I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Thursday, May 15, 2014

Cerita Tentang Solat

Dalam melalui perubahan demi perubahan dalam fasa kehidupan saya, saya semakin menyedari bahawa amat pentingnya kebergantungan kita kepada Allah Yang Maha Esa dalam setiap minit kehidupan kita. Apa jua yang kita nak buat, yang kita rancang, kalau takde izin Allah, maka tak jadilah semua itu.


Saat yang buat saya rasa terlalu bergantung harap pada kasih sayang, rahmat dan belas ihsan Allah s.w.t. ialah pada masa saya nak melahirkan Haziq dulu. Proses bersalin ialah antara diri saya dan atas izin Allah. Tahu sahajalah sakit nak melahirkan anak, rasa sakit tu antara hidup dengan mati. 


Berjuang demi melahirkan zuriat pengikat kasih suami isteri, berjuang demi melahirkan umat Nabi Muhammad s.a.w. Dan semua itu berlaku dengan izin Allah. Allah mengizinkan saya panjang umur selepas bersalin. Alhamdulillah. Kasihnya Allah kepada saya. Begitu jua yang saya rasai sewaktu nak melahirkan Aimi dulu. Hanya Allah tempat saya bermohon dan berharap. Tempat saya bergantung.


Di atas segala nikmat duniawi yang Allah anugerahkan kepada saya, saya teringat kisah dulu-dulu di mana saya tidak menitikberatkan soal solat 5 waktu. Ini berlaku sewaktu saya di awal usia 20-an iaitu lepas tamat belajar. Masih muda, masih bujang, belum ada hala tuju dalam hidup. Bebas.


Solat ala kadar, solat sekadar solat. Ada masanya solat di hujung waktu Zohor, rehat sekejap lepas tu lepas azan Asar, terus solat Asar. Selepas solat, berdoa yang simple amat, ada masanya tidak pula menadah tangan berdoa kepada Allah. Tapi nak Allah bagi macam-macam. T_T


Semenjak masuk ke usia 3 series, satu perubahan yang saya sedari ialah, saya rasa terpanggil untuk mengerjakan solat. Nak solat betul-betul, nak fahami makna bacaan, nak ikut rukun solat dan semua berkaitan solat saya nak buat betul-betul. Rasa terpanggil tu rasa seperti ada connection antara saya dengan Pencipta saya, rasa macam dah janji kan nak jumpa setiap kali solat 5 waktu.  Begitulah yang saya rasa.


Saya cuba jaga solat saya, agar solat di awal waktu. Kalau boleh dalam 30 minit pertama lepas masuk waktu solat, saya nak terus solat. Taknak lagi dah solat lambat-lambat macam sebelum ini. Setakat ini masih terjaga tapi saya akui ada masanya saya terbabas juga. Moga Allah bantu saya dalam soal ini, moga Allah kuatkan iman saya pada setiap masa.


Dan juga, bila keluar shopping ke, jalan-jalan ke, saya akan pastikan saya bawa telekung saya siap-siap dalam beg telekung. Saya didik diri saya untuk tidak beri alasan seperti taknak solat kat luar / alah nanti boleh je solat kat rumah / telekung surau busuk.


Dengan bawa telekung sendiri, semua alasan sudah terhapus. Jangan pula buat alasan malas nak cari surau. Surau ada di mana-mana, soalnya, nak cari atau tak nak cari je.


Saya print jadual waktu solat bulanan sebagai guideline untuk solat,
sebagai alternatif sekiranya saya tidak dengar azan berkumandang


p/s : Waktu solat Asar di Johor Bahru hari ini - 4.26 pm. Jangan lupa temu janji dengan Pencipta kita ya. Sujud pada-Nya, mohon ampun sebanyak-banyaknya. Moga saya dan kita semua akan terus istiqamah dalam urusan solat dan amal ibadat. =)

7 comments:

Nurzakiah Hanum said...

insyaallah

Mar Mansor said...

in sha Allah..semoga kita istiqamah..

Farah Waheda Wahid said...

terima kasih di atas peringatan ini... memang setiap hari kita ada temujanji dengan Pencipta kita... cuma pada hari2 tertentu jer kita bercuti...

Nini Hanini said...

saya pun nak berusaha jadi lebih baik..

Norliza Romizi said...

sama sama mengingati. inshaAllah!

ummi zara said...

Alhamdulillah..tq atas peringatan...sama2 kita berubah ke arah yang lebih baik :)

Amirah Kamarulzaman said...

اسلام عليكم
الحمدلله
Seronok mendengar perkongsian bermanfaat spt ini. Selain itu boleh juga standby dgn pemakaian patuh solat agar mudah & segera bersolat disamping melatih diri agar solat di awal waktu, spt yg selalu saya amalkan hgga kini
إن شاء الله
😃

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *