I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Wednesday, June 25, 2014

Rezeki Allah Nak Bagi, Alhamdulillah

Petang semalam, suami call. Saya di ofis masa tu, line tak clear nak berborak di handphone. Straight to the point, suami beritahu yg dia berjaya mendapat rumah lelong tu dalam proses lelongan petang semalam. Allhuakbar! Alhamdulillah! Rasa macam tak percaya sangat-sangat.


:)


Selesai satu urusan. Lepas ni harus fokus kepada urusan-urusan lain yang melibatkan bank, epf dan lain-lain. Moga-moga selesailah semua sebelum akhir tahun 2014 ni.


Dari satu segi, saya rasa lega sebab dengar cakap suami. Kisahnya gini, lepas setel urusan pembelian rumah kami yang awal tahun ni ari tu, saya beriya-iya sangat nak beli kereta baru. Apalagi, Perodua Alza lah. Hari-hari dok ulang benda yang sama sampai suami terus pergi ke Perodua Center untuk jumpa orang perodua tanya pasal nak beli kereta.


Balik ke rumah, suami terangkanlah tentang harga kereta dan yang berkaitan dengannya, dan akhir sekali dia buat ringkasan, kalau kita beli Perodua Alza, kita kene bla bla bla. Kalau kita tak beli Perodua Alza, kita kene bla bla bla. Dan dia punya keputusan ialah tak nak beli Perodua Alza atas beberapa faktor, termasuklah faktor nak beli rumah lain. Dia kata itu keputusan dia tapi still open for discussion.


Saya pulak, bila suami dah cakap macam tu, nak discussion apanya lagi. Terus diam membisu. Sedar-sedar je menangis mengalir air mata ni sebab sedih tak dapat beli Perodua Alza. Sedih woo. Suami pulak, bila tengok saya menangis, terus cakap, haa jomlah kita pergi beli. Saya pula taknaklah (ala-ala dah merajuk kononnya).


Then hari ini, bila suami berjaya membeli rumah lelong untuk kami, saya rasa terharu, plus bersyukur. Sebab saya fikir, kalaulah saya beli jugak Perodua Alza tu, memang takde nye lah nak beli rumah satu lagi (bajet terhad). So para isteri, silalah dengar cakap suami anda ye. Hehehehe...


Itulah orang perempuan ni, akalnya 1 nafsunya 9. Bila dia kata nak itu nak ini, memang dia nak serba serbi sampai takleh berfikir dengan rasional. Itulah pentingnya ada lelaki dan suami yang boleh membetulkan kita dengan 9 akal yang dia ada. Kan kan kan...


Apapun, alhamdulillah untuk rezeki yang Allah beri pada kami. Kami bersyukur sangat-sangat. :)

4 comments:

Hafiza AizZawa said...

kereta kalau dah ada pending dulu.. rumah yg penting... suami Fiza pun bgth mcm tu..

Lily Erliyani said...

alhamdulillah... tak pe lepas dh setel rumah nanti boleh la dapatkan kereta alza pula. =)

kisah bermula said...

Alhamdulilah rezeki...dah dapat rumah..lepas nie beli kereta lak.. :)..saya pun tengah mencari-cari rumah lelong bank..mudah2an..ada rezeki sy lak pas nie..

Mar Mansor said...

tahniah uni..cepat betul prosesnye..
yelah sebab tu suami tu imam keluarga..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *