I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Thursday, July 31, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014 / 1435H

Assalamualaikum.


Cinta hati saya : Suami dan anak-anak iaitu Haziq dan Aimi


Alhamdulillah. Hari Raya Aidilfitri tahun 2014 ini disambut di kampung belah saya, inilah tradisi yang kami amalkan bermula awal perkahwinan lagi iaitu bergilir-gilir menyambut hari raya Aidilfitri. Alhamdulillah, sistem giliran seperti ini memberikan keadilan dan kegembiraan untuk kami berdua suami isteri, apatah lagi kami berdua masih punya ibu bapa kandung. Apalah maknanya hari raya jika hanya mengutamakan sebelah pihak sahaja, kan?


Warna tema hari raya tetap ada, tahun ini temanya warna coklat gelap untuk suami dan Haziq. Memandangkan saya dan Aimi tidak berapa nak cerah, jadi warna coklat gelap amatlah tidak sesuai untuk kulit kami berdua. Jadi saya beli baju raya warna merah yang ada warna coklat gelap / maroon sedikit, untuk dipadankan dengan baju melayu suami dan Haziq.


Gambar di atas ini diambil selepas suami pulang daripada solat hari raya. Kalau nak tahu, bukan senang tau nak mengumpul dua orang anak yang sedang ligat ini untuk duduk diam dan tengok kamera dan senyum. Tengoklah aksi Haziq tu, boleh pulak dia duduk macam tu, hahahaha, tapi takpelah nak, Mama no problem. Yang Aimi pulak, entah apa yang difikirkan tu, memang susah nak suruh dia tengok kamera, sudahnya, itulah gaya terbaik Aimi yang dapat dirakamkan. Hahahaha, pun bolehlah nak, Mama no problem.


Khusus untuk follower blog saya dan sesiapa sahaja yang membaca blog saya, saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada tulisan ataupun tindakan saya yang menyinggung perasaan mana-mana pihak. Percayalah, bukan mudah sebenarnya untuk 100%  menjaga hati dan perasaan orang lain melalui apa yang kita tulis. Kadang-kadang kita rasa apa yang kita tulis tu biasa sahaja, tapi tanpa kita sedar, ada orang yang terasa. Namun ada orang yang tak rasa apa-apa pun.


Saya cuba untuk melihat segala yang positif dalam apa jua situasi. Saya menghargai komen-komen daripada rakan blogger mahupun follower ataupun pembaca blog yang sentiasa mengikuti perjalanan hidup saya. Saya cuma insan biasa, seorang wanita, isteri dan ibu dan yang paling utama hanyalah hamba Allah yang banyak melakukan dosa. Jadi usahlah diagung-agungkan atau dinilai sangat apa yang saya lakukan kerana yang layak menilai dan mengadili itu hanyalah Allah s.w.t.


Apa yang saya tulis di blog ini dan apa yang kalian semua baca, hanyalah itu. Hanyalah apa yang kalian nampak. Masih banyak yang saya tapis untuk siaran di blog ini kerana tidak semua sesuai disiarkan untuk tatapan umum. Saya juga masih terus menyimpan satu ruang peribadi dalam hidup saya yang hanya saya dan Allah s.w.t. sahaja yang tahu. Oleh yang demikian, usahlah dinilai saya ini hanya melalui apa yang kalian baca dan apa yang kalian lihat kerana hakikat yang sebenar ialah, hanya Allah yang tahu.


Kepada follower dan pembaca yang sentiasa menyokong saya, terima kasih banyak-banyak saya ucapkan. Harapan saya, moga-moga apa yang saya tulis di sini, dapat membantu memudahkan kehidupan dan memberi manfaat kepada yang membacanya, dan akhirnya akan membantu saya juga di "sana" nanti. Saya mahu terus menulis yang baik-baik, berkongsi yang baik-baik dan semua yang baik-baik di blog saya ini.


Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir dan Batin daripada Uni & Family. :)

CPUV #20 Dove Hairfall Rescue

Benda pertama yang dibuat bila online ialah cek akaun Nuffnang. Nak tengok sama ada cpuv sebelum-sebelum ini still running ataupun sudah dikreditkan. Bila cek, alhamdulillah, semuanya masih setia diiklankan di blog kesayangan saya ini.


Dan yang buat saya terkejut juga ialah, saya dapat cpuv baru iaitu Dove Hairfall Rescue. Terima kasih Nuffnang, terima kasih Dove. Dalam pada bercuti hari raya ni, saya dapat jugak cpuv yang diharap-harapkan.


Cuma yang buat saya pelik sikit ialah, cpuv Dove Hairfall Rescue ni bertarikh 7 Julai 2014 tapi baru hari ini dia tersenarai dan earning pun masih RM0.00 lagi. Musykil sungguh. Tapi takpelah, yang penting, dapat cpuv baru. 


Buat masa ini, ada 4 cpuv yang sedang running di blog saya. Alhamdulillah.


Sekali lagi, terima kasih Nuffnang, terima kasih Dove.


p/s : Kalau nak tahu apa yang ditawarkan oleh Dove Hairfall Rescue kali ini, jangan lupa klik iklannya di blog saya ya.

Thursday, July 24, 2014

Dihujani Dengan Komen Oleh "Anonymous"

Akibat penukaran setting untuk bahagian comment, kini bahagian comment di blog saya dihujani dengan komen-komen oleh Anonymous, yang juga bermaksud spam. Jenuhlah nak delete satu persatu komen Anonymous tu.


Jadi saya tukar semula kepada setting yang asal. Harap-harap selepas ni takde lagi komen daripada Anonymous / spam itu.

Wednesday, July 23, 2014

Cara Mudah Blogwalking Dengan Hanya Satu Klik

Saya nak share satu cara yang memudahkan kita semua para bloggers untuk blogwalking.


Blogwalking di sini ada 2 maksud :
1) Memudahkan kita sebagai tuan blog untuk pergi visit blog rakan yang tinggalkan komen kat blog kita.
2) Memudahkan tuan blog (orang lain) yang kita dah tinggalkan komen kat blog dia, untuk datang visit blog kita.


Faham kan ayat di atas tu? Kalau tak faham, sila baca sekali lagi.


Caranya ialah dengan menukar setting comment di blog kita supaya ia jadi seperti ini :




Nampak tak kat situ? Contohnya, saya sekarang sedang baca blog sis Noryn. Then saya nak tinggalkan komen untuk entry dia. Saya klik kat bahagian comment dan keluar pop up window macam di atas ni.


Dia akan auto select kat Uni Aqilah (Google Account). Masalahnya bila kita continue dengan selection ni, nanti sis Noryn perlu klik 3 kali untuk sampai kat entry kita :

1) Klik pertama - Bila sis Noryn klik kat nama saya (lepas komen saya appear kat pop up window dia), ia akan membawa sis Noryn ke blogger profile saya. 

2) Klik kedua - Kena klik tajuk blog barulah sampai ke blog saya. 

3) Klik ketiga - Pastu kene lagi klik tajuk entry untuk baca dan tinggalkan komen. Berapa banyak klik daaaaa..... Leceh kan?


Jadinya, saya select kat Name/URL tu. Saya letakkan nama saya "Uni Aqilah" dan kat url tu, saya letak link entry saya yang terkini dan klik publish.


Bila sis Noryn nak blogwalking, dia hanya perlu klik nama saya dan terus sampai ke entry terkini saya. Mudah dan cepat kan?


Macamana nak tukar setting comment di blog?

1) Klik Setting

2) Klik Post and Comments

3) Select "Anyone - include Anonymous Users"

4) Klik Save Setting


SIAP!!!


Kalau korang faham tutorial ringkas dan mudah ni, sila tinggalkan komen di bawah dengan cara :

1) Select Name / URL

2) Name : Letakkan nama korang (nama yang korang guna kat blog)

3) URL : letak link entry terkini

4) Saya akan balas jejak dengan mengunjungi link entry terkini korang


JOM JOM JOM!!! :)

CPUV #19 uMobile Prepaid Free Meal

Rasanya ari tu dah dapat cpuv ni, malah dah dikreditkan dah pun, tapi kali ni terpilih lagi. Ah, tak kisahlah kan, yang penting dapat cpuv!


Beli prepaid dapat free meal? Biar betul! Kalau nak tau, jom cepat-cepat klik iklan uMobile Prepaid Free Meal ni ya.


p/s : Thank you Nuffnang. Thank you uMobile. Saya sayang uMobile, sebab saya pengguna uMobile! :)

Tuesday, July 22, 2014

Shopping Raya Suami Isteri

Sejak dah punya anak dua, shopping raya saya dan suami pun jatuh ke nombor kedua. Yang nombor pertama, haruslah shopping baju raya anak-anak dulu.


Sebelum bulan puasa lagi dah start shopping untuk anak-anak, sedangkan untuk mama dan abahnya ni lagi seminggu nak raya barulah sibuk nak mencari apa yang takde.

Antara yang difikirkan oleh kami :

Baju raya
Duit raya
Kuih raya
Kos perjalanan di hari raya (tol dan minyak)
Makan minum


Jadinya, kami shopping raya pun ala kadar jelah. Langsir pun tak tukar baru, masih teruskan dengan apa yang ada. Dalam hati, nak raya sakan sangat pun, tak terasa sangat. Apatah lagi dengan nahas MH17 baru-baru ini dan kekejaman yang berlaku di Gaza Palestin masih berterusan. Jadinya, raya seadanya sahaja.

CPUV #18 Old Town True White Coffee

Ini cerita bulan lepas tapi sekarang baru sempat nak cerita. Punyelah lama kan, hehe...


Terima kasih Nuffnang dan Old Town True White Coffee sebab sudi memilih blog saya untuk menyiarkan iklan mereka kali ini. Memang sesuai sangatlah tu, sebab saya sendiri memang suka pergi makan kat Old Town. First time saya pergi ialah kat Old Town di Giant Plentong. Masa tu tengok menunya, semua sedap-sedap sampai tak tau nak order yang mana satu.


Then panggillah pelayan nya. Dia serve kitorang baik sangat. Siap cadangkan menu apa yang hot kat sini yang sesuai dengan apa yang kita nak. Saya order Nasi Lemak Sotong, fuh memang meriah pinggan nasi lemak tu. Meriah dan sedap!!! Terus jadi my faveret. Yang Haziq pulak, suka makan mee sup dia. Actually kat sini, ada macam-macam jenis mee dan sup tau. Korang mesti cuba!


Yang coffeenya pulak, saya tak pernah cuba tapi suami dah cuba, dia memang suka. Kalau korang nak tau apa yang ditawarkan dalam iklan Old Town True White Coffee kali ni, jangan lupa klik iklannya di blog saya ya.


p/s : dah rasa nak makan nasi lemak sotong pulak!

Monday, July 21, 2014

Baju Raya Kami Dah Siap!

Menunggu dengan penuh kesabaran, akhirnya, baju raya kami sekeluarga sudahpun berada dalam genggaman kami semalam. Yang ditempah, sepasang baju melayu untuk suami dan Haziq, dan 3 pasang baju kurung moden untuk saya.


Hasilnya - sepasang baju melayu untuk suami dan Haziq, 2 pasang baju kurung moden untuk saya, 1 pasang baju kurung untuk Aimi, dan sepasang lagi kain belum terusik. Haiyaa!!


Ada kisah di sebaliknya, suami tailor saya tu ditimpa musibah 2 minggu lepas. Dia dirompak, mata kanannya lebam ditumbuk perompak, masih ada darah beku di kepala dan masih lagi pening kepala. Belum boleh bekerja. Jadi tailor saya sibuk menguruskan suaminya.


Namun dalam kesibukan sehari-hari berulang alik antara hospital dan rumah, sempat pulak dia jahitkan sepasang baju kurung untuk Aimi, walhal saya takde tempah pun pada mulanya, sebab saya fikir untuk Aimi nanti raya pakai gaun jer (dah beli pun gaunnya).


Tup-tup tailor cakap, kain yang baju raya saya tu bidangnya besar, so cukup untuk dia buat sepasang baju untuk Aimi. Saya risau jugak, ok ke bajunya tu, maklumlah masa hantar kain dulu, takde pulak amik ukuran badan Aimi.


Sekali bila dah fitting baju semalam, just nice, sedang elok sahaja. Pandai tailor agak ukuran untuk Aimi. Saya suka sangat!!


Gambar takleh upload dulu, nanti tak seprais pulak time raya nanti. :)

Makin Nak Raya, Makin Banyak Kerja

Makin nak raya, makin banyak kerja yang datang ke meja saya. Semuanya sudah bermula sejak seminggu sebelum bulan puasa lagi, dan terus bertambah dan bertambah. Pening rasa kepala ni dengan tugasan yang semakin menimbun terasa tidak cukup kudrat nak membuatnya.


Pernah satu hari tu, saya bawa balik kerja ofis sebab nak sambung buat di rumah, Selepas berbuka puasa, siapkan kerja rumah dulu apa yang patut. Eh sedar-sedar je dah waktu sahur. Rupanya saya dah tertidur keletihan. Hua hua hua..


Sejak daripada tu, suami cakap, tak perlulah bawak balik kerja ofis ke rumah. Memang tak sempat pun nak membuatnya, tanggungjawab di rumah pun menuntut tenaga saya jugak. Akhirnya, bila kat ofis, saya pulun buat kerja, Yang penting nak siap sebelum raya.


Tapi, ni tinggal lagi seminggu nak raya, dengan kerja yang keep on coming and non-stop coming, nampak gayanya memang tak sempatlah nak siap sebelum raya. Huhuhu.. Terpaksa sambung lagi selepas raya. Kerja saya ni sebenarnya takde tarikh akhir, tapi lagi cepat siap lagilah bagus sebab saya sendiri taknak drag kerja tu lama-lama.


p/s : Bila korang start cuti raya dan bila start naik keja?

Friday, July 18, 2014

Pemenang Segmen WOW DUIT RAYA!!

Seperti yang dijanjikan, ada 10 orang anak-anak yang akan menerima duit raya daripada saya. Pemilihan adalah menggunakan random.org. Tahniah untuk yang terpilih. Pada yang tak terpilih, jangan berkecil hati ya. In Shaa Allah, ada rezeki, panjang umur, tahun depan saya buat lagi. :)


13) Khaira Insyirah Binti Khairul Asyraf (20 April 2009) [ Nadiah ] - done

17) Ain Syuhada Kamarunnezam (17 Januari 2007) [ adianiez AIDA ]

8) Siti Hajar Binti Khairul Aufa (1 September 2013) [ Norliza Romizi ] - done

7) Siti Khodijah Binti Khairul Aufa (18 April 2011) [ Norliza Romizi ] - done

6) Nur Aeera Shuhayra (14 September 2013) [ Moon Izzan ] - done

1) Nurhafizudin Bin Wan Asrul Hafiz [ Mawar Berduri ] - done

18) Muhammad Izzat Kamarunnezam (28 Julai 2012) [ adianiez AIDA ]

2) Edhany Elman Bin Eddy Erman (21 Mac 2013) [ Salz Malique ] - done

14) Khalif Ilman Bin Khairul Asyraf (5 Julai 2011) [ Nadiah ] - done

11) Muhammad Adam Husni Bin Norhadi (25 Mei 2014) [ Sheila Salim ] - done


Kepada ibu-ibu yang yang nama anaknya tersenarai di sini, cepat-cepat bagi saya number akaun Maybank / CIMB ya, kalau boleh sebelum hari Sabtu 19 Julai 2014 jam 11am.  


Kalau rasa susah nak hantar emel di z.munirah@gmail.com, boleh je bagi number akaun nya kat ruangan komen ni. Don't worry, saya takkan publish komen yang ada tertera number akaun.


Selamat Hari Raya untuk semua!!!


p/s : Plan  nak buat satu lagi giveaway / segmen / contest bulan 9 ni. Terbuka untuk semua. Doa-doakan ye.

Senarai Peserta Segmen WOW DUIT RAYA!!

Alhamdulillah. Pertama kali menganjurkan segmen seperti ini atas izin Allah. Terima kasih kepada semua rakan-rakan blogger yang memberikan sokongan. :)


Ini dia senarai nama ibu / bapa dan anak-anak yang menyertai SEGMEN WOW DUIT RAYA!! tahun ini :


Nama Ibu : Mawar Berduri
1) Nurhafizudin Bin Wan Asrul Hafiz

Nama Ibu : Salz Malique
2) Edhany Elman Bin Eddy Erman (21 Mac 2013)

Nama Ibu : Che Hasnah
3) Muhammad Azfar Bin Abdur Rasyid (4 Oktober 2012)

Nama Ibu : Mar Mansor
4) Aisyah Humaira Binti Muhammad Nadzri (2 Mei 2012)

Nama Ibu : Moon Izzan
5) Nur Aisya Syuhadaa (24 Jun 2012)
6) Nur Aeera Shuhayra (14 September 2013)

Nama Ibu : Norliza Romizi
7) Siti Khodijah Binti Khairul Aufa (18 April 2011)
8) Siti Hajar Binti Khairul Aufa (1 September 2013)

Nama Ibu : Rinah
9) Mohamad Shariful (30 Jun 2005)
10) Mohamad Sharizul (28 Disember 2012)

Nama Ibu : Sheila Salim
11) Muhammad Adam Husni Bin Norhadi (25 Mei 2014)

Nama Ibu : Syidasyakirin
12) Adriana Sofea Roszainal (20 Januari 2013)

Nama Ibu : Nadiah
13) Khaira Insyirah Binti Khairul Asyraf (20 April 2009)
14) Khalif Ilman Bin Khairul Asyraf (5 Julai 2011)
15) Khalil Ifwat Bin Khairul Asyraf (15 Oktober 2012)

Nama Ibu : adianiez AIDA
16) Nurin Nazihah Kamarunnezam (23 Februari 2005)
17) Ain Syuhada Kamarunnezam (17 Januari 2007)
18) Muhammad Izzat Kamarunnezam (28 Julai 2012)


Pemilihan 10 nama anak-anak untuk menerima duit raya seikhlasnya daripada saya, akan saya umumkan hari ini juga. In Shaa Allah.

Wednesday, July 16, 2014

Tinggal Sehari Sahaja Lagi

Kawan-kawan, esok hari terakhir ya untuk menyertai Segmen Wow Duit Raya!! ni.


Tarikh tutup ialah hari Khamis 17 Julai 2014 jam 11.59 am. 


Jom ramai-ramai kita memeriahkan segmen ini ya? :)



Saturday, July 12, 2014

SEGMEN : WOW DUIT RAYA!! (12-17 JULAI 2014)

Hai semua. Salam Sabtu penuh ceria.


Sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini, saya dengan sukacitanya ingin memberikan duit raya kepada anak-anak kecil. Hari Raya di Malaysia ni sinonim dengan pemberian duit raya pada kanak-kanak kan? Jadi saya pun tidak terkecuali ingin memberikan kegembiraan kepada anak-anak kecil ini.


Ok. Jom tengok apa syarat-syarat untuk join Segmen WOW DUIT RAYA!! ini ya?


1) Khusus untuk anak-anak yang dilahirkan pada tahun 2002, 2003 sehingga 2014.

2) Segmen ini terbuka untuk semua ibu bapa yang mempunyai ANAK KANDUNG dan/atau ANAK ANGKAT. Yang penting mereka ini berumur 12 tahun ke bawah.

3) Senaraikan nama anak-anak dan tarikh lahir mereka di ruangan komen di bawah. Kalau ada 5 orang anak atau berapa orang anak sekalipun, tulis nama kesemuanya.

4) Ibu / bapa harus mempunyai akaun Maybank / CIMB, supaya senang untuk saya transfer duit raya nanti.

5) Senarai penerima duit raya akan dipilih secara RANDOM oleh saya dan suami. So boleh jadi contohnya uols letak nama 4 orang anak, hanya seorang terpilih. Ini random yer. 

6) Segmen ini berlangsung bermula dari hari Sabtu (12 Julai 2014) sehingga Khamis (17 Julai 2014).

7) Saya akan keluarkan senarai nama anak-anak di satu entry khas pada hari Jumaat (18 Julai 2014).


DUIT RAYA YANG SAYA NAK BAGI ADALAH IKHLAS RM5 UNTUK 10 ORANG ANAK-ANAK. :)


Mudah je kan segmen kali ni. Mari join beramai-ramai! :)

Friday, July 11, 2014

Persiapan Hari Raya Setakat Ini

Alhamdulillah. Hari ini hari Jumaat bersamaan dengan 13 Ramadhan 1435H. Semoga hari ini kita semua dapat meneruskan ibadah puasa dengan lebih baik berbanding hari-hari sebelumnya.


13 hari dah puasa, bermakna lebih kurang ada 2 minggu lagi nak berhari raya. Setakat ini, persiapan hari raya kami sekeluarga boleh dikatakan belum siap sepenuhnya. Bulan puasa kali ini, saya dan suami masing-masing sibuk dengan urusan kerja. Kerja yang datang sampai melambak-lambak. 9 jam kat ofis tu memang rasa tak cukup untuk siapkan kerja.


Dalam kesibukan kami berdua, persiapan hari raya untuk anak-anak tetap diutamakan dan yang penting, kami kekalkan konsep bersederhana. Baju melayu raya Haziq dah siap, untuk Aimi pula pakai baju gaun, pun dah siap beli dah. Untuk Haziq, saya hanya beli 2 helai jeans dan tshirt baru. Yang belum beli hanyalah kasut dan songkok.


Untuk Aimi pula, boleh dikatakan dah hampir siap. Cuma tinggal nak beli stokin baru aje. Stokin yang ada sekarang ni semua yang masa dia baby dulu. Dah tak muat dah nak pakai. Untuk kasut, pakai je kasut masa beli untuk bercuti di Langkawi masa awal tahun ni. So untuk Aimi, dah takde nak beli apa-apa lagi kecuali stokin aje.


Baju melayu untuk suami, pun dah siap. Cumanya baju raya saya ni rasa macam ada masalah sikit. Ahad lepas (06/07/14), saya call tailor untuk bertanyakan status baju raya saya sekeluarga. Dia cakap, baju melayu suami dan anak saya Haziq dah siap. Baju raya saya pula dia belum mula lagi. Saya ada rasa cuak jugak, tapi dia cakap Ahad ni (13/07/14) boleh siap.


Tup-tup malam tadi, mama saya bagitau, tailor tu call dia (tailor ni memang jahit baju kami sekeluarga dari saya kecik iaitu dari saya sekolah rendah lagi). Tailor tu cakap, suami dia kena rompak, kena pukul dan sekarang koma di hospital. Dia kata dalam 3 helai kain yang saya hantar untuk baju raya saya, dia mampu siapkan 2 sahaja. Hari Ahad ni (13/07/14) katanya boleh siap.


Terkejut jugak saya dengar berita ni. Nak disuruh siapkan baju kita, suami dia pulak tengah terlantar sakit. Rasa macam kejam dan takde perikemanusiaan kalau saya push-push tailor siapkan baju saya. Tapi dia sendiri janji nak siapkan 2 pasang. Jadinya saya cakap, antara 3 pasang kain yang saya hantar tu, siapkan 1 je pun takpe, yang baju utama untuk hari raya. Yang lain tu, sampingan aje. Tak buat dulu pun takpe.


Selain daripada baju raya, nak beli kasut raya. Hari tu pergi ke Aeon Permas Jaya, dah berkenan kat 2 pasang kasut/sandal ni, beli cek saiz, alahai, saiz saya dah habis. Mmmm... saya fikir, kalau takde jugak saiz, saya pakai jelah kasut/sandal yang ada kat rumah tu. Hehehe...


Suami pulak, belum start shopping apa-apa pun lagi. Biasalah dia, utamakan isteri dan anak-anak dulu.


Bab kuih raya, saya dah order beberapa jenis kuih dekat kawan-kawan yang jual kuih raya. In shaa Allah minggu depan, kami akan pergi beli kuih raya lagi sebab memang tradisi kami bagi kuih raya kat ibu bapa, mertua, dan mereka yang rapat dengan kami.


Rasanya itu jelah persiapan kami. Rumah macam biasa, teruskan pakai langsir yang ada. Takde nak beli baru pun. Saya dan suami selalu tekankan konsep macam ni, raya-raya jugak, tapi semasa hari raya dan SELEPAS hari raya pun nak pakai duit jugak, jadi kami harus sentiasa beringat, berjimat cermat dan bersederhana selagi boleh.


Masa awal-awal kahwin dulu, kami pun pernah tersasar bab pengurusan kewangan ni, persiapan raya macam nak kenduri, tup-tup masa raya dan selepas hari raya, sendiri gigit jari. Jadi kami belajar daripada pengalaman, apatah lagi sekarang dengan adanya 2 orang anak, kami tak boleh nak guna duit sesuka hati macam tu je. Harus sentiasa beringat.

Monday, July 7, 2014

CPUV #17 Ikea - June Sales Campaign

Waaaa weeee junior juice!!


Cek akaun Nuffnang, dapat lagi cpuv baru. Syukur alhamdulillah. Setakat ni kesemua cpuv sudahpun dikreditkan, kecuali cpuv #16 masih setia diiklankan di blog saya.


Cpuv kali ini namanya Ikea - June Sale Campaign. Sesuai sangatlah dengan musim nak raya riang ria ni, Ikea pun teruslah buat sale. Kalau ikutkan hati ni, setiap kali tengok katalog Ikea yang tebal full colour tu, memang rasa nak borong semua sebab harganya memang cantik plus design barang-barang memang kreatif sangat-sangat.


Siap berangan-angan, bilalah Ikea ni nak bukak branch kat JB kan? Kadang-kadang rasa jeles bebenor nengok kengkawan yang rajin shopping kat Ikea di KL sana tu. Saya baru je terjah website Ikea, hah tu dia, jatuh cinta lagi, lagi-lagi ku jatuh cinta, harus bagaimana? Saya nak shopping kat Ikeaaaaaaaaaaaa.......


Jadi kalau nak tau ape yang Ikea offer untuk sale kali ni, pastikan korang klik iklan Ikea kat blog saya ni tau!

Friday, July 4, 2014

Pemenang : Top Commentator bulan April, Mei dan Jun 2014

Surpriseeeee!!


Bertuah sungguh lah pemenang Top Commentator bulan April, Mei dan Jun 2014 kali ni, sebab hadiahnya ialah saya akan kreditkan wang tunai RM10 untuk setiap bulan yang menang tu. Jom kita tengok sapa yang menang...

April 2014 - Mar Mansor



Mei 2014 - Mar Mansor



Jun 2014 - Mar Mansor


Wah, seronoklah Mar kali ni, hadiahnya dapat kat dia sorang aje. Hik hik hik... RM30 akan saya kreditkan ke akaun Mar ye. Jgn lupa bagi number akaun Maybank / CIMB ye. Tahniah Mar dan terima kasih banyak-banyak sebab sentiasa sudi berkomen-komen di blog saya (walaupun ada masanya saya jarang terjah blog Mar). Ini kira duit raya sekali lah ye. Hehehe.. :)

Bersahur dengan ESP

Malam 5 Ramadhan (3 July 2014).


Saya dan suami terbangun lewat untuk sahur. Terkocoh-kocoh lah nak bersahur sebab nak mengejar masa. Nasib baik nasi yang masak untuk berbuka tadi masih ada lagi, jadi sahur tak perlu masak nasi lagi. Tapi lauk pulak tak ada. Nak masak bagai-bagai memang tak sempatlah, so just goreng telur hancur campur kicap campur bawang campur cili api campur ikan bilis sebagai lauk bersahur.


Saya pulak tak rasa nak makan nasi. Jadi saya bersahur dengan ESP sahaja. Cara penyediaannya lebih kurang sama macam sebelum ni, cuma stok susu Anmum Lacta saya dah habis dan susu low fat Dutch Lady pun tak beli lagi, jadi saya prepare esp macam ni sahaja :

2 sudu besar esp
2 sudu besar oat
1 sudu besar milo
Air masak 400 ml


Minum macam tu pun saya dah rasa kenyang dan yakin in shaa Allah boleh bertahan hingga ke waktu berbuka nanti. Tapi suami pulak cakap takut saya sakit perut / gastrik, pada dia tak cukup kalau sekadar minum esp macam tu.


Jadinya dengan pantas dia masak megi ayam kosong untuk saya dan suruh jugak saya makan dan habiskan. Dalam waktu yang genting macam ni, takde point nak cakap banyak-banyak, so saya ngap sajelah. Memang full sangat perut masa tu, esp plus megi. Hihihihi...


Sepanjang hari berpuasa, saya rasa ok sahaja. Nak kata segar bugar sangat tu, taklah. Ada juga rasa letih, tapi takdelah rasa lembik je badan ni. Pada saya, kalau korang terlambat bangun untuk sahur dan kesuntukan masa untuk memasak, minum je esp. In shaa Allah, kurang rasa letih tu. :)

Wednesday, July 2, 2014

Masih Berjaga Di Malam 4 Ramadhan

2.15 am.


Sedang menikmati seshaker esp + milo + oat + anmum lacta + air masak. Saya tak pasti sama ada ini diconsider sebagai menu sahur atau tak. Tadi cakap kat suami, ni kire sahur lah. Tapi dia kata, ini kire supper. Sahur nanti dia kejut saya bangun lagi.


Suamiku yang prihatin. Yang sangat concern tentang sahur saya sebab dia tahu saya ada gastrik. Seboleh-bolehnya dia suruh saya sahur makan nasi jugak walaupun kadang-kadang saya nak sahur minum esp je.


Alhamdulillah. Malam ini malam 4 Ramadhan. Sudah berjaya menyempurnakan amalan puasa untuk 3 hari yang pertama tanpa rasa keletihan yang melampau. Moga-moga Allah menerima puasa saya ini.


Puasa kali ini, setakat 3 hari ini, saya belum rasa nak makan macam-macam. Pada saya, time berbuka mesti ada nasi, lauk, sayur dan air panas. Itu sudah mencukupi. Ari tu suami rajin pergi ke bazar ramadhan, dibelikannya saya ayam percik yang kuah putih tu (kelantan style). Dia tau saya suka ayam percik putih.
Tapi yang buat saya terkedu, harga seketul ayam tu ialah rm7. Suami beli 2 ketul so total dah rm14 habis kat situ aje. Rasa macam banyaknya abis duit utk lauk ayam saja. Tapi suami cakap, takpelah dia belikan sebab dia tau saya suka.

Terharunya.... sebagai tanda penghargaan dan berterima kasih, saya berbuka makan ayam percik tu. Seketul lagi kami buat sebagai menu bersahur.


Okeylah, saya nak habiskan minum esp dan tidur.


P/s : Maafkan saya sebab lama tak update blog. Dan, Ramadhan kali ini agak sibuk untuk saya. Tapi saya sentiasa ingat followers saya. ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *