurul said...

Salam Aidilfitri Uni dan famili :)
Maaf zahir dan batin dr CN ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *