I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Thursday, May 15, 2014

Urut Kesihatan Wanita

Malam tadi saya pergi ke rumah tukang urut saya tu. Badan masih rasa sakit, sengal, lenguh, serba-serbi ada. Bila diurut, 'menggelupur' saya jadinya. Terjerit-jerit menahan sakit. Pastu malu sebab jerit kat rumah orang, saya gigit pulak kain batik yang saya pakai masa tu (kain batik tu pun tukang urut yang punya, saya lupa bawa saya punya sebab rushing kuar dari rumah. Ngeee...)


Urut bermula daripada kaki dalam keadaan saya meniarap. Habis 'dikejutkan' semua saraf-saraf saya, kata tukang urut tu, saraf saya semua keras. Agak lama jugak proses mengurut tu, start pukul 8.15 - 9.50 pm. Lepas urut, badan rasa lega sikit, tapi overall sakit sebab kena urut. Hahaha...


Balik rumah, saya telan panadol 2 biji dan terus tidur. Alhamdulillah, Aimi tak meragam malam ni, macam tau dan faham je Mamanya tengah tak sihat. Thank u sayang, Mama love Aimi so much...


Bangun pagi ni, badan rasa sakit sebab diurut. Itu biasalah, setiap kali lepas urut memang macam tu. Lepas 2-3 hari, baru rasa lega.


p/s : Tukang urut tu kat area Seri Alam. Servis : urut kesihatan wanita dan urut lepas bersalin.

p/s : Nikmatnya kesihatan.

7 comments:

PetakBunga said...

1st time berurut lepas beranak je..
tukang urut ckp kita jenis tahan sakit..

releks je..
macho kan?

Hafiza AizZawa said...

lepas berurut mmg badan akan rs lenguh mcm lepas lari merentas desa.. huhu

Nini Hanini said...

tak ingat bila last sekali pergi berurut. masa tu,kaki seliuh,ya Allah. sakit yang amat!!!

Asha Lya said...

lya pernah gak sesekali beurut dgn macik tukang urut kat tmpt lya..lega bila kena urut buang angin dlm bdn semua

Mar Mansor said...

saya suka berurut walaupon sakit kena urut..tapi jarang berurut pon

Norliza Romizi said...

saya x urut2 lagi. sbb czer takut nak urut!

gurlzpg said...

as slm,
nak tau kt area mane tempt sis burut2?
blh bg details x?no.contact?
price ny cmne bptutan x?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Kedai Vitamin Bandar Seri Alam :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *