I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Wednesday, June 25, 2014

Testing Update Blog Guna Handphone

Percubaan pertama update blog guna handphone. Ini selepas selesai tidurkan Aimi. Seronok sangat dpt cium Aimi banyak-banyak. Aimi baby yg manja dalam family kami. Memang manja sangat dan lembut hati orangnya.

Rezeki Allah Nak Bagi, Alhamdulillah

Petang semalam, suami call. Saya di ofis masa tu, line tak clear nak berborak di handphone. Straight to the point, suami beritahu yg dia berjaya mendapat rumah lelong tu dalam proses lelongan petang semalam. Allhuakbar! Alhamdulillah! Rasa macam tak percaya sangat-sangat.


:)


Selesai satu urusan. Lepas ni harus fokus kepada urusan-urusan lain yang melibatkan bank, epf dan lain-lain. Moga-moga selesailah semua sebelum akhir tahun 2014 ni.


Dari satu segi, saya rasa lega sebab dengar cakap suami. Kisahnya gini, lepas setel urusan pembelian rumah kami yang awal tahun ni ari tu, saya beriya-iya sangat nak beli kereta baru. Apalagi, Perodua Alza lah. Hari-hari dok ulang benda yang sama sampai suami terus pergi ke Perodua Center untuk jumpa orang perodua tanya pasal nak beli kereta.


Balik ke rumah, suami terangkanlah tentang harga kereta dan yang berkaitan dengannya, dan akhir sekali dia buat ringkasan, kalau kita beli Perodua Alza, kita kene bla bla bla. Kalau kita tak beli Perodua Alza, kita kene bla bla bla. Dan dia punya keputusan ialah tak nak beli Perodua Alza atas beberapa faktor, termasuklah faktor nak beli rumah lain. Dia kata itu keputusan dia tapi still open for discussion.


Saya pulak, bila suami dah cakap macam tu, nak discussion apanya lagi. Terus diam membisu. Sedar-sedar je menangis mengalir air mata ni sebab sedih tak dapat beli Perodua Alza. Sedih woo. Suami pulak, bila tengok saya menangis, terus cakap, haa jomlah kita pergi beli. Saya pula taknaklah (ala-ala dah merajuk kononnya).


Then hari ini, bila suami berjaya membeli rumah lelong untuk kami, saya rasa terharu, plus bersyukur. Sebab saya fikir, kalaulah saya beli jugak Perodua Alza tu, memang takde nye lah nak beli rumah satu lagi (bajet terhad). So para isteri, silalah dengar cakap suami anda ye. Hehehehe...


Itulah orang perempuan ni, akalnya 1 nafsunya 9. Bila dia kata nak itu nak ini, memang dia nak serba serbi sampai takleh berfikir dengan rasional. Itulah pentingnya ada lelaki dan suami yang boleh membetulkan kita dengan 9 akal yang dia ada. Kan kan kan...


Apapun, alhamdulillah untuk rezeki yang Allah beri pada kami. Kami bersyukur sangat-sangat. :)

Tuesday, June 24, 2014

CPUV #15 Bulgogi Brothers Korean Burgers & CPUV #16 Invest Smart Campaign

Alhamdulillah. Rezeki. Rezeki.


Kali ni terpilih lagi untuk menyiarkan iklan daripada Bulgogi Brother Korean Burgers. Ari tu ada baca kat blog Beautifulnara.com, rupanya burger ni ialah resepi Korea punya. Yang heran bila sekali tengok tu, roti burgernya kaler hitam / gelap gitu. Biar betul. Niat di hati ingin mencuba tapi apakan daya, Korean Burgers ni kat KL sana. Kalau berminat nak tau apa yang ditawarkan oleh Bulgogi Brother Korean Burgers ni, bolehlah klik iklan tu ye.


CPUV seterusnya pulak namanya Invest Smart Campaign. Setakat ni, saya sendiri belum ternampak lagi iklan ni disiarkan di blog saya. Mungkin ia tersiar waktu saya tak online kot. Pape pun, if korang nak tau lebih lanjut tentang cpuv ni, jemputlah klik iklan-iklan yang disiarkan ye.


p/s : Bilakah agaknya Nuffnang nak bagi lagi sponsored post kat saya? :)

Pengalaman Survey Rumah Lelong

Alhamdulillah, setelah berjaya memiliki rumah sendiri awal tahun 2014 ni, kami suami isteri bercadang untuk menambah sumber pendapatan untuk masa depan. Fikir punya fikir, nak beli sebuah rumah lagi untuk dijadikan rumah sewa, tapi dengan harga rumah yang mencengkam jiwa sekarang ni, terasa macam, tak mampunya alahai...


Pilihan pertama, nak beli rumah baru, rasa tak berkemampuan. Jadi pilihan kedua, kami cari rumah lelong. Berdasarkan pamplet yang diberikan oleh abah saya, petang semalam lepas habis waktu kerja, kami pergilah meninjau rumah lelong tu. 


Rumah ini di kawasan flat. Berpeluh-peluh kami mencari rumah tersebut, almaklumlah tak reti dan tak faham dengan susunan nombor rumah flat. Masa kami masuk ke kawasan blok tu, dia ada 3 tangga tau. Tangga depan, tangga tengah dan tangga hujung. Kami tak tau nak naik tangga mana satu. Saya pulak malas nak fikir banyak-banyak, terus ajak suami naik tangga tengah terus ke third floor. Berpeluh-peluh kami naik tangga tau, bau  masam semasamnya lah badan kami ni, mana taknya, baru lepas balik kerja. Hahahaha... 


Bila dah sampai ke third floor, terus cari nombor rumah tu. Ish, takde pulak. Saya segan nak tanya, so suami lah yang meramahkan diri bertanya penghuni di situ. Ada yang cakap tak tau, ada cakap kat tangga hujung, ada cakap kat tangga depan. Haa, acaner tu? Maksudnya mereka sebagai penduduk di situ pun tak tau kat mana nombor rumah yang kami cari.


Taknak serabutkan keadaan, kami turun ke ground floor dan cari orang lain pulak. Ada sekumpulan ibu-ibu yang sedang bersembang ramai-ramai. Terus kami tanya kat diorang dan diorang tunjuk suruh naik tangga depan. 


Masa tu kan, kami dah berpeluh sangat-sangat dah. Basah lencun beb. Tapi tetap kuatkan semangat nak pergi survey rumah lelong. Naik punya naik, akhirnya sampailah ke rumah di third floor yang kami cari. Rumah tu memang dah kosong dan dah siap bertampal notis rumah untuk dilelong kat pintu rumah tu.


Actually, takde apa pun yang dapat kami lihat sebenarnya. Rumah tu ialah sebuah rumah di third floor (rumah flat). Kami cuma dapat tengok pintu rumah dan dan rumah-rumah sebelah sahajalah dan bolehlah dapat sedikit gambaran tentang susun atur rumah tersebut. Dah sudah tu, kami terus turun tangga semula untuk balik.


Itulah pengalaman pertama dalam hidup saya pergi survey rumah lelong. Dapat atau tidak rumah ni, hanyalah dengan izin Allah. Kami hanya berusaha semampu kami, selebihnya adalah Allah punya kuasa.

Monday, June 23, 2014

Selamat Kembali Semula Ke Rumah Sendiri

Pheww... akhirnya semalam saya sekeluarga kembali semula ke rumah kami yang tercinta, selepas genap 2 minggu berkampung di rumah ibu bapa saya.


Sebenarnya, takde apa2 yang berlaku pun. Saya rasa nak duduk di rumah ibu bapa sebab boleh dikatakan dalam tempoh 2 minggu tu, suami saya balik kerja lambat. Jadi daripada sekadar duduk bertiga dengan anak-anak, suami cadangkan balik ke rumah parents saya, supaya tak sunyi.


Inilah keindahannya apabila duduk berdekatan dengan orang tua. Bila-bila masa saya perlukan mereka, mereka sentiasa ada. Bila-bila masa mereka perlukan saya, saya juga sentiasa ada. Berbaktilah kepada orang tua sedaya upaya yang kita mampu.


Anak-anak pun seronok balik ke rumah tok wan dan nenek mereka. Dapat berjumpa dengan makcik dan pakcik mereka. Biarpun masing-masing sama sibuk, tetap dapat meluangkan masa pada waktu malam sebelum masing-masing masuk ke bilik tidur.


Actually, bukanlah maksudnya tinggal rumah 2 minggu terus tak balik-balik. Selang 2-3 hari, saya tetap balik ke rumah, cek mailbox dan tengok rumah if ada apa-apa kan. Alhamdulillah, semua ok.


Bila balik ke rumah sendiri, tersenyum dalam hati. Bersepah camana pun rumah sendiri, tetap rumah inilah yang dicintai dan dirindui.


I'm coming homeeeeee..... :)

Friday, June 20, 2014

Betulkah Ingin Berhenti Kerja dan Menjadi WAHM?

Rentetan daripada perkongsian saya di Facebook tentang jana pendapatan dari rumah dan working at home mom (WAHM), lantas saya dihubungi oleh rakan-rakan dan ahli keluarga yang rapat. Masing-masing ingin tahu, betulkah saya ingin berhenti kerja dan menjadi wahm?

Saya tersenyum sendiri membaca setiap pertanyaan daripada mereka. Berfikir sendiri jawapan yang terbaik yang boleh saya berikan. Cukuplah saya menyatakan, ya saya ingin berhenti kerja dan ingin menjadi wahm.

Dengan jawapan itu, timbul pula soalan kedua, kenapa nak jadi wahm?

Saya tersenyum lagi. Menjangkakan persoalan ini akan terus bertali arus, saya cuma menjawab - saya ingin melakukan apa yang sepatutnya saya lakukan tanpa "takutkan" siapa-siapa lagi. Saya mahu kembali kepada fitrah saya sebagai seorang isteri dan ibu yang merupakan pengurus rumahtangga.

Saya tidak mahu lagi terikat dengan majikan yang adakalanya membuatkan saya meletakkan keluarga kesayangan saya di nombor kedua, tanpa saya rela. Saya tidak mahu lagi meninggalkan anak-anak bersama babysitter semasa mereka sakit.

Sebagai seorang yang mula bekerja selepas tamat belajar, saya suka bekerja, sebab itu saya nak bekerja di rumah, sambil bekerja sambil menguruskan keperluan anak-anak dan suami. Saya mahu lebih banyak masa untuk beribadat. Saya tidak mahu terlepas setiap detik tumbesaran dan perkembangan anak-anak saya.

Paling penting, saya ingin sentiasa rapat dan dekat di hati anak-anak saya dan suami. Saya mahu lebih masa untuk beribadat dan menghadiri kuliah-kuliah agama. Saya bukannya semakin muda.

Jawapan ini rupanya mendapat sokongan daripada rakan-rakan saya. Ya Allah, saya tidak pernah menyangka rupanya ini yang Allah sediakan untuk saya. Rakan-rakan yang memahami, yang juga merupakan ibu berkerjaya yang mendambakan masa yang lebih banyak untuk anak-anak mereka, tetapi terikat dengan segala macam kekangan kehidupan yang seolah-olah tidak ada akhirnya.

Pastinya perjalanan untuk menjadi wahm bukanlah dalam sekelip mata. Banyak persediaan yang perlu dilakukan daripada semua aspek. Tetapi saya yakin dengan niat yang betul, Allah akan mempermudahkan jalan untuk saya, apatah lagi suami dan ibu juga sudah memberikan izin dan restu, serta menyokong saya. Sokongan ini menjadikan saya semakin kuat dan bersemangat untuk menjadi wahm.

Sekali lagi jawapannya - Ya, saya ingin berhenti kerja dan menjadi WAHM.

Wednesday, June 18, 2014

Uni Tidak Sihat

Cuaca yang panas membahang sekarang ni yang dikaitkan dengan fenomena El Nino, betul-betul memberi kesan kat diri saya. Sekarang ni ke hulu ke hilir saya mesti bawak payung, sampai kawan-kawan panggil saya Siti Payung.


Dalam tak tahan cuaca panas di dunia, terfikir pulak camne nanti cuaca panas kat Padang Mahsyar sana yang mana matahari tu hanya sejengkal sahaja jaraknya daripada atas kepala. Huhuhuhu... takut...


Semalam saya demam. Pening. Mata merah. Rasa nak pitam pun ada. Tapi gagahkan diri jugak bekerja. Mintak panadol kat kawan. Tak lama pastu rasa lega dan boleh buat kerja semula. Balik je ke rumah, lepas dinner terus telan lagi panadol dan ubat selsema. Bangun pagi rasa segar sikit badan dan boleh pergi kerja.


Tapi hari ni kerjanya sok sek sok sek (hingus) jelah. Itupun cover-cover sebab taknak jadi punca pencemaran bunyi kat telinga kawan-kawan yang lain. Hehehe... Apa pun dalam cuaca panas sekarang ni, elakkan berada di luar lama-lama dan banyakkan minum air masak supaya badan tak dehydrated.

Tuesday, June 17, 2014

CPUV #14 uMobile Prepaid Free Meal

Alhamdulillah. Rezeki untuk anak-anak saya, Haziq & Aimi.


Kali ini dapat lagi cpuv baru iaitu U Mobile Prepaid Free Meal. Tersenyum simpul masa tengok cpuv baru ni kat akaun Nuffnang, mana taknya, saya sendiri adalah pengguna yang sangat berpuas hati dengan U Mobile. Saya menggunakan talian postpaid U Mobile namun masih mengekalkan nombor lama yang didaftarkan dengar syarikat telekomunikasi yang lain. Talian postpaid saya ni siap sekali dengan pelan data 2GB. Memang puas hati!


Kalau kat JB ni, U Mobile center nya ialah kat Taman Molek. Suka sangat masuk kat center ni, warna tema oren putih buat rasa ceria bertenaga je tau. Kalau berminat nak tau apa yang ditawarkan oleh U Mobile Prepaid Free Meal ni, jangan lupa klik iklannya ye.

Thursday, June 12, 2014

CPUV #12 Petronas Primex 95 & CPUV #13 Huawei Ascend P7

Dalam rasa terkilan tak dishortlistedkan untuk Nuffnang event di kilang Mamee kat Melaka sana, apapun bersyukur kerana rezeki cpuv sentiasa ada. Yang terbaru ialah cpuv #12 daripada Petronas Primex 95 dan cpuv #13 Huawei Ascend P7. Minggu ni baru start on-going kat blog saya. Harap-harap kali ni lebih lama iklan-iklan ini disiarkan di blog saya. In shaa Allah. :)


Perkembangan terbaru saya, ok badan saya agak mengembang sekarang ini. Hahaha.. Rasanya ini takde kaitan kot dengan faktor masih bf Aimi. Saya sendiri rasa yang saya sangat suka makan, dan suka makan banyak. Suami pun naik risau tengok isterinya sungguh berselera makan ni. Oh ya, jangan pulak korang teka saya sudah berbadan dua ye. Tidak, tidak, belum masanya lagi. Hahaha..


Selera makan ni membuatkan perkembangan badan saya meningkat dengan begitu ketara. Sebab tu sekarang malas nak amik gambar full, cukupla bahagian badan ke atas je. Hahahaha. Tapi pepun, saya tetap menikmati setiap saat yang saya lalui ketika ini.


Haaa, nak bagitau korang, Aimi dah pandai berjalan tau! Pada usia 1 tahun 4 bulan, akhirnya Aimi dapat berjalan lancar tanpa perlu dipimpin lagi. Agak lambat berbanding abang Haziq, tapi takpelah. Kadang-kadang geli hati tengok Aimi, terketar-ketar jugak dia masa nak berjalan, tapi dia tetap kuat semangat nak berjalan. Mama so proud of you Aimi sayang! Sekarang kerjanya asyik nak berjalan aje. Kejap ke bilik, kejap ke dapur, kejap ke ruang tamu, kejap nak naik tangga. Saya langsung tak boleh leka.


Banyak sungguh perkara dan pengalaman baru yang saya sudah lalui dan sedang lalui. Tak sabar nak kongsikan di blog ini. Dari satu segi, saya bersyukur sebab saya dah pun mula menulis di blog. Moga-moga apa yang saya tulis di sini memberi manfaat untuk diri saya dan sesiapa jua yang membacanya. Mana yang baik tu, korang jadikan tauladan, mana yang buruk-buruk di blog ini, abaikan saja. Anggaplah ia sekadar coretan dari hati saya pada masa ia ditulis.


Sehingga kita berjumpa lagi!

Thursday, June 5, 2014

CPUV #11 Sanofi Lactacyd

Tadi tengok akaun Nuffnang. Cpuv Sanofi Lactacyd yang mula diiklankan di blog ini pada bulan Mei 2014, sudahpun dikreditkan ke dalam akaun. Alhamdulillah.


Maka dengan itu bermakna, tamat sudah cpuv yang on-going buat masa ini. Harap-harap bulan Jun yang masih lagi di awal bulan ni akan menambahkan lagi rezeki iklan untuk saya. Amin Ya Rabbal Alamin.


Oh ya, semalam dapat emel Payment Advice dari HSBC. Cek dari Nuffnang sudah on the way nampaknya. :)


p/s : Nak tau macamana cara untuk menjana pendapatan melalui pengiklanan Nuffnang? E-mail kat saya ye, z.munirah@gmail.com. Kita cerita panjang kat emel ya. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *