I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Friday, July 4, 2014

Bersahur dengan ESP

Malam 5 Ramadhan (3 July 2014).


Saya dan suami terbangun lewat untuk sahur. Terkocoh-kocoh lah nak bersahur sebab nak mengejar masa. Nasib baik nasi yang masak untuk berbuka tadi masih ada lagi, jadi sahur tak perlu masak nasi lagi. Tapi lauk pulak tak ada. Nak masak bagai-bagai memang tak sempatlah, so just goreng telur hancur campur kicap campur bawang campur cili api campur ikan bilis sebagai lauk bersahur.


Saya pulak tak rasa nak makan nasi. Jadi saya bersahur dengan ESP sahaja. Cara penyediaannya lebih kurang sama macam sebelum ni, cuma stok susu Anmum Lacta saya dah habis dan susu low fat Dutch Lady pun tak beli lagi, jadi saya prepare esp macam ni sahaja :

2 sudu besar esp
2 sudu besar oat
1 sudu besar milo
Air masak 400 ml


Minum macam tu pun saya dah rasa kenyang dan yakin in shaa Allah boleh bertahan hingga ke waktu berbuka nanti. Tapi suami pulak cakap takut saya sakit perut / gastrik, pada dia tak cukup kalau sekadar minum esp macam tu.


Jadinya dengan pantas dia masak megi ayam kosong untuk saya dan suruh jugak saya makan dan habiskan. Dalam waktu yang genting macam ni, takde point nak cakap banyak-banyak, so saya ngap sajelah. Memang full sangat perut masa tu, esp plus megi. Hihihihi...


Sepanjang hari berpuasa, saya rasa ok sahaja. Nak kata segar bugar sangat tu, taklah. Ada juga rasa letih, tapi takdelah rasa lembik je badan ni. Pada saya, kalau korang terlambat bangun untuk sahur dan kesuntukan masa untuk memasak, minum je esp. In shaa Allah, kurang rasa letih tu. :)

6 comments:

Nurzakiah Hanum said...

bagus kan

Rai Ourkizuna said...

aku pun jenis makan nasik masa sahur.. tapi minum jugak protein tu.. jenama je lain.. hehe

Mar Mansor said...

tak pernah minum ESP lagi..kalo lambat sahur..just makan kurma & air kosong je..

Hafiza AizZawa said...

Fiza suka sahur dengan PD Shaklee.. buka puasa baru dengan ESP..

Sha Salleh said...

saya pon bersahur dgn esp, campur dengan susu dan oat. Alhamdulillah, boleh bertahan sampai ke petang ditambah dgn anak yg fully breastfeed lagi. syukur dengan izin-Nya jua :)

irsyahealthyhouse.blogspot.com

Asha Lya said...

Lya ambik juga suplement shaklee ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Kedai Vitamin Bandar Seri Alam :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *