I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Friday, June 20, 2014

Betulkah Ingin Berhenti Kerja dan Menjadi WAHM?

Rentetan daripada perkongsian saya di Facebook tentang jana pendapatan dari rumah dan working at home mom (WAHM), lantas saya dihubungi oleh rakan-rakan dan ahli keluarga yang rapat. Masing-masing ingin tahu, betulkah saya ingin berhenti kerja dan menjadi wahm?

Saya tersenyum sendiri membaca setiap pertanyaan daripada mereka. Berfikir sendiri jawapan yang terbaik yang boleh saya berikan. Cukuplah saya menyatakan, ya saya ingin berhenti kerja dan ingin menjadi wahm.

Dengan jawapan itu, timbul pula soalan kedua, kenapa nak jadi wahm?

Saya tersenyum lagi. Menjangkakan persoalan ini akan terus bertali arus, saya cuma menjawab - saya ingin melakukan apa yang sepatutnya saya lakukan tanpa "takutkan" siapa-siapa lagi. Saya mahu kembali kepada fitrah saya sebagai seorang isteri dan ibu yang merupakan pengurus rumahtangga.

Saya tidak mahu lagi terikat dengan majikan yang adakalanya membuatkan saya meletakkan keluarga kesayangan saya di nombor kedua, tanpa saya rela. Saya tidak mahu lagi meninggalkan anak-anak bersama babysitter semasa mereka sakit.

Sebagai seorang yang mula bekerja selepas tamat belajar, saya suka bekerja, sebab itu saya nak bekerja di rumah, sambil bekerja sambil menguruskan keperluan anak-anak dan suami. Saya mahu lebih banyak masa untuk beribadat. Saya tidak mahu terlepas setiap detik tumbesaran dan perkembangan anak-anak saya.

Paling penting, saya ingin sentiasa rapat dan dekat di hati anak-anak saya dan suami. Saya mahu lebih masa untuk beribadat dan menghadiri kuliah-kuliah agama. Saya bukannya semakin muda.

Jawapan ini rupanya mendapat sokongan daripada rakan-rakan saya. Ya Allah, saya tidak pernah menyangka rupanya ini yang Allah sediakan untuk saya. Rakan-rakan yang memahami, yang juga merupakan ibu berkerjaya yang mendambakan masa yang lebih banyak untuk anak-anak mereka, tetapi terikat dengan segala macam kekangan kehidupan yang seolah-olah tidak ada akhirnya.

Pastinya perjalanan untuk menjadi wahm bukanlah dalam sekelip mata. Banyak persediaan yang perlu dilakukan daripada semua aspek. Tetapi saya yakin dengan niat yang betul, Allah akan mempermudahkan jalan untuk saya, apatah lagi suami dan ibu juga sudah memberikan izin dan restu, serta menyokong saya. Sokongan ini menjadikan saya semakin kuat dan bersemangat untuk menjadi wahm.

Sekali lagi jawapannya - Ya, saya ingin berhenti kerja dan menjadi WAHM.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Kedai Vitamin Bandar Seri Alam :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *