I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Wednesday, May 14, 2014

Apabila External Hard Diskku Rosak

Sedihnya alahai.


External hard disk saya rosak. Bila cucuk kat laptop dan pc, tak boleh detect. Dah try kat pc orang lain, pun tak boleh juga. Keluar message 'need to format'. Saya dah risau, tapi cuba bertenang. Ini kali kedua berlaku macam ni. Sebelum ni, saya try godek-godek, ok pulak. Tapi kali ni, macam tak berjaya.


Tengahari tadi, saya ke kedai komputer Al Qanaah Resources (07-2511170) di Taman Air Biru Pasir Gudang (sederet dengan Marrybrown). Cek punya cek, memang sah, external hard disk saya sudah rosak! Bad sector! Saya pun tak fahamlah apa kebendanya tu, tapi yang saya amat faham, semua data dalam hard disk ni hilang dan tak dapat retrieve semula. Allahuakbar!


Saya request orang kedai tu repair, tapi dia memang tak boleh buat. Keluar je dari kedai dan masuk semula ke dalam kereta, berderai jugak air mata ni. Sedihnya alahai, yang buat saya ralat, gambar family semua ada dalam tu. Gambar dari tahun 2005 sampailah sekarang ada dalam tu, dan kebanyakannya saya lum cuci kat kedai. T__T


Tapi dalam dok menangis tu, saya pergi ke Pusat Bandar pulak, seingat saya ada satu kedai komputer jugak kat situ. Then sampai sana, orang tu cakap, diorang boleh dapatkan sebahagian sahaja data dalam hard disk, nak dapatkan semua memang mustahil. T__T


Bincang punya bincang, akhirnya saya hantar lah hard disk ke situ untuk diorang repair. Harap-harap dapat semua data, tapi kalau tak boleh, dapat sebahagian pun saya rasa ok jugak. 2-3 hari jugak diorang perlukan untuk repair hard disk tu, jadi rasanya by weekend ni saya boleh ambil semula.


Hard disk ni memang saya jaga rapi. Baru je berusia setahun lebih. Tak pernah terhentak/terjatuh, duduk elok je dalam pouch dia. Tapi tak taulah, mungkin Allah dah takdirkan untuk saya macam ni. Saya cuba sedaya upaya untuk redha. Bila fikir bab gambar anak-anak, sedih semula, tapi cuba untuk redha.


p/s : Moga Allah gantikan saya dengan sesuatu yang lebih baik daripada yang telah berlaku hari ini. In shaa Allah... T_T


UPDATED APRIL 2016!

Kedai repair external hard disk ni letaknya di Kompleks Pusat Bandar, Pasir Gudang. Tapi hari tu saya pergi tengok, kedainya dah ditutup. Sekarang lot kedai itu dibuka untuk disewa.

Harap maklum.

7 comments:

Farah Waheda Wahid said...

External hard disk iolss tak tau letak dan campak mana dah...

awanungu said...

sedihnya kalau tak dpt retrieve semua gambar tuh. kalau saya pun nangis. saya ni siap backup kat external drive, thumb drive ngan cd huhuh

Nini Hanini said...

sabar ye kak,insyaAllah,ada hikmah benda yang jadi kan? :)

Hafiza AizZawa said...

boleh recover kak.. tp kene cari kedai yg betui2 boleh buat..

Mar Mansor said...

harapnye dapat sebahagian pon ok..banyak asngat kenangannye tu..

afizah azar said...

salam.. Boleh x bgtau saya alamat kedai yg boleh repair tu kat mana.. my hardisk pun dh jd mcm tu jugak.. byk kje dlm hardisk tu dgn gbr2 kngn. mcm nk nges rasanya.. plz.. plz... bg alamat kedai tu... whtsup alamat kedai tu ke no sy pun boleh juga 0177828684..
tqvm

galeri puncakkasih said...

Assalamualaikum.... wassup jgk kat sye alamat kedai tu ... sb hard disk sye jadi mcm tu... gmbr kahwin customer2 sye kat dlm tu... pengantin pun dh mula bising sb gmbr2 x siap2 lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *