I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Tuesday, May 6, 2014

Sakit Urat Belikat

Sekarang saya tengah sakit urat belikat di bahagian belakang kiri badan. Actually mula rasa sakit pagi semalam, tapi sakitnya kat dada. Pastu lama-lama sakitnya ke belakang badan pulak.


Suami ada urut badan saya malam tadi, tapi saya masih rasa sakit. Suami pun cakap dia tak berani nak urut sebarang je sebab katanya kalau sakit urat belikat ni, kene pergi jumpa tukang urut yang betul.


Semalam saya ada contact satu tukang urut ni. Tukang urut yang sama yang urut saya masa berpantang lepas lahirkan Aimi dulu. Tapi, tukang urut tu busy sungguh. Dah penuh jadualnya untuk minggu ni. Saya pulak rasa taknak delay-delay untuk urut, sebab sekarang pergerakan yang melibatkan tangan kiri agak terbatas. Kalau setakat menaip tu, boleh sangat lagi, tapi kalau nak angkat file, nak dukung anak, nak buat kerja-kerja rumah tu memang terasalah sakitnya.


So pagi tadi, saya mintak tolong babysitter carikan tukang urut yang dia kenal. Dia rekemen satu tukang urut ni yang dekat je dengan rumah dia. Katanya, memang ok sebab dia sendiri pernah berurut dengan tukang urut tu.


Malam nanti saya akan pergi ke rumah tukang urut tu, harap-harap dia dapat bantu legakan kesakitan saya ni, dengan izin Allah jua.


p/s : Ini kali kedua sakit urat belikat sepanjang hidup saya. Yang pertama masa tahun 2012. 3 kali urut baru rasa ok macam biasa. Korang pernah sakit urat belikat tak?

13 comments:

Nurzakiah Hanum said...

bahaya tue

Farah Waheda Wahid said...

sakit urat belikat ni boleh buatkan demam...

Mar Mansor said...

sakit2 badan tu adalah tapi sakit urat belikat ni takde..
kalau sampai tak boleh angkat file,kira teruk juga ni

Rai Ourkizuna said...

mungkin sebab angin? sbb ada sakit kat dada.. aku biasanya camtu.. tapi try la berurut dulu..

PakcikLie PCL said...

ok..sy sbg tukang urut kpd wife sy..hihi, sy belajar melalui pengalaman org yg mengurutnya sblm tu...katanya sakit belikat sebab salah makan ; ambil makan yg berangin cthnya sayuran batang/daunnya berbulu (cth ; bendi, labu, terong, kacang panjang dsbgnya) walluhualam.

Petak Bunga said...

kita perempuan ni memng mudah sakit2 urat ni..

selalu sgt dah kita.

Lieya Von Jay said...

saya pulak sakit urat leher naik bas kerusi xleh nak sandar .. tdo tegak ja selama 6 jam atas bas ^_^

Asha Lya said...

mudahan cpt sembuh ya kak..lya tak pernah plak alami mcm tu

tenku butang said...

Haiii.. cakkkk..
done follow sini no. 254,
sudi-sudikanlah follow me back yea..
leh kita saling kenal mengenal,
kunjung-mengunjung selalu..
salam kenal yea.. =)

http://tengkubutang.blogspot.com/

kalau minat kucen leh follow blog
teman yang lagi satu gak..
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

Norhasniza Khalid said...

mama selalu gak kena.. sakit ...

Hafiza AizZawa said...

Fiza setakat nie alhamdullillah tak de sakit mcm nie.. Fiza doakan akan cepat sembuh..

Mama Darwiish said...

salam saya pemenang tunai RM50 dari GA DianaRashid....segala details saya dah emailkan...terima kasih

EZ MiND said...

Assalamualaikum..utk makluman, kpd sesiapa yg memerlukan khidmat urut tradisional blh lah hubungi sy di talian 011-11036311...sy menetap di kota bharu kelantan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *