I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Monday, April 28, 2014

Salahkah Aku?

Saya rasa sekarang saya mengalami dilema keibubapaan. Saya punya dua orang anak. Namun mungkin atas faktor saya bf Aimi, saya rasa masa saya lebih banyak dihabiskan untuk Aimi seorang berbanding dengan Haziq.


Sabtu lepas setelah selesai menghadiri gathering bersama rakan-rakan, saya tunggu suami ambil kereta dari car park ke hall tempat gathering tu. Bersama 2 anak, saya berbual-bual dengan rakan yang masih ada selepas habis gathering. Haziq pula sibuk bermain dengan kanak-kanak seusianya.


Sambil berbual, mata saya memang tak lepas memandang Haziq. Saya nampak dia cuba menolak kerusi plastik yang telah disusun tinggi dan di atas tu ada seorang budak yang lebih besar umurnya dari Haziq.


Tapi tau sajalah, Haziq memang kuat. Dia tolak kerusi plastik bertingkat-tingkat tu sampai kerusi tu bergerak dan budak kat atas kerusi tu menjerit sebab takut jatuh. Saya pulak risau kalau anak orang jatuh dari kerusi tu / terhantuk kepala kat lantai.


Jadi saya tegur Haziq perlahan-lahan. Dengan suara yang lembut, penuh kasih, penuh sayang. Namun tanpa saya sangka, Haziq marah saya semula. Taulah kalau budak-budak marah macamana kan.


Taknak situasi bertambah buruk, sambil mendukung Aimi, saya bawa Haziq keluar dari hall dan tunggu suami di luar hall. Di situ jugak Haziq menjerit-jerit, saya kira dia memberontak agaknya sebab saya tak kasi dia main kerusi tolak-tolak lagi. Pada masa tu, saya rasakan begitu lambat suami sampai. Suara saya tidak mampu mendiamkan Haziq lagi.


Dan hari ini pula, saya hantar Haziq ke tadika. Sampai ke tadika, dia menangis-nangis tak mau pergi. Bila saya dukung, dia lembekkan badan. Dia peluk pinggang saya kuat-kuat sambil jerit dan nangis "taknak sekolah". Saya terpaksa juga peluk dia sambil heret dia ke sekolah. Entah apa anginnya pagi ini, saya pun tak mengerti.


Sampai ke muka pintu, makin kuat Haziq menangis dan menjerit. Dimarahnya cikgu, sebab dia taknak pergi sekolah. Saya berterusan pujuk Haziq sebab terpaksa bergegas ke tempat kerja pula. Nasib baiklah ada satu cikgu yang agak rapat dengan Haziq dan memahami situasi itu. Dia peluk dan dukung Haziq dan dapatlah saya masuk ke kereta semula.


Dalam fikiran saya, kenapa Haziq jadi begini? Mulalah saya fikir dan menyalahkan diri sendiri. Agaknya Haziq cemburu atau marah sebab sekarang dia hanya nampak Aimi yang jadi keutamaan saya? Agaknya salah saya sebab dulu saya tak menyusukan Haziq? Salahkah saya sebab pada masa itu saya tak tau ilmu tentang breastfeeding? Salahkah saya sebab bf Aimi dan banyak masa dengan Aimi sahaja, sebab Aimi memang akan merengek-rengek dan menangis bila berenggang dengan saya? Salahkah saya sebab sekarang tidur dengan Aimi sahaja dan Haziq rasa saya abaikan dia sebab saya tak tidur dengan dia?


Salahkah saya..........


p/s : Monday blues sangat rasanya hari ini. Ya Allah, tunjukkanlah aku jalan keluar dan lindungilah suami dan anak-anakku pada setiap masa. Aminnn...

9 comments:

Nurzakiah Hanum said...

sabar ya

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak, sedih sheila baca ni kak. sabar banyak kak. dugaan dan cabaran dalam membesarkan anak2. semoga Haziq berubah berkelakuan baik.. in shaa Allah. selalu2 bacakan doa di ubun2 Haziq semasa dia tidur. baca doa pelembut hati.. semoga semuanya berhasil kak.. tabahkan hati ye

Irfa said...

dear uni
sabar ye
akak nk ckp lebih2 pun xde pengalaman sgt. tp anak perangai mcm tu mgkin sbb uni mmg manjakan dr awal..kalau tak, takkan dia berani marah uni balik.. tp dia masih kecik
doa banyak2 dia x bawak perangai tu smpi ke besar ye

Asha Lya said...

mungkin agaknya dia cemburu la tu kak adiknya dilebihkan..budak lelaki memang lambat sikit nak matang kan

Mar Mansor said...

bila baca pengalaman uni ni..saya dapat rasakan perasaan seorang ibu..
sebab ada masanya anak saya juga marahkan saya jika saya menegurnya..
mungkin betul kata kak irfa..kita terlalu manjakannya..
walau apa pun..semoga uni terus tabah mendidik dan menjaga amanah Allah ini..

Rai Ourkizuna said...

pendapat aku.. since ada dua orang anak.. kena bahagikan masa dengan kedua duanya.. mmg takkan boleh sama rata..sbb aimi still bf dan haziq dah tak.. so sambil ko susukan aimi.. boleh cakap2 dgn haziq.. selalu peluk dan cakap ko sayang haziq.. sesekali pesan pada haziq utk jaga aimi.. encourage diorang main sama.. kalau ko rasa tak boleh nak handle dua dua dalam masa yang sama.. mintak bantuan dgn husband..

masa aku anak dua..aku dgn husband aku take turn jaga salah sorang.. especially bila kat luar/event.. mungkin haziq terasa jauh sikit dgn ko sekarang.. sbb tu dia tantrum.. tapi dia pun tak tau punca jadi mcm tu..

just pendapat aku lah..

Hafiza AizZawa said...

Fiza tak de pengalaman nak nasihatkan kak uni, cume mungkin dia rasa cemburu, lepas nie lebihkan dia sikit.. biasala budak2 kan..

aRz MoHa said...

budak-budak macam2 perangainya.... :)

adianiez AIDA said...

alahai sayang haziq. takpe. cuba bahagi kan masa seadanya. kita tetap ibu dia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *