I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Friday, April 11, 2014

Yang Penting Mesti HALAL

Hai korang.


Ari ni, rasa nak share sikit tentang Kursus Intensif Halal yang saya hadiri akhir bulan Mac yang lepas. Banyak sungguh lah ilmu baru yang saya ketahui.


Dari satu segi, rasa kesian dengan diri sendiri, nama jer muslim beragama Islam tapi pengetahuan tentang bab halal ni macam sikit sangat. Huk huk.. Tapi takpe, yang penting sentiasa cari ruang dan peluang untuk menambah ilmu agama. Kan kan kan?


Actually memang banyak yang dikongsikan dalam kursus satu hari tu, so ini saya buat ringkasan dalam bentuk point-point ya.


1) Untuk satu-satu syarikat yang ingin memohon sijil halal, mereka haruslah menubuhkan Jawatankuasa Halal Dalaman (Internal Halal Committee) yang berfungsi untuk memastikan kesemua syarat-syarat persijilan halal dipatuhi seperti standard MS1500:2009 dan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia 2011 (Semakan Kedua).


2) Sebelum ini urusan persijilan halal dilakukan oleh JAKIM tapi start tahun ni ditukar kepada jabatan agama negeri masing-masing. Jadi kalau untuk negeri Johor, ialah Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ). Diorang ni yang akan buat audit sebelum sesuatu syarikat itu mendapat sijil halal.


3) Dalam training ni, JAIJ juga tunjuk contoh produk-produk yang diragui status halalnya. Contohnya produk megi keluaran Indonesia yang tertulis 50% halal. Dia tulis 50% halal sebab megi tu ada campuran perisa ayam dan khinzir. Ayam is halal, khinzir is haram. 50-50. Maka jadilah 50% halal.


4) Contoh logo-logo halal dari zaman dulu sampailah yang terkini digunakan di Malaysia. Juga contoh logo halal dari luar negara yang boleh digunapakai.


5) Pastu kan, trainer tu ada cakap. Kadang-kadang kita nampak kedai makan tu takde sijil halal tapi ada orang melayu pompuan bertudung kerja kat situ. Ada jugak orang melayu makan kat situ. Pastu kita pun pergilah jugak makan kat situ sebab terikut / terpengaruh bila tengok orang melayu / bertudung / pak aji / mak aji makan kat situ. Dia cakap, tanggungjawab kita sebagai seorang muslim untuk memastikan halal atau tidak apa yang kita makan. Jangan ikut-ikut orang je.


6) Pernah tak terfikir kenapa kita / suami / isteri / anak-anak / mak bapak susah nak solat? susah nak hafal ayat quran? suka buat perkara jahat dan keji? Antara faktornya, lihat semula apa makanan yang kita masukkan dalam perut kita. Halal dan sucikah ia?


7) Pastu kalau kedai makan tu takde sijil halal tapi orang melayu / islam ramai makan kat situ dan ramai orang buat aduan kat Jaij suruh serbu kedai makan tu, Jaij takde hak untuk serbu kedai sebab kedai makan tu memang takde sijil halal pun, cuma tulis no pork no lard. Tapi yang bersalah / berdosanya ialah orang kita sendiri yang pergi makan kat situ, sebab status makanan di situ meragukan.


8) Katanya lagi, kat jusco permas ada satu kedai roti yang femes dengan logo kedai warna purple (saya kene rahsiakan nama kedai). Dia kata kedai roti tu memang takde sijil halal dan memang taknak mohon pun sijil halal sebab dia memang ada guna liquor/wine untuk pembuatan roti. Kedai roti tu akui ramai melayu islam beli roti dan makan kat situ tapi diorang memang taknak mohon sijil halal. So, salah sapa? Tak boleh salahkan kedai roti tu. Yang salahnya ialah kita yang pergi beli roti / yang pergi makan kat situ. p/s : Roti dia memang sedap gebu. Saya pernah makan. Masa tu saya tak tau dia takde sijil halal. Lepas saya dah tau, terus saya tak beli dah kat situ.


9) Contoh lain macam fish ball / crab finger etc. ala, makanan sejuk beku tu. Dia kata kebanyakan produk seperti itu menggunakan darah khinzir bertujuan untuk bind the ingredients together supaya ia jadi kental gitu. So kalau kita beli frozen food, tengoklah dulu ada sijil halal ke tak. Bukan apa, kadang-kadang anak yang makan semua tu dan kita jugak. Apa kes?


10) Contoh lain ialah biskut raya. Selalunya sebelum bakar dalam oven, kita sapu dengan kuning telur kan kat atas biskut tu nak kasi dia warna kekuningan lepas bakar. Kata Jaij, tengok berus yang kita gunakan untuk sapu telur tu. Ada berus tu yang diperbuat daripada bulu khinzir dan kita guna untuk membuat makanan kita. Apa hukumnya? Haram.


Ok itulah dia sedikit sebanyak sharing untuk korang semua. Moga-moga kita lebih mengambil berat tentang apa yang kita makan, tentang apa yang kita suap ke mulut suami dan anak-anak kita. Bersihkah, selamatkah, halalkah, sucikah?


Yang penting mesti HALAL.

11 comments:

Nurzakiah Hanum said...

setuju

Mar Mansor said...

terima kasih atas perkongsian..
minta kita dijauhkan dari makan makanan yang diragui,,

Lieya Von Jay said...

ramai yg memandang ringan bab halal ni kan..

Petak Bunga said...

mosly company bukan melayu yg nak maju akan aplly halal certificate ni..sb nk cater pasaram melayu..
tp kita org melayu ambil mudah sb fikir dah melayu, halal lah..
sedangkan halal tu bnyk procedur..dr bahan mentah sampai dah siap..

:)

Asha Lya said...

setuju tu akak..lya kalau ragu2 dgn satu jenis makanan lebih2 lagi kalau tak ada halal memang tak makan

awanungu said...

kedai roti tuh errr start dari L ke? hihihihi kalau betul mmg saya sangsi sikit nak beli kat kedai roti tuh

Azlin Zain said...

Bagus info pasal halal ni..
nak2 sy kemnal plak ceo company yg develop apps halal ni..
hmm, mmg boleh buat duit..lol

salam perkenalan.

Qashmere said...

Salaam

Ya betul Halal Toyyiban tu penting heheh

Hafiza AizZawa said...

betul sgt kak.. dah tak ramai yg pikir pasal perkara nie..

Rai Ourkizuna said...

bagi aku kan.. pengalaman kat luar negara lah.. kalau kat negara yg bukan islam.. halal dan haram tu ibarat hitam putih.. jelas..tapi di malaysia sendiri..halal haram tu kelabu asap.. hari ni halal..esok jadi haram.. ada tanda halal..tapi tiru..tak halal pulak boleh jadi sebab takde sijil halal..atau sememangnya gunakan bahan haram..

kedai roti lambang purple.. king's?

Nurul said...

Betul tu... terima kasih atas perkongsian ini... ^__^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *