I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Friday, July 11, 2014

Persiapan Hari Raya Setakat Ini

Alhamdulillah. Hari ini hari Jumaat bersamaan dengan 13 Ramadhan 1435H. Semoga hari ini kita semua dapat meneruskan ibadah puasa dengan lebih baik berbanding hari-hari sebelumnya.


13 hari dah puasa, bermakna lebih kurang ada 2 minggu lagi nak berhari raya. Setakat ini, persiapan hari raya kami sekeluarga boleh dikatakan belum siap sepenuhnya. Bulan puasa kali ini, saya dan suami masing-masing sibuk dengan urusan kerja. Kerja yang datang sampai melambak-lambak. 9 jam kat ofis tu memang rasa tak cukup untuk siapkan kerja.


Dalam kesibukan kami berdua, persiapan hari raya untuk anak-anak tetap diutamakan dan yang penting, kami kekalkan konsep bersederhana. Baju melayu raya Haziq dah siap, untuk Aimi pula pakai baju gaun, pun dah siap beli dah. Untuk Haziq, saya hanya beli 2 helai jeans dan tshirt baru. Yang belum beli hanyalah kasut dan songkok.


Untuk Aimi pula, boleh dikatakan dah hampir siap. Cuma tinggal nak beli stokin baru aje. Stokin yang ada sekarang ni semua yang masa dia baby dulu. Dah tak muat dah nak pakai. Untuk kasut, pakai je kasut masa beli untuk bercuti di Langkawi masa awal tahun ni. So untuk Aimi, dah takde nak beli apa-apa lagi kecuali stokin aje.


Baju melayu untuk suami, pun dah siap. Cumanya baju raya saya ni rasa macam ada masalah sikit. Ahad lepas (06/07/14), saya call tailor untuk bertanyakan status baju raya saya sekeluarga. Dia cakap, baju melayu suami dan anak saya Haziq dah siap. Baju raya saya pula dia belum mula lagi. Saya ada rasa cuak jugak, tapi dia cakap Ahad ni (13/07/14) boleh siap.


Tup-tup malam tadi, mama saya bagitau, tailor tu call dia (tailor ni memang jahit baju kami sekeluarga dari saya kecik iaitu dari saya sekolah rendah lagi). Tailor tu cakap, suami dia kena rompak, kena pukul dan sekarang koma di hospital. Dia kata dalam 3 helai kain yang saya hantar untuk baju raya saya, dia mampu siapkan 2 sahaja. Hari Ahad ni (13/07/14) katanya boleh siap.


Terkejut jugak saya dengar berita ni. Nak disuruh siapkan baju kita, suami dia pulak tengah terlantar sakit. Rasa macam kejam dan takde perikemanusiaan kalau saya push-push tailor siapkan baju saya. Tapi dia sendiri janji nak siapkan 2 pasang. Jadinya saya cakap, antara 3 pasang kain yang saya hantar tu, siapkan 1 je pun takpe, yang baju utama untuk hari raya. Yang lain tu, sampingan aje. Tak buat dulu pun takpe.


Selain daripada baju raya, nak beli kasut raya. Hari tu pergi ke Aeon Permas Jaya, dah berkenan kat 2 pasang kasut/sandal ni, beli cek saiz, alahai, saiz saya dah habis. Mmmm... saya fikir, kalau takde jugak saiz, saya pakai jelah kasut/sandal yang ada kat rumah tu. Hehehe...


Suami pulak, belum start shopping apa-apa pun lagi. Biasalah dia, utamakan isteri dan anak-anak dulu.


Bab kuih raya, saya dah order beberapa jenis kuih dekat kawan-kawan yang jual kuih raya. In shaa Allah minggu depan, kami akan pergi beli kuih raya lagi sebab memang tradisi kami bagi kuih raya kat ibu bapa, mertua, dan mereka yang rapat dengan kami.


Rasanya itu jelah persiapan kami. Rumah macam biasa, teruskan pakai langsir yang ada. Takde nak beli baru pun. Saya dan suami selalu tekankan konsep macam ni, raya-raya jugak, tapi semasa hari raya dan SELEPAS hari raya pun nak pakai duit jugak, jadi kami harus sentiasa beringat, berjimat cermat dan bersederhana selagi boleh.


Masa awal-awal kahwin dulu, kami pun pernah tersasar bab pengurusan kewangan ni, persiapan raya macam nak kenduri, tup-tup masa raya dan selepas hari raya, sendiri gigit jari. Jadi kami belajar daripada pengalaman, apatah lagi sekarang dengan adanya 2 orang anak, kami tak boleh nak guna duit sesuka hati macam tu je. Harus sentiasa beringat.

6 comments:

Asha Lya said...

Berjimat cermat tu penting hee..lya thn ni recycle baju kawin je hhee

Asha Lya said...

Menabung cne sekali utk akak

mawar berduri said...

Lama tak singgah sini...kitaorang pun dah prepare awal2 untuk raya..cuma tahun nie excited skit sebab beraya dengan baby..hehe

Mar Mansor said...

persiapan dengan sekadarnya..ada lebih, dapatlah lebih..

Nurzakiah Hanum said...

singgah jumaat
hari ini anum mc badan x sehat

shidasyakirin said...

persiapan raya saya baru nak warm up haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *