I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Wednesday, May 28, 2014

Apabila Suami Dan Ibu Memberikan Restu

18 Mei 2014 adalah tarikh yang akan terpahat di ingatan saya.

Saya merupakan seorang graduan yang mula bekerja sebaik sahaja tamat pengajian. Tidak pernah ada satu masa pun dalam kehidupan saya, di mana saya menganggur tanpa kerja. Alhamdulillah. Bekerja sudah menjadi sebati dalam diri saya sehinggakan suami menggelar saya seorang yang workaholic (kuat bekerja).


Sejak melahirkan anak yang sulung, saya masih terus bekerja seperti biasa. Namun selepas melahirkan anak kedua, saya merasakan ada sesuatu yang 'hilang' dalam kehidupan saya. Sesuatu itu adalah masa bersama anak-anak. Kehidupan kerjaya semakin sibuk dan adakalanya membuatkan saya rasa tertekan.

Saya mahu lebih banyak masa untuk suami dan anak-anak, saya mahu bekerja di rumah dan saya mahu menggunakan kemahiran dan kepakaran yang saya miliki untuk menjana pendapatan. Saya mahu menjadi seorang WAHM (working at home mom).

Saya utarakan niat saya kepada suami. Alhamdulillah, beliau memberi restu dan sokongan yang tidak berbelah bagi. Namun saya masih lagi rasa ada halangan kerana ibu saya belum mengetahui perancangan saya ini. Walaupun saya sudah berkahwin, saya masih merasai ikatan yang sungguh kuat dengan ibu saya. Saya rasa perlu berbincang juga dengan beliau tapi, saya tak punya kekuatan. Kerana ibu saya adalah seorang wanita bekerja dan saya tak pasti apakah beliau akan menyokong dan memberikan restu untuk saya.

Namun pada tarikh 18 Mei 2014 itu, saya meluangkan masa berdua dengan ibu saya selama beberapa jam. Banyak perkara yang kami bincangkan, termasuklah juga soal WAHM ini. Tanpa saya sangka, ibu saya memberikan restu dan keizinan untuk saya menjadi seorang WAHM, dengan syarat saya perlu membuat persediaan dan persiapan yang rapi dari semua aspek, sebelum menghantar surat perletakan jawatan yang pastinya bukan dalam masa terdekat ini. Ibu saya mahu saya mengusahakan sesuatu dan menjana pendapatan dengan bakat, kebolehan, kemahiran dan kepakaran yang saya miliki. Ibu saya menyokong keinginan dan cita-cita saya untuk menjadi seorang ibu yang bekerja di rumah sambil menjaga anak-anak saya sendiri.

Ya Allah! Allahuakbar!

Saya terus mencium tangan ibu saya dan memeluknya. Terasa laluan yang selama ini gelap, terbuka luas dengan terangnya. Saya tidak perlu berselindung lagi, saya tidak perlu buat kerja "underground" lagi. Saya kini boleh menyatakan dengan jelas apa yang saya mahukan demi mencapai cita-cita saya. Ibu saya menyarankan saya menghadiri kursus-kursus keusahawan, motivasi, perniagaan, mengurus akaun dan apa sahaja yang berkaitan dengannya.

Yang lebih menggembirakan saya, suami dan ibu saya kini memahami cita-cita dan menyokong setiap usaha saya. Saya tidak mahu lagi menoleh ke belakang, saya mahu bekerja di rumah, saya ingin bekerja di rumah. Saya tidak mahu terlepas setiap saat melihat perkembangan anak-anak saya. Saya bersyukur kerana suami dan ibu saya memberikan restu.

Saya berdoa semoga Allah makbulkan doa saya untuk menjadi WAHM. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

Monday, May 26, 2014

Tentang Saya dan Kehidupan Saya

Fuh, tajuk tak agak-agak kan.


Sebenarnya tak tau nak letak tajuk apa yang sesuai, tapi banyak benda nak ditulis.


Macam biasa, bila keadaan tak mengizinkan untuk bercerita banyak kat blog, haruslah saya buat ringkasan.


Ini antara benda yang saya nak cerita kat blog. Saya buat dalam bentuk point-point ya.


1 - Scaling dan tampal gigi
2 - Pertama kali jadi sponsor
3 - Mother's Day
4 - Bila suami menang lucky draw
5 - Serunding daging hitam manis
6 - Repair external hard disk
7 - Bila suami dan ibu memberi restu
8 - Sakit - ada orang tak suka
9 - Teacher's Day tadika Haziq
10 - Terasa normal akhirnya
11 - Peranakan - asyik jatuh je kerjanya
12 - Open day tadika Haziq
13 - Aimi little princess full of love


Fuh, banyak kan. Boleh kejar ke nak buat entry setiap satu? Harus boleh! Seminggu tergendala update blog akibat beberapa faktor. Antaranya sebab external hard disk rosak. Gambar semua hilang. Update blog ni kalau takde gambar ibarat masak tak letak garam (err... bole ke cakap camni?)


Pada semua yang dah drop a a comment / drop many-many comment, saya akan publish satu persatu dan blogwalking ke blog korang ye.


p/s : Hidup cuma sekali. Buatlah perkara yang baik-baik sahaja. Tak usahlah buat benda yang memudaratkan diri sendiri, apatah lagi yang memudaratkan orang lain! Allah Maha Melihat, Allah Maha Mengetahui. Hanya kepada Allah tempatku berserah...

Wednesday, May 21, 2014

Rindu Sangat Nak Update Blog

Rindunya nak update blog. Bila kat rumah, hanya mampu tengok laptop kesayangan tersimpan rapi dalam sleeve case nya, tak berkesempatan nak on kan dia. Ada banyak hal yang berlaku sejak akhir-akhir ini, ada yang baik dan ada juga yang tak berapa baik, yang kesemuanya menuntut perhatian saya.


Namun di sebalik kesibukan saya sehari-hari yang tak pernah ada habisnya, saya bersyukur. Bersyukur sebab saya sibuk. Kesibukan ni menjadikan saya harus bijak menggunakan masa sebaik-baiknya.


Banyak benda yang saya nak cerita sebenarnya, yang ingin saya abadikan di blog kesayangan saya ini, sebagai tanda inilah perjalanan kehidupan saya, untuk saya baca semula di kemudian hari. Saya sedang mencari ruang dan masa di rumah untuk update blog, pastinya saya takkan update blog di ofis kerana waktu di ofis ialah untuk buat kerja ofis.


Saya rindu nak blogwalking ke blog rakan-rakan, nak tau juga apa perkembangan terkini masing-masing. Saya juga lihat follower sudah bertambah sedikit, tapi belum sempat nak blogwalking ke blog mereka. Sabar ya. Pada yang rajin menulis komen, terima kasih sangat-sangat, saya sangat menghargai masa yang anda luangkan untuk membaca blog dan menulis komen di blog saya.


p/s : Hargailah kehidupan yang kita ada. Hargailah setiap saat yang kita ada. ^_^

Friday, May 16, 2014

Kek Roll Di Dalamnya Ada Coklat



Topik makan lagi. Hehehe...


Sape suka makan kek dan suka makan coklat, harus try kek roll yang di dalamnya ada coklat ni. Tengok je gambar kat atas, terliur kan kan kan?


Harganya RM35 untuk satu roll, bagi berat plus minus 500 gram.
Kecuali ferrero rocher tu, harganya RM40 untuk satu roll, berat pun sama plus minus 500 gram.


Untuk masa terhad, tempahan dibuka sekarang hingga hari Isnin  (19/05/2014). Terhad hanya untuk pick up point di Tesco Seri Alam, Johor. Tarikh untuk pick up lebih kurang hari Khamis atau Jumaat (22-23/05/2014).


Kek ni bukan saya yang buat tau. Saya tolong kawan ni. Sapa yang nak cuba, boleh emel saya di z.munirah@gmail.com atau sms/whatsapp 019-7531258.

Purse Baru Untuk Diri Sendiri Sempena Hari Ibu

Akhirnya, saya berjaya membuat keputusan untuk membeli purse baru untuk diri sendiri sempena Hari Ibu tahun ini. :)


Purse yang saya guna selama ni, dibelikan oleh Mama saya. Ada kisah di sebaliknya.


Purse tu berharga RM119. Untuk saya yang pada masa itu tak punya duit, bujang dan di tahun akhir pengajian, kat manalah saya nak cekau duit kalau bukan kat Mama saya. Hehehe.. Punyalah merayu-merayu nak beli purse ni, Mama cakap mahal, buat apa pakai purse mahal-mahal kalau masih belajar, dah ada duit sendiri nanti belilah nak yang berapa ratus pun.


Tapi saya dah tak boleh tahan. Takkan nak tunggu kerja baru nak beli, entah-entah dah tak jual lagi dah purse yang saya suka tu. Merayu lagi dengan Mama, siap berjanji-janji bagai, akhirnya Mama keluarkan juga duit RM119 untuk saya beli purse idaman saya tu. Beverly Hills Polo Club.


Tahun demi tahun berlalu. Saya terus guna purse yang sama bila bekerja, bila bertunang, kahwin, dapat anak sorang hinggalah dapat anak kedua. Ada satu hari tu, Mama ternampak purse ni dalam handbag saya dan dia cakap,


"Uni, purse Uni ke tu?" (Mama pun dah lupa gaknya kisah purse ni)

"Ya Ma, napa?"

"Dah buruk sangat dah Uni. Beli yang barulah".

"Buruk ke? Tapi Uni sayang sangat. Sebab Mama yang belikan untuk Uni dulu"

"Eh, yeke. Mama tak ingat"


Saya senyum lebar. Saya sayang sangat purse ni, sebab Mama yang belikan dulu.


Namun untuk Hari Ibu tahun ini, akhirnya saya berhijrah ke purse baru setelah hampir 9 tahun lebih guna purse yang Mama belikan. 9 tahun tu!!! Berhijrah bukan sebab purse tu dah buruk, bukan sebab dah tak suka. Tapi saya rasa nak ada kelainan. Itu sahaja.


Purse lama. 
Saya suka sebab ia kaler pink, ada banyak kompartment.
Tempat simpan duit kertas kat belah kanan.


Purse baru.
Masih mengekalkan warna pink.
Ciri-ciri jauh berbeza dengan purse lama.
Sebab saya mahu kelainan.


Happy Mother's Day to me! Mama Haziq Mama Aimi  ^_^

Thursday, May 15, 2014

Cerita Tentang Solat

Dalam melalui perubahan demi perubahan dalam fasa kehidupan saya, saya semakin menyedari bahawa amat pentingnya kebergantungan kita kepada Allah Yang Maha Esa dalam setiap minit kehidupan kita. Apa jua yang kita nak buat, yang kita rancang, kalau takde izin Allah, maka tak jadilah semua itu.


Saat yang buat saya rasa terlalu bergantung harap pada kasih sayang, rahmat dan belas ihsan Allah s.w.t. ialah pada masa saya nak melahirkan Haziq dulu. Proses bersalin ialah antara diri saya dan atas izin Allah. Tahu sahajalah sakit nak melahirkan anak, rasa sakit tu antara hidup dengan mati. 


Berjuang demi melahirkan zuriat pengikat kasih suami isteri, berjuang demi melahirkan umat Nabi Muhammad s.a.w. Dan semua itu berlaku dengan izin Allah. Allah mengizinkan saya panjang umur selepas bersalin. Alhamdulillah. Kasihnya Allah kepada saya. Begitu jua yang saya rasai sewaktu nak melahirkan Aimi dulu. Hanya Allah tempat saya bermohon dan berharap. Tempat saya bergantung.


Di atas segala nikmat duniawi yang Allah anugerahkan kepada saya, saya teringat kisah dulu-dulu di mana saya tidak menitikberatkan soal solat 5 waktu. Ini berlaku sewaktu saya di awal usia 20-an iaitu lepas tamat belajar. Masih muda, masih bujang, belum ada hala tuju dalam hidup. Bebas.


Solat ala kadar, solat sekadar solat. Ada masanya solat di hujung waktu Zohor, rehat sekejap lepas tu lepas azan Asar, terus solat Asar. Selepas solat, berdoa yang simple amat, ada masanya tidak pula menadah tangan berdoa kepada Allah. Tapi nak Allah bagi macam-macam. T_T


Semenjak masuk ke usia 3 series, satu perubahan yang saya sedari ialah, saya rasa terpanggil untuk mengerjakan solat. Nak solat betul-betul, nak fahami makna bacaan, nak ikut rukun solat dan semua berkaitan solat saya nak buat betul-betul. Rasa terpanggil tu rasa seperti ada connection antara saya dengan Pencipta saya, rasa macam dah janji kan nak jumpa setiap kali solat 5 waktu.  Begitulah yang saya rasa.


Saya cuba jaga solat saya, agar solat di awal waktu. Kalau boleh dalam 30 minit pertama lepas masuk waktu solat, saya nak terus solat. Taknak lagi dah solat lambat-lambat macam sebelum ini. Setakat ini masih terjaga tapi saya akui ada masanya saya terbabas juga. Moga Allah bantu saya dalam soal ini, moga Allah kuatkan iman saya pada setiap masa.


Dan juga, bila keluar shopping ke, jalan-jalan ke, saya akan pastikan saya bawa telekung saya siap-siap dalam beg telekung. Saya didik diri saya untuk tidak beri alasan seperti taknak solat kat luar / alah nanti boleh je solat kat rumah / telekung surau busuk.


Dengan bawa telekung sendiri, semua alasan sudah terhapus. Jangan pula buat alasan malas nak cari surau. Surau ada di mana-mana, soalnya, nak cari atau tak nak cari je.


Saya print jadual waktu solat bulanan sebagai guideline untuk solat,
sebagai alternatif sekiranya saya tidak dengar azan berkumandang


p/s : Waktu solat Asar di Johor Bahru hari ini - 4.26 pm. Jangan lupa temu janji dengan Pencipta kita ya. Sujud pada-Nya, mohon ampun sebanyak-banyaknya. Moga saya dan kita semua akan terus istiqamah dalam urusan solat dan amal ibadat. =)

Urut Kesihatan Wanita

Malam tadi saya pergi ke rumah tukang urut saya tu. Badan masih rasa sakit, sengal, lenguh, serba-serbi ada. Bila diurut, 'menggelupur' saya jadinya. Terjerit-jerit menahan sakit. Pastu malu sebab jerit kat rumah orang, saya gigit pulak kain batik yang saya pakai masa tu (kain batik tu pun tukang urut yang punya, saya lupa bawa saya punya sebab rushing kuar dari rumah. Ngeee...)


Urut bermula daripada kaki dalam keadaan saya meniarap. Habis 'dikejutkan' semua saraf-saraf saya, kata tukang urut tu, saraf saya semua keras. Agak lama jugak proses mengurut tu, start pukul 8.15 - 9.50 pm. Lepas urut, badan rasa lega sikit, tapi overall sakit sebab kena urut. Hahaha...


Balik rumah, saya telan panadol 2 biji dan terus tidur. Alhamdulillah, Aimi tak meragam malam ni, macam tau dan faham je Mamanya tengah tak sihat. Thank u sayang, Mama love Aimi so much...


Bangun pagi ni, badan rasa sakit sebab diurut. Itu biasalah, setiap kali lepas urut memang macam tu. Lepas 2-3 hari, baru rasa lega.


p/s : Tukang urut tu kat area Seri Alam. Servis : urut kesihatan wanita dan urut lepas bersalin.

p/s : Nikmatnya kesihatan.

Wednesday, May 14, 2014

Apabila External Hard Diskku Rosak

Sedihnya alahai.


External hard disk saya rosak. Bila cucuk kat laptop dan pc, tak boleh detect. Dah try kat pc orang lain, pun tak boleh juga. Keluar message 'need to format'. Saya dah risau, tapi cuba bertenang. Ini kali kedua berlaku macam ni. Sebelum ni, saya try godek-godek, ok pulak. Tapi kali ni, macam tak berjaya.


Tengahari tadi, saya ke kedai komputer Al Qanaah Resources (07-2511170) di Taman Air Biru Pasir Gudang (sederet dengan Marrybrown). Cek punya cek, memang sah, external hard disk saya sudah rosak! Bad sector! Saya pun tak fahamlah apa kebendanya tu, tapi yang saya amat faham, semua data dalam hard disk ni hilang dan tak dapat retrieve semula. Allahuakbar!


Saya request orang kedai tu repair, tapi dia memang tak boleh buat. Keluar je dari kedai dan masuk semula ke dalam kereta, berderai jugak air mata ni. Sedihnya alahai, yang buat saya ralat, gambar family semua ada dalam tu. Gambar dari tahun 2005 sampailah sekarang ada dalam tu, dan kebanyakannya saya lum cuci kat kedai. T__T


Tapi dalam dok menangis tu, saya pergi ke Pusat Bandar pulak, seingat saya ada satu kedai komputer jugak kat situ. Then sampai sana, orang tu cakap, diorang boleh dapatkan sebahagian sahaja data dalam hard disk, nak dapatkan semua memang mustahil. T__T


Bincang punya bincang, akhirnya saya hantar lah hard disk ke situ untuk diorang repair. Harap-harap dapat semua data, tapi kalau tak boleh, dapat sebahagian pun saya rasa ok jugak. 2-3 hari jugak diorang perlukan untuk repair hard disk tu, jadi rasanya by weekend ni saya boleh ambil semula.


Hard disk ni memang saya jaga rapi. Baru je berusia setahun lebih. Tak pernah terhentak/terjatuh, duduk elok je dalam pouch dia. Tapi tak taulah, mungkin Allah dah takdirkan untuk saya macam ni. Saya cuba sedaya upaya untuk redha. Bila fikir bab gambar anak-anak, sedih semula, tapi cuba untuk redha.


p/s : Moga Allah gantikan saya dengan sesuatu yang lebih baik daripada yang telah berlaku hari ini. In shaa Allah... T_T


UPDATED APRIL 2016!

Kedai repair external hard disk ni letaknya di Kompleks Pusat Bandar, Pasir Gudang. Tapi hari tu saya pergi tengok, kedainya dah ditutup. Sekarang lot kedai itu dibuka untuk disewa.

Harap maklum.

Monday, May 12, 2014

Hari Ini Saya Kerja

Entry santai saja, hari ini saya kerja walaupun esok cuti ph Hari Wesak. Disebabkan takde plan nak ke mana-mana, saya kerja la hari ini.


Bangun pagi hari ini, badan masih terasa sakit. Tetapi taknak layankan sangat rasa sakit tu, sebab semalam dah seronok sebab sambutan Hari Ibu.


Nanti saya cerita tentang Hari Ibu ya. =)

Saturday, May 10, 2014

Sarapan Ringkas Yang Buat Perut Tenang

ESP in Herbalife shaker


Sekarang ni dalam 3-4 kali seminggu menu breakfast saya ialah ESP (Energizing Soy Protein daripada Shaklee). 


Bukan apa, kalau dah tiap-tiap hari dok breakfast nasi lemak / mee goreng / mihun goreng / kuetiaw goreng / nasi goreng, mau melebar jugak badan saya ni kan. Tapi, kalau nak amalkan cara makan yang sihat TANPA makan semua makanan kegemaran rakyat Malaysia ini, saya mengaku saya memang tak mampu. 


So saya bermula dengan mana yang saya mampu. Sarapan ringkas yang buat perut saya tenang hinggalah ke tengahari. :)


Uni Aqilah Light Breakfast

1) Masukkan 250 ml low fat milk Dutch Lady dalam shaker
2) Tambah 150 ml air masak
3) Tambah 2 sudu besar ESP Shaklee
4) Tambah 2 sudu besar oat brand Quaker Instant Oatmeal / 2 sudu besar Anmum Lacta
5) Tambah 1 sudu besar milo


Pastu shake shake shake sampai larut semuanya. Saya guna shaker Herbalife. Beli shaker ni masa sibuk berdiet akhir tahun lepas (sekarang stop amik Herbalife terus sebab produk ni memang tak serasi dengan saya, tapi shakernya tetap saya sayang sebab ada gegelung besi - special features la tu).


Saya minum esp ni masa stop kat traffic light. Kadang-kadang tak sempat pun, jadi saya minum kat ofis sambil buat kerja. 


Memang best bila minum esp macam ni. Perut tak rasa lapar pun. In fact kadang-kadang bila waktu lunch tak terasa nak makan sebab masih rasa kenyang, tapi saya tetap makan sebab saya kan ada gastrik. Takkanlah nak bertahan dengan minum esp je sampai ke malam. 


p/s : Baru ku sedari oat ialah penambah susuku.

Dapat Makanan Kegemaran Yang Tidak Disangka-Sangka

Cerita minggu lepas, biasalah, bila dah busy, hujung minggu jelah masanya untuk saya update cerita yang lepas.


GCB - my favourite


Dalam berazam nak kurangkan memakan fast food, tup-tup minggu lepas sorang member ofis belanja makan Grilled Chicken Burger (GCB) satu set siap dengan fries dan air gas. Dia belanja sempena birthday nya yang ke-50 tahun. 


Saya pulak bila dapat GCB yang sah-sah favourite sepanjang zaman, apalagi, teruslah makan dengan sukahatinya. Kebetulan hari tu tak sempat lunch sebab busy amat, tapi dapat pulak GCB. So ngaplah GCB ni pada jam 2.30 pm, kira late lunch gitu. GCB dan fries selamat dimakan, tapi air gas memang tak laku. Saya elakkan minum air gas sedaya yang boleh. :)

Apabila Anak Baca Doa Untuk Ibu Bapa - Dan Kitalah Ibu Bapa Itu

7 Mei 2014 @ 9.40 pm


Tadi Haziq baca doa makan sebelum makan.


"Simillahhirrohmaniirohiimm..
Allahummaba rikkana fiima rozakana wakina aza bannarr
Ya Allah, ampunkan dosaku dan dosa kedua ibu bapaku
Sihani meka semana meka sihani ku kecil
Aaaminnn..."


Saya aminkan doa Haziq, terasa hingga ke lubuk hati yang paling dalam. Sebak campur terharu, kerana inilah pertama kali Haziq baca doa makan BESERTA doa untuk kedua ibu bapa seperti ini (mohon abaikan dulu bacaan Haziq yang silap atau pelat, kerana dia baru berusia 3 tahun 8 bulan).


Perut saya yang tadinya lapar, terus rasa kenyang bila dengar Haziq mendoakan saya dan abahnya.


Haziq sayang, Mama doakan Haziq jadi anak yang baik dan soleh ye sayang, begitu juga Aimi jadi anak yang baik dan solehah. Mama sayang Haziq, Aimi dan Abah selamanya.


Haziq & Aimi
Cinta Hati saya & suami


Fabi ayyi aaalaaaa irobbikuma tukazzibaaannn....

Rawatan Sakit Urat Belikat - Tradisional vs Moden

Selasa malam Rabu yang lepas saya pergi urut badan dengan sorang tukang urut ni. First time urut dengan dia. Tapi rasanya badan saya ni tak serasi dengan dia, makin bertambah sakit yang memang dah sakit. Huhuhu..


Esok pagi iaitu hari Rabu (07/05/14), saya taknak berlengah lagi, terus pergi ke klinik panel iaitu Klinik Joginder di Taman Air Biru, Pasir Gudang. First time pergi ke klinik ini. Doktornya baik sangat. Lama jugak saya kat dalam bilik doktor.


Doktor diagnosed sebagai left shoulder pain yang sakitnya berlanjutan ke bahagian dada kiri dan bahagian bawah ketiak kiri. Ia berpunca daripada masalah batuk saya sebelum ini yang agak lama dan berlanjutan sehingga apabila saya batuk, bahagian dada dan belakang badan jadi sakit.


Doktor bagi ubat untuk cairkan kahak, untuk tahan sakit dan juga ointment untuk disapu di tempat yang sakit.


Dari kiri : Ubat untuk cairkan kahak (ini steroid ok!), ointment dan ubat untuk tahan sakit


Esoknya hari Khamis (08/05/14), sakit di bahagian belakang badan dah mula berkurangan. Alhamdulillah. Begitu juga sakit di bahagian dada kiri. Tapi sakit kat bahagian bawah ketiak kiri tu masih terasa lagi, sakit dan rasa bagai dicucuk-cucuk.


Bila saya batuk, rasa sakit sangat. Balik kerja petang Khamis, perut dah rasa lain macam, rasa macam masuk angin, rupanya pedih ulu hati pulak. Khamis malam Jumaat tu, saya betul-betul rasa tak selesa, saya nak tidur sekejap dan  minta tolong suami jagakan anak-anak.


Tidur cuma sejam dalam kul 9.30 - 10.30 pm jer, pastu Aimi dah menangis-nangis nak tido dengan mama dia. Saya ketepikan rasa sakit supaya Aimi dapat menyusu dan tidur lena.


Bangun tidur pagi Jumaat, sakitnya tetap terasa, saya buat keputusan untuk terus pergi ke klinik Joginder lagi. Dari situ, doktor buat referral letter ke specialist hospital, dia advise untuk buat xray. Saya pulak memang takut sangat kalau dengar kena pergi hospital ni. Huhuhuhu...


Akhirnya, saya pergi juga ke Hospital Penawar. Dapat giliran no. 2 untuk jumpa doktor. Agak lama juga menunggu. Saya datang bersama suami, dia ambil emergency leave untuk temankan saya yang sakit. Terima kasih sayang!


Duduk di ruangan menunggu Hospital Penawar tu, saya rasa ok, tapi lama-lama rasa macam tak tenang, saya takut kalau-kalau saya ada penyakit yang serius, which I am not favour of. Saya takut.


Sudahnya, saya buka applikasi Quran yang memang dah saya install kat telefon ni. Saya perlu ketenangan untuk berdepan dengan doktor nanti. Belek-belek tak tau nak baca surah apa sebenarnya, akhirnya saya baca Surah Al-Waqiah. Mohon Allah tenangkan hati saya yang sedang risau tak menentu. Mohon Allah lindungi saya daripada sebarang penyakit pun.


Sesudah baca surah Al-Waqiah, saya rasa begitu tenang sekali. Kemudian saya lelap sekejap di bahu suami sementara menunggu giliran.


Bila masuk ke bilik doktor, saya terangkan medical history saya yang berkaitan. Bla bla bla, pastu doktor advise untuk buat xray. Saya tanya, perlu ke buat, doktor cakap tak buat pun takpe, just bergantung pada ubat yang klinik bagila untuk tahan sakit.


Tapi, kalau nak to be on the safe side + nak have clear picture what is actually happening to me, dia cadangkan buat xray sebab dikhuatiri ada sakit yang berkaitan dengan tulang.


Dah doktor cakap macam tu, saya pun ikut jela. Tawakal pada Allah sepenuhnya.


Pergi buat xray kat Tingkat 1


Xray tu kejap aje, tak ramai orang pun. Dua kali xray diambil iaitu di bahagian dada sepenuhnya dan satu lagi di bahagian sisi kiri badan tempat yang saya mengadu sakit tu.


Then daripada xray film tu, doktor examine dan hasilnya :


TIADA MASALAH BERKAITAN TULANG, SEMUA OK DAN NORMAL. PARU-PARU JUGA OK TIADA MASALAH.


Alhamdulillah. Lega sungguh hati saya mendengarnya. Terima kasih ya Allah.


Tapi apa sebenarnya yang buat saya rasa sakit berterusan?


Doktor diagnos sebagai PLEURITISdinding dada bengkak akibat batuk yang kuat dan berpanjangan. Takde ubat yang doktor bagi, dia suruh continue ubat klinik. Dia juga terangkan bahayanya ubat untuk cairkan kahak sebab ia mengandungi steroid, dia suruh saya stop makan bila batuk saya dah ok.


Saya juga ada tanya doktor, adakah sakit yang saya rasa ni dipanggil sakit urat belikat. Doktor cakap YA.


Tapi buat masa sekarang, saya tak rasa nak pergi urut badan lagi. Biarlah saya makan ubat klinik dulu, moga-moga sembuh segera dengan izin Allah jua.


Tuesday, May 6, 2014

Sakit Urat Belikat

Sekarang saya tengah sakit urat belikat di bahagian belakang kiri badan. Actually mula rasa sakit pagi semalam, tapi sakitnya kat dada. Pastu lama-lama sakitnya ke belakang badan pulak.


Suami ada urut badan saya malam tadi, tapi saya masih rasa sakit. Suami pun cakap dia tak berani nak urut sebarang je sebab katanya kalau sakit urat belikat ni, kene pergi jumpa tukang urut yang betul.


Semalam saya ada contact satu tukang urut ni. Tukang urut yang sama yang urut saya masa berpantang lepas lahirkan Aimi dulu. Tapi, tukang urut tu busy sungguh. Dah penuh jadualnya untuk minggu ni. Saya pulak rasa taknak delay-delay untuk urut, sebab sekarang pergerakan yang melibatkan tangan kiri agak terbatas. Kalau setakat menaip tu, boleh sangat lagi, tapi kalau nak angkat file, nak dukung anak, nak buat kerja-kerja rumah tu memang terasalah sakitnya.


So pagi tadi, saya mintak tolong babysitter carikan tukang urut yang dia kenal. Dia rekemen satu tukang urut ni yang dekat je dengan rumah dia. Katanya, memang ok sebab dia sendiri pernah berurut dengan tukang urut tu.


Malam nanti saya akan pergi ke rumah tukang urut tu, harap-harap dia dapat bantu legakan kesakitan saya ni, dengan izin Allah jua.


p/s : Ini kali kedua sakit urat belikat sepanjang hidup saya. Yang pertama masa tahun 2012. 3 kali urut baru rasa ok macam biasa. Korang pernah sakit urat belikat tak?

Monday, May 5, 2014

CPUV #10 Vanish's Tip Exchange

Hampir seminggu tak sempat nak update blog. Bila cek Nuffnang hari ni, tengok ada dapat cpuv baru iaitu Vanish's Tip Exchange. Terkejut plus seronok.


Pastu tengok lagi, cpuv Uniten Awareness dah pun dikreditkan ke akaun Nuffnang saya. Nilainya - sembilan puluh tiga sen sahaja. Rasanya 2 minggu je iklan tu running kat blog saya. Tapi takpela, dah itu je rezeki saya kali ni. Satu cpuv dikreditkan, dapat satu lagi cpuv baru on-going. Indahnya aturan Allah kan. :)


p/s : Ini cpuv ke-10 untuk tahun 2014. Untuk tahun 2013, saya dapat 27 cpuv. Alhamdulillah. Moga saya terus istiqamah dalam berblogging. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *